Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



GEMPAR! SURAT ABAM ASKAR MENGAMUK TERPAKSA BERAYA BERSAMA PANGLIMA ATM





Abam askar ni mengamuk kerana terpaksa beraya bersama Panglima Angkatan Tentera Malaysia. Ermm wajar ker agaknya dia menulis surat sebegini? Bagi admin yang dibesarkan dalam keluarga Polis juga sedikit terasa akan kewajaran surat ini tetapi kalau tidak salah admin, di dalam Jabatan Polis sesiapa yang tidak dapat bercuti raya sahaja yang diarahkan beraya bersama Ketua Polis mereka. Mana-mana yang mendapat cuti raya tidak diwajibkan dan mereka boleh sahaja balik kampung dan beraya bersama keluarga tercinta. Yang tidak dapat cuti apa salahnya bersama-sama berkumpul bersama ketua mereka untuk meraikan suasana hari raya dengan meriah. 

Tetapi tak tahu lah kalau di dalam angkatan tentera semua anggota dibenarkan menjalankan /mengambil cuti raya sehingga timbulnya rasa ketidakpuasan hati begini apabila terpaksa beraya bersama Panglima mereka walaupun  telah mendapat cuti raya? Kalau yang tidak dapat cuti raya dan dipaksa beraya bersama Panglima mereka, admin rasa ia adalah wajar KECUALI jika telah mendapat cuti raya tiba-tiba terpaksa ditundakan cuti pada keesokan harinya kerana diarahkan untuk beraya bersama Panglima mereka. Ini memanglah tidak patut dan ZALIM. Selain daripada itu Abam Askar ini juga mempertikaikan seakan2 ada berlakunya "KERAHAN TENAGA" untuk menyiapkan persiapan hari raya tersebut.

Apa pun jom kita baca luahan surat tersebut yang telah diviralkan melalui whatsapp di bawah:

Dato Seri Hishamudin bin Tun Hussain
Menteri Pertahanan

Panglima Angkatan Tentera
Panglima-panglima Perkidmatan
Kementerian Pertahanan
Kuala Lumpur

MOHON DIPERBETULKAN BUDAYA MENYUSAHKAN ANGGOTA TENTERA UNTUK KEPENTINGAN PERIBADI PEGAWAI KANAN

1. Terlebih dahulu saya dengan penuh hormatnya mengambil kesempatan ini memanjatkan doa kehadrat Allah Subhanahu Wataala semoga Dato Seri sentiasa sihat. Selamat berpuasa dan selamat Menyambut Hari Raya yang bakal tiba.

2.  Tujuan saya mengutuskan surat ini kepada Dato seri, Panglima Angkatan Tentera, Panglima Tentera Darat, Panglima TLDM dan Panglima TUDM dengan harapan perkara ini segera diubah demi kebaikan ummah khasnya anggota tentera. Perkara ini telah berlaku sekian lama dan sudah menjadi parah dan amat menyedihkan. Apa yang saya maksudkan ialah penyalahgunaan kuasa oleh pegawai-pegawai kanan ATM khasnya mereka yang berpangkat 2 bintang ke atas. Penyalahgunaan kuasa ini kadangkala tidak dirasai oleh para Jeneral2 dalam ATM tetapi amat sakit dan pedih serta menyusahkan anggota bawahan. Budaya dan etika buruk ini wajib dihentikan segera, Antaranya:

Berhari Raya Bersama Panglima

Adalah sesuatu yang amat zalim dan kejam apabila hari raya pertama kami dikerahkan seperti hamba abdi menyiapkan hidangan, persiapan dan serba yang diinginkan hanya kerana ingin beraya bersama Panglima. Padahal kami ada keluarga, ada anak isteri, ada mak bapak dan sanak saudara kami di kampung halaman untuk diziarahi. Apalah gunanya beraya dengan panglima? Apa faedahnya? Cukup2lah kami menjadi hamba. Dibulan yang mulia khasnya aidil fitri tak ada siapa pun nak meraikan panglima lagi. Kalaupun mak bapak panglima dah mati dan mereka hidup tak ada adik beradik, cukup2lah menyusahkan anggota bawahan. Tak payah panggil ramai2 untuk raikan hari raya bersama panglima. Kami tak suka! Tak kira dimana. Diperbatasan ke di kem ke sama jer... kami terpaksa menjadi hamba kerana nak jaga panglima. nak bagi mereka happy. Pegawai-pegawai kerah jer. Padahal kami amat tersiksa. Bayangkan Panglima Logistik Dato Razif (tua kutuk) sanggup mengarahkan anggota beraya bersama beliau saban tahun sehingga petang setiap hari raya. Hati busuk..tak ada otak...Kenapa kami terpaksa beraya dengan beliau? Tak habis2 kena layan si tua kutuk tu. Kena layan isteri beliau lebih dari jaga raja...Kalau budaya bodoh ini diteruskan sememangnya pihak atasan kementerian amat tidak perihatin dengan kebajikan anggota ATM. Cuba fikir..kalau x-mas di US atau di UK apakah Panglima dia akan tahan semua untuk sambut x-mas sekali ke? Anggota tentera akan memberontak... Bukan nak disamakan kafir dengan islam, tetapi pemahaman para jeneral ATM lagi teruk dari pemahaman orang-orang kafir. Kebajikan anggota tidak difikirkan. Sembang saja..hipokrit..Belagak tapi tak ada otak. Hari raya amat sensitif. Mereka zalimi kami sekarang kerana mereka ada kuasa..mudahan keturunan mereka akan dizalimi oleh orang lain.Semoga Allah balas kezaliman mereka...Amin.

3.  Semoga apa yang disampaikan ini mendapat perhatian Dato Seri Menteri, PAT yang kami kasihi, para panglima perkidmatan yang mungkin tidak sedar perkara ini berlaku. Mohon sangat2 agar raya tahun ini anggota tentera berhari raya dengan gembira bersama keluarga, tak diganggu oleh sesiapa. Kami rela menjaga kedaulatan negara sekiranya ditakdirkan kami bertugas. Itu tugas kami. Biar kami bersengkang mata menjaga negara tetapi bukan berjaga dan letih menjaga dan memuaskan nafsu panglima dihari raya. Kepada tentera yang cuti raya, berilah kami menikmati saat gembira bersama keluarga yang kami sayangi bukan kami terpaksa buat dan kami tidak rela. Jika masih berlaku, sudah tiba masanya kami mencari pemimpin2 lain dikalangan para jeneral termasuk menteri lain dari pembangkang bila tiba masanya kerana apa yang kami luahkan seolah tidak dilayan. Dimanakah Rakyat Diutamakan? Bukankah kami ini rakyat? Mohon jasa baik Dato Seri...Ketika rakyat semakin menbenci kepimpinan kerajaan sekarang, mohon jangan beri tentera yang taat pun turut membenci. Kesannya bahaya kepada keselamatan negara. Mungkin tidak sekarang tetapi api kebencian ini akan dirasai sedikit demi sedikit..Dato Seri, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Mohon jasa baik pesanan ini disampaikan dan tidak disimpan/ dibuang oleh pegawai-pegawai penapis di pejabat yang dialamatkan. Jika dibuang atau tidak dimajukan maka kesannya akan dirasai oleh para tentera dan akhirnya tentera akan hilang taat setia kepada pihak pemerintah. Jangan memandang luahan ini remeh kena lihat kepada kesan jangka panjang. Dunia sekarang penuh degan teknologi yang boleh membuatkan sesuatu perkara berlaku sekelip mata. Lihatlah kepercayaan kepada PM semakin menurun disebabkan luahan rakyat tidak didengari dan sogokan oleh pihak pembangkang. Justeru mohon jasa baik tuan-tuan pegawai di pejabat2 menteri, PAT, PTD, PTI PTU.

Dipanjangkan kepada :

Berita harian
Harian Metro
Utusan Malaysia.

Salinan kpd:
situa kutuk
bini belagak lebih dari suami.









0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ