Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Ahmad Zahid Tawar RM501 Kepada Bekas Ketua Menteri Sabah Jika Berani Menampar Beliau



 Hahaha dah jadi semakin popular lak kes tampar menampar ni bermula dari cabaran menampar MP Teresa Kok, Pastu Raja Bomoh dengan KJ... dan terbaru kes Zahid Hamidi ni... hanya cabar mencabar tetapi belum seorang pun yang berjaya lagi... 




PUTRAJAYA 8 April – Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini menawarkan RM501 kepada Datuk Seri Yong Teck Lee jika bekas Ketua Menteri Sabah tersebut berani menamparnya.

Katanya, Teck Lee tidak perlu bersusah payah dan membelanjakan duit untuk mencari orang lain menamparnya tetapi harus bertindak sendiri.

“Ada orang yang bermurah hati menderma RM500 untuk mencari orang menampar saya, sesiapa sahaja yang berjaya menampar saya akan terima duit ini.

“Saya pun membuat tawaran RM501 kepada orang baik ini jika dia sendiri yang menampar saya. Kalau dia berani berbuat demikian, kenapa pula suruh orang lain menampar saya,” katanya ketika berucap dalam perhimpunan bulanan kementeriannya di sini hari ini.

Walaupun Ahmad Zahid tidak menyebut nama Teck Lee secara terang, namun beberapa hari lalu bekas Ketua Menteri Sabah itu telah menawarkan RM500 kepada mana-mana individu yang berjaya menampar Menteri Dalam Negeri.

Tawaran itu dibuat Teck Lee selepas insiden penculikan di Semporna pada malam 2 April lalu yang menyebabkan Gao Hua Yuan, 29, dari China dan seorang pekerja resort dari Filipina diculik. – UTUSAN ONLINE



Baca juga di sini





0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ