Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat kawan2 semua...
TOLONG AJARI AKU!!
Kalau anda semua tengok blog Ida ni dah lama wujud sejak tahun 2010 tetapi baru sejak 2-3 bulan ini Ida serius berblog. Sesungguhnya pengetahuan Ida adalah
zero tentang blog ni. Tapi nasib baiklah ada beberapa blog yang Ida kunjung memberi serba sedikit tutorial pasal blog ni terutamanya blog
Lyssa Fazureen dan blog
iskandarX yang sering Ida jadikan panduan. Terima kasih untuk mereka.
Dan...
Sekarang ni, Ida rasa mempunyai satu masalah yang besar sangat. Kalau orang dah follow Ida, Ida mesti nak follow mereka semula. Ini WAJIB bagi Ida. Tetapi dalam situasi lain, jika Ida dah follow blog anda serta memberitahu anda bahawa Ida sudah follow di ruangan komen atau cbox anda dan anda tidak berminat nak follow blog Ida, tidak menjadi masalah pada Ida, anda berhak untuk tidak follow blog Ida. Dan ada juga yang lebih haru, dia tulis di cbox Ida kata dia dah follow Ida, tapi bila tengok dia tak follow pun dan hanya menipu di cbox Ida. Itu juga bukan menjadi masalah pada Ida...walaupun dia kata dah follow tapi sebenarnya tidak, tak apa, Ida akan follow dia juga.
Masalah Ida sekarang adalah, apabila orang dah follow blog Ida tetapi Ida tak dapat nak follow blog mereka kerana link yang mereka tulis di cbox tak betul. Dan ada juga yang dah follow Ida dan gambar mereka terpapar di site follower Ida tetapi bila Ida klik pada gambar mereka hanya keluar seperti gambar di bawah - tiada sebarang link yang membawa ke blog mereka.
Ok... Ida cuba klik pada nama mereka dan terus membawa Ida ke google plus, juga tiada sebarang link yang boleh membantu untuk membawa Ida ke blog mereka. Tolonglah kawan2... ajari Ida bagaimana cara yang mudah untuk membalas follow mereka?
Dan satu lagi masalah Ida, Ida tidak tahu apa fungsi google plus ini. Ida rasa dia amat menyusahkan kerana ada sebahagian blogger menggunakan link google plus ini dan Ida memerlukan dua step untuk sampai ke blog mereka. Contoh seperti di bawah:
Kena klik pada link yang tertera pada tajuk entri mereka baru akan membawa kita kepada blog yang sebenarnya, bukankah ia menyukarkan? Kesukaran akan menjadi bertingkat2 jika line internet perlahan cam siput.
Ida cuba bertanyakan kepada pakcik google tentang fungsi google plus ni tetapi ia tidak banyak membantu dan tidak seperti yang Ida harapkan.
TOLONG AJARI AKU...
Nota Kaki: Mungkin ada sebahagian daripada anda akan mengatakan masalah Ida ini hanya kecil dan bodoh tetapi bagi blogger yang baru berjinak2 dengan dunia blog ini, memang kami bodoh dan merasakan ia amat besar.
14 comments:
Post a Comment