Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Tweet Kononnya 8 Ulama Bermimpi Dajjal Sudah Muncul Adalah Palsu - Ustaz Kazim




Hari ini Ustaz Kazim menafikan bahawa beliau telah mengeluarkan tweet kononnya 8 orang ulama telah bermimpi bahawa dajjal telah pun muncul.

Twitter UstazKazimElias@ustzKazim bukanlah yg diuruskan oleh saya atau adminAlbarakah..Kenyataan ttg munculnya dajal dlm twitter tersebut bukan dr saya..ini adalah twitter palsu disamping puluhan laman fb yang lain yg menggunakan nama saya. Harap semua sahabat jgn terpedaya. jika ada kemusykilan sila hubungi 055260321 atau 0134288700 utk apa2 pengesahan.. Fb yg ini sahaja yg admin saya n saya yg uruskan.... Harap Maklum. 

Sila  Klik sini untuk terus masuk ke akaun fb Ustaz Kazim yang sebenar



Mengikut fb sebenar Ustaz Kazim akau yang di bawah ini juga adalah palsu





0 comments:

Post a Comment

HUKUMAN SEBAT: Pekerja ‘Bangla’ Saman Kerajaan Malaysia RM3 Juta!




SEORANG pekerja Bangladesh memfailkan saman ke atas kerajaan Malaysia, Jabatan Imigresen untuk RM3 juta kerana didakwa disebat ketika di dalam penjara sementara menunggu rayuan sabitan kesnya.

Pekerja itu, Alamin Sheikh Badsha Sheikh, 28 tahun, seorang pekerja binaan sebelum itu dijatuhi hukuman penjara tiga bulan dan tiga sebatan pada Julai tahun lalu selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan gagal menunjukkan dokumen perjalanan dan permit yang sah.

Menurut laporan The Malaysian Insider (TMI), dia ditahan pada bulan Jun tahun lalu dan didakwa di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam bulan berikutnya di mana Alamin mengaku bersalah tanpa diwakili peguam.

Selepas dia dijatuhkan hukuman, barulah majikannya tampil dengan dokumen sah untuk membuktikan sebaliknya.

Ketika menunggu proses rayuan di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, dia telah disebat di Penjara Pokok Sena.

Peguam Alamin kini, S Raveentharan berkata anak guamnya disebat tiga kali dengan rotan pada 9 Oktober tahun lepas hanya kira-kira 16 hari sebelum rayuan kesnya didengar di Mahkamah Tinggi.

Pada prosiding rayuan itu, Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim mengenepikan sabitan bersalah ke atasnya yang dibuat di bawah Akta Imigresen.

“Hakim pun turut terkejut apabila mengetahui bahawa anak guam saya sudah menjalani hukuman penjara dan disebat.

“Ini adalah kes yang mana sistem kehakiman dilakukan secara tergesa-gesa, adakah perlaksanaan hukuman yang terburu-buru itu sebabnya diketahui oleh pihak polis, imigresen? Adakah penyelewengan berlaku?,” kata Raveentharan dalam satu sidang media hari ini.

Beliau berkata, Alamin yang tidak diwakili peguam ketika didakwa, mengaku bersalah tanpa memahami tuduhan yang dikenakan ke atasnya.

Laporan TMI menyebut Alamin tidak hadir pada sidang media berkenaan kerana sedang ditahan di Pusat Tahanan Imigresen Langkap, Perak sementara menunggu proses penghantaran pulang.

Menurut Raveentharan, anak guamnya akan menyaman kerajaan Malaysia atas penderitaan, turut menamakan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Pegawai Penyiasat Jabatan Imigresen, Ketua Polis Negara, Ketua Polis Pulau Pinang dan Pegawai Penyiasat Polis sebagai defendan.

“Pihak kami memohon saman sebanyak RM1 juta bagi setiap sebatan,” katanya.

Dalam kenyataan tuntutan saman itu yang difailkan hari ini di Mahkamah Tinggi, Alamin juga menuntut ganti rugi umum dan ganti rugi khas untuk kesakitan, penderitaan dan juga masalah psikologi yag dialaminya.

Raveentharan berkata Alamin juga akan menjalani pemeriksaan perubatan untuk melihat kecederaan kekal yang dialami selepas disebat di penjara.

“Hukuman sebat itu mencetuskan kebimbangan dia tidak akan boleh mendapatkan zuriat pada masa akan datang,” katanya.

Selain itu, Alamin turut menuntut ganti rugi kehilangan pendapatan sebanyak RM1,300 sebulan sepanjang dipenjarakan dari Julai ke November 2013.

Dia juga menuntut ganti rugi RM2,500 sehari bagi tempoh 90 hari ketika dipenjarakan

0 comments:

Post a Comment

Video Pelajar Perempuan Berbogel Di Hotel Sambil Menipu Ibunya Tersebar





Video Pelajar Perempuan Bertelanjang Sambil Menipu Ibunya Tersebar - Sebuah video klip pendek yang memperlihatkan seorang gadis Melayu yang bertelanjang menelefon ibunya untuk menipu dia sedang sibuk membeli buka teks sekolah tersebar hari ini.

Dalam video berkenaan, gadis itu yang mungkin pelajar sekolah menengah dipercayai sedang bersama teman lelakinya berdasarkan suara lelaki itu di penghujung klip. Kemungkinan pasangan berkenaan berada di bilik hotel.

Aksi dalam klip itu bermula dari atas katil sehingga ke bilik air tanpa seutas benang di tubuh gadis itu dipercayai telah dirakam dan disebar oleh teman lelakinya. Video klip ini masih ada di dalam simpanan whatsapp Ida yang diterima dua hari lepas.



Ibu bapa di ingatkan agar memantau kegiatan anak-anak anda agar jangan sampai tertipu seperti ini... MasyaAllah ia sungguh menakutkan kerana  video itu secara jelas menjerumus kemungkinan besar berlaku zina antara mereka, serta sikap gadis ini yang sedang dan sanggup menipu ibunya di dalam telefon. Sikap gadis ini juga seolah-olah sudah BIASA dalam keadaan begitu kerana sedikit pun tidak memperlihatkan perasaan malu.

Kepada masyarakat  terutamanya kepada adik-adik di luar sana ambil la ini sebagai pengajaran,  rakaman di telefon bimbit walaupun untuk kegunaan peribadi lambat laun akan menjadi tatapan umum jika  jatuh ke tangan pihak lain atau kalau pasangan anda marah dan mahu membalas dendam. Dan seperti biasa apabila telah termalu, si gadis pasti akan membuat laporan polis tetapi apa gunanya apabila segala-galanya sudah terlambat. 

Yang penting hiasi peribadi serta jagalah maruah anda, untuk diri sendiri, ibu bapa dan agama anda.

3 comments:

Post a Comment

Saya Perlukan Lelaki Untuk Bermanja - Marsha Milan

Saya Perlukan Lelaki Untuk Bermanja



Semua ini gara gara kisah kontroversi Hanez Suraya yang bercinta dengan suami orang, ramai juga artis yang sedang menjalinkan hubungan cinta ini ditanya soalan tentang status kekasih mereka — manalah tahu bergelar suami orang tetapi berlagak bujang.

Marsha Milan Londoh juga tidak terkecuali terkena tempias apatah lagi apabila penyanyi, pelakon dan pengacara ini lebih suka menyorokkan identiti kekasihnya dan ianya sekali gus menimbulkan keraguan di hati orang ramai.

“Dia (teman lelaki) bukan duda atau suami orang. Dia solo (ketawa). Memang saya takut. Apa yang Hanez Suraya sedang lalui sekarang membuatkan saya agak takut sehingga saya membuat kaji selidik mengenai latar belakang kekasih. Memang sah dia bukan suami orang (ketawa)”

“Kalau boleh, saya tidak mahu terlibat dengan suami orang. Sebab kalau saya dalam situasi wanita itu, saya juga tidak suka bermadu. Saya tidak mahu kacau mana-mana pasangan,” ujar Marsha kepada Kosmo! hari ini.

Mengakui yang kekasihnya hanya orang biasa bukannya berstatus VIP, Marsha mengakui yang beliau memerlukan seorang teman lelaki untuk meluahkan rasa manja dalam dirinya walaupun pernah gagal dalam percintaan beberapa kali sebelum ini.

“Setiap orang memerlukan seseorang untuk menyayangi diri kita. Lebih-lebih lagi, saya ini seorang yang manja. Saya perlukan seorang lelaki yang boleh saya curahkan rasa manja saya. Dia buat kita rasa sentiasa positif dan membuatkan diri kita ada arah tuju serta ingin menjadi lagi bagus,” tambahnya lagi yang bakal keluar dengan jenama pakaian sendiri.


5 comments:

Post a Comment

Kos RM25 Juta Untuk 2 Ekor Panda Hanya Propaganda & Fitnah





Sebenarnya Panda itu dihadiahkan oleh Kerajaan China kepada Kerajaan Malaysia sebagai satu tanda simbolik perhubungan diplomatik antara dua negara yang sudah lama terjalin.

Kos penjagaan, pemeliharaan dan penyediaan tempat perlindungan panda ygang perlu di tempat pada suhu sejuk ialah sebanyak RM 2.5 juta setahun bersamaan dengan RM25 juta untuk tempoh 10 tahun.

Kos tersebut telah ditaja oleh syarikat kedua-dua negara yang terlibat dalam pelbagai aktiviti perniagaan dan merupakan tanggungjawab sosial syarikat terbabit. Ia bukan dibiayai oleh wang rakyat seperti mana yang didakwa oleh pembangkang.

Malaysia telah diiktiraf oleh Kerajaan China sebagai satu negara sekutu yang dipercayai dan dihormati. Hanya beberapa negara sahaja yang mendapat keistimewaan dan penghormatan seperti ini.

Oleh demikian sebagai pengiktirafan Kerajaan China telah menghadiahkan dua ekor panda yang diberi nama Fu Wa dan Fengyi. Selain sebagai simbolik hubungan diplomatik Malaysia-China ke-40 yang bakal diraikan tahun ini, ia juga bertepatan dengan Tahun Melawat Malaysia 2014. - sumber

0 comments:

Post a Comment

Pulau Berhantu Yang Diubah Menjadi Hotel Mewah Di UK




No Man’s Land Fort terletak di luar pantai Britain dan dipanggil dengan nama yang unik ini kerana alasan ia mempunyai bentuk luaran tembok yang menjulang tinggi diperbuat daripada granit dan keluli dinding berlapis baja.


Ia pada asalnya dibina untuk mempertahankan Britain daripada serangan tentera laut Perancis, namun telah terbiar selama beberapa dekad dan dikenali dengan nama Pulau Berhantu. Kini ia telah dinaik taraf kepada sebuah hotel mewah dengan 21 bilik, dua landasan helikopter dan kolam renang dalaman yang dipanaskan serta menjadi tempat peranginan dan perlancongan yang terkenal kerana keunikannya.















0 comments:

Post a Comment

Kenapa Perlu Bersenam?

Kenapa Perlu Bersenam



Di sini disenaraikan sebab mengapa kita harus mula bersenam...


Pertama: Bersenam ceriakan mood

Setiap kali bersenam, bahan kimia dibebaskan daripada otak untuk kurangkan rasa tertekan dan membuatkan anda lebih gembira dan santai. Dalam erti kata lain, bersenam menghilangkan segala gundah di jiwa. Selepas saya bergaduh dengan orang, saya suka habiskan masa di gelanggang kick boxing selama 2-3jam dan menumbuk sehingga rasa tenang. Cubalah!


Kedua: Tidur lebih lena

Menurut kajian saintifik, ternyata mereka yang bersenam lebih lena tidur di malam hari.


Ketiga: Kuatkan daya ingatan

Satu sesi aerobic sahaja mampu meningkatkan tahap hormone yang dikaitkan dengan daya ingatan. Ini berdasarkan kajian Behavioral Brain Research.


Keempat: Tingkatkan kreativiti anda

Bagus untuk mereka yang bekerja dalam industry yang menitikberatkan kreativiti seperti artis dan pereka fesyen. Kajian Frontiers in Neuroscience dapati mereka yang bersenam dengan kerap mendapat keputusan dalam peperiksaan yang melibatkan kreativiti jauh lebih baik berbanding mereka yang tidak bersenam.


Kelima: Kurangkan risiko barah

Keenam: Tambahkan keyakinan

Ketujuh: Kurang sakit

Perasan atau tidak, orang yang rajin bersenam, rajin ini kira 2-3 kali seminggu lah. Kalau 2-3 kali sehari itu sukar dilakukan terutamanya dengan jadual di pejabat yang padat. Kajian menunjukkan bahawa mereka yang bersenam lebih kerap miliki antibody lebih baik dan mudah melawan bakteria dan virus jadi susah sikit nak demam atau selesema.

Kelapan: Mencegah senggugut

Tahukah anda senaman juga boleh kurangkan kepedihan senggugut? Senaman mengeluarkan endorphin yang membuatkan anda lega ketika senggugut. Tiadalah rasa perit setiap kali datang bulan!

1 comments:

Post a Comment

Tidak Dinafikan Agnes Monica Semakin Seksi Sekarang




Heboh sekarang dengan cerita Agnes Monica yang dikatakan sengaja menampakkan payudaranya dalam di sebuah video klip terbarunya bertajuk Coke Bottel lihat di sini. Tetapi ada juga yang boleh dibanggakan apabila Agnes Mo tidak lupa menyelitkan sehelai fesyen pakaian kebaya batik siap dengan aksesorinya yang di tempah khas dari Indonesia yang menjadi kebanggaan di negaranya. 

Tetapi di satu sudut yang lain Ida mengakui sememangnya Agnes Mo sekarang ni sudah semakin seksi. Apakah untuk menjadi Super-star antarabangsa kena berseksi-seksi?... Entah lah Ida pun tak faham. Jom layan gambar-gambar Agnes Mo yang semakin seksi di bawah...



















Di bawah ni pula adalah gambar sebelum menjadi seksi tetapi sudah ada bayang-bayang keseksiannya...hehe













Baca juga di sini



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ