Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Khasiat Serai


Serai kerap di gunakan dalam masakan dan juga dalam pembuatan minyak wangi namun tahukah anda serai mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan kita?

Batang dan daun serai mempunyai bau seperti lemon kerana bahagian itu mengandungi minyak pati. Secara keseluruhannya, semua bahagian di serai amat berguna untuk kehidupan seharian.

Mari lihat 10 manfaat serai untuk kesihatan. Tips di bawah juga amat mudah dilakukan tanpa perlu berbelanja lebih.

Memutihkan gigi 
Masalah gigi kuning akibat merokok sudah lazim kita dengari. Jangan risau, ia boleh di atasi dengan mengunakan serai sahaja. Caranya, tumbuk halus dua batang serai yang di potong kecil dengan sedikit arang dapur dan gosokkan pada gigi anda. Lakukan tiga kali seminggu dan lihat hasilnya.

Mengatasi masalah perut 
Teh serai mampu mengatasi gangguan pencernaan, sakit perut, perut berangin, kejang usus dan cirit birit. Serai membantu mengurangkan angin dalam usus sekaligus mencegah pembentukan gas berlebihan.

Serai sebagai 'Pain Killer' 
Jika anda mengalami sakit gigi, sakit otot dan sendi, minum teh limau berserai pasti dapat melegakan sakit anda itu. Ia bertindak sebagai penahan sakit semula jadi.

Detoksifikasi
Jika anda ingin tahu, serai mempunyai elemen yang bertindak sebagai detoksifikasi. Serai dapat membantu anda melancarkan pemubuangan air kecil sekaligus membersihkan organ pencernaan, hati, pankreas, pundi kencing dan buah pinggang.

Melegakan senggugut
Untuk wanita yang mempunyai masalah senggugut. Cuba amalkan meminum teh serai setiap pagi ketika datang bulan, bukan sahaja senguggut, malah rasa mual juga akan tutut hilang.

Agen pencegah kanser 
Setiap 100 gram serai mengandungi anti oksidan pencegah kanser. Elemen semulajadi yang terdapat dalam serai dipercayai boleh mematikan sel kanser aktif tanpa merosakkan sel sihat.

Menurunkan tekanan darah
Serai juga banyak dimanfaatkan untuk mengurangkan tekanan darah serta merangsang peredaran darah. Dengan mengambil minuman yang mengandung serai setiap hari, ia sangat membantu dalam menurunkan hipertensi.

Mencantikkan kulit
Penggunaan daun serai juga sudah tidak asing dalam bidang kosmetik. Efek dari penggunaan kosmetik yang mengandung daun serai adalah dapat menghilangkan jerawat dan berfungsi juga sebagai penyegar wajah.

Mengubati infeksi kulit
Serai memiliki kandungan zat anti-mikroba dan anti-bakteria. Kandungan tersebut berguna khususnya dalam mengubati infeksi(jangkitan) pada perut, usus, saluran najis dan luka. Serai juga banyak dipercayai dapat menyembuhkan berbagai macam penyakit seperti infeksi kulit, tipus, keracunan makanan, dapat juga menghilangkan bau badan.

Sebagai diuretik
Serai juga diketahui berkhasit sebagai diuretik, meredakan kejang-kejang otot dan anti-rematik. Salah satu cara memanfaatkan serai adalah dengan cara merebusnya untuk mengatasi gejala batuk. Sebanyak 5 gram akar serai dicuci, direbus dengan 1 gelas air selama 15 minit. Lalu air rebusan serai tersebut diminum. Bolehlah diamalkan dua kali sehari.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Khasiat Kunyit


Tidak ramai yang mengetahui tentang khasiat kunyit dari sudut kesihatan. Jika dulu kunyit hanya dianggap sebagai herba untuk merawat wanita bersalin, kini kunyit diketahui mampu menandingi ubat-ubatan moden kerana ia mempunyai bahan penyembuh yang tidak mengandungi kesan sampingan.

Ramai pakar perubatan Barat mula memandang serius tentang kehebatan kunyit sebagai penawar untuk masalah kesihatan seperti kanser, masalah bengkak pada tangan kaki, penyakit jantung, meningkatkan kecerdasan otak, menstabilkan paras gula, mengurangkan masalah kemurungan dan sebagainya.

Rahsia penawar daripada kunyit ini ialah daripada warna kuningnya yang dikenali sebagai curcumin. Menurut pengkaji herba dari Universiti Oxford, United Kingdom, Professor Gerard Bodeker berkata kunyit adalah salah satu herba penyakit terbaik di dunia dan telah lama digunakan secara meluas terutamanya di beberapa negara di Asia.

Menurut beliau lagi, curcumin adalah bahan aktif utama yang bertanggungjawab untuk menguatkan sistem pertahanan badan daripada serangan penyakit. Ekstrak curcumin di dalam kunyit juga mengandungi polifenol merupakan komponen bioaktif kunyit yang sedia diserap untuk kegunaan tubuh untuk membantu mencegah tanda-tanda awal kanser.

Walaupun kebaikan dan manfaat kunyit ini telah diketahui ramai, namun sebelum ini ianya tidak dipiawaikan dengan cara yang betul untuk kegunaan komersial. Selain itu, kunyit juga perlu diekstrak untuk mendapatkan bahan aktif utama yang dinamakan ‘curcumin’ supaya ia memberi kesan yang lebih maksimum berbanding serbuk kunyit biasa.

Manfaat kunyit tidak harus terhad kepada warisan cerita turun temurun tetapi ianya juga perlu dikaji secara ilmiah agar tidak menimbulkan keraguan kepada orang awam. Ini kerana hanya dengan kajian saintifik, kita akan dapat mengetahui dengan jelas keberkesanan kunyit untuk menyelesaikan pelbagai masalah kesihatan.

Terdapat lebih daripada 3000 kajian yang dijalankan ke atas kunyit dan kesemuanya membuktikan bahawa kunyit adalah herba yang mempunyai kesan penyembuhan yang menakjubkan…

Berikut adalah beberapa kajian tentang kunyit:

1. Penghalang bengkak dan sakit-sakit pada otot, tulang dan sendi

Apabila seseorang mengadu sakit pada sendi, tulang, dan otot, ia sebenarnya berpunca daripada keadaan sel-sel badan yang menjadi bengkak akibat tercedera atau dari tindakan penyakit.

Ini menyebabkan badan menjadi merah, bengkak, panas dan sakit. Reaksi ini dipanggil ‘inflammation’ yang sering berlaku kepada mereka yang kerap menggunakan anggota badan seperti tangan yang sentiasa mengendalikan jentera atau kekerapan menaiki tangga.

Warga berumur 40-an ke atas biasanya terdedah dengan risiko ini yang akhirnya membawa kepada penyakit kronik seperti arthritis rheumatoid atau sakit sendi kronik. Kebiasaannya ubat-ubatan dan rawatan kemoterapi adalah rawatan yang sesuai untuk menghentikan kesan ‘inflammation’ ini.

Kunyit dengan bahan aktif curcuminnya mampu menghalang kesan ‘inflammation’ ini. Ini kerana curcumin mampu menghentikan aktiviti ‘inflammation’ dengan sempurna dan tidak meninggalkan kesan sampingan kepada tubuh badan.

Menurut Dr. Randy J. Horwitz, seorang doktor perubatan dari Pusat Integrasi Perubatan Arizona, Amerika Syarikat mendapati penggunaan kunyit untuk pra-rawatan dapat mengurangkan simptom sakit sendi seperti artritis reumatoid.

Satu kajian lain pula mendapati curcumin dapat menyekat molekul NF-kB iaitu sejenis molekul yang menyebabkan keradangan dari bergerak ke dalam sel-sel nukleus sel untuk mengaktifkan keradangan sel.

2. Antioksidan semulajadi

Menurut sekumpulan pakar perubatan dari Pusat Kanser Texas, Amerika Syarikat mendapati curcumin, salah satu komponen kunyit juga mempunyai keupayaan untuk meneutralkan radikal bebas yang merosakkan sel-sel badan.

Radikal bebas adalah sekumpulan atom yang dihasilkan dari proses oksidasi (tindak balas kimia di mana pemindahan elektron atau atom hidrogen dari molekul). Radikal bebas bersifat tidak stabil. Apabila bergabung dengan sel-sel badan, ia akan menyebabkan reaksi yang tidak stabil pada sel badan tersebut yang menyebabkan tindak balas berantai yang akhirnya merosakkan sel tersebut.

Curcumin mampu menghentikan tindak balas ini dengan memperlahankan dan menghalang tindak balas rantai radikal bebas dengan menggabungkan dirinya pada rantaian radikal bebas. Ini membolehkan sel-sel badan bebas dari radikal bebas dan mengembalikan sel kepada keadaan asalnya.

3. Mampu melawan kanser

Professor Bharat Aggarwal dari Pusat Kanser Anderson Amerika Syarikat telah menjalankan banyak ujikaji terhadap sekumpulan besar pesakit kanser hati yang tidak menjalani proses kemoterapi. Beliau mendapati saiz tumor atau ketumbuhan mengecil dengan sendirinya. Beliau menerangkan bahawa curcumin berkesan untuk melawan beberapa jenis penyakit barah.

Kebiasaannya, sel kanser akan imun dengan tindakan bahan anti-kanser apabila ia diserang dari satu arah sahaja. Keadaan ini tidak berlaku kepada curcumin kerana ia mampu mampu menyerang sel-sel kanser dari pelbagai arah, menyebabkan sel-sel kanser mudah dihapuskan dan mencegahnya daripada merebak.

4. Kunyit membantu meningkatkan fungsi otak dan memori

Kebanyakan penyakit yang dikaitkan dengan memori adalah berpunca dari pengurangan bilangan sel-sel otak yang berhubung dan penurunan tahap hormon peningkat memori otak.

Seiring dengan faktor umur, sel-sel otak akan mula menyusut dan akan menyebabkan masalah kesihatan seperti Alzheimer dan nyanyuk jika tidak dirawat.

Curcumin merupakan pemacu utama proses Brain-Derived Neurotrophic Factor (BDNF) yang merupakan sejenis hormon pertumbuhan yang berfungsi untuk kekuatan otak. Banyak gangguan dan kelemahan otak dikaitkan dengan tahap penurunan hormon BDNF ini. Ini seterusnya meningkatkan penambahan bilangan sel-sel otak dan mengurangkan risiko mendapat nyanyuk.

5. Membantu mengatasi penyakit jantung

Penyakit jantung adalah pembunuh terbesar di dunia. Kajian selama beberapa dekad dan telah dapat memahami sebab berlakunya penyakit ini. Ternyata penyakit jantung adalah sangat rumit dan terdapat pelbagai perkara yang menyumbang kepadanya.

Kajian di Amerika Syarikat mendapati curcumin membantu memperbaiki fungsi endothelium iaitu lapisan saluran darah. Adalah diketahui umum bahawa kerosakan endothelial adalah sebab utama serangan sakit jantung. Ia melibatkan ketidakupayaan endothelium untuk mengawal tekanan darah pembekuan darah dan pelbagai faktor-faktor lain.

Berdasarkan kajian-kajian di atas, kita dapat membuat kesimpulan bahawa kunyit sememangnya adalah herba yang mempunyai kesan pemulihan semulajadi yang terbaik. Melalui pengambilan yang berterusan dan teratur, kunyit dapat membantu mengurangkan pelbagai masalah kesihatan yang kita hadapi.

Seharusnya kita dapat memanfaatkan kembali warisan tradisional nenek moyang kita yang telah lama menggunakan kunyit sebagai bahan makanan dan juga penawar semulajadi. Bukti kajian-kajian di atas boleh menyakinkan kita untuk kembali mendapatkan khasiat kunyit untuk mendapatkan kesihatan yang ideal.

Sumber

0 comments:

Post a Comment

Gambar Kanak-Kanak Didera Dan Diikat Pada Tiang Seri Menjadi Viral


Tidak tahu lokasi  kejadian dimana ada yang berkata berlaku di selatan Thailand, namun ia memperlihatkan sikap kebinatangan manusia itu sendiri yang sanggup memperlakukan anak kecil ini sedemikian rupa.









0 comments:

Post a Comment

Daging Ular Tedung Goreng




Gambar di atas kelihatan seperti ayam goreng. Namun ia adalah hidangan istimewa yang banyak di dapati di negara asia seperti Thailand, Vietnam dan China. Hidangan di atas sebenarnya adalah Ular Tedung Selar Siam Goreng.

Bagi peminat makanan eksotik, hidangan seperti ini mampu memberikan kesihatan yang baik kepada tubuh badan mereka. Organ-organ dalaman seperti hati dan darah haiwan dikatakan dapat memberikan manfaat kepada tenaga seks.

Di bawah adalah gambar-gambar bagaimana seekor ular tedung selar Siam hidup disediakan menjadi sepinggan hidangan eksotik daging goreng.






















0 comments:

Post a Comment

Juruterbang Bosan, Buat Lakaran Kemaluan Di Udara





Dek kerana bosan dengan rutin kerja yang sama setiap hari, seorang juruterbang telah membuat lakaran berbentuk kemaluan lelaki pada laluannya di udara melalui data laman penerbangan seperti yang dilaporkan di laman Flightradar.com.


Juruterbang tersebut telah ditugaskan untuk mengendalikan sebuah pesawat ringan peribadi model Vans RV-12 di sekitar Florida, Amerika Syarikat.

Perkara tersebut telah menjadi viral di media sosial dan menyebabkan pihak berkuasa penerbangan amat kesal dengan tindakan juruterbang terbabit.

Walaubagaimanapun, tiada sebarang tindakan yang diambil terhadap juruterbang tersebut setakat ini. 


0 comments:

Post a Comment

PULAU MALDIVES YANG INDAH DAN MENGASYIKKAN





Maldives Island begitulah sebutan untuk pantai terindah di dunia yang berlokasi di Negara kepulauan Maladewa. Indahnya pantai Maldives ini bukan hanya ada di satu pantai ini saja, tetapi keindahan dari pantai ini telah menyebar di beberapa bagian pulau yang ada di kepulauan maladewa, untuk itulah Pantai Maldives ini lebih populer dengan nama Maldives Island. Di pantai Maldives ini tentunya anda akan mendapat suasana sunyi yang luar biasa, mengapa? Sebab kalau anda ada di daerah ini anda tidak akan pernah mendengar suara bising kendaraan bermotor yang lalu lalang atau suasana gaduh jenis lainnya. Di daerah pantai Maldives ini ada terdapat deretan resort mewah dan ekslusif yang tentunya akan memanjakan. Anda akan akan leka berlibur santai bersama orang-orang tercinta di pantai Maldives ini.















1 comments:

Post a Comment

Tunku Puan Pahang Perli DS Rosmah Di Instagram?




Tunku Puan Pahang Nafi Sindir Rosmah

Semalam, satu entri di laman Instagram milik Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menjadi sensasi dan dikongsi ramai pihak kerana didakwa menyindir isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Dalam ruangan caption, Tunku Puan Pahang menulis, “There goes my diet… oleh kerana nak bayar hairdresser mahal, saya hanya mampu beli nasi bungkus!!”

Ramai yang membuat tafsiran negatif apabila mengaitkannya dengan kontroversi yang melanda Rosmah sebelum ini berkaitan kenyataan perkhidmatan mendandan rambut di rumah.

Memetik sumber dari portal Mynewshub hari ini ada menunjukkan ‘screenshot’ di laman sosial, turut memainkan isu tersebut di laman Twitter mereka dengan menulis, ‘Tengku Puan Pahang @cheaminahsayang dihujani pujian kerana ‘perli’ seorang wanita boros, lihat itulah suara rakyat terbanyak #Terbaik.’



Lebih kurang sejam selepas tweet tersebut dimuat naik, akaun Twitter milik Tengku Puan Pahang membalas kenyataan tersebut dengan menafikan tuduhan itu.

Tulis akaun @cheaminahsayang, ‘saya tdk perli Rosmah, she is my good fren dan jgn lagakan kami berdua…‘

Lantas itu, pengendali Twitter terbabit terus menaikkan kenyataan tersebut di laman Facebook bagi membetulkan dakwaannya sebelum itu.


0 comments:

Post a Comment

Cara Melepaskan Diri Dari Tiga Ikatan Syaitan





Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam mengkhabarkan bahawa apabila seseorang tidur, syaitan mengikatnya dengan tiga ikatan. Jika tidak dilepaskan, ikatan-ikatan ini berpengaruh pada jiwa dan semangat. Khususnya semangat beramal.

Bagaimana cara melepaskan ikatan-ikatan tersebut? Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

يَعْقِدُ الشَّيْطَانُ عَلَى قَافِيَةِ رَأْسِ أَحَدِكُمْ إِذَا هُوَ نَامَ ثَلاَثَ عُقَدٍ ، يَضْرِبُ كُلَّ عُقْدَةٍ عَلَيْكَ لَيْلٌ طَوِيلٌ فَارْقُدْ ، فَإِنِ اسْتَيْقَظَ فَذَكَرَ اللَّهَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ ، فَإِنْ تَوَضَّأَ انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ ، فَإِنْ صَلَّى انْحَلَّتْ عُقْدَةٌ فَأَصْبَحَ نَشِيطًا طَيِّبَ النَّفْسِ ، وَإِلاَّ أَصْبَحَ خَبِيثَ النَّفْسِ كَسْلاَنَ


"Apabila kalian tidur, syaitan membuat tiga ikatan di tengkuk kalian. Di setiap ikatan setan akan mengatakan, "Malam masih panjang, tidurlah!" Jika ia bangun lalu berzikir pada Allah, lepaslah satu ikatan. Kemudian jika ia berwudhu, lepas lagi satu ikatan berikutnya. Kemudian jika ia mengerjakan solat, lepaslah ikatan terakhir. Di pagi hari dia akan bersemangat dan bergembira. Jika tidak melakukan seperti ini, jiwanya jadi kotor dan malas. "(HR. Al Bukhari)


Demikianlah cara syaitan bekerja. Ia tidak pernah berputus asa untuk menggoda dan menyesatkan manusia. Pelbagai cara ia lakukan, termasuk program rutin tiap malam. Yakni, syaitan membuat ikatan di tengkuk orang yang tidur. Bukan hanya satu ikatan, tetapi tiga lapis ikatan. Para ulama berbeza pendapat sama ada ikatan yang dimaksudkan dalam hadis tersebut adalah ikatan yang sebenarnya atau tidak. Namun pada dasarnya, para ulama sepakat syaitan boleh membuat jiwa menjadi kotor dan malas dengan cara seperti hadis tersebut.

Jika kita melihat fenomena kehidupan umat Islam dewasa ini, agaknya program syaitan ini cukup berjaya. Penunjuk, banyak masjid yang sepi saat Subuh. Banyak muslim yang terlambat bangun alias kesiangan. Lalu kesannya, kita mendapati masyarakat muslim yang wataknya jauh dari nilai-nilai Islam dan semangat beramalnya rendah. Persis seperti pengumpulan "khabiitsa an nafsi kaslan" pada hadis tersebut.


Agar dapat melepaskan diri dari tiga ikatan syaitan tersebut, tidak ada cara lain kecuali mengikuti petunjuk Rasulullah.


Bangun dan Berdoa

Langkah pertama adalah segera bangun sebelum subuh dan berdoa. Doanya adalah sebagaimana yang diajarkan Rasulullah:

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِيْ أَحْيَانَا بَعْدَ مَا أَمَاتَنَا وَإِلَيْهِ النُّشُوْرِ


"Segala puji bagi Allah yang telah menghidupkan (membangunkan) kami setelah mematikan (menidurkan) kami dan kepada-Nyalah kami dibangkitkan" (HR. Al Bukhari)

Dengan bangun dan mengucapkan doa ini, satu ikatan syaitan terlepas.

Berwudhu

Tidak sedikit orang yang bangun sebelum subuh, tetapi ia hanya ke bilik mandi untuk buang air kecil kemudian tidur lagi. Artinya ia belum boleh lepas dari seluruh ikatan syaitan. Tetapi jika selepas bangun dan berdoa ia kemudian berwudhu, maka terlepaslah ikatan kedua. Kini tinggallah ikatan ketiga, ikatan terakhir.

Solat

Dengan melakukan solat malam sekurang-kurangnya dua rakaat, terlepaslah ikatan syaitan yang ketiga. Jadi seluruh ikatan tersebut lepas sudah. Dan oleh itu jiwa orang tersebut menjadi bersih dan ia bersemangat di pagi harinya. Semangat beribadah, semangat beramal, semangat menyemai kebajikan.

Selain menempuh tiga langkah tersebut, sebahagian ulama menjelaskan, langkah pencegahan juga tak kalah penting untuk dilakukan. Yakni berzikir dan berdoa sebelum tidur serta menjaga adab-adabnya. Wallahu a'lam bissawab.


0 comments:

Post a Comment

5 Penyakit Yang Boleh Disembuhkan Melalui Aktiviti Seks






Rupa-rupanya aktiviti seks juga boleh meredakan penyakit-penyakit tertentu yang biasa dideritai oleh manusia. Mengapa begitu? Ini kerana, ketika melakukan hubungan intim, anda dan pasangan menciptakan hawa panas yang berfungsi juga sebagai aspirin ataupun ubat tidur, juga sebagai pembakar kalori dalam tubuh, dan meningkatkan beberapa hormon untuk meredakan penyakit.



Berikut 5 penyakit yang boleh disembuhkan melalui hubungan seks:



1. Flu/Demam

Seks dapat meningkatkan zat antibodi dalam tubuh, terutama jika dilakukan dua kali seminggu. Antibodi yang dihasilkan iaitu immunoglobulin A yang berfungsi mencegah virus flu dan infeksi pernafasan lain daripada menyerang tubuh Anda.



2. Migrain

Hal ini berdasarkan hasil kajian oleh South Illinois School of Medicine, dengan sampel 52 orang pesakit migrain membuktikan bahawa setelah mengalami orgasme sebanyak 16 kali, dinyatakan migrain berkurang dan 8 orang sembuh dari penyakit ini.

Ketika melakukan hubungan intim, tubuh menghasilkan cairan endorphin yang berasal dari otak. Cairan ini menenangkan saraf otak tegang sehingga boleh mengurangi rasa sakit kepala akibat migrain.



3. Insomnia

Mereka yang menderita insomnia sebaiknya melakukan hubungan seks dengan pasangan sebelum tidur. Ketika seks berlangsung, hormon oxytocin akan dilepaskan oleh tubuh dan menyebabkan anda rasa mengantuk. Hormon ini lebih banyak dihasilkan oleh wanita berbanding lelaki.



4. Sakit Perut

Bagi wanita, sakit perut akibat datang bulan sangatlah mengganggu aktiviti. Untuk meredakannya anda boleh lakukannya dengan seks. Hal ini kerana pada saat orgasme berlangsung otot uterin mengeluarkan sejenis bahan kimia yang boleh meredakan rasa sakit akibat datang bulan.



5. Depression

Depresi atau adalah tekanan emosi luar biasa yang menyebabkan penderitanya selalu cemas dan risau. Untuk menghilangkan depresi tidak perlu dengan ubat anti-depresi, sebaliknya cukup dengan melakukan seks bersama pasangan. Menurut seorang ahli psikologi (profesor) di University of Virginia, menjelaskan, seks dapat menghasilkan hormon oxytocin, endorphin dan lainnya yang menyenangkan yang boleh meningkatkan mood baik, dan sebagai anti-depresi semulajadi dari tubuh.


sumber: http://forum.viva.co.id



0 comments:

Post a Comment

Bahaya Duduk Atas Dompet Bagi Lelaki







Tahukah anda bahawa duduk atas dompet adalah sangat bahaya khusus bagi lelaki. Sememangnya kaum lelaki sudah biasa meletakkan dompet dibelakang seluar jika hendak keluar kemana pun. Amalan ini sudah lama cuma baru sahaja mula dibangkit apabila terdapat kajian dibuat mengenainya.




Berikut adalah sebab kenapa anda tidak sepatutnya untuk duduk atas dompet lagi:

  • Dompet/wallet anda boleh menyebabkan sakit yang teramat sangat pada belakang dan punggung anda dan ia juga membawa sakit sampai ke kaki
  • Duduk di atas dompet/wallet selama berjam-jam lamanya setiap hari boleh memampatkan saraf sciatic yang mengalir di bawahnya beberapa otot piriformis dan membawa kepada sindrom piriformis, sakit pinggang & sciatica.
  • Dompet/wallet bertindak sebagai baji yang memaksa pelvis, tulang belakang dan tubuh lari daripada alignmentnya.
  • Sepertimana anda tidak akan duduk di atas batu untuk tempoh masa yang panjang, anda juga tidak harus duduk di atas dompet/wallet anda.
  • Sesiapa yang memandu lebih daripada setengah jam duduk di atas dompet/wallet, mereka berpotensi untuk mendapat sakit sciatica atau belakang.








0 comments:

Post a Comment

Hisyam Abu Varia, Muslim Arab Pertama Menjadi Tentera Israel





Rakan-rakan baiknya memutuskan hubungan dengannya. Tunangnya membatalkan rancangan perkahwinan mereka. Di jalanan, ia dikutuk dan Diserapahi kanan-kiri. Tapi Hisham Abu Varia tidak menyesali keputusannya menjadi perwira Arab-Israel pertama di IDF-kesatuan tentera Israel yang terkenal bengis terhadap rakyat Palestin. "Anda perlu membalas budi pada negara anda yang anda tinggali," katanya.

Sebuah kereta meluncur menuju Sakhnin. Di dalamnya terdapat seorang tentera Israel. Tidak seorang pun yang akan meneka bahawa lelaki berambut merah itu, seorang letnan dua, bukan tentera biasa. Tidak ada yang boleh mendedahkan fakta bahawa Hisham Abu Varia adalah seorang Muslim dan saat itu ia sedang memandu ke kampung halamannya.

"Apakah tidak masalah bagi anda kembali ke bandar anda dengan seragam ini?" Tanya seorang wartawan Ynet.

"Saya datang ke sini dengan seragam dan senjata dan mereka takut pada saya," jawabnya. "Di persekitaran saya, Wadi Safa, setiap orang hidup dan mempunyai pendapat sendiri. Mereka tidak pernah tahan terhadap pelampau .. "

Hisyam Abu Varia lahir 28 tahun yang lalu dari pasangan Khaled, kontraktor bangunan, dan Hania, seorang ibu rumah tangga. Saudaranya berjulmah 13 orang. Pada usia 10 tahun, ia sudah sibuk melakukan pekerjaan manual, dari memilih buah hingga bekerja bangunan. Selepas SMA, ia bekerja selama dua tahun meperbaiki bumbung-bumbung rumah. Dia memberikan pendapatan kepada orang tuanya yang membayar untuk kajian perubatan saudaranya di Rusia.

"Saya tidak benar-benar mempunyai masa kanak-kanak," kata dia, tidak terdengar sentimental sedikitpun. "Sekarang saya sedang mencipta masa kanak-kanak itu sendiri. Saya ingin bersenang-senang. "

Keputusan untuk bergabung dengan tentera Israel disyaki sebagai impuls dari masa kanak-kanak Hisham. Salah satu saudara iparnya suatu kali membawanya ke majlis IDF.

Ketika itu, Abu Varia suka sekali melihat para askar berdiri rapi dalam barisan, dan setelah melihat pameran tangki di Rahat, ia memutuskan ingin menjadi sebahagian dari Angkatan Pertahanan Israel. Dia waktu itu masih berusia 23 tahun dan bekerja sebagai seorang guru.

Hisyam juga diilhamkan oleh salah satu kakaknya-yang pertama dari keluarganya bergabung dengan tentera. "Dia adalah teladan bagi saya dan juga bagi banyak orang lain kerana integriti dan keyakinan untuk melakukan apa yang dia rasa benar. Seorang lelaki yang berani tidak terpengaruh oleh pendapat orang lain. "

Kakak Hisham meninggal kerana serangan jantung yang mendadak tiga tahun lalu.

Di rumahnya, Hisham disambut oleh ayah dan salah satu saudaranya. Ibunya, seorang pesakit kencing manis yang masih berduka kerana kehilangan anak lelakinya, turun dari tempat tidur untuk berjabat tangan dengan para wartawan Israel. Di sebuah dinding bilik rumah terdapat gambar keluarga dan bordir buatan tangan yang memaparkan 99 nama Allah dengan huruf emas.

Ah, apa yang ada di fikiran, Hisham Abu Varia? Anda boleh tak bahagia ketika kecil, tetapi apa yang ada dalam fikiran ketika melihat anak-anak Palestin yang sekarang diteror oleh penjajahan Israel?

0 comments:

Post a Comment

DARA BUKAN LAH SEGALA-GALANYA!!!





Tersentuh hati ku baca ni.


Seorang pemuda telah berkenalan dengan seorang gadis di twitter, bertutup aurat dengan baik. Tak banyak bicara dan tak banyak songeh.


Dipendekkan cerita mereka pun di satukan..


Pada malam pernikahan pengantin baru isteri pun berbicara:


Isteri: Boleh saya terus terang?

Suami: Ya..dah suami isteri kan apa nak malu malu

Isteri: Sebenarnya saya dah tiada dara. Kesilapan saya di zaman remaja.. saya jahil. Dulu saya dah cuba nak berterus terang sebelum nikah tapi saya dah jatuh cinta dengan awak..maaf kan saya...

Suami terdiam nampak seakan terkejut.

Suami: Saya...saya ceraikan awak dengan talak 1.


Si gadis menitiskan air mata. Memang dia dah agak. Dia dah rasa akan jadi begini.Dia pasrah segalanya.


Waktu berlalu masa berdetik setahun kemudian pemuda itu berada di WAD. Sudah 5 bulan berlalu sejak beliau menjalani pemindahan organ hatinya yang rosak telah digantikan dengan sebahagian hati penderma. Sejak 5 bulan itu lah dia berulang-alik tinggal di hospital untuk sesi terapi dan rawatan ulangan.


Doktor yang merawat masuk ke bilik nya..


Doktor: Ada khabar saya ingin sampaikan..


Pemuda: apa ya?


Doktor: Penderma hati mengalami komplikasi teruk. Tiga bulan pertama beliau mengalami kecederaan organ dan muntah darah .Badannya yang semakin lemah serta beliau sendiri mengalami kemurungan. Akhirnya minggu lepas beliau meninggal dunia.


Pemuda: Innalillahi wainna ilaihi raaji'un.


Doktor: Ada sesuatu beliau tinggalkan untuk kamu..


Doktor menyerahkan sesuatu pada pemuda itu. Sepucuk surat dan sepasang baju. Perlahan lahan
di bacanya...


"Awak..ingat tak baju ni? Ini adalah baju nikah awak. Awak tahu tak..baju ni saya jahitkan sendiri untuk awak. Seminggu saya belajar jahit sampai luka luka jari. Tak pandai sangat..tapi Alhamdulillah siap jugak.. Saya sangat gembira bila awak pakai di hari pernikahan kita.


Awak ..mungkin kasih saya ni awak tak dapat terima.. Di sebabkan kisah silam saya.Namun jangan lah awak tolak hati saya yang berada dalam diri awak sekarang.


Ini hadiah saya untuk awak sebab sudi mengambil saya sebagai isteri walau pun tidak sampai 24jam.
Awak tetap suami dunia akhirat. Maaf bila saya tak sempurna".


Pemuda kehilangan kata kata. Tumpah seribu air mata!!!


"Air mata mata kini tak berguna lagi. Hanya doa yang dapat menyertainya.

Aku terpaku di atas pusara.

Ingin rasanya ku turut serta.

Bersamamu isteriku!

Namun tiada daya dan upaya ku terhempas di lembah duka dan nestapa!!!"


#Belajar lah menerima kekurangan dan kesalahan orang lain. Tak ada manusia yang sempurna dan tak pernah melakukan kesalahan. Tak semestinya orang yang kita lihat tak penah buat salah di jamin masuk syurga. Dan orang yang kita lihat sentiasa jahat itu dijamin ke neraka.


"TAK ADA YANG SEMPURNA."

1 comments:

Post a Comment

PENUTUPAN JALAN SEMPENA ISTIADAT KEMAHKOTAAN DYMM SULTAN JOHOR

Peta kawasan jalan yang akan ditutup semasa majlis Istiadat Kemahkotaan



Johor Bahru, 15 Mac 2015 – Kesiapsiagaan Polis Johor dan penutupan jalan sempena raptai pada 16 hingga 19 Mac 2015 bagi istiadat Kemahkotaan DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar, Sultan dan Yang Dipertua Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim yang bakal diadakan pada 23 Mac 2015 telah disampaikan oleh YDH Dato’ Mohd Mokhtar Bin Hj. Mohd Shariff, Ketua Polis Johor di Bilik Gerakan Angsana, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor.













Sumber: Polis Johor Facebook

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ