Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Gambar Sekitar Pengebumian Biduanita Negara Datuk Sharifah Aini




JENAZAH biduanita negara, Datuk Sharifah Aini Syed Jaafar yang meninggal dunia di Pusat Rawatan Pakar Damansara, Petaling Jaya akibat penyakit fibrosis paru-paru, awal pagi tadi tiba di ruang Masjid At-Taqwa di Taman Tun Dr Ismail.










Antara rakan-rakan artis yang hadir diperkarangan hospital








Biduanita negara, Allahyarhamah Sharifah Aini selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara. Al-Fatihah






3 comments:

Post a Comment

Kontoi!! Video Dua Wanita Tempatan Dicekup Tinggal Sebilik Dengan Awang Hitam





Dua wanita melayu kantoi dengan awang hitam di Mentari Court Sunway PJS. Jom saksikan rakaman semasa pihak polis melakukan serbuan di bawah:


0 comments:

Post a Comment

Datuk Lee Chong Wei Dimasukkan Ke Hospital Kerana Kecederaan Otot



Bintang badminton negara, Datuk Lee Chong Wei telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami kecederaan pada otot. Semoga beliau segera pulih seperti sedia kala. Keadaannya dilaporkan semakin pulih.




2 comments:

Post a Comment

Gempar!! JAIS Dikecam Kerana Tersilap ‘Tangkap Basah’?



Selepas serbuan kontroversi pengantin perempuan di kuil Hindu, Petaling Jaya bulan lalu, Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sekali lagi dikecam kali ini kerana menahan empat individu yang didakwa melakukakan kesalahan khalwat.

Mangsa, Hanisha Abdul Rahman, 29, mendakwa ditahan dua penguatkuasa Jais pada 22 Jun lalu bersama pemandu, Muhammad Mukamil Nordin dan dua pekerjanya ketika mereka sedang sibuk berkemas untuk berpindah rumah.

Hanisha yang merupakan pemilik di butik kecantikan berkata, ketika kejadian Mukamil berada di luar rumah dan wanita itu bersama dua kakitangannya juga merupakan teman serumah berada dalam rumah di Salak Tinggi, Selangor.

"Saya terkejut kerana ditahan begitu saja tanpa diberitahu alasan kukuh, mereka datang terus kata yang kami ditahan kerana khalwat," katanya pada sidang media, Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Ibu tunggal itu berkata, dua penguatkuasa Jais berkenaan memberitahu hanya memantau selama 5 minit sebelum mereka datang membuat penahanan.

"Pada mulanya saya tanya berapa lama kamu pantau kami, pegawai Jais itu berkata sudah lama namun apabila saya tanya lagi di balai polis kemudian, mereka kata hanya lima minit," kata Hanisha.

Ini bukan kali pertama Jais dikaitkan dengan insiden serbuan apabila pada 1 Jun lalu jabatan agama itu turut mendapat kritikan orang ramai kerana menyerbu pengantin perempuan Zarinah Abdul Majid kerana kekeliruan status agamanya.

Hanisha berkata, mereka kemudiannya dibawa ke balai polis dan diarahkan datang ke pejabat Jais pada 23 Jun lalu.

"Di Jais kami diarah mengisi borang dan memberi nama penjamin. Kami juga diarahkan membawa wang sebanyak RM3,000 seorang ketika perbicaraan.

"Namun saya membantah, bagaimana mereka boleh minta kami membayar wang sedangkan kami tidak bersalah. Saya dalam rumah ketika itu dan Mukamil di luar," katanya.

Peguam Latheefa Koya yang mewakili empat mangsa berkenaan berkata, tindakan Jais membuktikan penyalahgunaan kuasa dan anak guamnya tidak diberikan hak membela diri.

Beliau berkata, melalui surat perjanjian dan jaminan tertulis peringatan untuk mangsa membawa wang sebanyak RM3,000 pada tarikh perbicaraan.

"Saya berpendapat Jais menyalahgunakan kuasa dengan menggunakan Enakmen Jenayah Syariah Selangor .
"Perbuatan Jais ini amat memalukan dan mencemarkan nama Islam kerana kita tidak diajar untuk membuka aib orang, kita sepatutnya melindungi," katanya.

Katanya, dalam Islam tidak wujud istilah khalwat dan ia hanya dicipta bagi menangani isu maksiat di kalangan masyarakat Islam.

"Tidak ada istilah khalwat sebenarnya yang ada hanyalah berzina dan ia memerlukan empat saksi bagi mengesahkan perbuatan itu, langsung tiada elemen khalwat sebenarnya dalam Islam," katanya.

Latheefa berkata, beliau mewakili anak guamnya menuntut Jais membatalkan tuduhan berkenaan dan sekiranya gagal, mangsa akan bertindak memfailkan saman.

Beliau berkata, anak guamnya juga sudah membuat laporan polis agar siasatan dilakukan ke atas dua penguatkuasa Jais itu.

"Laporan polis dibuat pada 30 Jun lalu di Ibu Pejabat Polis Petaling Jaya di mana anak guam saya menuntut siasatan dilakukan ke atas dua penguatkuasa Jais iaitu Alfian Ahmad dan Mohd Zulfadli Mohd Noor yang membuat tangkapan kira-kira jam 12 malam, Ahad lalu.

"Insiden ini melibatkan maruah seseorang yang berlaku di kawasan berdekatan dengan jiran, kita tuntut Jais membuat permohonan maaf dan membatalkan pertuduhan, jika enggan kita akan failkan saman," katanya.
Latheefa turut menggesa Jais merombak semula sistem pelaksanaan jabatan agama itu.

"Saya percaya terdapat banyak lagi kes seperti anak guam saya berlaku namun tidak dibangkitkan, ia sudah berlarutan agak lama.

"Ini merupakan kali pertama mangsa tampil dengan lantang untuk menghentikan penyalahgunaan kuasa badan agama," katanya.

"Kenapa mereka tidak buat serbuan di hotel mewah? Sekiranya mereka lakukan, kemudian ia boleh diselesaikan kerana kuasa dan wang apabila ada yang terlibat merupakan orang berpengaruh," katanya. – 4 Julai, 2014.

0 comments:

Post a Comment

Tangisan di bumi Madinah: Saya & Datuk Sharifah Aini - Dr Azizan



Watikah dar Dr Azizan dr Madinah..

[Tangisan di bumi Madinah: Saya & Datuk Sharifah Aini]

Ya Allah tersentap jiwa saya sebentar tadi di bumi Madinah bila mendapat berita seorang yang saya kagumi, hormati dan panggil ummi iaitu Datuk Sharifah Aini telah kembali ke rahmatullah. Saya baru berkira-kira untuk menziarahi beliau bila kembali ke KL beberapa hari lagi nanti.

Ummi yang saya kenali adalah bermula dengan rapat kira-kira 3 tahun lepas apabila beliau menghubungi pejabar saya untuk mengundang saya ke rumah beliau di Petaling Jaya. Saya jarang-jarang menerima undangan sesiapa sahaja disebabkan kekangan masa saya bersama keluarga tetapi saya terima undangan Ummi yang tidak pernah saya kenal rapat selain biasa menonton beliau di kaca TV atau mendengar di corong radio. Tapi arwah ayah saya memang peminat ummi.

Saya menerima undangan makan malam di rumah ummi dan pertama kali bertemu serta bercakap dengan ummi, saya terus kagum dengan hajat dia yang sebenar. Selain ingin mengenali saya dan beliau memerhatikan apa yang saya lakukan sedikit sebanyak membangunkan ramai usahawan, ummi meminta pandangan saya tentang beberapa urusan perniagaan kerana beliau amat aktif mendapatkan dana untuk menyara lebih 2,500 anak yatim setiap bulan ketika itu (Sekarang harus lebih).

Saya terkesima kerana biasanya orang berjumpa saya bertanya soalan bagaimana nak besarkan perniagaan atau ingin meningkatkan pelaburan wang mereka tetapi ini pertama kali seseorang berjumpa saya untuk bertanya bagaimana beliau boleh membina perniagaan atau dapatkan dana bagi terus menerus membantu menyara anak-anak yatim yang ditajanya.

Pada ketika itu saya rasa kerdil sangat dan Alhamdulillah kami mula menjadi rapat selepas itu.

Ummi seorang yang berfikiran besar, positif dan sentiasa tahu apa yang dia mahukan. Bagi saya, dia seorang yang seperti gunung yang menjadi penaung kepada ramai orang lain. Dia
bukan sekadar penyanyi biasa-biasa tetapi dia menggunakan bakatnya untuk mencapai impian yang lebih mulia dalam hidupnya.

Ummi pernah diundang ke pentas seminar saya untuk meraikan hari ibu bersama para peserta saya dan bagi saya, ummi Datuk Sharifah Aini adalah seorang ibu yang sangat penyayang.

Beberapa kali saya menziarahi beliau tahun ini di rumah beliau bersama isteri saya dan beliau kelihatan uzur.

Tetapi beliau tidak putus mengaji setiap hari dan malam serta sentiasa khatam Al-Quran. Anda pasti terperanjat jika tahu betapa rajinnya ummi mengaji setiap hari. Beliau juga pernah dapat kami bawa untuk hadir majlis Mega Mawlid bersama Habib Syech di Stadium Shah Alam tahun lepas.

Saya sentiasa berdoa ummi sihat semula untuk berkhidmat kepada ramai yang memerlukan tetapi ternyata pagi ini Allah swt memanggilnya kembali lebih awal.

Saya rindu ummi dan dari kejauhan bumi Madinah ini, saya mendoakan ruh ummi bersemadi dengan tenang bersempena malam ramadhan yang mulia ini bersama ruh para solihin.

Buat Alif anak ummi, ummi sentiasa tidak putus bercerita tentang Alif dan bangga dengan Alif. He loves you so much.

Saya rindu ummi tetapi Allah swt lebih merindui ummi untuk berada di sisiNya.

Saya akan menziarahi ummi bila saya kembali ke Malaysia beberapa hari lagi. Salam kasih dari saya sekeluarga buat ummi dan doa saya tetap bersama ummi dari bumi Madinah ini Insya Allah.

Al-Fatihah buat ruh ummi. Innalillahi wa inna ilaihi rojiun.

Anakanda Azizan Osman

P/S Baru sahaja genap 61 tahun umur ummi 2 Julai lepas. Ummi lahir 2 Julai 1953. Saya percaya mudah-mudahan Allah swt berikan husnul khotimah buat ummi.



1 comments:

Post a Comment

RUNTUHAN DI JALAN IMBI, KREATIVITI RAKYAT MALAYSIA TERHASIL




Ianya datang bermusim bila ada satu kejadian yang berlaku. Masih ingat dengan kes stadium runtuh di Terengganu dan juga flyover runtuh di Cyberjaya? Kali ini giliran kejadian runtuhan di Jalan Imbi pula.





Apapun berikut adalah beberapa gambar kreativiti rakyat Malaysia selepas tersebarnya berita berkenaan runtuhan yang berlaku di tapak pembinaan terowong di persimpangan Jalan Imbi dan Jalan Pudu, pagi semalam.




























Ada yang memberi pandangan hal ini tidak sepatutnya menjadi bahan lawak namun nampaknya kreativiti segelintir rakyat Malaysia tidak lagi mampu dibendung.

1 comments:

Post a Comment

4 Jenis Contengan Jadikan Wang Ringgit Malaysia Tidak Laku




Anda mesti biasa jumpa duit kertas yang diconteng-conteng. Sila ambil perhatian, 4 contengan ini membuatkan wang Ringgit anda tidak laku atau tidak bernilai

1). Conteng muka Agong
2). Buat Kad Jemputan
3). Tulisan berunsurkan keagamaan atau politik - contoh Hisup UMNO atau Hidup PAS
4). Tulisan berunsurkan lucah

Jom dengar penerangan dalam video di bawah:



0 comments:

Post a Comment

Tahniah! Tunku Mahkota Johor (TMJ) Bakal Bertunang



Tahniah! Tunku Mahkota Johor (TMJ) Merisik, Bakal Bertunang


Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim Ismail merupakan Tunku Mahkota Johor.

Baginda merupakan putera kepada Kerabat Diraja Johor (sebelah ayahanda) dan Kerabat Diraja Perak (sebelah bonda).

Tunku Ismail pernah berkhidmat sebagai pegawai Tentera India dan kini sebagai pengerusi Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ).

Kamal Hisham Jaafar, bekas peguam kerabat Johor, telah mengucapkan tahniah kepada TMJ untuk mendirikan masjid.

Ini kata dari Kamal Hisham:
Tahniah Kepada Tunku ahkota Johor

Ini pula status dari FB Johor Darul Takzim:
Nama gadis pilihan baginda, Cik Khaleeda Binti Bustaman, anak gadis bertuah yang menjadi bakal isteri kepada DYAM Tunku Mahkota Johor.... upacara merisik dan majlis pertunangan dijangka berlangsung di kediaman keluarga Cik Khaleeda di Gombak, Selangor.. kami bagi pihak admin ingin mengambil kesempatan mengucapkan SELAMAT BERTUNANG BUAT DYAM TUNKU MAHKOTA JOHOR agar Majlis Pertunangan Diraja ini kekal sehingga ke jinjang pelamin... insya Allah.. amin,

Dikatakan majlis pernikahan akan berlangsung pada Oktober 2014. InsyaAllah.




Inikah gadis bertuah tersebut?











Sumber: Hotlips Corner

1 comments:

Post a Comment

DUA MAUT DALAM KEMALANGAN KERETA KEBAL TENTERA DI KUALA KANGSAR.

DUA MAUT DALAM KEMALANGAN KERETA KEBAL TENTERA DI KUALA KANGSAR



Kemalangan kenderaan tentera darat di Kuala Kangsar. Dua anggota tentera maut. Al-fatihah kepada keluarga mangsa. 

Menurut info kereta kebal tersebut adalah dari jenis Sibmas 6×6.. buatan Belgium. Punca kemalangan dipercayai brek melekat semasa menuruni jalan di Bukit Gantang. Wallahualam... Apa-apa pun sentiasalah berhati-hati dijalanraya.

Kuala Kangsar - 4/7/2014: Dua anggota maut manakala dua lagi cedera apabila kereta perisai milik Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terbabas sebelum terbalik di Kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan dekat sini, 6.40 petang semalam.

Menurut jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kangsar, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian daripada orang awam pada jam 6.46 petang.

"Ketika jentera pertama tiba di lokasi kejadian, anggota penyelamat mendapati sebuah kereta perisai terbalik dan terdapat empat anggota tentera di dalam kenderaan terbabit.

"Seorang anggota tentera terbabit terkorban di tempat kejadian manakala tiga lagi dihantar ke Hospital Kuala Kangsar untuk rawatan sebelum seorang lagi mangsa meninggal dunia," katanya ketika dihubungi sebentar tadi.

Difahamkan, ketika kejadian kenderaan itu gagal dikawal sebelum terbabas dan melanggar konkrit pembahagi lebuh raya sebelum terbalik di bahu kiri jalan.

Menurut sumber, dua anggota yang meninggal dunia dikenali sebagai Sarjan Bayong dan Kpl Fatanah Ismail manakala anggota yang cedera ialah pemandu kereta perisai dikenali sebagai L/kpl Fredy dan Kpl Sharifuddin Abdullah.



DUA MAUT DALAM KEMALANGAN KERETA KEBAL TENTERA DI KUALA KANGSAR

DUA MAUT DALAM KEMALANGAN KERETA KEBAL TENTERA DI KUALA KANGSAR

DUA MAUT DALAM KEMALANGAN KERETA KEBAL TENTERA DI KUALA KANGSAR

DUA MAUT DALAM KEMALANGAN KERETA KEBAL TENTERA DI KUALA KANGSAR

DUA MAUT DALAM KEMALANGAN KERETA KEBAL TENTERA DI KUALA KANGSAR


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ