Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Hati-Hati Jika Terima E-Mel Dari TNB

ANDA pernah terima SMS menyatakan kononnya anda terima hadiah wang daripada SHELL Sdn Bhd atau Celcom? Saya pernah beberapa kali menerimanya, tapi saya tidak pernah melayannya. Kerana nampak sangat tawaran itu tidak munasabah. Dan ada banyak pendedahan tentang kepalsuan sms itu tersebar di internet.

Kali ini atas nama TNB pula, dan melalui emel. Abaikan saja. Jangan terpedaya. Mereka sebenarnya hendakkan duit kita.





SHAH ALAM 7/7/2015 – Orang ramai diminta berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan penipuan skim menggunakan platform Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang disebarkan menerusi kiriman e-mel.

Pengurus Besar Kanan (Hal Ehwal Korporat dan Komunikasi) TNB, Datuk Ir. Mohd Aminuddin Mohd Amin berkata, pihaknya tidak menawarkan hadiah eksklusif seperti yang dinyatakan dalam e-mel palsu berkenaan.

“Jangan terpedaya dengan e-mel yang kononnya dikirim oleh TNB, yang memaklumkan penerima emel berkenaan berjaya memenangi wang tunai RM150,000.

“E-mel sebegini bukanlah yang pertama kali mendapat perhatian TNB. Aduan telah pun dibuat untuk tindakan lanjut Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.

Menurutnya ,ia merupakan penipuan e-mel yang disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bertujuan untuk mencuri maklumat peribadi.

“Semua komunikasi melalui e-mel oleh TNB dibuat menggunakan alamat e-mel syarikat dan tidak menggunakan alamat e-mel seperti gmail, yahoo, hotmail, outlook.my dan sebagainya,” katanya lagi.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan orang ramai mengabaikan e-mel berkenaan dan tidak mendedahkan maklumat peribadi mereka kepada pihak yang tidak dikenali.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi TNB Careline di 1 300 88 5454 atau di laman Facebook TNB Careline. - SH


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ