Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Punca Sebenar Bendera Israel Dikibarkan Di Tuaran, Sabah

Punca Sebenar Bendera Israel Dikibarkan Di Tuaran, Sabah

Pengibaran megah bendera Israel telah mendapat kecaman dari penduduk dan pengguna laman sosial sejak beberapa hari yang lalu.

Untuk info, bendera Israel diharamkan di Malaysia kerana menyentuh sensitivi umat islam. Ini berikutan tindakan tentera rejim zionis Israel menindas umat islam di Palestin.

Selain itu, Malaysia juga tidak pernah mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel.


Punca Bendera Israel Dikibarkan Di Tuaran Sabah

Sebuah syarikat perfileman dari China dikatakan nmenerbitkan filem The World Stewardess Contest (Pertandingan Pramugari Dunia) dan mereka telah membuat penggambaran sejak seminggu lepas di resort berkenaan.

Filem berkenaan menceritakan berkenaan pramugari dari seluruh dunia mengadakan pertandingan di resort tersebut. Bendera itu mungkin menggambarkan negara seorang daripada peserta yang bertanding. Pergerakan Pemuda Umno Tuaran juga telah difahamkan pergi ke resort berkenaan untuk memastikan bendera Israel tersebut diturunkan.

Beberapa hari lepas heboh mengenai pengibaran bendera Israel di sebuah pusat peranginan di Tuaran, Raintree Beach Resort. Maklumat yang diperolehi daripada Ketua Polis Tuaran, menyatakan pihak resort memberitahu bahawa mereka tidak menyedari pemasangan bendera tersebut. Pihak resort memaklumkan sebuah syarikat perfileman daripada China yang telah membuat pengambaran 'The World Stewardess Contest' di hadapan resort sejak seminggu yang lalu.


Baca juga di sini



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ