Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Baginda Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim Bersama Koleksi Tongkat Miliknya

Koleksi tongkat kayu Baginda Tuanku Sultan Johor, Sultan Ibrahim.

Hampir 200 buah pelbagai rekabentuk dan saiz.

Diperbuat pada kayu cendana, giam, kayu landasan keretapi dan papan lantai kayu istana lama.

Baginda juga memiliki sebilangan tongkat kuasa. - MYNEWSHUB





0 comments:

Post a Comment

Kisah Sebenar Model Berpakaian Pengantin Bergambar Di Kubur Kristian.

Pengantin Bergambar Di Kubur Kristian.



Sebelum ini telah tular perempuan melayu yang membersihkan tanah perkuburan kristian sebagai pekerjaan amal mereka dan kini tular pula gambar dan video perempuan melayu yang berpakaian pengantin di tanah perkuburan kristian juga.. Zaman sekarang ni mereka suka sangat membuat kerja-kerja pelik untuk menjadi popular.. mereka semakin gila..


Membersihkan kubur kristian
Membersihkan kubur kristian


Semalam telah tular beberapa foto dan video beberapa model berpakaian pengantin bergambar di kawasan kubur Kristian.

Aksi mereka telah menerima perhatian netizen kerana dianggap tidak menghormati agama lain.

Rata-rata netizen menempelak kelakuan mereka yang seolah-olah tidak mempunyai sensitiviti terutama kepada kaum keluarga kubur terbabit.

Justeru itu, pemilik butik tersebut telah tampil membuat kenyataan bagi menjelaskan perkara sebenar.

“Saya mengakui kesilapan itu daripada diri sendiri dan memohon maaf kepada semua pihak yang tersinggung,” kata pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26.

nur amirah


Menerusi laporan Harian Metro, Nur Amirah memberi reaksi itu ketika diminta mengulas mengenai gambar seorang model wanita bergambar di tepi kubur bukan Islam yang dimuat naik di laman Facebook miliknya.

Nur Amirah menceritakan perkara sebenar di mana gambar berkenaan diambil pada hari Ahad lepas di kawasan perkuburan Kristian di Batu Pahat.




Menurut Amirah, gambar itu diambil hanya untuk koleksi peribadinya dan ia kemudiannya dimuatnaik di akaun FB miliknya.

Malah menurutnya lagi, gambra tersebut bukan bertujuan untuk mencari publisiti.

“Saya yang menjadi jurugambar untuk sesi fotografi berkenaan dan wanita dalam gambar itu adalah model, bukannya pengantin.”

Tambahnya lagi, dia cuba mencari kelainan dan mengambil inspirasi dari luar negara.

“Saya pilih lokasi itu kerana mahu mencari kelainan dan mahu lari daripada kebiasaan dengan mengambil inspirasi daripada luar negara.”

Amirah juga berkata niatnya hanya suka-suka dan bukan mahu mempermainkan mana-mana agama.

“Tujuan saya memuat naik gambar berkenaan di FB adalah untuk suka-suka dan tiada niat langsung mempermainkan mana-mana agama,”

Nur Amirah yang menetap di Kluang turut menafikan gambar berkenaan diambil untuk tujuan pemasaran bagi perniagaannya.

“Saya dapat tahu perkara ini tular pagi tadi dan menyah aktifkan akaun FB buat sementara bagi meredakan keadaan.”

“Ingin saya jelaskan, gambar berkenaan bukan diambil untuk tujuan pemasaran dan saya tidak akan menggunakan cara sebegini kerana tindakan itu ibarat membunuh diri sendiri.”

Walau bagaimanapun, Amirah menerima segala kritikan netizen dengan hati terbuka dan meminta kepada semua agar tidak menyalahkan model di dalam gambar tersebut.

“Apa pun, saya terima kritikan warganet dengan hati yang terbuka kerana mengakui kesilapan berpunca daripada dirinya sendiri dan tolong jangan salahkan model itu,”


Semoga perkara seperti ini tidak berlaku lagi di masa akan datang dan kita dapat menjaga sensitiviti agama dan kaum lain.



Tidak tahan dikecam netizen kerana mengadakan sesi fotografi sekumpulan model wanita di tanah perkuburan Kristian, pemilik butik pengantin, Nur Amirah Mohd Amiruddin, 26, membuat sesi permohonan maaf secara langsung di Facebook semalam.



Nur Amirah mengakui kekhilafannya yang memuat naik gambar tersebut di Facebook sehingga ada yang mengecam sekumpulan model terbabit.

“Mohon semua yang dimuat naik dipadam semula walaupun itu mustahil. Saya mengakui kekhilafan ini dan saya sendiri memuat naik gambar tidak sepatutnya.

“Harap perkara ini tidak dipanjangkan lagi dan tidak ada mana-mana pihak terbabit kecuali diri saya dipersalahkan kerana semua atas tanggungjawab saya,” katanya.


Sementara itu, Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman berkata, “Tiada larangan mengambil gambar di mana saja selagi tidak mendedahkan aurat dan melanggar syariat Islam. Namun biarlah suasana gambar itu tidak menjadi penyebab fitnah.

“Di mana-mana saja boleh bergambar kerana tiada larangan dalam soal itu dengan syarat tidak nampak seperti memburukkan Islam atau merestui kepercayaan agama lain. Bagaimanapun, jika aktiviti itu cenderung membawa fitnah, lebih baik dielakkan,” katanya.

Bagi Ustaz Shahrizan Daud At-Turabi pula berkata, perbuatan mengambil gambar di tanah perkuburan Islam atau bukan Islam untuk tujuan komersial atau sekadar suka-suka adalah dilarang dalam Islam.

Namun, jika mengambil gambar di kawasan perkuburan untuk dijadikan sebagai kenangan supaya boleh mengenal pasti kedudukan kubur atau sebagai kenangan keinsafan untuk diri atau keluarga adalah diharuskan dengan syarat bukan untuk bersuka ria apatah lagi jika diiringi dengan senyuman atau tidak menjaga adab menziarahi kubur.

Mengulas mengenai isu sekumpulan model memperagakan baju pengantin di tanah perkuburan Kristian, tindakan itu katanya jelas sekali memberi fitnah kepada agama Islam selain mencemar ‘kesucian’ atau mencemar etika kawasan perkuburan bagi orang Kristian kerana orang Kristian juga percaya bahawa kawasan perkuburan adlaah suci dan perlu menjaga batas-batas tertentu.

“Malah orang Kristian pun ada pakaian khas untuk pergi ke kawasan perkuburan, mereka pakai baju hitam. Kita pula sebaliknya siap pakai baju kahwin,” katanya.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Mohd Noor juga berpendapat, ada banyak lagi tempat-tempat lain yang menarik dan tiada keperluan mencari tempat yang boleh menyebabkan orang menyangka yang bukan-bukan.

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ