Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi

Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi

  Lion Of Judah


Singa adalah raja rimba dan raja di darat. Singa sangat sinonim bagi kekuatan, kegagahan dan kepimpinan. Pelbagai organisasi sering menggunakan singa sebagai jata mereka. Namun, tahukah pembaca tentang asal usul simbol singa ini?

Jikalau ada di kalangan pembaca masih belum tahu, maka di sini penulis ingin pembaca tahu serta faham asal usul simbol singa ini.

Asal Usul

Dikisahkan bahawa simbol singa yang kebanyakkan organisasi gunakan pada hari ini adalah berasal daripada salah satu simbol suku kaum Bani Israel iaitu suku Judah. Dalam bahasa Hebrew, ia dikenali dengan suku Yahuda.

Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi

12 suku Israel


Ia bermula apabila Prophet Jacob (Nabi Yaakub as) memuliakan anak keempatnya, iaitu Judah dengan gelaran Gur Aryeh yang bermaksud Singa Muda. Ia boleh dilihat dalam kitab Old Tastament, Genesis 49:9

You are a lion’s cub, O Judah; you return from the prey, my son. Like a lion he crouches and lies down, like a lioness–who dares to rouse him?
(Genesis 49:9)

Judah adalah anak Jacob melalui isterinya Leah. Ini tertera dalam kitab Old Tastement, Genesis 35:23

The sons of Leah: Reuben the firstborn of Jacob, Simeon, Levi, Judah, Issachar and Zebulun.
(Genesis 35:23)

Melalui keturunan Judah, Bani Israel telah menguasai wilayah Palestin serta Kanaan dan seterusnya membentuk sebuah negara yang kuat yang dikenali dengan Kingdom of Judah. King Saul iaitu raja pertama Bani Israel adalah berasal daripada suku Judah. Kemudian, King Saul diganti pula King David (Nabi Daud as), juga berasal daripada suku Judah. Selepas wafatnya King David, King Solomon (Nabi Sulaiman as) telah menaiki takhta. King Solomon adalah anak kepada King David.

Bendera Kingdom of Judah pada ketika itu tertera lambang singa. Singa itulah Lion of Judah. Ia digunakan dengan meluas di seluruh wilayah yang dikuasai Bani Israel pada waktu itu.

Antara negara yang menggunakan simbol yang sama adalah Habsyah (sekarang dikenali Ethiopia). Diriwayatkan bahawa, anak kepada King Solomon hasil perkahwinannya dengan Ratu Sheba (Ratu Balqis) iaituMenelik I telah berhijrah ke Habsyah dan membentuk sebuah negara di sana. Kini, negara Ethiopia telah menggantikan bendera lamanya yang menggunakan simbol Lion of Judah. Oleh itu, jika pembaca melihat bendera Ethiopia yang dulu, pembaca akan faham mengapa simbol singa diletakkan pada bendera negara ini.

Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi

Bendera Ethiopia


Pada masa ini, jata Juruselam yang telah dikuasai rejim Zionis terpampang kemas simbol Lion of Judah.

Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi

Jata Juruselam tertera Lion of Judah


Simbol Singa menjadi simbol keagamaan dan politik
Simbol juga mengalami zaman evolusi. Jika dahulu, ia digunakan oleh Kingdom of Judah, namun sekarang, simbol Lion of Judah digunakan oleh pelbagai pihak. Kelaziman yang berlaku adalah orang Yahudi sering menggunakannya bagi menunjukkan identiti bangsa mereka. Namun, ini tidak bermakna hanya bangsa Yahudi sahaja menggunakannya. Antara organisasi lain yang menggunakan secara meluas adalahRastafari.


Rastafari

Rastafari sebenarnya adalah satu agama yang baru yang berasal dari Afrika. ‘Agama’ ini menggunakan simbol Lion of Judah yang dianggap mereka sebagai lambang pemimpin agung mereka, Haile Selassie I. Mengikut kepercayaan mereka, Haile Selassie I mempunyai jalur keturunan yang sampai kepada King David dan King Solomon. Ironinya, Haile Selassie I adalah penganut Kristian Katholik yang taat. Beliau juga menyangkal dakwaan golongan Rastafari yang mendakwa beliau adalah jelmaan semula Jesus Christ.

Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi


Haile Selassie I bersama seekor singa yang digelar Lion of Judah


Iran

Iran sebelum Revolusi Islam pernah menggunakan simbol Singa dan Matahari daripada tahun 1429 hinggalah 1979. Simbol Singa dan Matahari ini dipengaruhi oleh budaya Parsi, Arab, Turki, Mongol dan Yahudi. Ketika pemerintah Safavid daripada dinasti Qajar, simbol singa dan matahari ini lebih sinonim dengan ajaran Syiah. Mengikut kepercayaan mereka, simbol singa memberi maksud Imam Ali (Saidina Ali bin Abi Talib). Manakala simbol matahari di belakang singa memberi maksud King Jamshid iaitu seorang raja yang amat dihormati oleh masyarakat Parsi suatu ketika dahulu.

Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi

Bendera Iran lama


Simbol Jesus Christ

Penganut Kristian mempercayai bahawa simbol Lion of Judah adalah merujuk kepada Jesus Christ. Penganut Kristian berlandaskan satu petikan ayat di dalam kitab suci mereka, iaitu Bible melalui Book of Revelation 5:5

Then one of the elders said to me, “Do not weep! See, the Lion of the tribe of Judah, the Root of David, has triumphed. He is able to open the scroll and its seven seals
(Book of Revelation 5:5)

Jesus Christ dipercayai mempunyai jalur keturunan daripada King David, raja agung Bani Israel satu ketika dahulu. King David adalah berketurunan suku Judah. Oleh sebab itu, sehingga kini, banyak negara Kristian dan organisasi yang berlandaskan Kristian menggunakan simbol singa secara meluas.
Antara negara yang menggunakan simbol singa adalah Scotland, England, Armenia, Estonia, Denmark, Belanda dan Finland.

Satu buku pada abad pertengahan yang popular di Eropah iaituMediaval Bestiary menghuraikan mengenai pelbagai jenis haiwan termasuk singa. Singa dalam buku tersebut menurut mereka mempunyai sifat ‘ketuhanan’ seperti sentiasa waspada dan tidak tidur. Sifat semulajadi Singa sentiasa membuka mata miskipun ia sedang tidur mirip sifat ketuhanan iaitu sentiasa berjaga-jaga dan tidak lalai.

Simbol singa juga menjadi simbol bagi seorang hawari Jesus Christ iaituMark the Evangelist. Tetapi simbol singa Mark the Evangelist berlainan dengan Lion of Judah kerana singa Mark mempunyai sayap.

Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi

Patung singa bersayap di Piazzetta,Venice mewakili Hawari Jesus Christ, Mark


Lions Club

Sebuah pertubuhan yang ditubuhkan oleh Malvin Jones di Amerika Syarikat pada 1917. Dipercayai Malvin Jones adalah seorang Freemason.Lions Club ditubuhkan untuk membuat amal dan mengutip derma. Pertubuhan ini telahpun tersebar ke seluruh dunia termasuklah Malaysia. Dicatatkan Lions Club telah bertapak di Malaysia sejak 1959 lagi. Beberapa individu terkenal di tanah air sering menghadiri majlis anjuran pertubuhan ini.

Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi

Lions Club International


Ramai mempercayai Lions Club adalah salah satu cabang Freemason untuk mengaburi mata masyarakat. Selain Lions Club, terdapat beberapa badan pertubuhan yang dikaitkan dengan Freemason iaitu Rosarians, the Rotary Club, Bilderberg Group, the Club of Rome, dan the Trilateral Commission. Freemason sepertimana sedia maklum adalah pertubuhan yang berakar umbi daripada Yahudi bermatlamat untuk membina kembali Kuil Haikal (Solomon’s Tample).


Kenapa pertubuhan ini dinamakan Lions Club? fikir-fikirkanlah.

Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi

Mengapa Rabbi yahudi, ahli Freemason dan Lions Club berada dalam satu majlis?


Penutup


Apa yang pembaca perlu sedar adalah setiap simbol yang berunsurkan singa mesti mempunyai kaitan rapat denga Yahudi dan Kristian. Sebaiknya, kita perlu berhati-hati apa yang berlaku di sekeliling kita. Jadilah orang yang sentiasa mahu tahu dan ambil tahu. Umat Islam sentiasa ditipu dengan dakyah-dakyah karut golongan Yahudi dan Nasrani. Mereka sebenarnya banyak mempengaruhi kita dalam setiap perlakuan harian. Jika anda menonton filem Hollywood misalnya, anda mesti akan sedar gambar di bawah ini bukan? Seekor singa mengaum. Tahukah anda siapakah di sebalik singa mengaum ini? Mereka adalah pemilik Metro Goldwyn-Mayer iaitu Samuel Goldwyn dan Louis B. Mayer. Mereka berdua adalah berketurunan Yahudi-Amerika.

Simbol Singa Dan Kaitannya Dengan Yahudi
Petikan montaj produksi MGM




Sumber: https://muhdhazrie.wordpress.com/

0 comments:

Post a Comment

Bagaimana Matahari Terbit Dari Barat Nanti?

Bagaimana Matahari Terbit Dari Barat Nanti



Sehingga ke hari ini masih belum ada manusia yang dapat menjelaskan teori atau fenomena “Bagaimana Matahari Terbit dari Barat”.




Fenomena ini diterima oleh saintis Barat dan mereka telah mengeluarkan pelbagai teori. Malah tidak kurang juga dengan saintis-saintis, ilmuan dan pemikir Islam yang memberi pandangan dan komen. Tidak semua teori dari Barat adalah betul, maka marilah kita sama-sama kembali kepada Al-Quran dan mengkaji bagaimana agaknya penjelasan Al-Quran.

Untuk kebaikan bersama, baik kita “melihat” sepintas lalu akan teori-teori Barat ini sebelum kita mengkaji teori Al-Quran agar kita dapat membuat penelitian dan perbandingan.

Barat mengemukakan 3 teori iaitu:

1) Teori-1:
“retrograde motion” iaitu relatif peredaran bumi dengan planet lain seperti planet Marikh.

2) Teori-2:
perlanggaran bumi dengan komet atau planet lain yang amat dahsyat sehingga menyebabkan bumi bertukar pusingan, dan

3) Teori-3:
sebab keadaan bumi yang semakin hampir dengan matahari!
Ke tiga-tiga teori ini boleh dimuat turun dari kebanyakkan sesawang Internet (seperti www.Islamhadhari.net “Saintis Barat akui matahari akan terbit dari barat” pada Ogos 18, 2008). Di bawah ini adalah sedikit ringkasan dari petikan artikel di atas.

Fenomena ini terdapat di dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a, katanya, Rasulullah s.a.w telah bersabda (yang bermaksud).

“Tiga perkara, apabila zahir kesemuanya, tidak akan memberi manfaat iman seseorang itu. Sama ada yang tidak pernah beriman sebelum itu atau imannya tidak memberi kebaikan terhadap dirinya. (Iaitu) ketika matahari terbit dari arah barat, Dajjal dan Daabatul Ardh (sejenis makhluk dari dalam bumi).” (Riwayat Muslim)




Teori Al-Quran

Sekarang mari kita mengkaji teori Al-Quran “bagaimana matahari terbit dari barat”. Saya memilih dan mengkaji 7 ayat (mungkin ada banyak lagi ayat-ayat lain) yang saya fikirkan bagaimana Al-Quran menjelaskan tentang fenomena ini iaitu satu ayat pada surah Al-Qamar (54:1) (bermaksud) “Saat (hari Kiamat) semakin dekat, bulan pun merekah/terbelah” dan 6 ayat pada surah Al-Hijr (15:72-77) (bermaksud) (15:72) “Demi umur engkau, sesungguhnya mereka dalam keadaan mabuk dan kebingungan. (73) Lalu mereka disambar bunyi teriakan yang keras ketika matahari terbit. (74) Lalu Kami jadikan (negeri) mereka yang diatas jadi ke bawah (tertonggeng), dan Kami turunkan ke atas mereka hujan batu dari tanah yang keras. (75) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda-tanda agi orang-orang yang memerhati (mengkaji). (76) Dan sesungguhnya (negeri) itu maseh benar-benar terletak pada jalan yang maseh tetap (tidak musnah dan maseh dilalui orang. (77) Sesungguhnya pada yang demikian itu menjadi tanda bagi orang-orang yang beriman )” .

Mengikut kajian saya, Al-Quran menjelaskan matahari akan terbit dari barat apabila bumi sudah “tertonggeng” iaitu kutub utara menjadi kutub selatan dan kutub selatan menjadi kutub utara. “Proses tertonggeng” ini berlaku apabila bulan merekah dan memancarkan tenaga elektrik ke arah bumi, menyebabkan daya magnet bumi bertindakbalas dan berpusing secara perlahan-lahan. Tenaga elektro-magnet ini juga akan menyebabkan otak manusia menjadi bingung dan keliru. Selain dari tenaga elektro-magnet, rekahan bulan juga akan memuntahkan batu-batu keras serta mengeluarkan tenaga bunyi, yang kemudian sampai kebumi. Sebab itu manusia di bumi akan mendengar bunyi yang kuat, dan kemudian manusia akan dihujani oleh batu-batan.

Apabila bumi sudah tertonggeng, maka manusia dibumi akan dapat melihat matahari terbit dari barat.


Teori Quran Vs Teori Barat

Kalau di kaji dengan teliti, teori yang dijelaskan Al-Quran ini agak berbeza dari teori-teori barat. Yang pertama, Al-Quran menjelaskan bulan yang menyebabkan bumi bertukar arah. Al-Quran menunjukkan perkaitan yang erat dan rapat antara bumi dan bulan. Tetapi teori barat tidak ‘nampak’ pun peranan bulan dalam proses kejadian ini.

Yang ke-duanya, teori Al-Quran nampak lebih jelas dan mudah difahami, malah boleh dibuktikan melalui ujikaji makmal. Sedangkan teori barat tidak dapat diuji dalam makmal dan tidak menunjukkan keadaan matahari akan naik dari barat! Kalau berlaku perlanggaran yang teramat dahsyat (dengan komet yang besar), maka bumi akan hancur! Perlanggaran ‘kecil’ (seperti yang berlaku di Mexico) tidak akan dapat menukar putaran bumi.

Lagi pun sekiranya komet melanggar bumi dari “arah yang salah” ianya mungkin akan menambah kelajuan pusingan yang ada sekarang misalkan dari 24 jam kepada 10 jam sahaja/hari. Sekiranya bumi berputar pada kelajuan ini, maka kelajuan objek yang berada pada permukaan equator (atau khatulistiwa) ialah kira-kira 4,000 km/sejam yang akan memusnahkan segala-galanya yang ada dipermukaan bumi seperti rumah, bangunan, tumbuhan, pohon kayu, dan manusia serta binatang-binatang akan berterbangan.

Lagi pun untuk membolehkan bumi perputar pada arah bertentangan, komet yang melanggar bumi mesti pergerak pada kelajuan lebih dari 2 kali kelajuan putaran bumi iaitu 3,300 km/jam (sekiranya saiz komet sama besar dengan saiz bumi), dan mesti melanggar bumi pada sudut dan lokasi yang tepat. Kalau ianya melanggar pada kutub utara, maka matahari tidak akan ‘terbit dari barat’.

Yang ke-tiga, teori Al-Quran adalah lebih tepat sebab tidak berlaku kerosakkan yang besar kepada makhluk di bumi. Sekiranya berlaku kemusnahan yang besar (misalnya bumi hancur), maka ini bermakna sudah “betul-betul kiamat” dan bukannya lagi “hampir kiamat”. Di dalam hadith di atas menjelaskan selepas matahari naik dari barat maka segala amalan dan taubat tidak diterima lagi, dan dajal akan turun ke bumi (ini menunjukkan manusia maseh lagi hidup di bumi, dan berjalan seperti biasa).

Tambahan pula Al-Quran menyatakan (15:76) manusia akan melihat jalan-jalan tetap tegak, nampak seperti biasa tanpa sebarang kerosakan, dan maseh boleh dilalui.

Ke-empat, penjelasan Al-Quran lebih menyeluruh dan dari teori barat. Ahli sains telah mendapati bahawa terdapat ‘2’ jenis permukaan bulan iaitu permukaan yang cerah (yang sentiasa mengadap bumi), dan permukaan gelap (yang sentiasa membelakangi bumi). Ke dua-dua permukaan ini mempunyai ciri-ciri yang berbeza yang amat ketara seperti warna, daya graviti, kandungan bahan-bahan, ketumpatan dan kemampatan, keradioaktifan, dan sebagainya. Oleh itu apabila bulan merekah ia akan merubah polar graviti, mengeluarkan tenaga elektromagnetik yang boleh menyebabkan daya graviti dan magnet bumi bertindak balas.


Kesimpulan

Al-Quran adalah kalam Tuhan dan kitab yang mengandungi pelbagai ilmu yang maha hebat dan menjelaskan segala-galanya. Fenomena matahari terbit dari barat dijelaskan Al-Quran dengan terperinci, jelas, dan saintifik. Penjelasan Al-Quran nampak lebih logik dan mudah difahami berbanding dengan teori-teori lain seperti dari Barat.

Artikel oleh : Oleh: Khalid Yong, khalidyong@gmail.com
Sesungguhnya orang yang beriman itu ialah orang yang apabila disebutkan Allah akan gementar hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayat-Nya (ayat-ayat Allah) akan bertambahlah iman mereka, dan kepada Rab (Tuhan) mereka bertawakal. ( Surah an-Anfal : Ayat 2 )


Sumber: https://muhdhazrie.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment

Sepotong ayat Al-Quran Meruntuhkan Teori ‘Bumi Adalah Mendatar’

Sepotong ayat Al-Quran Meruntuhkan Teori Bumi Adalah Mendatar

Penyanyi rap percaya bumi mendatar



Seorang ulama terkemuka daripada Andalusia, Ibnu Hazm(994M-1064M) telah menangkis teori cendikiawan Yunani bahawa bumi berbentuk rata dan mendatar. Idea logik Yunani tersebut telah ditangkis sepenuhnya Ibnu Hazm dengan hanya menggunakan hujah daripada surah Az-Zumar ayat 5 yang bermaksud,


“Dia menciptakan langit dan bumi dengan (tujuan) yang benar; Dia menutupkan malam atas siang dan menutupkan siang atas malam dan menundukkan matahari dan bulan, masing-masing berjalan menurut waktu yang ditentukan. Ingatlah Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.”


Ibnu Hazm mendakwa bumi adalah berbentuk bulat dan sfera berdasarkan firman Allah swt yang mengatakan bumi dan matahari bergantian untuk memberikan malam dan siang. Tegasnya lagi, mana mungkin pengantian malam dan siang boleh terjadi jika bumi bersifat mendatar dan rata. Atas dasar logik sekalipun ia mustahil berlaku.

Al-Quran membuktikan teori bentuk muka bumi mendatar adalah palsu

 Ibnu Hazm



Teori Ibnu Hazm memberi dimensi baru dalam bidang astronomi. Miskipun diketahui bahawa terdapat beberapa individu daripada tamadun Yunani purba seperti Pythagoras(570M-495M) dan Parmenides(hidup pada abad ke-5 sebelum masihi) telah mendakwa bumi adalah sfera namun pembuktian tersebut masih diragui dan dipersendakan oleh masyarakat pada era mereka. Teori Ibnu Hazm telah memberi inspirasi secara langsung dan tidak langsung kepada kepada ramai ahli astronomi selepasnya sepertiAl-Idrisi(1099-1165), Ibnu As-Shatir(1304-1375), Nasiruddin al-Tusi(1201-1274) dan ramai lagi.


Al-Quran membuktikan teori bentuk muka bumi mendatar adalah palsu


Ibnu As-Shatir menggambarkan bumi adalah sfera sepertimana yang terkandung dalam manuskripnya.


Boleh dikatakan bahawa manuskrip-manuskrip ahli-ahli astronomi Islam pada abad pertengahan menggambarkan bumi adalah sfera sedangkan di Barat, ramai cendikiawan mereka masih ragu-ragu dengan fizikal bumi yang sebenar-benarnya. Pembelajaran di Eropah pada abad pertengahan juga menerapkan konsep bumi adalah mendatar. Malahan ketika Christopher Columbus dan Ferdinand Magellan memulakan perlayaran sudah ada kata-kata daripada ahli astronomi mereka meramalkan mereka tidak akan kembali dan jatuh terperosok ke lembah lautan.

Itulah hebatnya ulama silam. Ulama zaman dahulu tidak mengehadkan skop pengetahuannya kepada ruang lingkup agama dan ad-din semata-mata tetapi turut mengkaji dengan lebih mendalam berkenaan subjek berkaitan sains dan logik. Atas semua sains dan logik, ia telah diterangkan secara terperinci mahupun tersirat di dalam al-Quran.


Al-Quran membuktikan teori bentuk muka bumi mendatar adalah palsu

Lukisan karya Orlando Ferguson yang menggambarkan bumi adalah mendatar.



Oleh yang demikian, terbuktilah bahawa al-Quran bukan kitab kosong sepertimana dakwaan para musuh-musuh Allah, akan tetapi sebuah kitab yang mengandungi hikmah dan pengetahuan yang luar biasa.

Dan sesungguhnya Kami telah mendatangkan sebuah Kitab (Al Quran) kepada mereka yang Kami telah menjelaskannya atas dasar pengetahuan Kami. menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman.(Surah Al-A’raaf 7:52)


Sumber: https://takusahrisau.wordpress.com

0 comments:

Post a Comment

Bukti Bentuk Bumi Sebenarnya Bukan Bulat, Tapi Datar


Bukti Bentuk Bumi Sebenarnya Bukan Bulat, Tapi Datar



Bumi tak seperti yang Anda kira, Ternyata selama ratusan tahun manusia dibohongi oleh propaganda media yang mengatakan bahwa bentuk bumi adalah bulat. Kebohongan sains selama 500 tahun terakhir ini dilakukan demi ‘proyek’ fantastis bernilai trilyunan US Dollar yang sedang dilakukan secara rahasia oleh negara-negara yang tergabung dalam program ISS (International Space Station) yang dipelopori oleh NASA.

Terbongkar! Bentuk Bumi Sebenarnya Bukan Bulat, Tapi Datar. Ini Buktinya



Bumi Sebenarnya Bukan Bulat, Tapi Datar
Sebelum saya jelaskan bahwa bentuk bumi ini bukan bulat seperti bola namun datar, Mari kita baca dulu beberapa fakta penting dibawah ini,

1. Cobalah searching di google tentang foto-foto bumi yang dikeluarkan oleh NASA, perhatikan baik-baik. Apakah foto tersebut asli foto atau memang gambar kartun hasil editan? Silahkan klik NASA Satellites.





Pertanyannya, Adakah foto bumi dari NASA yang bukan CGI, Bukan hasil rekayasa komputer?

2. Perlu kita ketahui, Ada ribuan satelit di luar angkasa sana, Namun yang aneh, tak ada satupun radio atau optical teleskop yang bisa melihat satu saja dari satelite tersebut.





3. Google My Locations dan Google Maps sama sekali tidak menggunakan satelit dan GPS, Pihak Google sendiri mengaku mendapatkan gambar-gambar permukaan bumi dari drone.





Baca juga - SEPOTONG AYAT AL-QURAN MERUNTUHKAN TEORI ‘BUMI ADALAH MENDATAR’



4. Roket NASA tak pernah terbang secara vertikal (lurus ke atas dari bumi) dan sama sekali tak pernah melewati orbit (500 km dari bumi)




5. Budget NASA 256 trilyun, Hasilnya hanya gambar-gambar CGI dan video dalam air. Lihat Wikipedia

6. Buktinya Galileo dihukum mati ketika tidak bisa membuktikan teorinya secara empiris. Silahkan cari informasi ini dari sumber manapun!




Galileo Galilei (1564 – 1642) Gagal Membuktikan Teorinya


7. Jika air laut gak tumpah dan bisa nempel di bumi, kenapa balon yang diisi gas bisa terbang? Apakah itu namanya ‘anti gravitasi’? Dan lagi-lagi ini hanya teori sampah.

Ini hanya salah satu kebohongan yang dilakukan oleh sains modern, ada banyak hoax-hoax lain yang dijejalkan dalam otak kita yang tanpa kita sadari menjadi sebuah konsep kebenaran, seperti teori-teori dibawah ini,


  • Tak perlu Tuhan untuk terjadinya BIG BANG
  • Alam semesta ini tercipta bukan karena kekuasaan Tuhan, Tapi karena kecelakaan kosmik yang bersifat random
  • Anda bukan manusia, Anda hanyalah hasil evolusi dari kera
  • Spiritualisme hanyalah ilusi, yang nyata adalah materialisme
Kebohongan tentang Bentuk Bumi Yang Sebenarnya Datar ini memang sengaja disembunyikan karena ada ‘proyek’ besar. Anda penasaran proyek apakah tersebut, Silahkan lihat video dibawah ini.







Fakta di lapangan membuktikan bahwa NASA dengan dibeckingi PBB memang mempekerjakan sejumlah orang untuk menjaga ketat dinding es ini, karena ada ‘sesuatu’ disana.
Jika anda penasaran seperti apa bentuk bumi, Maka dibawah ini adalah gambar yang paling mendekati.



Gambar bumi sebenarnya bulat Flat

Kesimpulannya, Bentuk Bumi Ini Bukan Bulat Seperti bola, Tapi Bulat Rata (Flat) seperti gambar diatas.

Ayat-ayat Al Qur’an Tentang Bumi

وَفِى ٱلْأَرْضِ ءَايَٰتٌ لِّلْمُوقِنِينَ

“Dan di bumi itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang yakin.” (QS. Ad-Dhariyat: 20)

أَلَمْ نَجْعَلِ ٱلْأَرْضَ مِهَٰدًا

“Bukankah Kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan?” (QS. An-Naba’: 6)

وَإِذَا ٱلْأَرْضُ مُدَّتْ

“Dan apabila bumi diratakan,” (QS. Al-‘Inshiqaq: 3)

وَإِلَى ٱلْأَرْضِ كَيْفَ سُطِحَتْ

“Dan bumi bagaimana ia dihamparkan?” (QS. Al-Ghashiyah: 20)

وَحُمِلَتِ ٱلْأَرْضُ وَٱلْجِبَالُ فَدُكَّتَا دَكَّةً وَٰحِدَةً

“Dan diangkatlah bumi dan gunung-gunung, lalu dibenturkan keduanya sekali bentur.” (QS. Al-Haqqah: 14)

ءَأَمِنتُم مَّن فِى ٱلسَّمَآءِ أَن يَخْسِفَ بِكُمُ ٱلْأَرْضَ فَإِذَا هِىَ تَمُورُ

“Apakah kamu merasa aman terhadap Allah yang (berkuasa) di langit bahwa Dia akan menjungkir balikkan bumi bersama kamu, sehingga dengan tiba-tiba bumi itu bergoncang?” (QS. Al-Mulk: 16)

إِذَا رُجَّتِ ٱلْأَرْضُ رَجًّا

“Apabila bumi digoncangkan sedahsyat-dahsyatnya” (QS. Al-Waqi`ah: 4)

وْمَ تُبَدَّلُ ٱلْأَرْضُ غَيْرَ ٱلْأَرْضِ وَٱلسَّمَٰوَٰتُ ۖ وَبَرَزُوا۟ لِلَّهِ ٱلْوَٰحِدِ ٱلْقَهَّارِ

“(Yaitu) pada hari (ketika) bumi diganti dengan bumi yang lain dan (demikian pula) langit, dan meraka semuanya (di padang Mahsyar) berkumpul menghadap ke hadirat Allah yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” (QS. ‘Ibrahim: 48)

وَيَوْمَ نُسَيِّرُ ٱلْجِبَالَ وَتَرَى ٱلْأَرْضَ بَارِزَةً وَحَشَرْنَٰهُمْ فَلَمْ نُغَادِرْ مِنْهُمْ أَحَدًا

“Dan (ingatlah) akan hari (yang ketika itu) Kami perjalankan gunung-gunung dan kamu akan dapat melihat bumi itu datar dan Kami kumpulkan seluruh manusia, dan tidak kami tinggalkan seorangpun dari mereka.” (QS. Al-Kahf: 47)

ٱلَّذِى جَعَلَ لَكُمُ ٱلْأَرْضَ فِرَٰشًا وَٱلسَّمَآءَ بِنَآءً وَأَنزَلَ مِنَ ٱلسَّمَآءِ مَآءً فَأَخْرَجَ بِهِۦ مِنَ ٱلثَّمَرَٰتِ رِزْقًا لَّكُمْ ۖ فَلَا تَجْعَلُوا۟ لِلَّهِ أَندَادًا وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

“Dialah yang menjadikan bumi sebagai hamparan bagimu dan langit sebagai atap, dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu; karena itu janganlah kamu mengadakan sekutu-sekutu bagi Allah, padahal kamu mengetahui.” (QS. Al-Baqarah: 22)

وَهُوَ ٱلَّذِى مَدَّ ٱلْأَرْضَ وَجَعَلَ فِيهَا رَوَٰسِىَ وَأَنْهَٰرًا ۖ وَمِن كُلِّ ٱلثَّمَرَٰتِ جَعَلَ فِيهَا زَوْجَيْنِ ٱثْنَيْنِ ۖ يُغْشِى ٱلَّيْلَ ٱلنَّهَارَ ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍ لِّقَوْمٍ يَتَفَكَّرُونَ

“Dan Dialah Tuhan yang membentangkan bumi dan menjadikan gunung-gunung dan sungai-sungai padanya. Dan menjadikan padanya semua buah-buahan berpasang-pasangan, Allah menutupkan malam kepada siang. Sesungguhnya pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.” (QS. Ar-Ra`d: 3)

وَإِن تُطِعْ أَكْثَرَ مَن فِى ٱلْأَرْضِ يُضِلُّوكَ عَن سَبِيلِ ٱللَّهِ ۚ إِن يَتَّبِعُونَ إِلَّا ٱلظَّنَّ وَإِنْ هُمْ إِلَّا يَخْرُصُونَ

“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah).” (QS. Al-‘An`am: 116)

وَلِلَّهِ مَا فِى ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَمَا فِى ٱلْأَرْضِ ۚ وَإِلَى ٱللَّهِ تُرْجَعُ ٱلْأُمُورُ

“Kepunyaan Allah-lah segala yang ada di langit dan di bumi; dan kepada Allahlah dikembalikan segala urusan.” (QS. ‘Ali `Imran: 109)

Pertanyaannya, Adakah satu saja ayat dalam Al Qur’an atau hadits Rasulullah yang menjelaskan bahwa bumi itu bulat seperti bola?

Lalu bagaimana bisa terjadi siang dan malam jika bumi ini tidak bulat? Jawabannya silahkan lihat ayat-ayat berikut ini.

وَالشَّمْسُ تَجْرِي لِمُسْتَقَرٍّ لَهَا ذَلِكَ تَقْدِيرُ الْعَزِيزِ الْعَلِيمِ

“Dan matahari berjalan ditempat peredarannya. Demikianlah ketetapan Yang Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui” (Yaa Siin : 38)

وَالْقَمَرَ قَدَّرْنَاهُ مَنَازِلَ حَتَّى عَادَ كَالْعُرْجُونِ الْقَدِيمِ

“Dan telah Kami tetapkan bagi bulan manzilah-manzilah, sehingga (setelah dia sampai ke manzilah yang terakhir) kembalilah dia sebagai bentuk tandan yang tua” (Yaa Siin : 39)

لَا الشَّمْسُ يَنْبَغِي لَهَا أَنْ تُدْرِكَ الْقَمَرَ وَلَا اللَّيْلُ سَابِقُ النَّهَارِ وَكُلٌّ فِي فَلَكٍ يَسْبَحُونَ

“Tidaklah mungkin bagi matahari mendapatkan bulan dan malam pun tidak dapat mendahului siang. Dan masing-masing beredar pada garis edarnya” (Yaa Siin : 40)

Ilmu pengetahuan dan sains tentunya harus sejalan dengan kitab pedoman kita ‘Al Quran’, untuk membuktikan ayat dalam surat Yasin diatas, para ilmuwan mencari tahu apakah matahari mengorbit sesuatu. dan ditemukan, bahwa bulan mengorbit bumi dan matahari mengorbit galaksi.

Ilmuwan membuktikan matahari berjalan ditempat peredarannya beberapa tahun belakangan. namun hal ini sudah dijelaskan Al Quran ribuan tahun yg lalu.

Wallahu A’lam, Semoga Allah menurunkan hidayah-Nya pada kita semua, Aamiin.


Sumber: http://redaksiislam.com/

4 comments:

Post a Comment

Jangan Mandikan Anak Dengan Air Sejuk Ketika Demam




Doktor, boleh tak anak saya mandi ketika demam?"

Soalan di atas banyak disoal oleh pesakit ketika saya merawat pesakit di klinik. Saya rasa adalah tanggungjawab saya memberikan penjelasan di bawah agar anak bangsa saya pandai menjaga anak ketika mereka demam. InshaAllah. Jangan pengaruh orang keliling, tetapi saya berharap anda bertindak dengan ada ilmu dan amal cara yang betul. Okay?

1. APA ITU DEMAM?

Demam adalah naiknya suhu badan dari suhu normal 36-37.5'C iaitu lebih 37.5'C. Demam sebagai pertahanan badan si bayi jika ada serangan bakteria/virus. Ketika ini, suhu badan naik automatik sebab si comel sedang bergusti sendiri melawan infeksi itu.

Itulah kita sebagai ibu bapa relax sajalah jika bayi itu tetap aktif bermain, minum dan makannya okay. Tak perlu berikan ubat penurun panas. Biarkan saja tubuhnya bekerja secara alami.

2. CARA MENURUNKAN SUHU TUBUH BADAN BILA DEMAM

A) Gunakan kain tuala kecil dibasahkan dengan air panas suam (Tapid Sponging) lalu diletakkan di dahi, perut, leher, ketiak dan celah paha. Air hangat suam ini dapat membantu pembuluh darah di kulit mengembang lalu membuka pori-pori dan memudahkan mengeluarkan suhu panas dari dalam tubuh.

B) Adalah satu kesilapan jika anda:
Menggunakan air sejuk, air ais atau ketul ais sebab hal ini bukannya menurunkan suhu tubuh badan tetapi meningkatkan lagi suhu badan kerana air dingin menyebabkan pembuluh darah di kulit mengecut sehingga panas dibawa darah ke kulit, terhalang.

Apatah lagi bila demam ada yang suruh mandikan anak dengan air sejuk. Kasihan si anak lagi menggigil serta lagi naiklah demamnya. Kalau nak buat ekspirimen, jika kita ibu bapa demam, cuba terus pergi mandi air sejuk. Pijak lantai bilik air pun dah menggeletar. Apatah lagi nak mandi air sejuk?! Kalau periuk panas dibasuh pun akan berasap. Biar periuk itu sejuk terlebih dahulu, baru basuhkan. Bukan?

3. BERSELIMUT KETIKA DEMAM

Hindari menyelimuti si comel yang demam atau memakaikan baju yang tebal seperti jaket atau pakaian ketat yang boleh meningkatkan suhu badan. Sebaiknya gunakan pakaian yang tipis dan longgar, yang dapat menyerap peluh sehingga suhu badan si comel menurun ke paras normal

4. KERAP MINUM AIR

Demam paksa badan mengeluarkan cairan lebih banyak seperti peluh dan kencing. Maka rajin-rajinlah menyusu atau beri air yang banyak kepada bayi anda untuk mengelakkan dehidrasi. Lagi banyak cairan diberi, maka lagi banyaklah cairan yang keluar melalui urin yang juga menolong menurunkan suhu badan yang panas.

5. JANGAN GUNA AIR SEJUK!

Kalau nak dimandikan juga bayi/kanak-kanak yang panas, dibolehkan tetapi air yang digunakan haruslah air yang hangat suam. Jangan gunakan air sejuk. Dengan begitu, tubuh menjadi segar dan nyaman. Setelah mandi, keringkan tubuh dengan kain tuala dan terus cepat tutup badan dengan pakaian.

6. TAK PERLU MAKAN UBAT JIKA ANAK MASIH AKTIF

Anak tidak perlu makan ubat jika ia demam tetapi boleh makan, minum seperti biasa. Hanya jeram jelum anggota badannya dengan air panas suam. Ubat diberikan jika suhu badannya mencapai lebih dari 38'C.

Kalau bayi/anak anda demam berpanjangan lebih dari dua hari, kelihatan lesu, hilang selera makan minum, panas kejang, susah bernafas, muncul bintik merah atau biru di tangan, muntah, cirit birit, ini tanda infeksi kuman/virus yang tubuh badan bayi tidak berupaya melawan. Segeralah bawa bayi/anak berjumpa dengan doktor. Doktor akan siasat punca panas dan infeksi tersebut. Mungkin antibiotik diperlukan.

Nasihat saya, segera rawat demam anak anak. Elakkannya daripada menjadi sawan panas tarik "Fibrile Fit".

Sumber- Dr Rich | PIXEL MEDIA

0 comments:

Post a Comment

KESAN MENAMPAR MUKA KE ATAS ANAK-ANAK DAN MURID SEKOLAH



Dato' Dr.Mohd Rushdan Md Noor


Menampar menurut takrifan Wikipedia adalah membuat pukulan ke bahagian muka dengan tapak tangan ataupun bahagian belakang tangan di mana jari-jari tangan dibuka sepenuhnya. Berbeza dengan perbuatan menumbuk yang menggunakan genggaman tangan.

Selain dari merotan, menampar merupakan salah satu kaedah menghukum yang sering digunakan samada oleh ibu-bapa ataupun mungkin guru-guru di sekolah dan asrama. Mungkin kejadian menampar lebih sering berlaku dan kebanyakannya disembunyikan oleh anak-anak dan murid-murid. Menampar sering menjadi pilihan utama untuk menghukum kerana mudah dilakukan dan mungkin si pelaku merasa lebih puas melepaskan geram ke bahagian kepala dengan niat untuk memberi pengajaran. Niat si pelaku mungkin baik, tetapi adakah menampar ini satu kaedah menghukum yang sesuai dan bertepatan dengan peraturan serta kehendak agama kita?

KESAN FIZIKAL DAN PSIKOLOGIKAL

Saya lebih suka untuk membincangkan apakah kesan menampar ke atas kanak-kanak, kerana bukan sahaja ianya kerap diamalkan tetapi disebabkan oleh potensi kesan samping yang boleh timbul akibat tamparan. Di dalam keadaan ini, si-penampar adalah seorang dewasa yang mampu melepaskan tamparan yang mempunyai kekuatan yang sangat besar terhadap anak yang masih kecil. Selama ini anda mungkin menganggap bahawa menampar itu adalah sesuatu yang tidak serius dan bukanlah satu isu yang besar, malah anda sendiri pun pernah ditampar pada satu ketika dahulu dan ramai dalam kalangan anda yang beranggapan bahawa disebabkan kena penampar inilah, anda pada hari ini lebih baik dan berjaya.

Mengapa tidak ada yang mahu berfikir bahawa jika tidak kerana kena tampar, mungkin anda akan menjadi orang yang lebih baik dari hari ini. Tahukah anda bahawa perbuatan menampar itu boleh memberi kecederaan yang serius terutama ke atas kanak-kanak. Dari sudut perubatan, kita mengetahui bahawa kanak-kanak mempunyai organ-organ yang masih berkembang dan menjalani proses kematangan. Organ-organ ini juga merupakan organ yang rapuh, mudah tercedera dan berpotensi mendatangkan kesan negatif jangkamasa panjang. Organ-organ di bahagian muka seperti mata, telinga, mulut, lidah, saraf tunjang di leher dan juga otak merupakan organ-organ penting yang berpotensi tercedera jika bahagian muka dan kepala dijadikan tempat membuat pukulan atau tamparan.


Kalau kita membaca mengenai kesan kecederaan muka dan kepala terutama ke atas kanak-kanak yang didera, kita akan dapati bahawa kebanyakan kecederaan tersebut adalah disebabkan oleh tindakan menampar ataupun menumbuk di bahagian muka. Orang yang menampar mungkin memakai cincin atau gelang dan kesan yang diakibatkan oleh tangan ini tentu sekali lebih serius. Apabila melakukan tamparan terutama di dalam keadaan emosi yang tidak terkawal, kita tidak dapat mengawal dan menentukan dengan tepat bahagian muka yang akan terkena tamparan. Ini menyebabkan tamparan bahagian muka kadangkala boleh terkena leher, mata dan telinga.


Tamparan yang dilakukan berulangkali tentu sekali memberi kesan yang lebih serius. Tamparan yang kuat bahagian kepala boleh mencederakan tulang leher ("cervical spine") dan saraf tunjang kerana anjakan kepala yang mendadak dan cepat . Otot-otot leher kanak-kanak belum cukup kuat untuk mempertahankan diri dari pergerakan kepala yang seumpama itu. Anjakan cepat bahagian kepala ini juga boleh menggoncang otak dan ini boleh memecahkan salur darah,mengoyak selaput otak dan boleh berlaku pendarahan di dalam otak. Pada waktu yang sama jika kepala terhentak ke dinding atau apa-apa sahaja benda keras akibat momentum pergerakan kepala semasa ditampar, kecederaan yang berlaku boleh menjadi lebih serius dan mungkin boleh mengancam nyawa.

Tamparan juga boleh mencederakan mata dan telinga. Jika tamparan ditujukan tepat pada cuping telinga dan menutup lubang telinga, maka tekanan kuat akan disalurkan ke dalam rongga telinga dan sampai ke gegendang , gegendang telinga boleh pecah dan ini akan menyebabkan gangguan pendengaran yang mungkin kekal jika rawatan tidak diberikan dan bahagian dalam telinga dijangkiti kuman. Pesakit yang mengalami pecah gegendang telinga perlu menjalani rawatan susulan untuk memantau perkembangan dan pendengaran. (https://www.bcm.edu/healthcare/care-centers/otolaryngology/conditions/tympanic-membrane-perforation) .



Jangkitan dalam telinga dikenali sebagai otitis media akibat gegendang telinga yang pecah dan tidak dirawat dan dipantau. Mangsa boleh kehilangan pendengaran.






Sebenarnya banyak lagi kesan-kesan fizikal akibat tamparan seperti lebam, pecah bibir, lidah, kepatahan gigi dan lain-lain yang tidak perlu saya terangkan dengan terperinci (lihat video di bawah). Apa yang penting adalah menampar bukan sesuatu perbuatan yang boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi jika ianya digunakan sebagai kaedah untuk menghukum ke atas kanak-kanak. Kesan fizikal yang diakibatkan oleh perbuatan menampar ini mungkin hanya akan dikesan atau dialami beberapa ketika selepas perbuatan itu dilakukan. Di samping kesan fizikal yang dialami oleh kanak-kanak atau pelajar-pelajar yang ditampar ini, kesan psikologi merupakan salah satu akibat yang tidak kurang seriusnya. Menampar dikatakan salah satu kaedah yang boleh menjatuhkan maruah seseorang lebih-lebih lagi jika ianya dilakukan di hadapan khalayak ramai. Kanak-kanak atau pelajar-pelajar yang ditampar akan merasa terhina dan seringkali menaruh perasaan dendam ke atas orang yang menampar. Tidak hairan jika kajian menunjukkan kesan psikologi dan ingatan akibat menerima tamparan ini boleh kekal lama di dalam ingatan seseorang. Tidak hairanlah mengapa kita sering terdengar atau terbaca testimoni ramai orang awam yang masih ingat peristiwa mereka ditampar dan guru yang menampar ketika zaman persekolahan. Jika mereka berjaya pada hari ini, mereka akan kaitkan kejayaan mereka itu dengan peristiwa ditampar ataupun dirotan.

MENAMPAR PADA PANDANGAN ISLAM

Saya menyeru kepada semua pihak samada ibu-bapa dan guru-guru supaya mengelakkan diri dari menggunakan tamparan muka sebagai kaedah menghukum , hatta, apa sahaja bentuk pukulan ke bahagian leher ke atas adalah sangat-sangat ditegah dari aspek perubatan. Malah di dalam Islam, Rasulullah pernah menegah memukul bahagian muka sebagai kaedah mendidik, baginda bersabda maksudnya “Apabila sesorang kamu hendak memukul saudaranya (dengan tujuan dibenarkan syara') hendaklah dia menjauhi dari memukul mukanya (Hadis sahih Bukhari dan Muslim) (rujukan)

Imam Nawawi pula berkata Ini adalah tegahan yang jelas terhadap memukul muka kerana:

1. Muka adalah anggota lembut serta menghimpunkan segala kebaikan.
2. Anggota yang ada padanya sangat bernilai
3. Anggota yang ada padanya ada anggota panca indera seperti mata
4. Pukulan boleh merosakkan anggota penting ini, mengurangkannya, menghodohkannya atau cacat.
5. Kerosakan akibat pukulan di muka tidak boleh disembunyikan kerana ia adalah anggota yang jelas.

Pengarang kitab Subulus Salam iaitu Imam Ash-Shan’ani ada menulis “Pengharaman pukulan dan tamparan di muka ini merangkumi semua keadaaan samaada untuk mendidik atau sebagainya."

KESIMPULAN

Kesimpulannya, apabila kita menghukum terutama ke atas anak-anak atau pelajar-pelajar, maka hukumlah dengan kaedah yang sesuai serta berhikmah dengan tujuan untuk mendidik dan penuh kasih sayang supaya ianya dapat menjadi pengajaran berguna dan bertujuan menjadikan mereka seorang insan yang lebih baik di masa hadapan. Memukul di bahagian muka dan kepala jelas bukan sahaja boleh membawa kemudaratan emosi dan fizikal kepada anak-anak, malah ianya juga dilarang oleh agama kita.

Video-video di bawah menunjukkan bagaimana kesan menampar ke atas orang dewasa. Mangsa boleh pengsan disebabkan gegaran otak ataupun "cerebral concussion" .










Kredit: dribnusina.blogspot.my

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ