Misteri MH370 : Plot Di Sebalik Tadbir (Episod Pertama)
Satu perkongsian yang menarik
Saya mempercayai kesungguhan ini - iaitu Kotak Hitam yang giat dicari dan harapkan, sekali pun ia bakal dijumpai dan dianalisis segala data yang terkandung di dalamnya, ia akan tetap tidak akan memberi kita apa-apa jawapan dan petunjuk berkenaan misteri kehilangan pesawat MH370 ini. Sudah 30 hari berlalu - dan tragedi ini tetap menjadi misteri paling aneh dalam sejarah penerbangan dunia. Seolah-olah ada pihak yang sememangnya mahu peristiwa ini dicatatkan sebagai peristiwa "paling misteri" dalam sejarah. Bahkan ia seakan-akan mahu peristiwa MH370 akan terus hidup diulang-ulang sebagai kisah yang dipenuhi keanehan dan diselubungi dengan konspirasi yang tiada jawapan sampai bila-bila.
Misteri MH370 tidak akan jauh bezanya dengan kisah pembunuhan Presiden AS John F Kennedy pada lewat tahun 1963 yang tidak pernah terungkai siapakah sebenarnya dalang di sebalik pembunuhan tersebut - namun yang jelas pasti akan ada pihak yang "dikambinghitamkan". Dalam kes pembunuhan JF Kennedy, Lee Harvey Oswald menjadi individu yang berjaya dijadikan kambing hitam - dia ditembak mati sebelum apa-apa perbicaraan mengesahkan bahawa dia merupakan adalah pembunuh JF Kennedy yang sebenar. Dan akhirnya satu laporan telah dikeluarkan bagi menjelaskan bahawa Oswald bukanlah individu yang mampu membunuh JF Kennedy, laporan tersebut menulis, "namun, sebuah simulasi lain menunjukkan bahwa penembak Kennedy menggunakan peralatan yang sangat canggih, yang dipasangkan pada sebuah tripod. Peralatan tembak itu juga menggunakan sinar laser pelacak sasaran yang akurat. Sumber tersebut mengatakan, “Hampir tidak mungkin bagi Oswald melakukan penembakan seperti yang dituduhkan.”
Kes yang sama turut berlaku ke atas peristiwa keruntuhan World Trade Center (WTC) pada 11 September 2001. Dalam beberapa jam sahaja al-Qaeda dan Osama bin Laden dituduh sebagai dalang peristiwa tersebut, namun demikian sehingga hari ini, mayat Osama bin Laden tidak pernah didedahkan kepada khalayak umum - ia hanya didakwa telah mati dibunuh oleh pasukat tentera elit AS dan mayatnya dicampakkan ke laut. Hampir semua gambar Osama bin Laden yang kononnya telah mati ditembak adalah palsul dan sengaja disebarkan secara meluas di internet.
Seperti yang diketahui, Osama bin Laden telah dibunuh oleh pasukan komando AS, Navy SEAL, di Abbottabad, Pakistan, pada awal Mei 2011. Jenazahnya tidak dikuburkan, tetapi dicampak ke laut dari kapal induk USS Vinson. Jika mayat Saddam Hussien boleh didedahkan secara terperinci untuk tatapan dunia, mengapa tidak bagi mayat Osama bin Laden? Maka ada kebenaran terhadap dakwaan bahawa watak Osama bin Laden sengaja direka-reka bagi menghalalkan penjajahan dan serangan Amerika Syarikat (AS) ke atas mana-mana negara yang tidak disukainya atas nama memerangi pengganas. Begitu juga dengan tragedi MH370. Plot cerita hampir sama dengan semua plot tragedi konspirasi besar dunia. Mereka mahu kisah MH370 diingati sebagai peristiwa maha dahsyat dalam lipatan sejarah kehilangan pesawat komersial dunia. Tragedi ini akan diulang-ulang dalam hampir semua mesyuarat antarabangsa, kolukium, perjumpaan menteri-menteri, pertemuan duta-duta - bahkan ia bakal menjadi agenda penting dalam episod "Keselamatan di Asia".
Mereka mahu membuat kesimpulan segera, bahawa Asia - khususnya Asia Tenggara memerlukan rakaian strategi pertahanan serantaunya - sebagai mana kewujudan Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO). Mereka mahu pertubuhan ala-NATO segera wujud di Asia Tenggara, sekaligus mengurangkan dominasi China di rantau ini. NATO versi Asia Tenggara mungkin diketuai oleh Singapura, negara kecil proksi AS yang mungkin sementara waktu boleh dipercayai. Terdapat 11 negara yang termasuk dalam kelompok negara Asia Tenggara, dan hampir semuanya mempunyai sejarah atau hubungan yang akrab dengan Tanah Besar China, baik melalui sejarah budaya mahu pun atas faktor ekonominya. Pada tahun 1990-an, Cina dipandang sebagai ancaman bagi negara-negara di Asia Tenggara. Hal ini disebabkan oleh adanya konflik tuntutan kawasan di Laut Cina Selatan yang melibatkan Taiwan, Vietnam, Malaysia, Filipina dan Brunei, di samping sokongan terbuka China terhadap fahaman komunisme pada masa lalu, menyebabkan negara itu dipandang serong oleh Asia Tenggara.
Namun, persepsi ini mulai berubah ketika terjadi krisis kewangan di Asia pada tahun 1997-1998. China mula membuka pintunya kepada dunia luar - produk-produknya mula membanjiri pasaran Asia Tenggara dan hubungan perdagangan dan ekonomi semakin rancangan antara China dengan Asia Tenggara. China mula menunjukkan taring ekonominya yang setandingan dengan AS bahkan China pernah digelar sebagai naga yang baru bangun daripada tidurnya. Namun demikian, dalam tempoh 10 tahun selepas China membuka pintunya kepada dunia luar - China mahukan lebih daripada sekadar hubungan perdagangan dan industri dengan Asia Tenggara. Sebaliknya, China mahu menjadi penggerak utama kepada forum keamanan di rantau ini, sekali gus mengembangkan hubungan keamanan bilateral dan multilateral dengan negara-negara di Asia Tenggara. Sekiranya China berjaya menjadi pemain utama kepada hubungan keamanan seperti mana yang dicita-citakannya, maka Asia Tenggara sudah mempunyai pilihan baharu selain daripada AS. Dan sudah tentu hal ini amat dibenci oleh pentadbiran Rumah Putih, sekali gus mengurangkan peranan ketenteraan AS di Asia Tenggara. Plot kehilangan MH370 dicipta bagi mewujudkan dua kemungkinan, pertama - kegagalan teknologi canggih China dalam menyelesaikan masalah yang dianggap "remeh" dan mudah oleh masyarakat dunia (iaitu mencari dan menyelamatkan penumbang pesawat komersial MH370), secara tidak langsung mewujudkan kesangsian bahawa China tidak berupaya mengemudi keamanan di rantau ini. Kedua - meninjau keupayaan sebenar kekuatan angkatan tentera China serta teknologinya. Dan AS melalui proksi setianya - Australia, mahu membuktikan bahawa, dunia sememangnya sangat bergantung harap dengan AS sampai bila-bila!
Bersambung....
Misteri MH370 : 6 Bulan Sebelum Tragedi (Episod ke-2)
Sumber: azlishukri.blogspot.com
Misteri MH370 : 6 Bulan Sebelum Tragedi (Episod ke-2)
Sumber: azlishukri.blogspot.com
1 comments:
Moga Allah melindungi kita semua. amin.
Post a Comment