Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



GEMPAR! SURAT ABAM ASKAR MENGAMUK TERPAKSA BERAYA BERSAMA PANGLIMA ATM





Abam askar ni mengamuk kerana terpaksa beraya bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Ermm wajar ker agaknya dia menulis surat sebegini? Bagi admin yang dibesarkan dalam keluarga Polis juga sedikit terasa akan kewajaran surat ini tetapi kalau tidak salah admin, di dalam Jabatan Polis sesiapa yang tidak dapat bercuti raya sahaja yang diarahkan beraya bersama Ketua Polis mereka. Mana-mana yang mendapat cuti raya tidak diwajibkan dan mereka boleh sahaja balik kampung dan beraya bersama keluarga tercinta. Yang tidak dapat cuti apa salahnya bersama-sama berkumpul bersama ketua mereka untuk meraikan suasana hari raya dengan meriah. 

Tetapi tak tahu lah kalau di dalam angkatan tentera semua anggota dibenarkan menjalankan /mengambil cuti raya sehingga timbulnya rasa ketidakpuasan hati begini apabila terpaksa beraya bersama Panglima mereka walaupun  telah mendapat cuti raya? Kalau yang tidak dapat cuti raya dan dipaksa beraya bersama Panglima mereka, admin rasa ia adalah wajar KECUALI jika telah mendapat cuti raya tiba-tiba terpaksa ditundakan cuti pada keesokan harinya kerana diarahkan untuk beraya bersama Panglima mereka. Ini memanglah tidak patut dan ZALIM. Selain daripada itu Abam Askar ini juga mempertikaikan seakan2 ada berlakunya "KERAHAN TENAGA" untuk menyiapkan persiapan hari raya tersebut.

Apa pun jom kita baca luahan surat tersebut yang telah diviralkan melalui whatsapp di bawah:

Dato Seri Hishamudin bin Tun Hussain
Menteri Pertahanan

Panglima Angkatan Tentera
Panglima-panglima Perkidmatan
Kementerian Pertahanan
Kuala Lumpur

MOHON DIPERBETULKAN BUDAYA MENYUSAHKAN ANGGOTA TENTERA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI PEGAWAI KANAN

1. Terlebih dahulu saya dengan penuh hormatnya mengambil kesempatan ini memanjatkan doa kehadrat Allah Subhanahu Wataala semoga Dato Seri sentiasa sihat. Selamat berpuasa dan selamat Menyambut Hari Raya yang bakal tiba.

2.  Tujuan saya mengutuskan surat ini kepada Dato seri, Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima TLDM dan Panglima TUDM dengan harapan perkara ini segera diubah demi kebaikan ummah khasnya anggota tentera. Perkara ini telah berlaku sekian lama dan sudah menjadi parah dan amat menyedihkan. Apa yang saya maksudkan ialah penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan ATM khasnya mereka yang berpangkat 2 bintang ke atas. Penyalahgunaan kuasa ini kadangkala tidak dirasai oleh para Jeneral2 dalam ATM tetapi amat sakit dan pedih serta menyusahkan anggota bawahan. Budaya dan etika buruk ini wajib dihentikan segera, Antaranya:

Berhari Raya Bersama Panglima

Adalah sesuatu yang amat zalim dan kejam apabila hari raya pertama kami dikerahkan seperti hamba abdi menyiapkan hidangan, persiapan dan serba yang diinginkan hanya kerana ingin beraya bersama Panglima. Padahal kami ada keluarga, ada anak isteri, ada mak bapak dan sanak saudara kami di kampung halaman untuk diziarahi. Apalah gunanya beraya dengan panglima? Apa faedahnya? Cukup2lah kami menjadi hamba. Dibulan yang mulia khasnya aidil fitri tak ada siapa pun nak meraikan panglima lagi. Kalaupun mak bapak panglima dah mati dan mereka hidup tak ada adik beradik, cukup2lah menyusahkan anggota bawahan. Tak payah panggil ramai2 untuk raikan hari raya bersama panglima. Kami tak suka! Tak kira dimana. Diperbatasan ke di kem ke sama jer... kami terpaksa menjadi hamba kerana nak jaga panglima. nak bagi mereka happy. Pegawai-pegawai kerah jer. Padahal kami amat tersiksa. Bayangkan Panglima Logistik Dato Razif (tua kutuk) sanggup mengarahkan anggota beraya bersama beliau saban tahun sehingga petang setiap hari raya. Hati busuk..tak ada otak...Kenapa kami terpaksa beraya dengan beliau? Tak habis2 kena layan si tua kutuk tu. Kena layan isteri beliau lebih dari jaga raja...Kalau budaya bodoh ini diteruskan sememangnya pihak atasan kementerian amat tidak perihatin dengan kebajikan anggota ATM. Cuba fikir..kalau x-mas di US atau di UK apakah Panglima dia akan tahan semua untuk sambut x-mas sekali ke? Anggota tentera akan memberontak... Bukan nak disamakan kafir dengan islam, tetapi pemahaman para jeneral ATM lagi teruk dari pemahaman orang-orang kafir. Kebajikan anggota tidak difikirkan. Sembang saja..hipokrit..Belagak tapi tak ada otak. Hari raya amat sensitif. Mereka zalimi kami sekarang kerana mereka ada kuasa..mudahan keturunan mereka akan dizalimi oleh orang lain.Semoga Allah balas kezaliman mereka...Amin.

3.  Semoga apa yang disampaikan ini mendapat perhatian Dato Seri Menteri, PAT yang kami kasihi, para panglima perkidmatan yang mungkin tidak sedar perkara ini berlaku. Mohon sangat2 agar raya tahun ini anggota tentera berhari raya dengan gembira bersama keluarga, tak diganggu oleh sesiapa. Kami rela menjaga kedaulatan negara sekiranya ditakdirkan kami bertugas. Itu tugas kami. Biar kami bersengkang mata menjaga negara tetapi bukan berjaga dan letih menjaga dan memuaskan nafsu panglima dihari raya. Kepada tentera yang cuti raya, berilah kami menikmati saat gembira bersama keluarga yang kami sayangi bukan kami terpaksa buat dan kami tidak rela. Jika masih berlaku, sudah tiba masanya kami mencari pemimpin2 lain dikalangan para jeneral termasuk menteri lain dari pembangkang bila tiba masanya kerana apa yang kami luahkan seolah tidak dilayan. Dimanakah Rakyat Diutamakan? Bukankah kami ini rakyat? Mohon jasa baik Dato Seri...Ketika rakyat semakin menbenci kepimpinan kerajaan sekarang, mohon jangan beri tentera yang taat pun turut membenci. Kesannya bahaya kepada keselamatan negara. Mungkin tidak sekarang tetapi api kebencian ini akan dirasai sedikit demi sedikit..Dato Seri, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Mohon jasa baik pesanan ini disampaikan dan tidak disimpan/ dibuang oleh pegawai-pegawai penapis di pejabat yang dialamatkan. Jika dibuang atau tidak dimajukan maka kesannya akan dirasai oleh para tentera dan akhirnya tentera akan hilang taat setia kepada pihak pemerintah. Jangan memandang luahan ini remeh kena lihat kepada kesan jangka panjang. Dunia sekarang penuh degan teknologi yang boleh membuatkan sesuatu perkara berlaku sekelip mata. Lihatlah kepercayaan kepada PM semakin menurun disebabkan luahan rakyat tidak didengari dan sogokan oleh pihak pembangkang. Justeru mohon jasa baik tuan-tuan pegawai di pejabat2 menteri, PAT, PTD, PTI PTU.

Dipanjangkan kepada :

Berita harian
Harian Metro
Utusan Malaysia.

Salinan kpd:
situa kutuk
bini belagak lebih dari suami.







0 comments:

Post a Comment

Rosmah Jawab Fitnah Atas Dirinya





Berikut kenyataan penuh Datin Seri Rosmah  yang menjawab fitnah dan tomahan terhadapnya:


Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang Sesungguhnya fitnah itu lebih dahsyat daripada membunuh. Gejalanya amat menakutkan, lagi merosakkan.

Pembaca yang amat dikasihi :

Tibalah masanya saya sebagai seorang insan, dengan rendah hati ingin menjawab segala fitnah dan tohmahan yang telah dihamburkan kepada saya selama ini. Adalah wajar untuk saya membersihkan nama saya, maruah suami tercinta dan seterusnya kepimpinan negara agar fitnah ini tidak terus terpalit hingga menyebabkan saudara saudari tersalah anggap.

Alhamdulillah, anak-anak boleh terima walaupun ada ketikanya mereka sedih dengan fitnah yang keterlaluan. Anak-anak saya cuba melihat kebaikan dan kemurniaan majoriti masyarakat, bukan minoriti yang sentiasa ada tanggapan negatif.

Apabila saya bertemu dengan pelajar-pelajar Malaysia di luar negara dan bersoal-jawab tentang fitnah-fitnah tersebut, mereka boleh menerima penjelasan daripada saya.Penjelasan secara 'face to face' itu sangat berkesan. Cuma, mereka hairan, terkejut dan bertanya mengapa tidak ada orang jawab bagi pihak saya.

Saya mana ada pegawai, saya isteri Perdana Menteri bukan Perdana Menteri. Justeru,saya akan memberikan sendiri jawapan setiap persoalan yang timbul supaya masyarakat dapat menilai kebenarannya. Sikap mendiamkan diri dalam hal ini umpama 'membunuh diri sendiri'.

Pertama : Isu pembunuhan Altantuya Shaariibuu,19 Oktober 2006

Saya difitnah telah bersama membunuh mendiang pada tarikh kejadian. Nauzubillah. Bagaimana saya mahu membunuh orang sedangkan cicak jatuh di depan mata pun saya melompat lari. Saya juga takut gelap. Apa lagi saya nak mendaki bukit di tempat yang dikatakan menjadi lokasi pembunuhan itu.Tidak ada daya upaya saya berbuat begitu.

Pada tarikh itu juga saya dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan berada di dalam Majlis Berbuka Puasa Dan Penyampaian Bantuan Hari Raya Kepada Anak-Anak Yatim Persatuan Kebajikan Anak-Anak Yatim Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Apabila saya difitnah dan media menyiarkannya, saya tidak diberikan kekebalan. Mungkin ramai orang yang tidak tahu bahawa saya disoal siasat di Bukit Aman selama enam jam gara-gara fitnah itu.

Kedua : Cincin berlian berharga RM24 Juta

Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya. Memang cincin itu masuk (melalui kastam) untuk dilihat oleh Maira Nazarbayev yang pada ketika itu berada di rumah saya bagi persiapan majlis pertunangan anaknya dengan anak saya.

Beliau adalah 'regular customer' kepada jewelry Jacob & Co. Perkara ini telah diterangkan secara lebih lanjut oleh Director of Fine Jewelry Jacob & Co., Philip Nassimi.

Berlian berwarna biru kelabu seberat 30.11 KARAT itu telah dihantar pada 15 April 2011 melalui syarikat penghantaran Malca Amit, New York menggunakan penerbangan House Airway, no bil: 1488134 dari ibu pejabat Jacob & Co. di New York ke Kuala Lumpur, Malaysia. Ia sampai pada 16 April 2011.

Setelah dilihat oleh Maira, cincin tersebut dipulangkan dan keluar dari Malaysia melalui pelabuhan Singapura pada 20 April 2011. Ia diuruskan oleh Malca Amit Malaysia dan Singapura. Ia telah dikembalikan ke ibu pejabat Jacob & Co. di New York pada 13 Mei 2011

Ketiga : Berjoli di luar negara

Kebanyakan lawatan saya ke luar negara kerana mengiringi suami menjalankan tugas.

Selain itu,saya juga menerima jemputan untuk menyampaikan ucapan oleh negara yang berminat untuk berkongsi apa yang Malaysia lakukan. Memang kebanyakan negara yang saya dekati ialah negara Dunia Ketiga dan Timur Tengah. Ini kerana negara-negara inilah yang memerlukan pendekatan yang saya katakan tadi.

Negara-negara lain seperti Amerika Syarikat, Britain, Perancis, Jepun dan Korea sudah maju dan kaya.Jika mahu berbakti,sudah tentu kita mendekati masyarakat atau negara yang memerlukan idea kita. Kita mahu buat kerja, bukan glamour.

Saya pernah dijemput memberi ucaptama pada Persidangan Antarabangsa Pertama Mengenai Pengurusan Kualiti Menyeluruh (TQM) Dalam Pendidikan Ke12 di Riyadh tahun 2011. Saya juga menyaksikan Memorandum Persefahaman (MoU) Antara Akademi Permata Insan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Saudi Arabian Islamic Foundation for Giftedness and Creativity (Mawhiba).

Bagi saya ini adalah pengiktirafan terhadap wanita Islam yang mempunyai pandangan sederhana tetapi moden dan pada masa yang sama tidak melanggar adab kesopanan wanita Timur. Untuk seorang wanita diterima di kalangan pemimpin-pemimpin dunia lelaki terutamnya di Timur Tengah bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi mereka sering memandang rendah kepada wanita. Apabila wanita Islam mempunyai buah fikiran yang boleh dikongsi bersama dan buah fikiran itu sememangnya untuk manfaat rakyat maka mereka memberi penghargaan dengan cara menjemput kita ke negara mereka untuk menyampaikan ucapan.

Masakan saya sempat untuk berjoli? Lagipun, saya tidak minat berjoli.

Keempat : Pembaziran Projek Permata

Sejarah membuktikan bangsa yang tiada pendidikan akan terus ditindas. Saya percaya orang yang mempunyai pendidikan akan lebih berjaya.

Sebagai anak bekas guru, saya faham tentang bagaimana pendidikan berfungsi untuk membentuk keperibadian manusia. Pendidikan harus bermula daripada awal. Justeru,saya mencadangkan penubuhan Permata.

Ini idea baru. Tidak apalah,kalau idea baru memang agak sukar diterima oleh semua orang kerana mereka tidak memahami apa sebernarnya yang ingin kita sampaikan.

Satu lagi masalah ialah sikap penyokong politik yang taksub,kita yang tidak dapat membezakan kerja kemasyarakatan dengan politik. Semuanya mereka satukan. Agak malang apabila kerja-kerja kemasyarakatan seperti Permata dijadikan motif politik.

Saya tidak faham mengapa orang mempertikaikan tentang Permata sedangkan program tersebut adalah untuk kebaikan generasi akan datang. Ada yang marah-marah apabila kerajaan mengumumkan bajet yang besar untuk Permata sedangkan tidak ada satu sen pun duit itu masuk ke poket saya.


Kelima : Bergaya dengan perhiasan mewah

Seperti kebanyakan isteri pemimpin, saya juga mengiringi suami ke beberapa negara kerana urusan negara. Ada juga yang menjemput saya atas kapasiti sebagai isteri Perdana Menteri. Mereka mahu saya memberi ucaptama tentang pengalaman masyarakat Malaysia terutama yang berkaitan wanita dan pendidikan awal kanak-kanak.

Apabila saya ke negara tersebut,mereka menyambut kami dengan mesra sebagaimana kita melayan mereka apabila mereka ke negara kita. Itulah adab sopan melayan tetamu.

Sebagai meraikan kehadiran tetamu,kebiasaannya mereka memberikan cenderamata sebagai kenang-kenangan. Antara cenderamata tersebut termasuklah cincin, jam, perhiasan diri dan sebagainya. Ada yang diberi itu mahal harganya dan ditempah khas. Apabila orang memberi kita sesuatu, sudah tentu tidak manis untuk menolaknya. Kita mesti menjaga hati mereka apatah lagi kita adalah tetamu.

Bagaimana perasaan kita apabila pemberian kita ditolak orang lain? Tentu kita akan tertanya-tanya dengan pelbagai soalan dan merasa kecil hati. Dan, apabila telah diberi, saya pun memakainya. Tak kan nak simpan saja dalam peti besi sedangkan barang-barang yang diberikan itu dengan ikhlas, cantik dan sesuai untuk digunakan.Adalah satu pembaziran jika ia di simpan 'kaku' dalam kotak simpanan.

Saya sedar ramai mata yang memerhati setiap apa yang saya lakukan dan setiap apa yang saya pakai. Itu hak mereka. Saya tidak boleh menghalang. Tetapi, malangnya mereka ini bukan saja memerhati malah memfitnah saya dengan perkara-perkara yang tidak masuk akal.

Pendek kata,saya tidak mampu memuaskan hati setiap orang. Yang penting, saya percaya pada apa yang saya lakukan


Keenam: Isu 'First Lady'

Bagi saya gelaran First Lady tidak menimbulkan sebarang masalah.Misalnya dalam penganjuran Sidang Kemuncak Wanita Pertama, peserta yang dijemput adalah isteri-isteri kepada Presiden, Perdana Menteri atau apa saja gelaran yang diberi kepada pemimpin tertinggi (yang menguruskan pentadbiran negara). Mereka adalah First Lady atau Wanita Pertama dalam konteks suami yang diberi tanggungjawab serta dipilih rakyat untuk mentadbir Negara.Saya tidak fikir ia sesuatu yang perlu dipertikaikan

Kita di Malaysia ada institusi Diraja sebagai ketua negara iaitu yang di-Pertuan Agong manakala ketua kerajaan ialah Perdana Menteri. Mirip British yang mana Queen adalah ketua negara manakala Perdana Menteri adalah ketua kerajaan yang dipilih melalui pilihan raya.

Bagi sesetengah negara seperti Amerika dan Perancis, ketua kerajaan dan negara adalah Presiden, maka isteri Presiden adalah Wanita Pertama.

Sekiranya kita menggelar Permaisuri Agong sebagai First Lady atau Wanita Pertama bererti kita telah 'downgrade' status baginda. Kedudukan baginda permaisuri adalah yang kedua selepas Yang Dipertuan Agong. Ini satu kedudukan khas yang diiktiraf dalam perlembagaan kita.

Saya rasa dalam soal ini ramai yang faham. Cuma mungkin ada sesetengah yang sengaja mempertikaikan dan cuba menjadikan ia sebagai isu.


Ketujuh : Isu menjadi Perdana Menteri Keenam Mana mungkin?

Saya hanya mahu menjadi isteri kepada Najib Tun Razak. Kalau dia orang biasa pun, saya akan bersama dia. Kalau dia jadi Perdana Menteri itu adalah tanggungjawab dan rezeki yang telah tertulis di Loh Mahfuz. Saya tetap akan berada di sisi dia selagi Allah memanjangkan jodoh antara kami.

Saya rasa pandangan salah ini muncul disebabkan serangan politik. Sudah pasti mereka mempunyai agenda politik tersendiri. Oleh kerana saya paling dekat kepada Datuk Seri Najib,maka saya menjadi sasaran. Oleh kerana saya sentiasa bersama Datuk Seri Najib di mana saja,maka saya dianggap sebagai orang yang menentukan semua polisi negara sama seperti kuasa Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib kata, sebenarnya mereka itu mahu mengenakan beliau tetapi sasaran yang paling tepat adalah mengenakan saya dulu. Mereka tak dapat suami, mereka pergi kepada isteri sebab saya tak boleh nak mempertahankan diri. Orang yang memfitnah saya dan Datuk Seri Najib ada agenda. Mereka mahu tempat Datuk Seri Najib.

Bagi saya senang, tak salah setiap orang ada cita-cita. Tapi, caranya kena betul. Jangan sampai menganiaya dan memfitnah orang.Itu salah dan tidak ada etika.Agama juga membenci perbuatan itu.

Pembaca yang amat dikasihi :

Saya tidak pandai menyusun ayat indah untuk menjawab semua fitnah ini. Apa yang lahir, adalah terlintas dari rasa sanubari seorang insan yang dianiaya oleh pihak tertentu.Saya serahkan kepada Allah.

Kalau mereka insaf, syukur Alhamdulillah. Saya sentiasa memaafkan.Tak apalah mereka memfitnah saya, Tuhan akan beri yang baik kepada saya. Ingat zaman nabi dulu, bila orang kutuk baginda, baginda beri pisang kepada orang itu. Semoga Allah memberkati para pembaca semua.

Sekian daripada saya,
Rosmah Mansor

0 comments:

Post a Comment

Nasib Malaysia Terletak Di Tangan Kita , Hati-Hati Membuat Percaturan !





Jika melihat kepada sebahagian besar warga kita hari ini , masih ramai lagi yang berasa selesa dengan apa yang sedang berlaku.

Mungkin juga sebahagian lagi berasa begitu terpanggil untuk terus bersama dan menyokong gerakan demi gerakan yang sebahagian besarnya bermula atas dasar persepsi dan spekulasi.

BUKTI tidak lagi menjadi syarat kerana secara teorinya kita sudah dimomokkan dengan hebahan maklumat melalui medium berita alternatif yang kita sendiri belum tahu kesahihannya.

Namun sudah menjadi TREND agaknya , segala apa yang disebarkan melalui medium itu akan mendapat perhatian yang lebih kononnya maklumat jauh lebih cepat sampai tanpa sebarang tapisan oleh pihak-pihak yang sering kali dituduh menyunting berita-berita yang disampaikan.

Sesuatu yang pasti Malaysia sebenarnya sudah pun membuka ruang yang seluas-luasnya untuk semua media sama ada media cetak mahupun elektronik dan terkini media sosial untuk bergiat aktif dalam membuat laporan masing-masing.Cumanya kesan daripada kemajuan teknologi hari ini berlaku apa yang kita sering kali sebut sebagai tohmahan.

Ada di antara berita yang disiarkan kemudian disebarkan itu bukan sahaja mampu menyebabkan panik tetapi turut sama menjadi elemen baru kepada gerakan-gerakan tertentu sehingga rakyat kebingungan.

Penyebaran berita dan apa jua bentuk dokumen sekalipun yang berlaku di medan maya seharusnya mempunyai fakta dan bukti yang tidak boleh diragukan.Malahan dalam keadaan tertentu rakyat kita sendiri lebih percayakan berita-berita yang disiarkan oleh pihak yang berpengkalan di negara luar.

Kenapa ? Mungkin secara rawaknya inilah pendedahan berani untuk menelanjangkan kerja jahat atau kerja kotor pemimpin dan kerajaan ! Tetapi sering kali kita melihat tiap berita itu disanggah oleh pihak yang diserang.

Namun perlu diingat semua yang berlaku itu jika diperhalusi dan diteliti ianya merangkumi sesuatu yang jauh lebih dasyat daripada apa yang kita bayangkan.

Tohmahan boleh disanggah dengan BUKTI walaupun dalam keadaan tertentu ianya memakan masa tetapi laporan berbentuk tohmahan kemudian disiarkan pula oleh pihak luar bukanlah sesuatu yang biasa.Apatah lagi jika ianya turut mendapat sokongan daripada orang dalam (rakyat Malaysia sendiri) !

Hakikatnya kita sedang berdepan dengan serangan oleh pihak-pihak yang punya agenda tertentu.Kemampuan dan bentuk tindakan mereka begitu licik sekali sehinggakan mampu menyebabkan warga Malaysia sendiri terpengaruh.

Mungkin sebahagian dari kita belum sedar tetapi realitinya Malaysia sedang menerima serangan alaf baru atau mungkin penjajahan berskala dengan pelbagai bentuk hasutan dan propaganda.Dan lebih licik lagi semua serangan itu disasarkan dalam bentuk politik !

Rasanya artikel di bawah boleh memberikan sedikit pencerahan kepada kita ..








Mungkin ramai tak perasan yang negara kita diserang dari dalam dan luar dengan bertalu-talu...kalau yang perasan tu syukur la anda nampak...

Serangan yang saya maksudkan adalah berbentuk politik, hasutan dan propaganda... selain serangan secara halus terhadap ekonomi negara dan juga serangan psikologi keatas strata masyarakat kita dalam bentuk hasutan...

Sejak sebelum dan selepas pilihanraya yg telah berlalu... ada suara2 yang mengumpul dan menggembleng tenaga anak muda dan masyarakat awam untuk menjatuhkan kerajaan dengan cara anarkis.. dengan cara yg tidak demokratik...tahun ini sahaja sudah hampir 3 kali cubaan tersebut dilakukan....walaupun belum mencapai skala huru hara yg teruk tetapi cubaan anarkis ini tidak boleh dipandang enteng oleh pasukan keselamatan dan masyarakat umum sendiri...

Apa yg menarik adalah.... cara permainan kuasa2 in the shadows ini menggunakan senario semasa dalam negara...bagaimana isu2 populis dan yg dekat dengan hati rakyat seperti kos sara hidup..pendidikan dan lain2 perkara di jadikan asas untuk membentuk an army of the people....dimana tanpa perlu menggunakan angkatan tentera atau sistem persenjataan canggih...sebuah negara dapat dikuasai melalu internal strife dan civil conflict selain perebutan tampuk kuasa pemerintahan negara....





Secara tidak sengaja... rakyat yang sedang dalam kesengsaraan atau kesusahan akibat tekanan ekonomi... bangkit menuntut hak mereka lalu dijadikan tentera upahan oleh kuasa2 didalam bayangan ini tanpa rakyat2 ini sedar....selain mereka di sajikan hari demi hari dengan propaganda demi propaganda yang berbentuk anti establishment.... tanda2 ini dapat dilihat dengan jelas disekeliling kita.... ini adalah satu bentuk penguasaan yg baru... satu bentuk sistem pecah dan perintah yg tidak berlaku secara terang terangan tetapi mempunyai signifikan yg ketara jika diteliti dengan dalam....

Saya mengakui kepimpinan negara kita lemah...mereka banyak membuat kesilapan yg membangkitkan kemarahan rakyat dari pelbagai strata masyarakat... tetapi ini tidak memberikan kita lampu hijau atau tanda halal untuk kita bertindak diluar pemikiran rasional....

Berhimpun dan berniat menggulingkan kerajaan dengan cara kekerasan adalah cara yang kalau boleh kita elakkan....kenapa gerakan tenaga muda...gerakan2 mahasiswa dan gerakan bukan kerajaan serta kepimpinan politik tidak bertindak secara rasional tetapi bertindak dengan cara anarkis dan populis....mengapa mereka mengajak rakyat bersama2 mereka untuk bertindak secara anarkis untuk menggulingkan kerajaan sedangkan terdapat cara yang lebih rasional...lebih ampuh dan lebih demokratik untuk menyelesaikan masalah yg dihadapi kita semua....jika mereka benar2 ikhlas untuk berjuang untuk rakyat....ini bukan jalannya....

Nelson Mandela serta kelompok warga afrika sendiri pernah ditindas oleh aparat2 politik apartheid dengan cara yang zalim...tetapi akhirnya beliau dapat menguasai Afrika Selatan dengan cara yg aman dan demokratik...struggle beliau tanpa mengangkat senjata dan menimbulkan suasana anarki itu sepatutnya dijadikan contoh oleh aparat2 gerakan muda dinegara kita.....saya melihat kita lebih menjurus kearah agresif dan bukan progresif....

Kembali kepada kuasa in the shadows yg saya nyatakan di perenggan yg sebelumnya..... saya sudah menyentuh perkara ini dalam posting2 lepas di awal tahun bila mana seluruh negara berada dalam keadaan frantik untuk pemilihan kepimpinan negara.... kuasa2 bayangan ini bukan sahaja wujud dikalangan aparat mahasiswa...tenaga pemuda...badan bukan kerajaan....malah ia wujud dalam partai2 politik pembangkang dan kerajaan sendiri.... mereka ini berselindung dengan cara yg tidak tercapai akal fikiran kita...mereka mempunyai akses kepada maklumat dari kerajaan dan dari pembangkang... selain jentera untuk menyebarkan berita dan propaganda yg mempunyai unsur hasutan halus serta mampu mewujudkan persepsi kepada satu pihak dan pihak yang lain.....




Kuasa dalam bayangan ini menggunakan sepenuhnya peluang kelemahan kedua2 pihak yg bertelagah...yg mana unity di antara kita rakyat Malaysia semakin tipis dihakis garisan politik hampir setiap hari.....ini yang saya katakan bentuk serangan pecah dan perintah baharu..... rakyat Malaysia di pecah-pecahkan kepada banyak kumpulan yg kecil...

Perpecahan ini bukan setakat berlaku antara kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India tetapi melangkaui tahap mikro.... perpecahan ini melibatkan pecahan2 yang lebih kecil dan lebih mikroskopik dari segi negeri, fahaman ugama (Islam sendiri berpecah kepada sunnah, wahhabi dan syiah), fahaman politik (melayu BN dan melayu PR, cina DAP dan cina MCA sebagai contoh), golongan kelas sederhana dan kelas pertengahan (kakitangan kerajaan dengan kakitangan swasta), antara establishment dan rakyat dan banyak lagi..... secara terus terang we are so divided among each others tanpa kita sedar....kita telah dipecah-pecahkan secara sistematik tanpa kita sedar....

Dalam kita sedang marah2 dengan kos sara hidup....usah kita membuat keputusan dan tindakan melulu...jangan cepat melatah....masih ada jalan rasional dan jalan2 yang lebih baik untuk kita pilih bagi menyelamatkan negara kita....

Ini yang berlaku kepada tanah air tercinta kita pada masa ini dimana rakyat sudah marah dan kemarahan mereka di tambah dengan macam2 perencah untuk menaikkan lagi kemarahan.....saya menyeru agar kita kembali ke jalan rasional....bertenang dan berlapang dada dalam membuat satu2 perkara.....bertindak dengan progressive dan bukan secara agressive....malah menolak sejauh-jauhnya anarki.....





The truth is anarki bukan jalan penyelesaian.....

Nasib Malaysia Terletak Di Tangan Kita , Hati-Hati Membuat Percaturan !




0 comments:

Post a Comment

MENGAPA HARUS MENCUKUR BULU KEMALUAN




Mencukur rambut kemaluan adalah salah satu anjuran dalam suatu agama. Bahkan disarankan bahwa anjuran ini sebaiknya dilakukan secara rutin, yaitu setiap 40 hari sekali.

Anjuran ini berlaku bagi pria maupun wanita.

Dilansir klikdokter.com, sebagian orang mempertanyakan pentingnya praktik pencukuran ini.

Pasalnya, dikaitkan dengan kejadian luka dan infeksi setelah mencukur.

Selain itu, menghilangkan fungsi perlindungan alat kelamin dari debu/ kotoran lain, hingga adanya pendapat bahwa hal ini merepotkan dan tidak memberikan efek apapun.

Ternyata, dibalik latar belakang tuntunan agama, mencukur rambut kemaluan yang dilakukan dengan cara yang tepat dapat memberikan beberapa manfaat dari sisi kesehatan.

Dengan mencukur rambut kemaluan, proses pembersihan produk kelenjar minyak/ keringat dapat dilakukan dengan sempurna.

Bila produk kelenjar ini tersisa di area rambut, maka menyebabkan area tersebut lembab dan bakteri mudah berkembang biak (menyebabkan gatal, bengkak, kemerahan, dll)

Memastikan rambut kemaluan tetap tipis akan mencegah bersarangnya tungau/ kutu kelamin (jenis Phthirus pubis).

Mencegah timbulnya bau tidak sedap karena partikel kotoran dan sel-sel kulit mati mudah dibersihkan.

Rambut kemaluan yang terlalu tebal akan mengganggu pembersihan organ kelamin karena menghalangi sampainya air pembasuh ke organ tersebut (misalnya pada saat mandi dan membasuh setelah berkemih bagi wanita).

Dari sisi seksual, rambut kemaluan yang dicukur akan memberikan penampilan yang rapi dan bersih sehingga mampu meningkatkan gairah untuk berhubungan seks.

Namun, masih ada beberapa hal penting yang harus Anda perhatikan saat mencukur rambut pada kemaluan.

Hal yang penting untuk diperhatikan adalah pastikan kebersihan alat-alat yang digunakan untuk mencukur/ menggunting rambut kemaluan (paling baik pisau cukur sekali pakai).

Berhati-hati dalam melakukan proses pencukuran, bersihkan rambut dengan sabun selesai mencukur, serta gunakan antiseptik/ krim antibiotik bila terdapat luka.

Cukup banyak manfaat kesehatan yang dapat diperoleh dengan mencukur rambut kemaluan, disamping sekaligus menjalani anjuran agama bagi yang beragama Islam.
Tidak perlu ragu untuk mencukur rambut kemaluan. Kebersihan sebagian dari iman, kebersihan adalah kunci kesehatan. (*)

0 comments:

Post a Comment

WANG YANG HARAM DAN TIDAK PATUH SYARIAH SERTA WANG FIDYAH DAN KAFFARAH






IRSYAD FATWA KE-34: WANG YANG HARAM DAN TIDAK PATUH SYARIAH SERTA WANG FIDYAH DAN KAFFARAH

Alhamdulillah segala puji bagi Allah, selawat dan salam keatas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga, para sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya, hingga hari kesudahan. kami mengambil maklum atas persoalan wang yang haram. wang fidyah dan juga hasil daripada kaffarah yang diserahkan kepada Baitulmal.

Justeru, kami telah mengadakan perbincangan juga Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Kali Ke-92 pada 7 Julai 2015 dan semua bersetuju mengikut apa yang dinyatakan di dalam ini.


Kaffarah Puasa

Kaffarah bermaksud perbuatan yang boleh menghapus dosa yang berupa membebaskan hamba, bersedekah dan puasa dengan syarat-syarat tertentu. Ia juga suatu penampal kecuaian yang dilakukan oleh manusia dalam tindakannya.

Pertama: Di Manakah Diagihkan Wang Yang Haram, Tidak Patuh Syarak Atau Yang Syubhah

Menurut Ibn al-Arabi dalam tafsirnya :

فإن التبس عليه الأمر ولم يدر كم الحرام من الحلال مما بيده، فإنه يتحرى قدر ما بيده مما يجب عليه رده حتى
لا يشك أن ما يبقى قد خلص له

Maksudnya: “Jika seseorang itu ragu-ragu tentangnya, dan dia tidak mengetahui berapakah yang halal dan berapakah yang haram ditangannya, maka wajiblah dia berhati-hati kadar harta yang masih ada ditangannya dengan mengembalikannya kepada tuannya sehingga dia tidak ada sebarang kesangsian lagi bahawa yang berbaki sudah bersih daripadanya.”

Al-Imam al-Ghazali di dalam Ihya’ Ulumuddin (2/93) mengatakan : “Jika bercampur antara harta yang halal dengan harta yang haram dan kedua-duanya tidak dapat dibezakan, maka tidaklah mengapa untuk kita menggunakannya. Hal ini adalah seperti harta yang diperolehi pada zaman kita sekarang (pada zaman al-Imam Ghazali yang wafat pada tahun 505H itu sendiri telah pun berlaku percampuran harta yang halal dan haram, apatah lagi zaman yang lebih teruk seperti sekarang!!)” Katanya lagi: “Jika harta tersebut dapat dipastikan mana satu yang halal dan mana satu yang haram maka wajiblah menjauhi perkara yang haram tersebut.”

Kesimpulan yang perlu dilakukan apabila harta pendapatan seseorang bercampur diantara yang halal dan yang haram :

1. Cuba asingkan antara duit yang halal dan yang haram.
2. Jika dapat diasingkan, duit yang haram dikembalikan kepada tuannya manakala yang baki adalah halal boleh dimiliki serta halal untuk dibelanjakan kepada ahli keluarga.
3. Jika percampuran antara harta yang halal dan haram serta ia tidak dapat dibezakan, maka halal untuk seseorang itu menggunakannya sebagaimana keterangan Imam al-Ghazali.

Manakala wang yang diyakini sumbernya haram dinasihatkan agar melakukan tindakan berikut :

1. Hendaklah diserahkan kepada pemiliknya jika mampu.
2. Diagihkan untuk kemaslahatan muslimin seperti pembinaan jalan, jambatan, tandas dan sebagainya
3. Baitulmal
4. Disedekahkan bagi pihak tuannya.


Kedua: Fidyah

Fidyah ialah denda ke atas seseorang Islam yang telah baligh kerana meninggalkan puasa wajib atas sebab-sebab tertentu atau pun sengaja melewatkan puasa ganti (qadha) di bulan Ramadan.

Orang yang tidak melakukan qadha bagi puasa yang telah ditinggalkan hingga tiba Ramadan berikutnya hendaklah dia mengeluarkan fidyah serta qadha. Syeikh Muhammad Syarbini al-Khatib menyebut di dalam al-Iqna’ (1/243):

وَمَنْ أَخَّرَ قَضَاءَ رَمَضَانَ مَعَ إمْكَانِهِ حَتَّى دَخَلَ رَمَضَانُ آخَرُ لَزِمَهُ مَعَ الْقَضَاءِ لِكُلِّ يَوْمٍ مُدٌّ لِأَنَّ سِتَّةً مِنْ الصَّحَابَةِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ قَالُوا بِذَلِكَ وَلَا مُخَالِفَ لَهُمْ. وَيَأْثَمُ بِهَذَا التَّأْخِيرِ. قَالَ فِي الْمَجْمُوعِ : وَيَلْزَمُهُ الْمُدُّ بِدُخُولِ رَمَضَانَ. أَمَّا مَنْ لَمْ يُمْكِنْهُ الْقَضَاءُ لِاسْتِمْرَارِ عُذْرِهِ حَتَّى دَخَلَ رَمَضَانُ فَلَا فِدْيَةَ عَلَيْهِ بِهَذَا التَّأْخِيرِ.

Maksudnya: “Orang yang melambatkan qadha Ramadan sedangkan dia mampu melakukannya hingga masuk bulan Ramadan yang lain hendaklah dia keluarkan satu mud (secupak) makanan (di Malaysia beras) bagi setiap hari (yang ditinggalkan) bersama dengan qadha kerana enam sahabat R.Anhum memberikan pendapat sedemikian itu dan tidak ada seorang pun dalam kalangan sahabat lain yang menyalahi mereka. Dan berdosa hukumnya dia mentakhirkannya. Dia berkata (al-Nawawi) di dalam al- Majmuk : Wajib dia keluarkan secupak disebabkan masuk Ramadan yang lain. Adapun orang yang tidak mampu mengqadhanya kerana berterusan uzurnya hingga masuk Ramadan lain maka tidak ada fidyah disebabkan penangguhan ini.”


Cara Pembayaran

Pertama : Menurut Imam Al-Syafi`e tidak sah membayar fidyah puasa dan zakat fitrah dalam bentuk wang tunai (harga) sebagai ganti kepada makanan (beras). Llihat al-Mawardi di dalam kitab al-Hawi al-Kabir, (2/179). Walaupun begitu pendapat mutaakhirin dibolehkan dengan wang tunai.

Kedua : Di dalam Mazhab Hanafi pula harus membayar fidyah dengan wang tunai (harga makanan) sebagai ganti bagi makanan tersebut. Jika seseorang yang dikenakan bayaran fidyah puasa itu mengeluarkan harga makanan dengan mata wang kertas seperti Ringgit Malaysia dan sebagainya, ini adalah sesuatu yang sah di sisi mereka.

Setelah itu, ulama Mazhab Hanafi berselisih pendapat berhubung perkara yang paling afdhal dikeluarkan; barangan makanan atau harganya (wang tunai). Llihat al-Mawardi di dalam kitab al-Hawi al-Kabir (3/179), az-Zabidi al-`Ibadi dalam al-Jawharah an-Nayyirah (1/134) dan Badruddin al -`Aini al-`itabi al-Hanafi dalam Al-Banayah Syarah al-Hidayah (3/349).

Ketiga : Ketika bertaklid dengan Mazhab Hanafi dalam mengeluarkan harga (wang tunai) mestilah diambil perhatian bahawa ulama Mazhab Hanafi telah menaskan bahawa fidyah puasa adalah ½ gantang daripada gandum atau segantang barli atau tamar.

Perlu diingatkan di sini, dalam Mazhab Hanafi mereka tidak berpendapat barang yang dikeluarkan sebagai fidyah itu daripada ghalib qut al-balad (makanan asasi sesebuah Negara) sebagaimana di dalam Mazhab Syafie, tetapi mereka berpendapat barang yang dikeluarkan sebagai fidyah adalah ½ gantang gandum atau segantang barli atau tamar. Segantang (sha`) menurut Mazhab Hanafi adalah 6 mud (cupak) bukannya 4 mud sebagaimana di dalam Mazhab Syafie.

Justeru, ketika menilai harga mestilah pihak tuan membezakan dan menyedari perbezaan ini. Sebagai contohnya, dinilaikan harga ½ gantang gandum (menyamai 3 mud di sisi Mazhab Hanafi) dengan menggunakan mata wang kertas kemudian diagihkan kepada orang yang berhak menerima bantuan (para fakir dan miskin).

Justeru, untuk mengamalkan perkara ini di Malaysia, maka hendaklah dilihat terlebih dahulu kepada harga ½ gantang gandum atau segantan barli atau tamar. Sekiranya harga ½ gantang gandum RM 3 sebagai contohnya, maka sah dikeluarkan fidyah dengan harga RM3. Jika ingin berjaga-jaga dalam persoalan ini, bolehlah pihak tuan mengutip dan mengagihkan fidyah sebanyak Rm 4 dan meniatkan lebihan sebanyak Rm 1 sebagai sedekah.

Lihat Muhammad Bin Hasan as-Syaibani di dalam al-Hujjah `Ala Ahl al-Madinah (1/398), as-Sarakhsi al-Hanafi di dalam al-Mabsuth (3/100).

Keempat : Harus di dalam fidyah puasa mewakilkan pembayaran fidyah kepada pihak tertentu. Perkara ini adalah antara perkara yang dikecualikan daripada ketidakabsahan al-wakalah di dalam perkara yang berhubung dengan ibadat. Dalam hal mewakilkan bayaran fidyah ini, harus untuk diwakilkan kepada seseorang yang thiqah dan mengetahui di manakah sewajarnya dibelanjakan fidyah ini. Begitu juga harus untuk mewakilkan kepada kakitangan yang bekerja di sesebuah pertubuhan Islam (sebagai contoh di sini pihak baitulmal MAIWP sendiri) yang mana pihak tersebut mestilah boleh dipercayai dalam mengagihkan fidyah kepada penerima yang berhak berlandaskan hukum syariat Islam. Lihat al-Khatib Asyarbini as-Syafi`e dalam Mughni al-Muhtaj.

Kelima : Peringatan penting; jangan mempercepatkan pembayaran fidyah puasa sebelum waktunya bahkan dibayar fidyah tersebut pada setiap hari mengikut harinya.

Maka tidak sah membayar fidyah pada awal Ramadan untuk 30 hari bagi sebulan kesemuanya. Lihat an-Nawawi di dalam al-Majmu`.

Kesimpulannya ialah yang tidak patuh syariah boleh dimasukkan dalam sumber am dan diberi untuk maslahah umum. Sedangkan fidyah dan kaffarah hendaklah dibagi kepada fakir miskin.
Semoga pencerahan ini memberi jawapan dan menyelesaikan isu wang yang berbaki dalam akaun baitulmal bersabitan dengan wang kifarah, fidyah dan juga patuh syariah.

Akhukum fillah,
Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri
Mufti Wilayah Persekutuan
21 Ramadan 1436h Bersamaan 07 Julai 2015

0 comments:

Post a Comment

CINCAU PENAWAR MUJARAB PENYAKIT DARAH TINGGI



-Info Kesihatan- Bacalah, Amat bermanfaat

"Maklumat terbaru yang aku perolehi setelah lama mencari penawar untuk mak mentua aku ni.

Sebelum tu aku nak beritahu mak mentua aku setelah pulih dari kencing manis secara tiba-tiba darah tinggi dia meningkat kepada 206. Aku amik bacaan yang atas ajer ler. Terperanjat semua ahli keluarga yang lain.

Pelbagai usaha dilakukan selain menggunakan perubatan moden. Apa yang kami tak guna dari daun hempedu ular, ke pucuk jantan betik dan satu daun lagi aku pun lupa. Semuanya gagal, memang turun tapi dalam anggaran 180.

Pada suatu hari, adik ipar aku yang bekerja di UITM Melaka beritahu , profesor dia yang ada darah tinggi hanya makan cincau sahaja. Dah berbelas tahun makan malahan ubat hospital langsung tak disentuh!!

Untuk mengesahkan cerita ini benar atau tidak. Aku beli cincau di Tesco. Nak cari cincau kat pasar mana ada masa..hehehehahe. Beli yang dah pasang siap punya ler....

Aku kasi kat mak aku dan mak mentua aku makan.
Cara makan ialah setiap dua hari sekali mak aku makan cincau ini. Dalam 3 hari lagi nak pergi jumpa doktor makan tiap-tiap hari.
Kalau nak lebih mudah, mak aku buat ialah blender semua cincau tu dan minum macam biasa.

Kalau cincau kat Tesco senang nak sukat sebab dia jual dalam bentuk packing silinder kecil. So mak aku makan setiap hari satu. Takut juga nak makan tiap-tiap hari, cincau ni kan sejuk. Nanti krem lak kaki mak aku ..hehehehehe. cincau

Hasilnya darah tinggi mak mentua aku dari 180 yang tak turun-turun selama 2 bulan menurun kepada 156.

Manakala mak aku dalam anggaran 150 telah menurun kepada 126!! Hilang darah tinggi!! Kat sebelah ialah ini bukti resit mak aku!!

Cincau adalah satu bahan yang menurunkan darah tinggi anda!!!!
Jika saudara mara anda mempunyai darah tinggi sila cuba petua ini.

Syukur alhamdulilah akhirnya darah tinggi mak mentua dan mak aku menurun. Suka melihat senyuman mereka semula.

Aku telah mencuba kepada 2 subjek iaitu mak dan mak mentua aku dan ternyata ia berjaya. Dan tolong sharekan maklumat kepada semua.!!! Aku memang berniat nak kongsikan maklumat ini..

Sekarang ini aku melihat penggunaan jangka panjang penggunaan cincau ini. Risau ler..benda sejuk ini.. Takut semput atau krem kaki orang tua aku lak..hehehehe.

Selamat mencuba!! "

Sumber: Facebook Syamsul Yusof & Puteri Sarah

0 comments:

Post a Comment

3 Umat Sebelum Nabi Adam Yang Pernah Mengalami 3 Kali Kiamat






Mungkin dalam hati pembaca pernah terpikir Siapakah Makhluk Sebelum Adam? Menurut kepercayaan (Muslim) merujuk:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". Mereka bertanya (tentang hikmat ketetapan Tuhan itu dengan berkata): "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan), padahal Kami sentiasa bertasbih dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya"

Sebelum nabi adam turun ke bumi diceritakan bahawa yang menduduki bumi ini adalah bangsa jin yang dikelompokan menjadi abal jan dan Banul jan. 2 kelompok tersebut bertempur sehingga tidak pernah berbaik, kemudian malaikat menanyakan kepada Allah apa akan membuat orang untuk menjadikan khalifah dibumi yang selalu melakukkan (pertumpahan darah), akhirnya Allah memerintah yang bernama 'azazil yang memimpin para malaikat jibril mikail izrail dan malaikat yang lain, untuk mendapatkan abal jan. dan banul jan dibumi ini, kemudian setelah ditaklukan akhirnya Allah menciptakan nabi Adam, diantara' azazil, malaikat dan adam diberikan ilmu oleh Allah kerana tujuannya untuk menjadikan khalifah dibumi, setelah diuji ternyata yang lulus dari ujian tersebut adalah nabi Adam akhirnya semuanya diperintah Allah untuk sujud penghormatan kepada Adam akhirnya semuanya sujud kecuali 'azazil (bangsa Iblis) mereka sombong dan membangkang.

manusia tidak diciptakan dibumi, tapi manusia dijadikan khalifah di bumi, sebagai pengganti tentunya ada yang di ganti, seperti Adam bukan makhluk pertama dibumi, dan Allah tidak mengatakan untuk mengganti manusia sebelumnya, tapi pengganti makhluk di bumi, iaitu abal jan dan Banul jan, mereka itu adalah penghuni bumi sebelum manusia.

Bentuk basyariahnya tak jauh berbeza dengan manusia, maka anda boleh buktikan bahawa makhluk selain manusia, punya badan yang sama seperti manusia, yaitu Banul jan, anak turun Jin, juga Banul ban anak turun dedemit, maka ketika bumi dirosak oleh mereka, mereka diusir bahkan dibasmi oleh malaikat, hingga mereka berlari tercirit-birit dan mencari tempat yang jauh dari anak Adam.

Berdasarkan fosil-fosil yang ditemui, memang ada makhluk lain sebelum manusia. Mereka seperti manusia, tetapi mempunyai ciri-ciri yang lebih primitif. Otak mereka lebih kecil. Oleh kerana itu, kemampuan mereka berbicara sangat terbatas karena tidak banyak suara vowel yang mampu mereka bunyikan. Kumpulan ini dinamakan Neanderthal.

Kemudian datanglah manusia Adam yang diklasifikasikan sebagai Homo Sapiens. Menurut Wikipedia, Homosapiens mula ada kira-kira 200 ribu tahun lalu. Sedangkan Neonderthal ada sehingga 130 ribu tahun dulu, kemudian ia lenyap. Ada juga teori yang mengatakan Neonderthal lenyap sebelum Homosapiens muncul. Tapi yang pasti, Homosapiens bukanlah evolusi dari Neanderthal. Neanderthal hanyalah makhluk seakan manusia yang telah ada sebelum kita (manusia Homo sapiens) ada.

Mungkin tidak ada fakta konkrit dalam membicarakan isu ini. Kebanyakan teori berdasarkan sumber fosil. Namun yang paling penting mungkin bagi yang Muslim kita percaya ada makhluk sebelum Adam yang saling membunuh. Ada yang mengatakan mereka adalah dari kaum jin. Ada juga yang mengatakan bahawa ada 3 umat yang utama sebelum Adam. Dua diantaranya dari kaum jin. Sedangkan kaum yang ketiga adalah dari golongan yang berbeza dari Jin, karena mereka ini berdarah dan berdaging. Golongan ketiga ini adalah mereka yang dimaksudkan sebagai "man yufsidu feehaa wa yasfiku al-dimaa ': golongan yang membuat kerosakan dan menumpahkan darah" seperti yang diulas oleh Malaikat di dalam ayat al-Quran 2: 30. Ini pendapat yang dilontarkan oleh Al-Maqdisi .

Sesungguhnya manusia yang pertama kali di jadikan oleh Alah SWT adalah "ADAM AS". Beliau di jadikan dari tanah yang di bentuk manusia, lalu di tiupkan rohkepadanya lantas jadilah berupa manusia (berupa darah, daging, ruh) berupa Nabi Adam As.

Sebelum ADAM wujud

Sebelum Allah SWT mewujudkan Nabi Adam As (manusia pertama) Allah SWT sudah menjadikan dua mahkluk yang berakal, berupa: 1. Mahkluk yang berupa malaikat 2. Mahkluk yang berupa Banul-Jan / Iblis.

Adapun asal mula kejadian kedua mahkluk tersebut adalah:

Malaikat: di jadikan dari Nur (cahaya) yang suci yang berupa ruh dan akal tidak ada syahwatnya. Kerena itu malaikaa tidak makan, minum dan juga tidak beristeri (lain dengan manusia), hidup malaikat semata-mata hanya melaksanakan perintah Allah SWT, laiya tidak di laksanakan. Banul-Jan: Dijadikan dari api. Berbentuk sebagai manusia memerlukan makan, minum dan beristeri dan juga mempunyai keturunan yang banyak sekali.

Sedangkan untuk asal mula Nabi Adam As. dijelaskan dalam sebuah ayat (S.Al Hijr: 28, dan S. Shood 71-72), yakni:

Sesungguhnya Allah swt.berfirman kepada para malaikat untuk membuat manusia yang asal mula kejadianya dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang di beri bentuk. (S. Al. Hijr: 28) Atau kejadian manusia itu dari tanah. (Shood ayat 71-72)

Sesudah diberi ruh (nyawa) kemudian hidup dengan daging, darah dan tulang. Sesudah Nabi Adam As. wujud, maka Allah swt. memerintahkan pera malaikat intuk bersujud kepada Nabi Adam As. Semua para malaikat sama melaksanakan sujud kecuali iblis yang menolak perintah Allah swt, Untuk bersujud pada Nabi Adam As. Kerana Iblis bersifat takbur, sombong dan merasa lebih mulya daripada Nabi Adam As, Sebab dijadikan dari api sedangkan Nabi Adam daripada tanah. Kerana itu iblis termasuk golongan orang kafir, Karena itu Allah mengusirnya dari syurga. Adapun sujudnya para malaikat pada Nabi Adam As. tadi bukanlah sujud ibadah sebagaimana sjudnya orang solat, tetapi sujud Ta'ata tau tunduk memuliakan atau menghormati Nabi Adam As. Kerana Nabi Adam As, mempunya ilmu pengetahuan dari Allah Awt. sehingga boleh menberi nama pada barang-barang yang di tanya pada pada Adam. sedangkan malaikat tidak mengetahuinya. Allah berfirman dalam (surat Shood 71-72).

Artinya:
Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, sesungguhnya aku mencipatakan manusia dari tanah, maka apabila telah aku sempurnakan kejadiannya dan kutiupakan kepadanya Ruh (ciptaanku) ku. hendaklah kamu tersungkur dengan sujud kepadanya.

Allah swt. Berfirman dalam (Surah Al A'raf Ayat 11):

Artinya:
Sesunggunya kami telah menciptakan kamu (Adam) lalu kami bentuk tubuhmu, kemudian kami katakan kepada para malaikat: bersujudlah kamu kepada Adam, maka mereka sujud kecuali Iblis, dia tidak termasuk mereka yang sujud.

Allah bertanya pada Iblis apakah yang menghalang dirimu untuk bersujud kepada (Adam As) di waktu aku menyuruhmu? Iblis menjawab: saya lebih baik daripada Adam, engkau menciptakan aku dari api, sedang dia (Adam) engkau ciptakan dari tanah, maka Allah swt. Berfirman dalam (Surat A'raf ayat 13):

Artinya:
Allah swt berfirman, turunlah kamu dari Syurga itu, kerana kamu tak sepatutnya ada sifat sombong didalam dirimu, maka keluarlah. sesungguhnya kamu termasuk orang-orang yang hina.

Sesudah keadaan Iblis di keluarkan oleh Allah dari Syurga, Maka Iblis meminta pada Allah agar umurnya di panjangkan (tidak mati) hingga datangnya hari kiamat (rosaknya semua mahkluk). Iblis mengancam kepada Nabi Adam dan anak cucunya, akan di pujuk rayu dan disesatkan, dari jalan (tuntunan) yang benar, sehingga tidak ada yang (ta'at) mengikuti perintah Allah swt, dan menjauhi semua larangannya sehingga Iblis dan Syaitan bertujuan membuat dengan bermacam-macam cara dari segala urusan, baik dari arah (sebelah) kanan, kiri serta arah muka dan belakang, sampai mengikuti pujuk rayunya serta menjadi temanya hingga boleh masuk bersama-sama ke dalam siksa Allah swt ke Neraka. Kerana itu Allah memberikan perjanjian kepada Adam (anak cucunya) siapa yang mengikuti tingkah laku syaitan / iblis, maka dia menjadi temanya dan nantinya akan aku masukan, iaitu Neraka (tempat Iblis dan teman-temannya).

Sesuai dengan firman Allah swt. (Surah Al-A'raf: 16)

Artinya:
Dia menjawab, kerana engkau telah menghukum kami tersesat, maka kami akan benar-benar (menghalang) mereka dari jalan (agama) engkau yang lurus.

Kemudian saya kan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang merakam dari kanan dan dari kiri mereka, dan mereka tidak akan mendapatkan mereka bersyukur (taat) maka Allah berfirman keluarlah kamu dari syurga itu. Sebagai orang terhina dan terusir, barang siapa diantara mereka mengikuti kamu, benar-benar aku akan mengisi neraka jahanam dengan kamu semuanya.


0 comments:

Post a Comment

5 Fungsi Tersembunyi Dalam WhatsApp Yang Anda Mesti Tukar Sekarang!





1). Incoming Media

Salah satu fungsi default yang paling menjengkelkan semua pengguna WhatsApp dimana setiap gambar dan video akan disimpan secara automatik ke dalam photo album ataupun Camera Roll. Mungkin sesetengah anda suka menyimpan gambar, tapi bagaimana jika anda masuk kedalam group WhatsApp yang ‘gila’ selfie? mahukah anda menyimpan 1000 gambar selfie rakan anda.

Fungsi ini boleh dimatikan melalui “setting menu”, seterusnya tekan “Chat Settings” dan tetapkan pilihan “Save Incoming Media” kepada Off


2). Message Previews

Fungsi ini akan menjadikan pesanan mesej yang anda terima sebagai push notification. Pasti malu jika rakan anda membaca pesanan manja anda. Untuk mematikan fungsi ini, pergi ke “Settings,” pilih “Notifications” dan tetapkan “Show Preview” kepada off. Sekarang anda hanya akan mendapat notifikasi yang mengatakan, “Message from razak” dan bukannya pesanan mesej sebenar.


3). Share Your Location

Hanya menggunakan WhatsApp, anda boleh kongsikan kedudukan terkini kepada sesiapa sahaja dengan semudah menekan paparan skrin. Tetapi untuk mengunakan fungsi ini, pertama-sekali anda perlu memberi kebenaran kepada WhatsApp mengakses data lokasi anda.

Masuk ke mana-mana chat dan tekan ikon anak panah di sebelah kiri kotak teks. Pilih “Share Location” dan tekan “Allow” apabila notifikasi seperti gambar di bawah terpapar.


4). Last Seen

Ini juga salah satu fungsi default yang tidak best. Untuk matikan fungsi ini, pergi “Settings” tekan “Account” > “Privacy” > “Last Seen.” di sini anda boleh ubah untuk menghalang beberapa orang daripada melihat “Last Seen” ataupun kesemuanya contact. Perlu diingatkan, anda tidak akan dapat melihat “Last Seen” orang lain jika mematikan fungsi ini.


5). Automatic Backup

WhatsApp boleh back up semua pesanan mesej anda secara automatik. Pergi “Settings” > “Chat Settings” > “Chat Backup.” dari situ anda boleh memilih “Auto Backup” di akaun iCloud secara harian, mingguan ataupun bulanan.

0 comments:

Post a Comment

Burj Khalifa Bangunan Tertinggi Di Dunia Mempunyai Tiga Waktu Berbuka Puasa Berbeza





PASTI anda akan merasakan satu kelainan jika diberikan peluang untuk menjalani ibadah puasa di atas bagunan tertinggi di dunia, Burj Khalifa.

Mana tidaknya kerana di atas menara tertinggi di dunia ini sebenarnya mempunyai 3 waktu berbuka puasa berbeza.

Perkara ini sedang dialami oleh pelancong dan juga pekerja yang berada di dalam bagunan tersebut di mana mempunyai ketinggian 829.8 meter.

Kejadian ini terjadi kerana semasa matahari jatuh penghuni ditingkat bawah sudah tidak nampak tetapi penghuni di tingkat atas masih melihat matahari.

Kerana hal demikian penguatkuasa Islam Dubai telah berbincang dan mengeluarkan waktu berbuka puasa berbeza di dalam bangunan berkenaan.

“Oleh itu, mereka yang tinggal di tingkat atas belum boleh berbuka puasa seperti yang lain-lain di bandar kerana terdapat perbezaan masa selama dua minit,” kata Mufti Dubai Ahmed Abdul Aziz al-Haddad.

Seorang ulamak terkenal Mohammed Al-Qubaisi telah mengeluarkan waktu baru di mana berada di atas tingkat 80 perlu berpuasa lebih dua minit manakala mereka di tingkat 150 dan ke atas perlu menunggu selama tiga minit sebelum boleh berbuka.

0 comments:

Post a Comment

10 Sebab kenapa lelaki lebih sukakan janda





Pelbagai persoalan yang muncul mengenai status janda . Janda adalah gelaran bagi seorang wanita yang pernah berkahwin.

Janda juga boleh dibahagikan kepada dua iaitu wanita itu menjadi janda diatas sebab suaminya sudah meninggal dunia dan satu lagi, wanita itu menjadi janda kerana telah berpisah atau bercerai dengan suaminya…

Namun begitu , apabila dengar sahaja perkataan janda, ianya sering meniti di bibir lelaki yang masih bujang mahupun yang sudah berkahwin.

Kenapa ya, pasti anda ingin tahu kenapa dan apa sebabnya janda mempunyai tarikan yang berlainan berbanding anak dara. Jom baca 10 sebab yang mungkin merungkai segala tanda tanya anda tentang janda !

1.) Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai menggoda.

2). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda sudah bersedia.

3). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda senang kira dan tidak susah memilikinya.

4). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda mudah mesra dan manja.

5). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai "Menggula".

6). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai menjaga.

7). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda pandai bekerja.

8). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda sudah tahu semua benda.

9). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda senyumnya lebih manja.

10). Kenapa lelaki sukakan janda?
Mungkin kerana janda kurang belanja kosnya .

Namun begitu harus diingat! Bukan semua janda mudah didekati malah kadang kala janda lebih tinggi kosnya berbanding anak dara.... fikir-fikirkanlah ya...



0 comments:

Post a Comment

MUNGKIN INILAH PUNCA KENAPA BRUNEI TAK NAK JOIN MALAYSIA..!!!





INILAH PUNCA KENAPA BRUNEI TAK NAK JOIN MALAYSIA..!!!

Mungkin anda semua sudah tahu mengapa Brunei tidak mahu bersatu bersama Malaysia seperti mana yang anda pelajari sejarah ketika tingkatan tiga dulu.. Namun, apakah anda sudah lupa akan faktor-faktor yang mendorong Brunei daripada tidak bernaung dibawah satu bumbung bersama Malaysia?

Mari kita imbau kembali sejarah penolakan Brunei ini..




Apabila Sultan Omar Ali Saifudin III dari Brunei mengisytiharkan bahawa Brunei tidak akan bersama-sama membentuk Malaysia, Tunku Abdul Rahman telah cuba untuk memberikan tekanan ke atas Brunei dengan memanggil balik beratus-ratus guru dan pegawai dari Tanah Melayu yang di pinjamkan kepada negara tersebut. Hal ini menyebabkan Brunei ketika itu menghadapi masalah pentadbiran.

Namun, Sultan masih tetap dengan pendiriannya. Antara perkara yang tidak dipersetujui oleh Sultan semasa rundingan dengan Persekutuan Tanah Melayu adalah kedudukan Kesultanan Brunei yang di letakkan di bawah sekali di dalam Majlis Raja-raja Melayu. Satu lagi perkara besar yang tidak dipersetujui oleh Sultan adalah berkenaan dengan cukai Pusat ke atas hasil minyak sebanyak 10% untuk selama 10 tahun dan selepas itu Pusat mahu mengambil alih kawalan minyak Brunei.

Hujah-hujah bahawa dengan pembentukan Malaysia maka dapat membendung ancaman komunis dan untuk mendapatkan kemerdekaan awal dari British akhirnya telah di tolak oleh Sultan atas sebab-sebab tidak bersetuju dgn syarat-syarat di atas.

Hari ini Brunei adalah sebuah negara yang berdaulat, ahli kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan juga ahli kepada ASEAN. Ini bermakna ia nya sebuah negara yang diiktiraf bukan sahaja oleh negara-negara yang berjiran dgn nya, malah diiktiraf di peringkat antarabangsa.

Hari ini juga rakyat Brunei menikmati pendapatan per kapita antara yang tertinggi, harga Petrol yang terendah, pendidikan percuma hingga peringkat tinggi dan sebagainya.

Pada akhir tahun lepas, Kerajaan Brunei melalui Menteri Tenaganya telah melahirkan rasa kekecewaan secara terbuka kerana masih ramai rakyat tempatan tidak di ambil bekerja di syarikat-syarikat pembekal dan kontraktor industri minyak. Menteri tersebut berkata, walaupun Brunei mengalu-alukan pelaburan asing, namun jika tidak serius untuk memberikan peluang pada rakyat tempatan, syarikat-syarikat ini tidak dikehendaki untuk berada di Brunei.

Ini adalah satu amaran keras dan terbuka. Saya percaya syarikat-syarikat yang ada di dalam industri Minyak dan Gas ini akan mula memberikan perhatian yang serius.

Dalam satu ucapan, bagi memperingati Sultan Omar Ali Saifuddin III, bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew berkata apabila Singapura keluar dari Malaysia, Sultan Omar Ali telah berkata pada nya "Kamu sudah seperti Brunei. Itu adalah lebih baik untuk kamu"

Sejarah adalah satu perkara yang telah pun berlalu dan tidak akan sesekali dapat diubah, Namun satu soalan retorik yang menarik, apakah yang mungkin berlaku andainya Brunei bersetuju untuk bersama-sama membentuk Malaysia?


Andaian

1. Brunei bukan saja akan di kenakan cukai utk hasil minyak, malah 95% hasil minyak akan pergi ke Pusat. Tinggal 5% untuk Brunei.

2. Pendapatan rakyat Brunei mungkin akan sama dengan Sarawak iaitu RM30,000 berbanding dengan sekarang RM62,000 (USD 20,000)

3. Rakyat Brunei akan membeli minyak dengan harga yang lebih mahal dari sekarang iaitu RM1.90 seliter utk RON95 berbanding sekarang RM0.90 (B$0.36)

4. Rakyat Brunei yang hendak melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi akan terpaksa meminjam dari PTPTN dan dikenakan Riba.

5. Sindrom ramai orang luar Brunei yang memegang jawatan tinggi dengan gaji mahal di sektor Minyak dan Gas akan berlaku tanpa ada apa-apa bunyi bantahan dari pemimpin tempatan Brunei. Rakyat Brunei akan di beri jawatan peringkat rendah dgn gaji yang rendah juga.

6. Harga kereta import akan mahal dan rakyat Brunei akan ramai yang terpaksa beli Proton dan Perodua.

7. Jalan antara bandar di Brunei akan menjadi jalan satu lorong untuk sehala yang berombak2 dan berlubang. Dan kebanyakan di tampal pelbagai kali hingga rupanya macam kek lapis Sarawak.


HARI INI, lihatlah pembangunan dan kemajuan negara Brunei sehingga baru-baru ini diletakkan dalam ranking KE-4 terkaya dunia oleh Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Pertumbuhan ekonomi sekitar tahun 1990-an hingga 2000, membawa perubahan kepada Brunei sehingga menjadi sebuah negara perindustrian.

Purata peningkatannya adalah 56 peratus bagi tahun 1999 hingga 2008 sahaja. Sektor petroleum dan gas asli menjana kekayaan negara yang mencapai kemerdekaan dari United Kingdom pada 1 Januari 1984 ini. IMF turut menyatakan bahawa hutang Brunei berada di kadar kosong peratus daripada KDNK negaranya.


0 comments:

Post a Comment

AMARAN! Jangan Tukar Gear 'P' Di Traffic Light - Ramai Yang Selalu Tersilap!!




Cara Penggunaan Gear Automatik Dengan Betul.... Ramai yang Selalu Tersilap

Tukar gear auto dengan cara salah boleh menyebabkan gearbox anda rosak dan kos gearbox kereta sangat mahal.

Harap selepas baca, dapat kongsikan kepada rakan-rakan anda.


JANGAN TUKAR GEAR 'P' DI TRAFFIC LIGHT

Kekadang pernah perasan kereta depan masuk gear P bila berhenti kat trafic light. Senang untuk teka, sebab lampu reverse akan nyala sekejap.

Bayangkan kalau pemandu terkejut sebab lampu trafic light dah hijau lama dan kereta belakang dah hon2 je. Tertekan pedal minyak dulu baru masuk gear. Jawabnya, gear anda boleh rosak atau cepat rosak.




Kaedah yang betul semasa berhenti di Traffic light:

1. tekan brek kaki
2. masuk gear N (tanpa tekan tombol pada gear. tolak ajer)
3. Tarik hand brek
4. lepas brek kaki

Bila nak jalan balik:

1. tekan brek
2. masuk gear D (tanpa tekan tombol pada gear. tarik ajer)
3. lepas hand brek.
4. lepas brek kaki
5. tekan minyak

PENGGUNAAN TOMBOL/BUTANG PADA GEAR

1. tekan tombol semasa menukar
P & R ,
R & P
R & N
N & R
D & L/D2
L/D2 & D

2. jangan sesekali tekan antara
N & D
D & N
D & D3
D3 & D

KENAPA?
Ini adalah untuk mengelakkan daripada anda terlajak tolak gear. Jika terlajak, gearbox anda boleh rosak.

Contohnya. dari gear D, anda ingin tolak ke N. Sekiranya tak tekan tombol gear, anda tak dapat tolak lebih kerana ia tersekat di N. Tetapi jika anda tekan tombol, anda boleh menolak gear terus ke R.

Contohnya, semasa ingin berhenti kereta, anda ingin menolak ke gear N dari gear D. Oleh kerana anda menekan tombol gear, kemungkinan tertolak ke gear R adalah tinggi. Jika kereta belum berhenti sepenuhnya, gearbox boleh rosak. akibat pertukaran mengejut dari D terus ke R secara tidak sengaja akibat tertekan tombol gear.


p/s : Tombol gear ini hanya terdapat pada kereta auto yang kekotak gearnya lurus (seperti dalam gambar). Kalau yang lekok-lekok tu, takde tombol. Selamat


Berikut adalah susunan gear untuk gearbox auto:

P - parking, digunakan untuk anda memberhentikan kereta anda, gear akan disekat, jadi kereta anda takkan bergerak walaupun handbrake tak ditarik.

R - reverse, untuk mengundur kereta anda

N - neutral, jika dalam posisi menunggu Traffic light atau traffic jem, alihkan ke gear neutral. bukan parking! jika anda perasan, gear D ke N tidak perlu menekan kekunci pada tombol gear.

D - drive, penukaran secara auto gear 1,2,3,4 dan seterusnya butang overdrive - gear akan menyekat untuk masuk ke gear 4. gear yang akan digunakan cuma 1,2 dan 3 shj

3 - setengah kenderaan tidak mempunyai overdrive tetapi mempunyai susunan gear 3 untuk menurunkan gear dari 4 ke 3

2 - ini akan menyekat sistem gearbox anda ke gear 2 dan tidak akan masuk ke gear seterusnya. tetapi akan jatuh ke gear 1 jika perlu

L - Low gear, gear pertama



0 comments:

Post a Comment

Makanan Yang Membuat Anda Jadi Bodoh





Berhati-hatilah dalam memilih makanan yang akan Anda konsumsi. Jangan sampai kandungan bahan di dalamnya mampu menurunkan kondisi kesehatan Anda terutama fungsi otak Anda. berikut Jenis Makanan yang bisa bikin bodoh:


1. Makanan yang digoreng
Mengonsumsi makanan yang digoreng secara berlebihan juga dapat merugikan kesehatan otak Anda. Sebab makanan ini mengandung minyak dan lemak yang mampu menumpuk di pembuluh darah. Akibatnya asupan darah ke otak pun menjadi tidak maksimal dan dapat mengakibatkan penurunan fungsi otak. Terlebih di banyak tukang gorengan, demikian kita biasa menyebutnya, banyak yang memakai minyak hasil daur ulang atau minyak yang dipakai berulang-ulang kali hingga hitam, demi menekan ongkos produksi. Ini sangat berbahaya bagi tubuh.


2. Makanan manis
Makanan manis yang mengandung gula berlebih di dalamnya mampu merugikan kesehatan Anda. Selain mendukung pertumbuhan sel kanker, gula juga memiliki efek merugikan yaitu menurunkan fungsi otak dan memori. Pemanis buatan seperti Nutra Sweet juga memiliki potensi buruk pada tubuh.


3. Makanan berpengawet
Kandungan bahan pengawet, pewarna, dan bahan kimia lainnya sangat berbahaya jika masuk ke dalam otak dan tubuh Anda. Zat ini diidentifikasi sebagai penyebab utama merosotnya fungsi otak. Makanan berpengawet lazim terdapat di hampir semua makanan dan minuman dalam kemasan, sehingga demi kesehatan sangat dianjurkan mengkonsumsi sesuatu yang organik dan bukan produk transgenik.


4. Daging olahan
Protein memang penting untuk membangun otot dan menyehatkan fungsi sel-sel sehat di dalam tubuh. Namun daging olahan mengandung sedikit protein. Sayangnya daging olahan menjadi makanan yang umum untuk Anda konsumsi. Padahal makanan ini hanya mengandung zat pengawet dan zat aditif lainnya yang memberikan efek buruk pada otak.


5. Junk food (Fasfood Culinary)
Makanan yang berasal dari resto cepat saji (Fastfood) di negeri asalnya disebut sebagai Junk Food atau makanan sampah. Ini karena potensinya yang mengancam kesehatan manusia. Kandungan lemak, garam tinggi, bahan pengawet, serta gula tambahan di dalam junk food adalah serentetan bahan kimia berbahaya yang mampu membahayakan otak Anda. Bahan ini mampu menyebabkan perubahan kimia di otak dan mengarah pada gangguan otak seperti kecemasan dan depresi.


6. Makanan bergaram tinggi
Garam memang bermanfaat untuk menambah rasa masakan. Namun terlalu banyak mengonsumsi garam mampu menyebabkan komplikasi kesehatan. Selain memberikan efek mengerikan pada tubuh, juga mampu membahayakan kesehatan otak. Penurunan memori menjadi salah satu akibat dari terlalu banyaknya mengonsumsi garam.


Apakah Anda ingin pintar atau bodoh? Semuanya tergantung pada Anda sendiri.


Sumber: eramuslim

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ