Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gadis Melayu Dibuang Kerja Kerana Bertudung




Kuala Lumpur – Seorang gadis Singapura mendakwa menjadi mangsa diskriminasi sebuah syarikat pengeluar pakaian terkemuka kerana memakai tudung.

Kecewa dengan layanan yang diterima, kakak mangsa, Zafirah Edwards meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap pihak pengurusan PUMA di cawangan ISETAN, Wisma Atria di republik itu.

Menurut Zafirah, adik perempuannya telah diterima bekerja namun diarahkan meninggalkan premis berkenaan selepas sejam memulakan tugas kerana memakai tudung.

“Sejam kemudian dua pengurus ISETAN datang dan berbicara dalam bahasa Mandarin sambil menunjukkan tudung yang dipakai olehnya menggunakan isyarat tangan, seterusnya kakitangan PUMA datang dan dimaklumkan bahawa dia terpaksa meninggalkan premis itu kerana bertudung.

“Saya terkejut mengapa stigma sebegini masih wujud di Singapura hari ini,” tulisnya.

Dia yang berang dengan tindakan dua pengurus dari ISETAN itu turut mempersoalkan hak individu untuk melaksana tuntutan agama di Singapura.

“Adik saya meninggalkan premis berkenaan sambil menangis. Ia tidak adil kerana ianya tidak melambangkan perikemanusiaan,” tambahnya.

Tambahnya, ISETAN harus meletakkan etika perniagaan yang betul dengan melayan sama rata setiap individu sama ada pelanggan atau kakitangan.

“Perkhidmatan pelanggan yang baik datang dari hati dan ikhlas, penuh hormat tanpa berdasarkan penampilan fizikal mereka.

Sebelum mengakhiri surat berkenaan, Zafirah juga menggesa pihak ISETAN memohon maaf kepada adik perempuannya kerana telah mencalar maruah adiknya.

2 comments:

Post a Comment

BENARKAH LIONEL MESSI PENYOKONG ISRAEL?




Sejak Israel mula melancarkan serangan besar-besaran ke atas Gaza di bulan Ramadhan yang mulia ini, pelbagai spekulasi dan tuduhan timbul mengenai dakwaan bintang bola sepak dunia penyokong tegar Israel.



Salah satunya, gambar Lionel Messi yang tersebar dengan perkataan "STAND WITH ISRAEL". Gambar di atas adalah edit semata-mata dan gambar Free Palestin juga merupakan gambar yang di edit sama manakala gambar di bawah merupakan gambar yang sebenar.







Kita sebenarnya tidak tahu apa kebaikan dan kepentingan menyebarkan gambar palsu sedemikian. Apa-apapun, adalah baiknya kita berdoa dan terus berdoa untuk keselamatan saudara segama kita di sana. Bukan mencetuskan provokasi dan bergaduh sesama kita.


Sumber: www.mazeermohamad.com


Tapi apa makna gambar ini, berdiri di dinding ratapan yang menjadi satu kewajiban seorang Yahudi - atau benar Lionel Messi memang seorang Yahudi. Negara Latin terutamanya Argentina mempunyai populasi tinggi imigran Yahudi. Wallahualam.










1 comments:

Post a Comment

ISRAEL Kecam Ronaldo Kerana Sokong Palestin


 

Berbeza dengan Barcelona yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel, Real Madrid memilih untuk berkerjasama dengan Palestin. Perkara ini bukan sahaja boleh dilihat melalui polisi kelab, malah oleh pemain-pemain kelab itu.

Tindakan yang paling ketara ialah dilakukan oleh pemain termahal dunia, Cristiano Ronaldo. Bintang Seleccao yang dilabelkan media barat sebagai memiliki sifat sombong ternyata mempunyai hati yang mulia.

Bekas penyerang Manchester United itu yang terkenal dengan jolokan CR7, dengan ikhlas hati memberikan kasut emas yang diraihnya musim 2011 kepada kepada lembaga amalnya dengan tujuan untuk membantu kanak-kanak Palestin.



Laman Qodsna pada akhir tahun lalu memberitahu, lembaga amal Real Madrid berjaya melelong kasut emas milik Ronaldo pada harga 1,4 juta euro. Wang hasil lelongan itu disumbangkan untuk membina beberapa sekolah yang hancur di sepanjang di Jalur Gaza. Sokongan Pemain Terbaik Dunia pada 2008 tersebut tidak berhenti sampai di situ sahaja.



Pernah dilaporkan sebelum ini, dalam satu acara, Ronaldo dengan berani mengenakan skaf Palestin. Tindakannya itu mendapat kecaman hebat dari lobi-lobi Zionis dan media barat. Beberapa media barat yang bersekutu dengan Yahudi seakan memusuhinya dan terus menggembar-gemburkan segala keburukannya.
Namun ada juga pihak media yang menyatakan tindakan Ronaldo itu sebagai satu bentuk tanggungjawab kemanusiaan. Ia menunjukkan keperihatinanan beliau terhadap krisis Palestin dan rakyat Jalur Gaza. Ronaldo juga pernah dilaporkan menngunjungi Palestin pada tahun 2007 dan 2005.



Di sana beliau disambut dengan hebat oleh rakyat Palestin. Walaubagaimanapun kecaman terhadap Ronaldo terus dilakukan media yang pemiliknya menyokong polisi kerajaan Zionis.

1 comments:

Post a Comment

Kronologi Sejarah Konflik Palestin-Israel



Palestin terletak di wilayah yang dinamakan Bulan Sabit Subur, sebuah kawasan yang pada hari ini meliputi Iraq, Syria, Lubnan, Jordan, Israel, Gaza, dan Tebing Barat. Disebabkan kawasan tanahnya yang subur, luas, dan kedudukan geografinya yang penting sebagai penghubung komunikasi antara Afrika, Asia, dan Eropah, Palestin sering ditakluk sehinga lebih kurang 30 kali dalam sejarahnya yang telah menjangkau 5000 tahun.

Bangsa Kanaan merupakan kaum nomad yang sampai ke Palestin dari padang pasir beribu-ribu tahun sebelum kedatangan Nabi Isa a.s. dan mereka merupakan bangsa pertama yang menghuni kawasan tersebut sebagaimana yang banyak dinyatakan dalam kajian-kajian ahli sejarah. Mereka menamakan negara mereka sebagai Kanaan (Canaan). Perkataan Palestin dicipta oleh orang Yunani yang membawa maksud tanah air orang Philistina atau Filastin dalam bahasa Arab. Pada abad ke 19 dan 20, sebahagian besar tanah Palestin telah diceroboh oleh pendatang Yahudi dari Eropah dan pada tahun 1948 mereka mengisytiharkan penubuhan negara Israel di sebahagian besar tanah Palestin setelah Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengundi untuk memecahkan Palestin yang diperintah dengan mandat antara bangsa Arab Palestin dengan Yahudi.

Berikut merupakan rentetan beberapa peristiwa penting dalam perkembangan konflik Palestin-Israel sejak penguasaan Khilafah Utmaniyyah sehingga tahun 2005:


1516
Pemerintah Uthmaniyyah dari Turki menakluki keseluruhan Timur Tengah termasuk Palestin. Mereka telah menguasai kawasan ini selama 400 tahun.

Abad ke-19
Orang-orang Yahudi ditindas di Eropah. Kumpulan-kumpulan kecil Yahudi Eropah mula berhijrah ke Palestin. Mereka bersepadu dengan penduduk Arab dan mendapat tempat perlindungan untuk mengamalkan agama mereka. Apabila kolonialisme Eropah menakluki hampir seluruh dunia, lahirlah gerakan Zionisme, iaitu sebuah gerakan politik yang mendakwa bahawa menurut Old Testament dan New Testament, semua orang Yahudi mempunyai hak ekslusif ke atas Palestin. Pada masa yang sama, pemerintahan Uthmaniyyah ke atas Palestin dan Timur Tengah menjadi kian lemah.

1869
Sebuah konsortium Perancis-British telah membina Terusan Suez, menerusi Mesir. Terusan yang dibuka pada 1869 ini menjadi jalan pintas ke jajahan Perancis dan jajahan British Ia menjadi cukup penting sehingga British menggabungkan Mesir ke dalam empayarnya pada tahun 1882. Terusan Suez dan kedudukan Timur Tengah yang strategik membuatkan kawasan ini amat diperlukan oleh penjajah.

1896-1897
Theodor Herzl, salah seorang pengasas Zionisme telah menulis sebuah buku berjudul The Jewish State. Dalam buku ini, Herzl menyokong pembentukan negara Yahudi di Palestin. Pada tahun berikutnya, gerakan Zionis mengadakan kongresnya yang pertama di Basel, Switzerland. Penyokong Zionisme mula menguruskan penghijrahan orang Yahudi secara- besar-besaran ke Palestin.

1908
Minyak ditemui buat kali pertama di Timur Tengah oleh orang British di Iran.

1914-1916
Perang Dunia Pertama meletus. Orang Turki bimbang dengan pengaruh Britain dan Perancis yang semakin kuat di Timur Tengah, lantas mereka bersekutu dengan Jerman. Zionis bekerjasama dengan Britain dan mendesak Britain menyokong penghijrahan orang Yahudi ke Palestin. Sebagai balasan, mereka menjanjikan negara Yahudi yang terbentuk nanti akan melindungi kepentingan British di Terusan Suez. Pada masa yang sama, Britain berjanji kepada orang Arab bahawa mereka akan diberikan kemerdekaan jika mereka bangun menentang orang Turki. Justeru orang Arab memulakan pemberontakan. Sementara itu, Britain dan Perancis telah bertemu secara sulit. Dengan menjangkakan bahawa orang Turki akan ditewaskan, kedua-dua kuasa ini merancangkan pembahagian Timur Tengah melalui Perjanjian Sykes-Picot.

1917
Perisytiharan Balfour pada 2 November menyaksikan Setiausaha Luar Negara Britain, Lord Balfour mengumumkan sokongan bersepadu kerajaan Britain kepada pembentukan sebuah negara kebangsaan bagi orang Yahudi di Palestin. Orang Arab membantah. Britain menenangkan mereka dengan berjanji bahawa penempatan Yahudi di Palestin hanya dibenarkan sejauh mana penempatan mereka sejajar dengan kebebasan politik dan ekonomi penduduk Arab. Bagi rakyat Palestin, 2 November menjadi hari berkabung buat seluruh negara.

1918
Orang Arab membebaskan Damsyik daripada pemerintahan Uthmaniyyah. Walaupun mereka telah dijanjikan kemerdekaan, namun sebulan kemudian Britain menguasai Damsyik. Britain, Perancis dan Amerika Syarikat memenangi Perang Dunia Pertama.

1920-1939
Liga Bangsa dibentuk, dan jelas sekali sebahagian besar negara ahlinya merupakan negara Eropah. Liga memberi Perancis mandat ke atas Syria, manakala Britain diberi mandat ke atas Iraq, Jordan dan Palestin. Di sini mandat ringkasnya membawa makna Britain dan Perancis mentadbir kawasan-kawasan ini sebagai jajahan de facto. Pada 1 September 1920, Perancis membentuk Lubnan Besar, merangkumi Gunung Lubnan dan beberapa bahagian Syria.

Dengan persetujuan British, Zionis memulakan penghijrahan orang Yahudi Eropah secara besar-besaran ke Palestin. Antara tahun 1919 dan 1936, penduduk Yahudi di Palestin bertambah dari 58 000 kepada 348 000 orang. dalam tempoh yang sama, penduduk Arab di Palestin bertambah dari 642 000 kepada 978 000 orang. Zionis menubuhkan Dana Kebangsaan Yahudi untuk membeli tanah di Palestin tetapi mereka dapat memperluaskan bahagian tanah mereka sebanyak 5.6 peratus sahaja.

Rakyat Palestin membantah penhijrahan Zionis yang semakin pesat, tetapi Britain tidak bertindak balas. Pada tahun 1936, Palestin mengisytiharkan mogok peringkat kebangsaan sebagai membantah penghijrahan Zionis. Tidak lama kemudian mogok rakyat Palestin bertukar menjadi pemberontakan bersenjata terhadap British. Namun pada tahun 1939, British bersama Zionis telah berjaya menghancurkan pemberontakan tersebut.

1943
Kemerdekaan Lubnan, dan kuasa diagih-agihkan mengikut agama dengan kekuatan sesuatu komuniti agama didasarkan kepada bilangan yang diandaikan. Kuasa orang Kristian tidak dapat ditandingi, dipastikan oleh nisbah enam ahli Kristian kepada setiap lima ahli Islam di Parlimen. Presiden mesti seorang Kristian Maronite. Perdana Menteri seorang Muslim Sunni, Speaker Parlimen seorang Muslim Syiah dan seterusnya daripada struktur yang berasaskan kepercayaan agama atau gabungan yang terbentuk daripada komuniti bangsa. Pegawai kanan Angkatan Tentera Lubnan kebanyakannya orang Kristian.

1939-1945
Perang Dunia Kedua meletus. Dasar British berkaitan Palestin berubah dan secara tiba-tiba sahaja mereka cuba menghadkan penghijrahan Zionis untuk menghalang orang Arab daripada menyokong Jerman. Zionis mengaturkan penghijrahan secara haram dan terus terang menentang British. Di Eropah, Adolf Hitler memulakan penghapusan etnik Yahudi. Sebelum Jerman tewas, berjuta-juta orang Yahudi telah dibunuh. Lebih daripada 200 000 orang Yahudi dapat berhijrah ke Palestin di bawah program Zionis. United Nation (UN) atau Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) ditubuhkan. Syria, Lubnan, dan Jordan mencapai kemerdekaan tetapi tidak Palestin.

1946
Pertempuran ganas antara orang Yahudi Zionis dengan rakyat Palestin. Britain tidak lagi dapat mengawal keadaan dan membiarkan PBB memikul tanggungjawab ke atas isu Palestin.

1947
Resolusi Pemecahan yang ditetapkan oleh PBB membahagikan Palestin di bawah mandat Zionis Yahudi dengan orang Arab Palestin. Rakyat Paletsin menolak pembahagian tanah air mereka. Zionis bersiap sedia untuk menghadapi pemecahan dan memulakan kempen keganasan terhadap rakyat Palestin untuk memaksa mereka lari meninggalkan kampung halaman.

1948
Tentera-tentera British meninggalkan Palestin. Zionis mengisytiharkan negara Israel untuk kaum Yahudi. Negara-negara Arab menghantar angkatan tentera untuk menentang negara baru ini. Sejumlah 800 000 rakyat Palestin lari sebelum kemaraan askar Israel. Ankatan tentera Arab terpaksa berundur dan hanya mampu mengekalkan Tebing Barat Palestin dan Gaza. Jordan menguasai Tebing Barat dan Mesir mengambil alih pentadbiran Gaza.

1949
Israel diterima sebagai negara anggota PBB. Pada masa yang sama PBB mengarahkan Israel untuk membenarkan rakyat Palestin kembali ke tanah air mereka, tetapi Israel tidak mematuhi arahan ini. Akhirnya rakyat Palestin terpaksa tinggal di kem-kem pelarian di bawah kelolaan UNRWA (Agensi Bantuan dan Kerja Amal PBB) di Jordan, Lubnan, Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Rakyat Palestin tidak menubuhkan sebarang gerakan penentang tetapi sebaliknya mereka bersikap tidak peduli dan menanti sahaja kedatangan tentera Arab untuk membebaskan Palestin.

1956
Mesir memiliknegarakan Terusan Suez. Israel, Britain, dan Perancis menentang Mesir. Kesatuan Soviet mengancam akan mengebom Paris dan London. Amerika Syarikat memaksa penyerang berundur. Sekumpulan penuntut Palestin-salah seorang daripada mereka ialah Yasser Arafat- memutuskan untuk bertindak sendiri dan mereka menubuhkan Gerakan Pembebasan Palestin atau al-Fatah.

1958
8 Mei: Perang Saudara Lubnan yang pertama bermula. Perang berakhir pada 14 Oktober.

1964
Negara-negara Liga Arab menubuhkan Palestine Liberation Organization (Pertubuhan Pembebasan Palestin) atau PLO. Pergerakan Fatah tidak menganggotai PLO kerana mereka menganggap PLO terlalu dipengaruhi oleh negara-negara Arab.

1965
1 Januari; Fatah menjalankan operasi gerilanya yang pertama di Israel.

1967
Perang Jun: Angkatan tentera Arab ditumpaskan. Dalam tempoh enam hari sahaja Israel telah menambah wilayahnya sebanyak tidak kali ganda dengan menduduki Semenanjung Sinai di Mesir, Bukit Golan di Syria, Tebing Barat, dan Gaza. Kini seluruh Palestin diduduki. Sejumlah 416 000 pelarian baru dari Tebing Barat dan Gaza tiba di Jordan, Mesir, Syria, dan Lubnan. Kuasa besar Amerika Syarikat dan Russia memulakan serangan diplomatik untuk memujuk negara-negara Arab supaya mengiktiraf Israel, dan sebagai balasan Israel akan beredar dari kawasan-kawasan yang didudukinya. Namun tiada sepatah perkataan pun disebut tentang hak kebangsaan rakayat Palestin.

1968-1969
Perjanjian Kaherah mengesahkan kehadiran rakyat Palestin bersenjata di Lubnan dan menggunakan sebahagian kawasan selatan sebagai tempat melancarkan serangan ke atas Israel. Ketiadaan angkatan bersenjata selepas tentera Arab dalam Perang Jun kemudiannya diganti dengan kehadiran Fatah. Beberapa lagi kumpulan komando ditubuhkan seperti Barisan Hadapan bagi Pembebasan Palestin dan Barisan Demokratik. 21 Mac 1968: Pertempuran Karameh- kumpulan gerila Palestin di Jordan berjaya menumpaskan angkatan tentera Israel. PLO mengambil alih kuasa ke atas kem pelarian di Lubnan dan di Jordan. Disember 1968: Israel menyerang lapangan terbang Beirut; maka bermulalah konflik di Lubnan berkaitan isu Palestin. Pada tahun 1969, kumpulan-kumpulan komando mengambil alih PLO dan pemimpin Fatah, Yasser Arafat dilantik sebagai pengerusi PLO. Pangkalan gerila turut ditubuhkan di Jordan.

1970-1971
Peristiwa Black September. Banyak sekali operasi gerila PLO yang dilancarkan dari Jordan, tindak balas dendam oleh Israel terhadap pengkalan gerila dan kampong-kampung di Jordan, perampasan empat buah kapal terbang ke Jordan, dan bertambahnya kekuatan tentera PLO mencetuskan konfrontasi antara gerakan pembebasan dengan Raja Hussein dari Jordan. Selepas pertempuran dan pembunuhan beribu-ribu rakyat Palestin, angkatan tentera Raja Hussein berjaya mengusir keluar gerakan pembebasan dari Jordan pada Septrember 1971. PLO memindahkan ibu pejabatnya dari Jordan ke Lubnan. Serangan gerila yang berterusan terhadap Israel menyebabkan Israel melancarkan serangan udara terhadap selatan Lubnan. Presiden Jamal Abdul Nasser dari Mesir meninggal dunia dan Anwar Sadat menggantikannya.

1973
Perang Oktober: Usaha Damai kuasa-kuasa besar ke atas Timur Tengah beransur-ansur menjadi buntu kerana Israel enggan bertolak ansur. Untuk memecahkan kebuntuan, Mesir dan Syria memulakan serangan terhadap angkatan tentera Israel di Semenanjung Sinai dan Golan. Negara-negara Arab memulakan sekatan minyak. Rundingan damai yang baru bermula.

1974
Pengerusi PLO, Yasser Arafat menyampaikan ucapan pertamanya di Perhimpunan Agung PBB. Sebahagian besar negara di dunia -105 buah negara- mengiktiraf PLO sebagai satu-satunya wakil sah rakyat Palestin. Pada masa yang sama, PBB mengiktiraf hak rakyat Palestin terhadap tanah air kampung halaman mereka sendiri.

1975
Operasi gerila yang begitu banyak dari selatan Lubnan menyebabkan Israel memulakan operasi pengeboman yang dahsyat terhadap kem pelarian Palestin di kawasan berkenaan. Mereka turut menyerang perkampungan-perkampungan di Lubnan untuk memaksa penduduk lari meninggalkan rumah mereka. Zionis menegaskan bahawa selatan Lubnan juga adalah milik negara Yahudi yang juga diistilahkan mereka sebagai Tebing Utara Israel. Rabbai IDF mengeluarkan risalah yang mewar-warkan bahawa bandar dan kampung di Lubnan dinamai dengan nama Ibrani kuno. Beirut ditandai Be’erot (telaga-telaga), manakala Lubnan diperihalkan sebagai tanah puak Asher.

13 April: Sayap kanan Phalange Kristian menyerang bas yang sarat dengan rakyat Palestin dan beberapa orang rakyat Lubnan. Mereka dibunuh beramai-ramai. Perang saudara Lubnan bermula. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan bertindak untuk membersihkan semua kawasan Beirut Timur dan kawasan utara daripada PLO dan Gerakan Kebangsaan Lubnan (Lebanese National Movement atau LNM).
PBB mengutuk Zionisme sebagai bersifat perkauman. Mesir di bawah pemerintahan Anwar Sadat dan Israel menandatangani Perjanjian Interim yang kedua; lapangan minyak Abu Rudeis diletakkan semula di bawah Mesir.

1976
Seluruh anggota sayap kanan Barisan Lubnan menyerang kawasan orang Islam, Palestin dan Kristian yang berdegil di Beirut Timur: kem-kem Palestin ditawan, Dbayyeh (ditawan pada 14 Januari); Jisr al-Basha (lebih kurang 2000 orang Kristian) dan Tal al-Za’atar (30 000 rakyat Palestin dan rakyat Lubnan ditawan pada 12 Ogos); daerah sesak Syiah, Maslakh dan Karantina (ditawan pada 18 Januari), pinggir bandar Syiah, Nabab (ditawan pada 6 Ogos), dan Badawi, kawasan kecil Kristian Armenia. Gabungan LNM dan angkatan bersenjata Palestin yang dikenali sebagai Angkatan Bersenjata Bersama telah membalas dengan menawan bandar pantai Damour; penduduk Kristian Maronite diusir.

Pertengahan Januari: Angkatan Tentera Lubnan berpecah. Unit-unit tentera yang menentang persubahatan Kuasa Pemerintahan Tentera dengan sayap kanan angkatan bersenajat Kristian menarik diri daripada angkatan tentera dan membentuk Angkatan Tentera Arab Lubnan di bawah kuasa pemerintahan Leftenan Ahmad Khatib. Jun: Angkatan Bersenjata Bersama hampir-hampir menewaskan sayap kanan Barisan Lubnan apabila angkatan tentera Syria memasuki Lubnan atas undangan Presiden Lubnan, Sulaiman Franjieh. Kejayaan gerakan umum dan progressif tiba-tiba terencat. Syria bermula dengan menyerang angkatan tentera campuran LNM dan PLO dan dua tahun kemudian berlawan dengan sayap kanan campuran Maronite.

1977
16 Mac: Kamal Jumblatt, pemimpin LNM dibunuh. 19 November: Presiden Mesir, Anwar Sadat datang ke Jerusalem untuk memulakan rundingan damai. Lawatannya dikutuk oleh Liga Arab, terutamanya PLO.

1978
Mac: Israel menyerang selatan Lubnan, 2000 orang awam terkorban dan 200 000 lagi menjadi pelarian; enam buah kampung dimusnahkan dan 82 buah lagi dirosakkan. Israel dipaksa berundur tetapi mereka menubuhkan zon penampan atau Lubnan Bebas seluas 10 kilometer di wilayah Lubnan.

1979
Perjanjian damai yang akhir ditandatangani antara Mesir dan Israel. Israel dikehendaki mengembalikan Semenanjung Sinai kepada Mesir; pemindahan selesai pada tahun 1982. Sementara Mesir dan Israel sedang berunding, tentera Israel mengebom kem pelarian rakyat Palestin di Lubnan. Mesir kemudiannya dipecat daripada Liga Arab. Sayap kanan Angkatan Tentera Lubnan yang disokong Israel mengisytiharkan negara mereka sendiri di beberapa bahagian selatan Lubnan.

1980
Iraq menyerang Iran. Bermulalah Perang Teluk.

1981
Pesawat pengebom Israel menyerang dan menghancurkan sebuah reaktor nuklear di Baghdad, Iraq. 300 orang terbunuh dan 800 orang tercedera dalam seranga udara Israel ke atas kawasan orang awam di Beirut. Angkatan tentera Israel dengan cara yang teratur telah memusnahkan jambatan-jambatan yang menyeberangi Sungai Litani. Para diplomat Amerika merundingkan gencatan senjata di sempadan Lubnan-Israel. Disember: Israel secara tidak sah merampas Bukit Golan dari Syria.

1982
Jun: Cubaan membunuh duta Israel ke London oleh kumpulan Palestin yang radikal dan anti-PLO dijadikan alasan bagi Israel untuk menyerang Lubnan (perang Arab-Israel yang keenam); pengepungan Beirut selama tiga bulan; pengusiran angkatan bersenjata PLO dan angkatan tentera Syria dari Beirut.

14 September: Pembunuhan bakal Presiden Lubnan, Bashir Gemayel selepas beliau enggan mengikat perjanjian damai dengan Israel. 15-17 September: Pembunuhan beramai-ramai Shabra dan Shatila dijalankan oleh militia Kata’ib yang diketuai Elias Hobeika dan di bawah perlindungan dan sokongan tentera Israel. Menteri Pertahanan Israel pada ketika itu ialah Ariel Sharon.

1983
Angkatan tentera di bawah kuasa Phalange menguasai kawasan Beirut Barat. Penentangan di bawah sokongan Syria meletus dalam Fatah dan PLO; pertempuran di Lembah Biqa’a dan Tripoli, utara Lubnan berakhir dengan pemecatan askar yang setia kepada Pengerusi PLO, Arafat.

1984
Februari: Pemberontakan popular di Beirut Barat mengakhiri kuasa Phalange.

1985
Tentangan orang awam yang bersenjata terhadap askar Israel memaksa mereka berundur dari kebanyakn kawasan Lubnan yang kemudiannya diambil alih oleh pergerakan Amal, Hizbullah, dan Parti Komunis; enklaf PLO di Saida dan kem pelarian Rashidiyyah berhampiran Tyre. Mei: Militia Amal menyerang Shabra, Shatila, Bourj al-Barajneh. Bermulalah Perang Kem.

1986
Januari: Pertempuran Empat Hari di Shatila. April: Pertempuran Dua Puluh Hari di Shatila. Julai: Pertempuran Tiga Puluh Hari di Shatila. September: Pertempuran Enam Bulan bermula di Rashidiyyah, kemudiannya di Bourj al-Barjneh pada bulan Oktober, dan akhirnya di Shatila pada bulan November.

1987
Februari: Sekatan makanan ditarik balik di Bourj al-Barajneh dan Shatila; namun tembakan curi berterusan. Penyatuan semula PLO semasa mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers. Disember: Meletusnya intifada (kebangkitan rakyat Palestin), pemberontakan popular di Tebing Barat dan Gaza di bawah pendudukan Israel.

1988
Januari: Amal menarik balik pengepungan Shatila dan Bourj al-Barajneh. Mei: Pertempuran di kem-kem di Beirut, di bawah sokongan Syria; Shatila dan Bourj al-Barajneh ditawan; mereka yang setia kepada Yasser Arafat diusir. Disember: Mesyuarat Majlis Kebangsaan Palestin di Algiers mengistiharkan perlembagaan negara Palestin.

1993
Pihak berkuasa Palestin dan Israel and telah menandatangani Deklarasi Oslo pada 13 September 1993 yang menjanjikan pemerintahan bebas dan berdaulat untuk rakyat Palestin.

1994
Kawasan aman Israel-Jordan dibentuk pada 26 Oktober.

2002
Pada 24 Jun, Presiden Amerika Syarikat, George Bush memetakan penyelesaian konflik Israel-Palestin. Namun perkembangan yang berlaku tidak menunjukkan kemajuan. Malah pertempuran sering berlaku saban hari.

2004-2005
Kematian Yasser Arafat. Mahmood Abbas mengambil alih jawatan sebagai pemimpin Palestin sehingga sekarang.

*Rujukan:
Bendt & Downing. 1982. We shall return: women of Palestine. Trans. Ann Henning, Zed, London, 1982.





Nota: Sekurang-kurangnya, ambil tahu apa yang berlaku terhadap saudara kita di sana. Walaupun ada yang baru nak ambil tahu sekarang, lebih baik daripada tak ambil tahu langsung sampai bila-bila.


Sumber

1 comments:

Post a Comment

Sejarah Pendudukan Yahudi Di Malaysia

Sejarah Pendudukan Yahudi Di Malaysia



Hari ini, dipercayai kira-kira 100 orang yahudi yang tinggal di Malaysia adalah pelarian dari Rusia.  Komuniti Yahudi Pulau Pinang yang asal tidak lagi wujud dengan kematian terakhir Mordekhai (Mordy) David Mordekhai pada 15 Julai 2011. Saki baki bangsa Yahudi di Pulau Pinang sama ada memeluk Kristian atau lain telah berhijrah ke negara-negara lain, selebihnya semakin pupus dengan peningkatan sentimen anti-semitik dan dasar-dasar anti-Israel yang diperjuangkan oleh kerajaan Malaysia sejak tahun 1970-an.

Yahudi Road (atau Jalan Yahudi) di Pulau Pinang, di mana majoriti penduduk Yahudi Pulau Pinang tinggal, telah ditukar nama ke Jalan Zainal Abidin, memadamkan satu lagi warisan kehadiran Yahudi di Malaysia, yang tinggal hanyalah tanah perkuburan Yahudi lama dan rumah ibadat yahudi.

Rumah ibadat yahudi yang terletak di no 28, Jalan Nagore, Pulau Pinang telah ditutup pada tahun 1976 kerana mereka tidak dapat memenuhi kuorum sepuluh orang atau lebih orang-orang Yahudi.

Majoriti Yahudi Pulau Pinang bercakap bahasa Melayu dan Inggeris, manakala yang lain bercakap terutamanya Yiddish, Parsi, Ibrani dan juga Bahasa Arab.

Sejarah Pendudukan Yahudi Di Malaysia

Sejarah Pendudukan Yahudi Di Malaysia

Sejarah Pendudukan Yahudi Di Malaysia


Sejarah Orang Yahudi Di Malaysia

Pada tahun 1895, orang pertama Yahudi, Yehezkiel Menassah telah berhijrah dari Baghdad dan terus menetap di Penang, Malaysia. Selama lebih dari 30 tahun, Menassah adalah satu-satunya orang Yahudi yang terdapat di negeri ini, di samping beliau terus mengamati dan memelihara hari-hari kebesaran Yahudi serta sistem peraturan pemakanan Yahudi yang dikenali sebagai Kosher (makanan halal versi Yahudi). Setelah tamat Perang Dunia 1, lebih ramai orang Yahudi mulai menetap di Malaysia. Kemudian semasa Perang Dunia II meletus, komuniti puak Yahudi tersebut telah berpindah ke Singapura. Hingga ke tahun 1963, hanya 20 keluarga Yahudi sahaja yang menetap di Malaysia.

Sehingga aktikel ini di tulis pada tahun 2009, dipercayai ada sekitar 100 orang Yahudi berada di Malaysia. Di Pulau Penang, masih lagi terdapat sekumpulan kecil kelompok Yahudi dan tanah perkuburan mereka di George Town di kawasan persimpangan Yahudi Street (Jalan Yahudi). Kawasan perkuburan orang Yahudi di Penang adalah dianggap paling tertua di pusara negara ini. Kedapatan ukiran pada batu nisan yang tertua di pusara tersebut bertarikh pada tahun 1805 dan yang terakhir pada tahun 1976. Terdapat juga di kawasan perkuburan tersebut kubur seorang pegawai Inggeris Yahudi yang dibunuh semasa Perang Dunia II. Sebahagian besar orang Yahudi yang menetap di Malaysia adalah pelarian dari Rusia.

Bila kemuncak Perang Dunia 1, lebih ramai Yahudi berhijrah ke tanah Melayu sehinggalah Perang Dunia ke-2 di mana mereka telah berpindah ke Singapura kerana khuatir di penjara dan diseksa oleh Jepun. Hingga tahun 1963, hanya tinggal 20 orang Yahudi di tanah Melayu. Disebabkan hanya tinggal 20 orang Yahudi, upacara keagamaan mereka tidak dapat dilaksanakan. Ini adalah kerana, 10 orang Yahudi yang berusia lebih dari 12 tahun diperlukan untuk menjayakan mana-mana upacara keagamaan. Jadi, jumlah mereka tidak mencukupi. Tambahan pula, pendudukan Israel ke atas tanah Palestin serta konflik perang Arab-Israel (perang Yom Kippur @ perang 6 hari) menyebabkan masyarakat Islam Malaysia bersimpati dengan rakyat Palestin dan Yahudi di tanah Melayu merasakan ia sebagai suatu ancaman. Lantas, ramai yang berpindah keluar dari tanah Melayu dan berhijrah ke tempat lain (Singapura yang paling dekat) hinggakan ke New York (salah seorangnya ialah Richard Chang), Australia dan Israel. Yang tidak berpindah pula ialah seperti Gus Styne yang merupakan bekas konduktor orkestra RTM.

Singapura merupakan penempatan terdekat dan tetap bagi mereka semenjak Perang Dunia ke-2 hingga ke hari ini. Mereka hanya datang ke Pulau Pinang sekadar menghadiri upacara pengebumian saudara mereka dan pelbagai upacara yang lain. Hingga kini, dianggarkan terdapat 100 orang Yahudi di Pulau Pinang dan kebanyakan dari mereka adalah pelarian dari Rusia. Mereka mengikuti rombongan perdagangan dari Armenia yang mana sebelum itu Armenia berada dalam kekuasaan USSR. Chief Master Singapura (mungkin semasa zaman sebelum merdeka) iaitu David Marshall, merupakan salah seorang Yahudi Pulau Pinang.

Walaupun negara Malaysia tidak memberi kebenaran pasport bagi warganegara Israel memasuki Malaysia, namun kita harus teliti bahawa, Yahudi tinggal dan menjadi warganegara di banyak negara selain Israel seperti UK, France, German, US, India, China, Australia dan sebagainya. Melalui negara selain Israel itulah bangsa Yahudi dapat datang dan menziarahi saudara mereka Malaysia. Tambahan pula, ada negara lain yg mengamalkan dwi-kewarganegaraan iaitu boleh memiliki dua kewarganegaraan (contohnya, Israel-UK, Israel-France dan sebagainya) berbanding rakyat Malaysia yang hanya boleh memegang satu kewarganegaraan saja.

Majoriti Yahudi di tanah Melayu berkomunikasi dalam bahasa Melayu dan Inggeris. Kubur terbaru Yahudi di Pulau Pinang bertarikh pada 1976. Pendudukan dan perkuburan Yahudi di Pulau Pinang ialah satu-satunya 'kawasan' pertama yang diduduki oleh Yahudi di Malaysia dan ada juga yang berpendapat bahawa pendudukan tersebut merupakan pendudukan yang pertama bagi South East Asia. Kubur Yahudi itu terletak di Yahudi Road (juga dikenali sebagai Jahudi Road dan Jew Road. Sekarang di gelar Jalan Zainal Abidin), Pulau Pinang dan masih lagi di bersih dan diselenggarakan hingga kini. Perkuburan tersebut bukan sahaja menempatkan Yahudi dari Rusia dan Baghdad, malah dari keturunan yahudi yang telah menetap di China (Yahudi Cina) dan berpindah ke Pulau Pinang disebabkan polisi komunisme yang diamalkan oleh pemerintah China pada tahun 1949.

Mengikut Wikipedia, ada juga yang berpendapat bahawa, pendudukan Yahudi di tanah melayu bermula semenjak kurun ke 9 berdekatan dengan muara di Lembah Bujang dan seterusnya pada kurun ke 18 di Melaka.

Semasa pendudukan British di tanah Melayu, ada juga Yahudi yang dilihat bekerja bersama dengan British seperti Eliaho Hayeem Victor Cohen, seorang Leftenan dari rejimen ke-9 askar British Hindia dan terbunuh pada 10 Oktober 1941:

"The graves of the Cohens are located separately from the main group of graves on the north-eastern corner of the cemetery and it includes the grave of Eliaho Hayeem Victor Cohen, a Liutenant with the 9th Jat Regiment of the British Indian Army killed in an accident on October 10, 1941. It is the only grave in the cemetery that is maintained by the Commonwealth War Graves Commission [5]. The cemetery is itself managed by a board of trustees established and registered in 1885. With the descendants of the current trustees residing outside Malaysia, the maintenance of the trusteeship is uncertain."

Cohen@Kohen pula ialah jawatan dalam Yahudi yang mirip paderi Kristian. Kohen ialah "a direct male descendant of the Biblical Aaron, brother of Moses.". Namun begitu, nama Aaron juga digelar Harun dalam Islam (adik beradik kepada Nabi Musa). Pangkat Kohen juga berkait rapat dengan Temple of Soloman (dikatakan, kuil ini akan dibina semula di atas tapak Masjidil Al-Aqsa yang sedia ada). Dan, pangkat Kohen bukan sebarangan. Soalnya, apa yang menarik minat Yahudi untuk menetap di Malaysia? Sedangkan, pada awal 1900an, 1940an, 1960an, Malaya@negara Malaysia bukanlah maju seperti negara-negara barat yang lain pada waktu itu. Dan, kubur salah seorang yang berpangkat Kohen terdapat di Pulau Pinang.

Namun, saya berpendapat bahawa, Yahudi tersebut tidaklah bekerja dengan British, sebaliknya British yang bekerja untuk mereka. Mereka datang hanya memantau kerja-kerja yang akan dilaksanakan oleh British. Dan konsep ini serupa saja pada zaman moden ni di mana US dan UK saja yang sentiasa berada di barisan hadapan baik semasa peperangan mahupun Press Conference, manakala Yahudi pula 'mengawal dan mengarah' dari belakang."

`Wallahu A'lam`

Sumber

0 comments:

Post a Comment

APAKAH JENAMA HANDPHONE YANG DIGUNAKAN OLEH DATIN SRI ROSMAH??


Tengok saja anda dah tahu kan? 

Mesej sahabat saya  kepada saya, "DS Rosmah pakai Handphone biasa sahaja, not even a smartphone". Saya terkejut, lalu saya katakan kirimkan gambar itu segera, kerana saya tahu rakyat mahu melihatnya.

Baca info lanjutnya di sini - klik

Mungkin ada yang berkata handphone mahal tinggal di rumah...Jika beliau yang selalu dimomokkan dengan pelbagai tuduhan liar oleh pihak tertentu, sudah tentu beliau boleh sahaja memakai handphone jenama IPhone 5S jenama baharu atau Samsung jenama terkini.... untuk apa beliau sorok kan lagi? Tetapi, DS Rosmah mengeluarkan handphone jenis lama yang bukan smartphone pun dari beg tangannya!

3 comments:

Post a Comment

Gambar Tuan Guru Nik Aziz Pijak Bendera Israel


Terbaik gambar ni!!!

0 comments:

Post a Comment

10 Bazar Ramadan 'TOP' Sekitar Lembah Klang



1). Bazar Kelana Jaya



Bazar Kelaya Jaya terletak di sebarang Mini Market Giant di Jalan SS6/1, Kelana Jaya dan antara juadah yang terkenal di sini adalah Nasi Kukus, Air Kelapa dan Tebu, Nasi Goreng dan Sotong Bakar.


2). Bazar Bangsar



Bazar Bangsar terletak di hadapan Masjid Bangsar dan Food Court. Ia terkenal dengan Ikan Bakar Portugis, Raja Murtabak, Rojak, Nasi Dagang, Nasi Kerabu, Ayam Percik Rojala.


3). Bazar Taman Melawati


Bazar di Taman Melawati ini mempunyai keunikannya tersendiri kerana jika anda berkunjung ke sini, anda mungkin berpeluang untuk berjumpa degnan artis tempatan turut berniaga di sini. Ia popular dengan makanan seperti Ikan Bakar, Roti Boom, Dim Sum, Air Kelapa dan Kuih-Muih.


4). Bazar Kampung Baru


Bazar Kampung Baru ini terletak berdekatan dengan masjid yang memberi Bubur Lambuk percuma dan mempunyai kira-kira 150 gerai yang menjual pelbagai jenis juadah. Antara yang popular adalah Bubur Lambuk, Roti John, Putu Bamboo dan Air Tebu.


5). Bazar Jalan TAR



Bazar Jalan Tar ini terletak di tengah-tengah kota raya Kuala Lumpur dan ia popular dengan air Cendol dan Air Mata Kuching kerana harganya murah iaitu RM2 sahaja (Harga tahun 2013).



6). Bazar  SS18 


Bazar di SS18 ini dibuka awal iaitu pada pukul 3 petang, jadi bagi anda yang ingin mengelak kesesakan jalan raya dan masalah mencari tempat meletak kereta bolehlah pergi ke bazar awal. Makanan yang popular di bazar ini adalah Ayam Golek dan Kambing Golek Grill.


7). Bazar TTDI  


Bazar TTDI ini terletak di Jalan Tun Mohd Fuad 3 dan juadah popular di bazar ini adalah Tepung Pelita, Nasi Tomato dengan Ayam Masak Merah dan Popiah.



8). Bazar Stadium Shah Alam



Bazar di Stadium Shah Alam ini merupakan bazar terbesar di Selangor dengan mempunyai ratusan gerai yang menjual pelbagai jenis juadah yang pasti akan membuat anda rambang mata. Antara juadah yang popular di bazar ini adalah Papa John Kambing, Ayam Golek, Nasi Khabsa, Jus Mango 'Oshin', Kebab Cucuk dan Kambing Golek.


9). Bazar Pantai Dalam


Bazar Pantai Dalam terletak berdekatan dengan stesen LRT University. Makanan yang popular di bazar ini adalah Roti Jala, Kuih Cara, Ayam Percik dan Air Keladi.


10). Bazar Seksyen 16 Bandar Baru Bangi


Bazar ini terletak di Seksyen 16 Bandar Baru Bangi dan juadah popular di sini adalah Ayam Golek, Nasi Ambang, Nasi Lemak Kukus dan Burger Bakar.


Sumber: my.entertainment.yahoo.com

5 comments:

Post a Comment

Khasiat Minuman Laici Kang Ketika Berbuka Puasa



Apabila tiba bulan Ramadan pelbagai jenis minuman akan dijual di bazar Ramadan dan ini akan membuat ramai yang rambang mata untuk membelinya.

Namun, tahukah anda bahawa air Laici Kang merupakan minuman yang ideal ketika berbuka puasa? Ini kerana selain enak, air ini juga mempunyai banyak khasiat yang bagus untuk kesihatan tubuh badan.

Dipetik dari Rapi, antaranya adalah khasiat yang terdapat dalam air Laici Kang adalah barli. Ini kerana serat daripada barli efektif dalam merendahkan kolestrerol dalam darah. Serat yang tidak mudah larut dalam barli adalah penting bagi memastikan usus dapat berfungsi dengan sihat.

Dalam pada itu, barli juga merupakan sumber yang baik bagi vitamin B dan sesetengah galian. Kromium sebagai contohnya merupakan galian yang merangsangkan penyejatan glukosa dalam darah.

Selain barli, buah kembang semangkuk yang terdapat dalam Laici Kang juga mempunyai banyak kebaikan. Scaphium macropodum dan scaphium lychnophorum menghasilkan jeli yang terbaik dalam spesis scapium.

Buah kembang semangkuk yang direndam di dalam air dan diminum serta dimakan buahnya dipercayai boleh menurunkan panas badan (ketika demam). Air rendaman buah kembang semangkuk ini juga dapat digunakan untuk merawat asma, pendarahan hidung, melawaskan pembuangan air besar, masalah kulit, sakit mata, sakit gigi, kecacingan di kalangan kanak-kanak dan cirit birit.

Kulit pokok kembang semangkuk bersama herba yang lain direbus dan diminum boleh merawat disenteri dan pendarahan rahim. Meminum air rebusan ini juga boleh menolong melawaskan pembuangan air kecil.

Gabungan bahan-bahan ni di dalam air Laici Kang mempunyai khasiat yang sangat bagus untuk kesihatan badan. Jadi amalkan meminum air Laici Kang apabila anda berbuka puasa.


Sumber: my.entertainment.yahoo.com/news

1 comments:

Post a Comment

Fakta Istimewa Mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad




Fakta Istimewa Mengenai Tun Dr. Mahathir Mohamad

Fakta 1 : Hari lahir sebenar Tun Dr. Mahathir Mohamad ialah pada 10 Julai (1925) dan lazimnya disambut oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat, bukan 20 Disember. Namun 20 Disember sudah dianggap sebagai hari lahir rasmi beliau yang lazimnya diraikan pada majlis-majlis rasmi.

Fakta 2 : Dr. Mahathir tidak suka orang memberi hadiah pada hari lahirnya kerana bimbang orang akan mengambil kesempatan dengan hadiah yang bukan-bukan kerana niat yang tertentu.

Fakta 3 : Agak sensitif tetapi kreatif. Mungkin disebabkan faktor ini juga, Dr. Mahathir mudah mengalirkan air mata apabila hatinya tersentuh melihat sesuatu kejadian sama ada kepada bangsanya atau dirinya sendiri.

Fakta 4 : Orang yang lahir berbintang Cancer lebih bersifat kemanusiaan. Lady Diana yang terkenal dengan kerja- kerja kebajikan, juga berbintang Cancer. Lazimnya mereka yang berbintang Cancer juga gemar kepada makanan. Tetapi Dr. Mahathir dapat mengawal selera makannya iaitu berhenti sebelum kenyang meskipun tidak pantang kepada sebarang makanan termasuk nasi lemak yang menjadi kegemarannya.

Fakta 5 : Beliau biasanya membeli buku apabila berkunjung ke sebuah kedai buku di KLCC pada hujung minggu dan di situlah Dr. Mahathir akan mengambil masa yang agak lama untuk memilih buku kegemarannya. Begitu juga apabila berada di luar negara.

Fakta 6 : Dr. Mahathir boleh melelapkan mata di mana saja sama ada dalam kapal terbang atau di pejabat. Di pejabat, beliau boleh tidur selama 30 minit di antara kerja, bukan dengan berbaring tetapi duduk di kerusinya. Beliau melelapkan mata buat seketika selepas makan tengahari atau selepas sembahyang Zohor dan kemudian meneruskan kerja selepas itu.

Fakta 7 : Pernahkah anda mendengar seorang pemimpin negara makan mi segera? Dr. Mahathir boleh makan apa saja tetapi beliau tidak makan banyak. Beliau makan mi segera sekurang-kurangnya seminggu sekali, itu pun sebungkus tidak habis.

Fakta 8 : Dr. Mahathir tidak makan ikan segar

Fakta 9 : Sarapan pagi Dr. Mahathir cukup ringkas iaitu sekeping roti bakar, sehiris buah dan segelas kopi. Kemudian beliau akan minum kopi semula pada jam 10 pagi di pejabat.Waktu malam pula, terutama apabila berada di luar Kuala Lumpur, beliau lebih gemar minum coklat.

Fakta 10 : Tidak seperti kebanyakan ahli politik, Dr. Mahathir tidak berjaga malam. Pada jam 11.30 malam atau selepas tengah malam, beliau akan masuk ke bilik tidur. Jika tiada urusan di luar, beliau akan menelaah di bilik bacaan bersebelahan bilik tidurnya dan beliau akan bangun awal pagi untuk beribadah dan menulis.

Fakta 11 : Sekarang Tun kurang makan nasi, Tun makan lauk sahaja. Lauk yang saya makan adalah sayur-sayuran. Kegemaran Tun sekarang salad. Jadi boleh kata Tun vegetarian sekarang.

Fakta 12 : Tun tidak berapa gemar menggunting rambut dan memotong kuku kerana menggangu tugas. Kerana Tun merasakan beliau tidak boleh buat apa-apa, lumpuh sepenuhnya. Saya benar-benar tidak suka keadaan itu, tapi sampai satu tahap kita perlu juga gunting rambut dan potong kuku. Jika tidak kita nampak tidak terurus.

Fakta 13 : Tun masih boleh membaca walaupun tidak menggunakan cermin mata. Beliau kata mata beliau masih kuat.

Fakta 14 : Perkara yang paling Tun ingat sampai bila-bila adalah hari di mana Tun membuat keputusan menceburkan diri dalam bidang politik pada1945. Ingatan itu masih segar dalam diri beliau.

Fakta 15 : Tun suka melawat Jepun. Kenapa Tun suka? kerana bangsa Jepun adalah bangsa Asia pertama yang dapat menewaskan kekuatan ketenteraan Barat. Lawan dengan Rusia, Jepun boleh menang.

Walaupun Tun tidak suka cara Jepun memerintah Tanah Melayu semasa Perang Dunia Kedua, tetapi bangsa Melayu kena meniru bangsa Jepun kerana mereka mempunyai jati diri amat kuat walaupun dalam dunia moden hari ini..

Fakta 16 : Tun menggunakan telefon bimbit IPhone

Fakta 17 : Tun tidak berapa minat dengan bola.

Fakta 18 : Tun meminati Siti Nurhaliza


Sumber: www.facebook.com/ilovetun

3 comments:

Post a Comment

10 Negara Dengan Penduduk Yahudi Terbesar Di Luar Israel



 Di negara manakah orang-orang Yahudi di luar Israel, yang jumlahnya paling banyak? Dan bagaimana kesannya? Selama ini tidak banyak data dan peta demografi orang-orang Yahudi di seluruh dunia yang diketahui umum.


Dan, nampaknya jumlah kewujudan orang-orang Yahudi itu, jumlah mereka, sebanding lurus dengan pengaruh mereka didalam pelbagai bidang kehidupan.

Data-data ini dapat memberikan sebuah gambaran yang mendalam pada tahap kebijakan setiap negara, yang berkaitan dengann politik, ekonomi, perdagangan, pertahanan/keamanan, budaya dan ilmu pengetahuan, teknologi/informasi, dan bidang pertanian.

Semakin banyak jumlah orang Yahudi di sebuah negara, semakin kuat pengaruhnya terhadap aspek-aspek kebijakan pemerintahan di sesebuah negara. Ini sudah menjadi fakta yang sifatnya umum. Negara-negara yang jumlahnya penduduk Yahudi cukup banyak, maka negara itu, sudah betul-betul berada dalam ‘genggaman’ golongan Yahudi.



Ini kerana mereka membangun jaringan yang sangat kuat, berdasarkan hubungan darah (kaum), ideologi (agama), dan kepercayaan atau mitos bahawa bangsa Yahudi adalah bangsa pilihan ‘tuhan’. Inilah gambaran peta dimografi orang-orang Yahudi di seluruh dunia, setidaknya data ini, memuat 10 negara, yang paling banyak penduduknya orang Yahudi :

Tentu, yang pertama Israel, yang jumlah penduduknya 5.313800 juta (40% dari total populasi Yahudi dunia).


Di luar Israel, 10 negara dengan jumlah Yahudi paling banyak adalah :



  1. Amerika Syarikat jumlah Yahudi 5.275 juta (40% dari total populasi Yahudi dunia)
  2. Perancis jumlah Yahudi 491,000 orang (3.8% dari total populasi Yahudi dunia)
  3. Kanada jumlah Yahudi 373,000 orang (2.9% dari total populasi Yahudi dunia)
  4. United Kingdom jumlah Yahudi 297,000 orang (2.3% dari total populasi Yahudi dunia)
  5. Rusia 228,000 orang (1.7% dari total populasi Yahudi dunia)
  6. Argentina jumlah Yahudi 184,000 orang (1.4% dari total populasi Yahudi dunia)
  7. German jumlah Yahudi 118,000 orang (0.9% dari total populasi Yahudi dunia)
  8. Australia jumlah Yahudi 103,000 orang (0.8% dari total populasi Yahudi dunia)
  9. Brazil jumlah Yahudi 96,000 orang (0.7% dari total populasi Yahudi dunia).
  10. Ukraine jumlah Yahudi 70,000 orang (0.5% dari total populasi Yahudi dunia)





Dari data ini golongan Yahudi yang paling banyak diluar Israel, berada di Amerika yang jumlahnya mencapai 5.275 juta (40% dari total populasi Yahudi dunia), maka Amerika sebagai negara ‘super power’, yang mempunyai pengaruh secara global, baik dibidang ekonomi, perdagangan, petahanan/keamanan, dan berpengaruh sangat luas.

Di Amerika yang sangat terkenal budaya ‘lobby’ Yahudi, yang sangat berpengaruh seperti AIPAC dan JAC, yang semuanya mempengaruhi kehidupan nasional Amerika. Jadi dengan jumlah golongan Yahudi yang banyak, dan sudah masuk dalam seluruh lembaga/ badan awam di Amerika, maka melihat kondisi seperti ini, betapa Amerika sekarang ini, para pemimpin Israel sudah mengganggap Amerika sebagai tanah air mereka. Dan, Israel dengan mudah menentukan kebijakannya terhadap negara dan pemerintah Amerika.



Selain itu, beberapa negara Eropah yang sangat strategik iaitu Perancis, UK dan Jerman, juga terdapat populasi Yahudi yang besar. Disamping Rusia yang sejak zaman Tzar, orang-orang Yahudi sudah mempunyai pengaruh yang sangat penting dalam kehidupan politik Rusia. Sebahagian pemimpin politik dan ideologi Parti Komunis Rusia adalah Yahudi. Seperti Karl Marx, Lenin, Stalin dan lainnya. Bahkan, sekarang orang terkaya kedua di Rusia, Roman Abromovich, yang memiliki kelab bolasepak Chelsea, juga berketurunan Yahudi.

Semua negara Barat, yang tergabung dalam kelompok G.8 (Kelompok Negara Industri), di negara mereka masing-masing terdapat jumlah Yahudi yang banyak, dan umumnya mereka mempunyai pengaruh yang sangat penting. Namun, semuanya yang menjadi ‘episentrum’ (pusatnya) adalah di Tel Aviv. Sedangkan, negara-negara lainnya, seperti Amerika, Perancis, Kanada, UK, Rusia, dan Jerman, mereka hanya menjadi ‘proxi’ (tangan) Israel.




sumber: www.atjehcyber.net


0 comments:

Post a Comment

Penjara Paling Sempit Di Dunia!





 Bayangkan, banduan di San Salvador (di Amerika Tengah) ini harus bersesak-sesak dalam sel kurungan sempit yang boleh dikatakan sebagai kandang haiwan.



Fakta ringkas:

  • Penjara ini terletak di San Salvador, iaitu ibukota El Salvador, Amerika Tengah.
  • Sel kurungan ini sangat sempit dan dihuni oleh para banduan yang harus bersesak, sehinggakan untuk sekadar duduk pun amatlah susah. Keadaannya pun sangatlah kotor.
  • Sel ini sebenarnya diperuntukan untuk menahan penjahat selama 72 jam, namun realitinya mereka dikurung selama berbulan-bulan bahkan bertahun-tahun kerana tingginya tahap jenayah di negara ini.
  • Kebanyakan tahanan yang menghuni sel 'kandang' ini adalah para anggota gangster Barrio 18 dan Mara Salvatrucha atau lebih dikenali dengan nama MS-13. Kedua-dua kumpulan ini merupakan gangster yang saling bertelagah antara satu sama lain dan amat ditakuti di San Salvador.
  • Jumlah anggota kedua gangster yang menghuni penjara seperti ini jumlahnya lebih dari 10 ribu orang!









Sumber: dailymail.co.uk



4 comments:

Post a Comment

Perbandingan Matinya 3 Pemuda Yahudi dan Pembunuhan 1500 Kanak-Kanak Palestin






Dunia Barat seolah gempar, media mainstream bertalu-talu menyiarkan berita tiga orang pemuda Israel mati dibunuh. Hamas lagi-lagi dijadikan kambing hitam. Pemerintah Benjamin Netanyahu menuntut balas, ribuan warga Tebing Barat dan Gaza terancam mati.



Naftali Frankel, 17; Gilad Shaar, 16; dan Eyal Yifrach, 19 (gambar atas); rakyat Yahudi yang diculik berdekatan Hebron pada 12 Jun lalu ditemui mati di sebuah lubang cetek. Sebelum itu, hilangnya ketiga-tiga pemuda ini menggoncangkan hati masyarakat Israel yang langsung melancarkan kempen pencarian di media sosial. Tentera zionis tanpa berlengah melancarkan misi pencarian bertajuk 'Operasi Penjaga Saudara'.

Lebih dari 2100 bangunan di Tebing Barat digeledah. Sebanyak 566 warga Palestin ditahan tanpa alasan yang jelas. Pencarian juga berlangsung secara kekerasan. Menurut CNN pada 30 Jun 2014, 6 pemuda Palestin mati ditembak tentera Zionis sejak pencarian itu bermula. Dan setakat sudah 27 rakyat Palestin mati syahid. Ini adalah hukuman kolektif dari Israel untuk Palestin.

Dua orang warga Hebron jadi mangsa, iaitu Marwan Qawasmeh dan Amer Abu Aisha. Rumah mereka dibakar pada Isnin malam oleh Angkatan Bersenjata Israel, seperti dilaporkan laman Deutche Welle (DW).

Perkampungan Halhul, tempat mayat-mayat pemuda itu ditemui dijaga ketat. Sementara itu, jet Israel menjatuhkan bom-bom di Gaza, di hari-hari pertama bulan suci Ramadan. Netanyahu menuding Hamas sebagai punca disebalik kematian tiga pemuda tersebut. Dia bersumpah akan menuntut balas pada Hamas yang disebutnya "binatang liar".

Tidak ada bukti kuat yang menunjukkan bahawa Hamas yang telah melakukan hal tersebut. Hamas sendiri telah membantah tuduhan terlibat dalam penculikan tersebut. Namun jika memang Israel ingin "menjual", Hamas siap "membeli."

"Jika Netanyahu ingin berperang di Gaza. Maka gerbang neraka akan terbuka untuknya," ujar Hamas.

Kematian 3 pemuda ini memicu komentar dari para pemimpin Barat, Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, contohnya. Dia mengaku tidak dapat membayangkan kesedihan yang dialami ahli keluarga para pemuda itu. Tidak lupa Obama mengutuk pelakunya yang disebutnya pengganas.

"Amerika Syarikat mengutuk dengan keras tindakan keganasan terhadap pemuda tidak berdosa ini. Saya menawarkan dokongan untuk Israel dan pihak berkuasa Palestin untuk mencari pelaku kejahatan ini dan membawa mereka ke pengadilan," kata Obama.







1500 Kanak-Kanak Palestin Maut

Tiga pemuda tewas, Israel dan sekutunya seluruhnya berduka. Dunia marah. Tetapi di mana mereka saat 1500 kanak-kanak Palestin maut dibunuh Zionis? Kanak-kanak ini meregang nyawa di tangan orang-orang yang kini berteriak menentang 'teroris Zionis' itu.

Angka ribuan kanak-kanak yang tewas itu berdasarkan data organisasi Remember These Children sejak September 2000 hingga 2014. Data ini belum termasuk kanak-kanak Palestin yang gugur ketika serangan ke Gaza antara 27 Disember 2008 hingga 18 Januari 2009. B'Tselem, kelompok aktivis HAM untuk Israel menyebut sekurang-kurangnya 318 anak Gaza tewas pada serangan ini, namun diduga jumlahnya lebih banyak.


"Majoriti kanak-kanak Palestin ini terbunuh atau cedera ketika melakukan aktiviti harian, seperti sekolah, bermain, belanja, atau di dalam rumah. 64 peratus kanak-kanak ini terbunuh pada 6 bulan pertama tahun 2003 akibat serangan udara dan darat Israel, atau dari tembakan tentera Israel yang tidak pandang bulu," kata Catherine Cook, salah satu aktivis Remember These Children.

Anehnya, penderitaan ribuan anak-anak Palestin ini seperti tenggelam dan tidak diendahkan media besar dunia. Laman web Intifada tahun 2002 lalu menuliskan, jika ada satu sahaja warga Israel yang terbunuh oleh serangan Palestin, maka stesen televisyen di seluruh dunia langsung menyiarkan "breaking news".

Berita itu menampilkan rakaman lokasi penyerangan, ditambah wawancara warga Israel yang ketakutan atau reaksi marah pemimpin mereka. Besoknya, komentar pedas datang dari PBB dan dari kebanyakan negara-negara Barat.

"Sebaliknya, pembunuhan warga Palestin yang berpanjangan, kebanyakan mereka adalah kanak-kanak, oleh tentera Israel (yang secara terang-terangan) sebahagian besarnya tidak dilaporkan dan diabaikan. Dengan terus menekankan penderitaan Israel, dan mengabaikan pembunuhan rakyat Palestin, media telah memberikan kesan yang salah," tulis Electronic Intifada.









Sekarang, penduduk di Hebron, Tebing Barat, sedang berada dalam ketakutan akibat serangan balas dari Israel. Diberitakan DW.de, mereka kini bersiap untuk yang terburuk. Kereta-kereta mereka masukkan ke dalam garaj, anak-anak dan wanita dilarang ke luar rumah.


#PrayForPalestine
#DoaUntukGaza




sumber: www.atjehcyber.net


2 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ