Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Ustaz Bengang Ditegur, Ludah Dalam Mulut Pelajar



GARA-GARA ditegur oleh seorang murid darjah tiga kerana meludah di tingkap, seorang ustaz bertindak meludah ke dalam mulut murid tersebut.

Kejadian tersebut dikongsikan di akaun Facebook Oh!Media menerusi satu salinan laporan polis yang dibuat oleh penjaga mangsa.

Menurut pengadu, anaknya kemudian balik ke rumah dalam keadaan menangis.

Kejadian itu turut disaksikan oleh murid-murid lain.

Sebelum ini, beberapa kes hukuman yang tidak masuk akal oleh beberapa guru kepada pelajar pernah dilaporkan oleh media tempatan.

Ia termasuklah mengarahkan pelajar makan rumput, menghentak kepala ke meja dan merotan muka pelajar.

Diharap selepas ini, tiada lagi hukuman keterlaluan dikenakan terhadap pelajar oleh segelintir guru kerana secara tidak langsung ia akan merosakkan nama baik golongan pendidik di negara kita.


3 comments:

Post a Comment

Giveway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com






Assalamualaikum...
Rasanya ini ada kali kedua Ida menyertai segmen atau giveway yang dianjurkan oleh rakan blogger... segmen pertama dulu ntah dari blog siapa dah lupa... masa tu kena sertakan gambar hujan. dan ini kali kedua Ida join iaitu giveaway dari Mamaniza....Ida join sebab ia mudah sangat! Jom lah kita "serang giveway" mama ni...hadiahnya pun lumayan....




Buat julung kalinya mama melancarkan Giveway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com disertai  beberapa para sponsor yang hebat dengan menawarkan beberapa ganjaran yang menarik kepada para pemenang. 


Follow Blog :


Like Page :



























Syarat utama :

  1. Pastikan anda follow kesemua sponsor berikut dan like page mereka.
  2. Buat entri bertajuk Giveway Mega 1st Anniversary Mamaniza.com
  3. Copy coding yang telah disediakandan pastekan ke dalam ruangan HTML dan publishkan.
  4. Hantarkan URL penyertaan anda di ruang komen.
  5. Giveway ini akan berlangsung pada 10 Mei pukul 12 tengahari dan berakhir pada 20 Mei 2014 pada  12 tengahari juga.
  6. Pemenang akan diumumkan pada 25 Mei 2014 berdasarkan random

Hadiah Giveway :
  • Tasbih Pearl x 10 pemenang 
  • Wang tunai RM 30 x 1 pemenang
  • Top up bernilai RM 5 x 5 pemenang
  • Tudung bawal berserta brooch x 1 pemenang
  • Senaskah Tafsiran Pimpinan Ar rahman x 1 pemenang
  • Sticker Homemade (2 sticker) x 1 pemenang
  • Keychain Penyu x 5 pemenang
  • Hadiah Misteri x 2 pemenang
  • Kain Baju Kurung 4M  dan Goodie beg bersama accesories x 1 pemenang
  • Tudung Bawal Plain x 2 pemenang
  • 3 Pin Tudung by Pin2it by NeenaAnuar x 3 pemenang
  • Buku Terbitan Ana Muslim bernilai RM 100 x 1 pemenang
  • Bedak Sejuk Azza's Gold Powder x 1 pemenang

Nota :

34 pemenang di cari, di harap giveway ini akan mendapat sambutan dengan meriahnya. Sekian, terima kasih.

8 comments:

Post a Comment

10 KELEBIHAN MENJADI LELAKI TIDAK HENSEM





1) Tidak menjadi perhatian ; Bukankah satu kelebihan jika diri kita tidak menjadi perhatian orang. Oleh itu kita bebas melakukan apa saja yang kita suka tanpa mempedulikan pandangan orang kepada kita. Ye lah.. Orang tak pandang kan? Buat apa pun, pakai apa pun, buat facial atau nice hair cut pun, bukannya orang perasan pun..Hahahaha

2) Tidak dikejar ; Ya.. Ini juga satu kelebihan. Sekarang ini, memiliki wajah yang kacak menawan juga mampu mengancam diri. Mana tak nya, kalau sering dikejar oleh wanita-wanita di luar sana. Cuba bayangkan kalau asyik digoda berkali-kali, masakan tidak ada satu masa yang kita akan terkalahkan juga (terkalahkan...tak bole blah perkataan)? Itu belum lagi gay, bapak ayam, tauke tukang urut ++, serta datin-datin puan sri-puan sri yang kurang kasih sayang.

3) Tidak dianggap gay ; ini amat menakutkan. Kerana ramai orang memiliki persepsi lelaki nie tidak menjaga kecantikan. Dan banyak kekeliruan antara homoseksual dan metroseksual. Bila seseorang itu metroseksual, boleh jadi jika beliau dianggap gay oleh sesetangah orang. Ini amat dangerous kerana tanpa sengaja wanita juga akan menjauhkan diri. Dan bila wanita menjauhkan diri, mungkin diri anda akan mula mencari lelaki pula untuk meluahkan perasaan cinta yang mambara dan bergelora. (Uwekk! rasa loya pulak!) Sekarang nie dah la this gays amat berani dan merata-rata. Memang orang cakap lelaki memang jarang mengambil tahu tentang penjagaan diri. Tapi tak semua yang metroseksual itu homoseksual okay? 

4) Menjadi contoh kepada “Kecantikan dalaman lebih penting dari segalanya” ; apabila wajah yang
kacak menawan bukan lah asset kepada seseorang lelaki, secara tidak langsung hati budi dan kesantunan tutur kata serta perilaku akan menjadi titik tolak persepsi rang terhadap diri anda. Bagi mereka yang prejudis pula, anda akan terselamat dari dikatakan, “mamat nie harap muka jer macho tapi hanco!” atau “muka jer hensem tapi satu sen haram pun tak guna”. Mungkin kerana bila kes bagi lelaki yang tak kacak, kekurangan dan sebagainya adalah dimaafkan. Hahahaha

5) Mengahwini wanita yang best ; bukankah amat seronok apabila seorang wanita, hopefully bukan lelaki, yang mengahwini anda itu memilih anda bukan kerana paras rupa? Jika seseorang itu mencintai seseirang kerana paras rupa, sudah pasti cinta itu akan hilang kerana rupa korang yang hensem lah sangat tue akan hilang jua dimamah usia dan waktu. Cucuklah botox ataupun vitamin C sekalipun, orang tetap akan cam yang anda tua, lebih-lebih lagi rakan sebaya anda kerana mereka tahu umur anda yang sebenar.



6) Mengahwini wanita yang lawa ;  mengikut pengalaman la.. kalau pergi kenduri-kendara, kita dapat lihat kalau isteri dia cantik molek cute miut, laki dia mesti...erm... tak berapa hensem. Tak tahu kenapa, mungkin sebab wanita yang cantik sibuk mencari lelaki-lelaki yang biar takde rupa tapi ada peribadi, dan wanita-wanita yang tak cantik tue pula sibuk mencari laki yang hensem dan kacak. Hahahaha

7) Boleh berjimat ; kalau anda seorang yang kacak, sudah pasti orang akan menyibuk dan ambil tahu tentang wajah anda. Tumbuh jerawat satu pun orang dah kecoh. Badan gemuk sikit pun orang nak sibuk. Jadi untuk mengelakkan mahkota anda jatuh, pasti anda akan sentiasa memastikan kecantikan wajah anda dapat diekalkan dari masa ke semasa. Oleh itu, anda akan membeli produk-produk penjagaan wajah tak kira murah atau mahal. Mungkin ada yang sampai senyap-senyap buat facial seminggu sekali, dan mungkin juga ada yang pakai botox serta ada juga yang pakai susuk atau ilmu guna-guna. Kalau kita tak kacak, orang tak hiraukan, jadi tak perlu semua itu, kan? Duit pun dapat disalurkan ke rumah amal ataupun rumah anak-anak yatim serta tabung surau.

8) Pasangan tidak gusar (gusar, satu lagi perkataan tak bole blah) ; sekarang ratio lelaki dan wanita amatlah ketara bilangannya. Ditolak dengan ada yang jadi gay, mak nyah, yang masuk pusat pemulihan, yang berpeleseran, tinggal berapa kerat je kan? Jadi memandangkan lelaki sikit, wanita mungkin akan bertindak dengan lebih aggresif iaitu menyasarkan suami orang. Hehehehe. Jadi, jika anda tidak kacak, mungkin wanita-wanita itu tidak menyasarkan anda lantas pasangan anda tidak perlu khuatir yang anda kan memasang satu cawangan lagi. Tapi tak tau lah kalau dah desperate sangat sampai orang yang tak hensem pun dorang nak sapu jugak. Hm...

9) Terhindar daripada gossip ; bukankah kewujudan anda hanya disedari oleh seglintir orang saja? Jadi sudah pasti anda tidak akan menjadi bahan gossip-gossip liar para pemilik mulut longkang yang takde keje lain itu. Tambahan pula, tiada mana-mana agensi permodelan atau agensi cari pelakon yang akan menawarkan anda peluang untuk menjadi bintang terkemuka ataupun bintang mee segera serta pasaraya bintang. Jadi anda tidak akan menjadi artis ataupun model sekaligus anda tidak akan digossipkan dengan mana-mana artis. Suka tak? Hahahahaha

10) Yang terakhir tapi bukan yang paling kurang (last but not least), Menjadi Penyabar yang baik; jika anda tidak kacak, mungkin ada mulut-mulut jamban yang akan mengata atau menghina anda secara depan-depan atau belakang-belakang. Macamlah muka si pengata tue hensem sangat kan.. Baru pakai fair and lovely sekali dah declare muka hensem. Herh... Sekiranya anda menjadi mangsa atau menjadi objek bahan gurauan, jangan pula anda memaki balik, melempang orang tue, calarkan motor dia, bubuh julap dalam minuman dia atau bunuh family dia, sebaliknya lebih anda simpan dendam itu, dan leburkanlah ia sebelum tidur. Bukan ker elok maafkan semua orang sebelum tidur? Dan jangan menangis! Tangisan anda itu boleh anda simpan, dan luahkan ketika anda solat tahajud ataupun solat hajat, lagi elok.


Sumber: penpatah.blogspot.com/

2 comments:

Post a Comment

Balasan Terhadap Mayat Isteri Yang Suka Melakukan Zina...

Balasan Terhadap Mayat Isteri Yang Suka Melakukan Zina



Apabila timbulnya cerita pelik, sudah pasti kita agak sukar untuk mempercayainya. Namun di dunia ini, tiada perkara yang mustahil untuk berlaku kerana Allah SWT telah menetapkan bahagian seseorang itu. Tetapi ingat, kita perlu sentiasa mengikut segala perintah Allah SWT dan meninggalkan perkara yang dilarangNya. Kisah ini sebenarnya adalah artikel yang diambil dari sebuah majalah Mastika. Jom ikuti kisah tentang mayat seorang isteri yang suka melakukan zina.

Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.

Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.
Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand.Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.



Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.

Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.

Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.



Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.

Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.

Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.

Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.

Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah…..

1 comments:

Post a Comment

Namibia’s Mysterious Fairy Circles



Di kawasan padang di selatan Afrika, terdapat beribu-ribu bulatan aneh yang dikenali sebagai Fairy Circles. Bulatan yang bersaiz dari 2 meter sehingga 15 meter itu muncul di kawasan rumput Namibia, Angola dan Afrika Selatan.

Bulatan tersebut ditemui pada 1971, namun sejak itu, kajian gagal membuktikan apakah yang membuatkan fenomena itu terjadi. Menurut kepercayaan penduduk Himba, bulatan tersebut terjadi disebabkan oleh naga yang tinggal di bawah permukaan bumi dan menghembus udara panas dari bawah hinggalah ke permukaan. Selain dari itu, terdapat juga teori yang mengatakan bulatan itu telah dihasilkan oleh semut, anai-anai, radioaktif dan juga sisa toksik dan tumbuhan beracun iaitu Damara Euphorbia.

Namibia’s Mysterious Fairy Circles

Namibia’s Mysterious Fairy Circles

Namibia’s Mysterious Fairy Circles

Namibia’s Mysterious Fairy Circles

Namibia’s Mysterious Fairy Circles

Namibia’s Mysterious Fairy Circles

Namibia’s Mysterious Fairy Circles

Namibia’s Mysterious Fairy Circles

Namibia’s Mysterious Fairy Circles

1 comments:

Post a Comment

Tip: Bagaimana Untuk Menjadikan Telefon Android Anda Lebih Laju

Bagaimana Untuk Menjadikan Telefon Android Anda Lebih Laju


Mana-mana telefon Android mempunyai banyak ciri menarik namun pada sama ia juga mengakibatkan gajet anda semua menjadi perlahan. Antara tip yang boleh diambil kira bagi menjadikan telefon Android anda lebih laju seperti berikut:


Bagaimana Untuk Menjadikan Telefon Android Anda Lebih Laju

Pengguna boleh mencuba Settings yang ada dalam telefon Android


  • Tutup 'animation' pada app yang menggunakan kelajuan telefon. Apa yang perlu dilakukan adalah pergi Settings > Display > Animation dan kemudiannya anda klik pada No Animations

  • Tutup plug-in untuk pelayar atau browser anda. Caranya adalah buka browser internet, Settings > enable plug-ins kemudian klik Off

  • Sila muat turun Launcher pihak ketiga – Launcher Pro yang melajukan operasi skrin terutama ketika anda membuka satu aplikasi ke aplikasi yang lain.

  • Tutup Wallpaper iaitu animasi pada background telefon anda yang sentiasa beroperasi ketika telefon berada dalam mod aktif. Caranya termasuk klik pada butang utama dan cari Live Wallpapers, kemudian anda klik butang tersebut dan gantikannya pada wallpaper yang statik saja.

  • Hadkan widget yang ada pada Homescreen anda. Keluarkan widget seperti Facebook atau Twitter atau Instagram dan pastikan hanya keperluan komunikasi saja kerana setiap kali telefon dibuka, ia akan membaca semua data dalam widget yang dipaparkan di Homescreen. Daripada biarkan satu aplikasi pada skrin utama, masukkan semua aplikasi dalam satu folder.

  • Hadkan aplikasi yang dimuat turun. Untuk melakukannya anda perlu klik pada Settings > Application dan kemudian padam aplikasi yang jarang kita guna.

  • Kurangkan update atau kemaskini data pada telefon. Caranya, masuk ke Account & Sync kemudian nyahaktif sync aplikasi seperti Twitter dan Facebook yang banyak menggunakan data untuk kemaskini yang memperlahankan telefon anda. Jangan terlalu sync banyak aplikasi dan amalkan kaedah sync ketika anda membukanya saja.

Kredit: my.news.yahoo.com

1 comments:

Post a Comment

Lelaki Bernafsu Gila, Suka Lendir Kanak-Kanak Serta Mencabul Berjaya Diberkas


Jika baca msg2 yang diedarkan melalui whatsapp, lelaki ini mempunyai rekod lampau dan pernah dipenjarakan selama 12 bulan atas kesalahan mencabul. Dan lelaki ini juga membuat pengakuan suka mengisap kemaluan kanak-kanak dan telah menjadi tabiatnya sukakan lendir kanak-kanak yang masin.




Sungai Buloh - 9/5/2014: Tindakan gila seorang lelaki misteri yang gemar menculik pelajar sekolah sebelum dipaksa menjadi alat pemuas nafsu sejak sebulan lalu akhirnya terbongkar selepas dia diberkas tengah hari semalam.

Suspek yang juga seorang pengawal keselamatan berusia 34 tahun itu dikesan mempunyai nafsu gila apabila gemar memujuk mangsa dalam kalangan remaja lelaki supaya membuka seluar sebelum dicabul.

Sumber polis berkata, pihaknya yang menerima beberapa laporan berhubung kejadian itu sebelum ini bertindak melakukan risikan dan siasatan menerusi operasi Ops Cantas semalam.

Menurutnya, anggota polis melakukan intipan terhadap seorang pengawal keselamatan yang bertugas di sebuah pusat beli-belah di sini sekitar jam 12.30 tengah hari semalam.

“Pemerhatian mendapati suspek yang bertugas di bahagian pakaian kanak-kanak di pusat beli-belah itu dilihat memujuk seorang pelajar lelaki supaya mengikutnya menaiki motosikal.

“Anggota polis dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) kemudian melihat suspek membawa pelajar lelaki itu menaiki sebuah motosikal model Demak ke kawasan Perindustrian SB Jaya di sini,” katanya. - mymetro






0 comments:

Post a Comment

Kami Bukan Wanita Murahan!



Kuala Lumpur: Sudahlah (segelintir) orang pandang hina pada ibu tunggal dan janda seperti saya. Bila mereka buat begini, lagilah orang anggap janda ini murahan, jijik dan low class (kelas bawahan).” Demikian luahan dramatis popular, Rita Rudaini berhubung tindakan individu tidak dikenali yang menyebarkan nombor telefon palsu 10 janda berhias membabitkan golongan artis popular termasuk dirinya di Internet dan aplikasi sosial.

Ketika dihubungi semalam, Rita atau Rita Rudaini Mokhtar, 38, mengakui pelik dengan mentaliti dan pertimbangan pihak yang melakukan perbuatan tidak bertanggungjawab itu. Tak tahu kenapa mentaliti orang kita masih tak berubah terhadap golongan janda dan ibu tunggal. Bila ditambah begini, lagilah buruk kesannya.

Marah memang marah sebab sedikit sebanyak jatuhkan maruah kita walaupun benda itu tak betul,” katanya.
Selain Rita, sembilan lagi selebriti yang menjadi mangsa adalah aktres Erra Fazira, Nora Danish, Sarimah Ibrahim, Maya Karin, Jasmin Hamid, Nabila Huda, Noniswara dan penyanyi Fauziah Latiff.

Mesej yang tertera nombor telefon palsu semua selebriti itu bertujuan mempersenda dan mengaibkan mereka tersebar luas di Internet sehingga menarik perhatian ramai baru-baru ini.

Rita berkata, tindakan itu hanya dilakukan individu yang mempunyai masalah jiwa atau otak saja. Benda macam ini hanya orang psiko saja buat. Orang normal takkan terfikir buat benda yang mengarut dan tak ada ada masa buat macam ini. Tapi bagi orang psiko macam ini mungkin dia puas tengok bila orang ketawa dengan mesej macam itu,” katanya.

Rita juga berasa pelik dengan sikap segelintir pihak yang mengambil kesempatan atas kesedihan atau kekurangan dilalui ibu tunggal sepertinya.

Katanya, walaupun ia tidak betul, tetapi penyebaran maklumat palsu itu boleh mengelirukan sesetengah pihak. Kalau orang yang berfikiran jauh tahu ini tipu, tapi tak semua berfikiran panjang.

Kalau yang berfikiran rendah tentu akan percaya dengan gurauan begini sebab sesetengah orang memang mudah percaya contohnya gosip walaupun benda belum tentu betul,” katanya.



Manakala, Erra pula berkata, mendoakan individu terbabit mendapat kesedaran atas perbuatan tidak berfaedah yang dilakukannya.

Semoga Allah SWT membersihkan jiwa individu itu yang punya banyak kelapangan ini. Jika dia seorang lelaki dan jahil mengenai perasaan seorang wanita, dia harus ingat dia mungkin ada kakak, adik atau anak perempuan. Jadi berfikir panjanglah sebelum mengaibkan orang lain. Takut Allah buka aib kita pula nanti, wallahualam,” katanya.



Sementara itu, penyampai radio Sarimah berkata, tindakan itu adalah kebudak-budakan dan tidak meninggalkan kesan kepadanya.

Nombor itu pun tak betul dan palsu. Ada yang bersikap kebudak-budakan untuk mencari publisiti. Saya rasa sesetengah memang bosan dan bersikap kebudak-budakan dan selalunya memang begitu. Bagi mereka, itu satu bentuk hiburan. Ini benda mengarut dan kebudak-budakan tetapi tak ada kesan kepada saya,” katanya. - myMetro

1 comments:

Post a Comment

GAMBAR PERBEZAAN PENGGALI KUBUR MALAYSIA & BRAZIL

Isaac Deyson, 22 tahun. Bekerja sebagai penggali kubur di Sao Paolo, Brazil. Perwatakan yang menarik persis seorang model antarabangsa, Isaac mula berkecimpung dalam bidang menggali kubur di usia muda. Dengan perwatakan seperti ini, barangkali semakin ramai yang akan ke tanah kubur pula selepas ini.







Di Malaysia, kita ada seorang penggali kubur yang amat popular dari dulu hinggalah ke hari ini, nama beliau seringkali disebut, diajuk dan dimacam-macamkan lagi. Tak lain tak bukan adalah Tok Adi.. Hehehe! Gurau je, jangan marah.


0 comments:

Post a Comment

Tasha Shila Berlatih Muay Thai Bersama Kekasih

Tasha Shila Berlatih Muay Thai Bersama Kekasih



Tasha Shila Berlatih Muay Thai Bersama Kekasih di Ao Nang Raja Gym, Thailand. Gambar-gambar dipetik dari #instagram tashashila. Mungkin ramai yang telah tahu bahawa kekasih Tasha Shila adalah seorang peninju Muay Thailand baca di sini. Jom layannnn

Tasha Shila Berlatih Muay Thai Bersama Kekasih

Tasha Shila Berlatih Muay Thai Bersama Kekasih


Tasha Shila Berlatih Muay Thai Bersama Kekasih

Tasha Shila Berlatih Muay Thai Bersama Kekasih

Tasha Shila Berlatih Muay Thai Bersama Kekasih

Tasha Shila Berlatih Muay Thai Bersama Kekasih

Tasha Shila Berlatih Muay Thai Bersama Kekasih

Tasha Shila Berlatih Muay Thai Bersama Kekasih



Gambar bonus untuk anda!!




Baca juga di sini:




0 comments:

Post a Comment

Gambar Hanez Suraya Sebelum dan Selepas Jumpa Romie



Disebabkan kontroversi rampas suami orang tak pasal-pasal Hanez Suraya faymes satu Malaysia dan banyak gambar-gambar lama telah di keluar semula.





Di bawah Gambar selepas bertemu dengan Romie







Baca juga di sini:

Hanez Suraya Kena Belasah Dengan Peminat Di Instagram


Awi Rafael Bersyukur Tinggalkan Hanez Suraya




2 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ