Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Khasiat Bawang Putih Jantan

Khasiat Bawang Putih Jantan



Khasiat Bawang Putih Lanang / Tunggal/ Jantan

Khasiat bawang putih memang telah dikenal sejak zaman dahulu. Selain berfungsi sebagai rempah dalam masakan , bawang putih juga baik untuk mengatasi kedinginan, batuk, selesema, asma, tekanan darah tinggi, selulit, gangguan peredaran darah dan bengkak akibat cairan

Bawang putih mengandung komponen sulfur dan iodin yang bersifat desinfektan dalam darah sehingga peredaran darah menjadi lancar. Bawang putih juga mampu berfungsi sebagai ekspetoran atau pencair kahak.

Amalan memakan bawang putih secara teratur akan memperkuat sistem pertahanan dan kekebalan tubuh.

Bawang putih “tunggal” , bagi kaisar China dulu sudah tidak asing lagi. Kaisar selalu menyimpannya, karena diperlukankan setiap saat iaitu digunakan untuk ramuan jamu yang menguatkan daya tahan seksualnya.Sehingga dengan memakai ramuan dari bawang putih tersebut, kaisar China mampu menggaulidayang-dayangnya setiap malam.

Caranya :

  • Ambillah bawang putih tunggal secukupnya. Kemudian diparut untuk minuman sebagaimana layaknya membuat kopi.
  • Sediakan air panas dan masukan parutan bawang putih tersebut dan campurkan dengan gula/madu untuk menghilangkan rasa baunya.
  • Lakukan dalam seminggu dua kali.
  • Khasiat Bawang Putih


Bawang putih biasanya banyak digunakan sebagai ramuan dalam masakan. Namun, sebagian orang percaya bahawa bawang putih (allium sativum) juga dapat menjaga stamina tubuh dan mengubati berbagai penyakit. Bahkan, orang Cina yang menyebutnya sebagai suan dan orang Jepang kuno menamakannya hiu atau ninniku (sebutan orang Jepun moden), telah menggunakannya sejak ratusan tahun lalu untuk memelihara setamina tubuh.

Dan, pada jaman Mesir kuno, para pekerja yang membangun piramida telah mengkonsumsi bawang putih sebagai program dietnya.

Menurut Dr Ir Ingrid S Waspodo MSc, bawang putih memang berkhasiat untuk memelihara kesihatan tubuh. Kerana, mengandung salah satu zat yang disebut alisin. Alisin tergolong zat yang memiliki kekuatan antibiotik untuk melawan baksil dan kuman-kuman penyebab penyakit seperti difteri, tuberkolosis, tifus, disentri, dan gonore. Dibanding penisilin, satu miligram alisin mempunyai kemampuan sebanding dengan 15 unit standar penisilin. Selain itu, bawang putih juga dipercaya dapat menguatkan stamina, kerana memiliki kandungan B1.

Makan bawang putih yang telah di rendam di dalam madu selama dua minggu, dijamin bagus bagi kesihatan, apalagi bagi yang sudah berkeluarga, dijamin menambah kebahagiaan keluarga .

Sebelum di konsumsi, bawang putih yang bersiung tunggal (bawang lanang) terlebih dahulu direndam madu dan dimasukkan dalam botol kaca yang ditutup rapat. Setelah direndam selama dua minggu bawang putih tersebut dapat dikonsumsi, setiap harinya cukup satu biji. Selain dapat meningkatkan stamina, mengkunsumsi bawang dapat berkhasiat sebagai anti inveksi bagi tubuh.

Manfaat minum air putih dan bawang putih dibenarkan oleh dr. Indarsih, staf Klinik Holystik di lingkungan Kantor Sekretariat Daerah Kabupaten Sragen. Menurut dr, Indarsih, minum air putih sangat penting sekali, kerana 80% tubuh manusia terdiri dari air.

Keperluan minum air putih bagi manusia normal idealnya minimal 2 liter sehari atau 8 gelas dalam sehari. Apa yang terjadi bila tubuh kekurangan air? tubuh akan mengalami dehidrasi. Pada tingkat dehidrasi yang parah, tubuh akan menyeimbangkan diri.

Caranya…? Dengan jalan “menyedut” air dari komponen tubuh sendiri, yakni dari darah. Darah yang disedot komponen airnya, akan menjadi kental. Akibat pengentalan darah ini, maka sirkulasinya menjadi kurang lancar, dibanding darah yang encer. Akibatnya saat melewati ginjal (tempat menyaring racun dari darah), ginjal akan bekerja lebih keras menyaring darah.

Karena saringan dalam ginjal halus, tidak jarang darah yang kental boleh menyebabkan perobekan pada glomerulus ginjal. Akibatnya, air kencing akan berwarna kemerahan, menandakan mulai bocornya saringan ginjal. Ketika darah kental mengalir melalui otak, perjalanannya menjadi agak terganggu. Otak tidak lagi “lancar”, dan karena sel-sel otak adalah yang paling boros mengkonsumsi makanan dan oksigen, Lambatnya aliran darah ini boleh menyebabkan sel-sel otak cepat mati atau tidak berfungsi sebagaimana mestinya.

Bila ini ditambah dengan penyakit jantung (yang juga kerjanya tambah berat bila darah mengental), maka serangan stroke boleh lebih cepat datang. Sekarang tinggal 2 pilihan samada melakukan “investasi” dengan minum sedikitnya 8 gelas sehari atau “membayar bunga” melalui sakit ginjal atau stroke.

Kenapa harus air putih, bagaimana bila mengamalkan minuman lainnya? dr. Indarsih menjelaskan, air putih jelas lebih baik, karena bebas dari zat-zat yang memungkinkan boleh mengganggu kesihatan. Sedang minuman lainnya, apalagi minuman bersoda memiliki kesan sampingan pada peningkatan kolesterol dan kemungkinan dapat menganggu liver.

Yang takkurang penting dari air putih adalah bawang putih, selain sebagai anti inveksi bagi tubuh, ditambahkan oleh dr. Indarsih, bawang putih dapat mengantisipasi penggumpalan kolesterol dalam pembuluh darah. Sedangkan madu berkhasiat untuk meningkatkan daya tahan dan menambah vitalitas. Kenapa bawang putih harus dicelupkan dengan madu, menurut dr. Indarsih, karena untuk mengurangi aromanya yang menyengat. “Bila telah direndam dengan madu terlebih dahulu akan dapat mengurangi iritasi pada lambung” jelas dr. Indarsih


1 comments:

Post a Comment

Perhatikan Bayang-Bayang

Perhatikan Bayang-Bayang - Bagaimana Boleh Menipu Penglihatan



Perhatikan Bayang-Bayang

Perhatikan Bayang-Bayang

Perhatikan Bayang-Bayang

Perhatikan Bayang-Bayang

Perhatikan Bayang-Bayang

Perhatikan Bayang-Bayang

Perhatikan Bayang-Bayang

Perhatikan Bayang-Bayang

Perhatikan Bayang-Bayang

0 comments:

Post a Comment

Anggota Trafik Tidak Bersalah Koyak Wang Sogokan

Anggota Trafik Tidak Bersalah Koyak Wang Sogokan



KUALA LUMPUR: Tindakan seorang anggota polis trafik mengoyak wang yang disogokkan kepadanya tidak dianggap sebagai kesalahan.

Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abd Latiff berkata, perkara itu diputuskan selepas membuat rujukan perundangan.

"Saya sudah rujuk kepada pihak perundangan kami, tiada kesalahan yang dilakukan (anggota trafik).

"Kalau pemandu tidak puas hati dia boleh buat laporan polis, biar kita siasat kelakuan berkenaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan 'flag-off' konvoi bermotosikal program kesedaran dan keselamatan jalan raya anjuran pasukan Polis Trafik dengan kerjasama iM4U, di sini, Jumaat.

Ketua Trafik Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, SAC Mohd Fuad Abd Latiff.


Mohd Fuad mengulas mengenai gambar yang tersebar di laman sosial berhubung keengganan seorang anggota polis trafik menerima wang kertas RM20 yang disogokkan seorang pesalah trafik kepadanya.

Difahamkan, marah dengan tindakan merasuah itu, beliau telah bertindak mengoyak wang kertas berkenaan.

Mohd Fuad berkata, walaupun tindakan mengoyak wang dilihat tidak sepatutnya dilakukan, tetapi ia harus dilihat pada situasi dan masa.

"Pada saya anggota trafik tak sepatutnya melakukan tindakan mengoyak wang, tetapi bagi keadaan itu, bila ada orang memberi wang sogokan, ia boleh diterima.

"Pemandu boleh buat laporan, tetapi dia nak tulis apa dalam laporan...takut nanti laporan itu makan dirinya sendiri," katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Fuad berkata, beliau sering mengingatkan pegawai dan anggota trafik supaya menolak dan memberi amaran kepada pemandu yang cuba memberikan wang sogokan.

"Jika pemandu berkeras juga mahu beri (wang), tak ada salahnya kalau mereka ditangkap, malah saya sendiri beri arahan supaya mereka ditangkap," katanya.

Dalam pada itu beliau menasihatkan orang ramai supaya membuat laporan jika terdapat mana-mana anggota polis trafik yang cuba meminta wang sogokan daripada pesalah trafik. - mstar

Katanya, jika nama atau nombor pengenalan anggota trafik itu tidak dapat dikenalpasti, orang awam boleh membuat laporan dengan mengemukakan nombor kenderaan dan tempat kejadian.

1 comments:

Post a Comment

Aksi Membaca Yang Pelik













1 comments:

Post a Comment

Video Manusia Melapah Daging Monyet





Video Manusia Melapah Daging Monyet



0 comments:

Post a Comment

7 Ciri – Ciri Seorang Vampire, Apakah Anda Merasa Seperti Ini ?




Vampire memang tidak ada, hanya tokoh fiksi rekaan manusia. Namun beberapa penyakit dan kelainan pada manusia menunjukkan karakteristik seperti vampire. Mulai dari tadik tahan cahaya matahari, hingga membenci bawang putih dan cermin. Ada tujuh penyakit atau kelainan seperti ciri vampire yang terjadi pada manusia.



1. Takut bawang putih


Takut bawang putih atau alliumphobia merupakan penyakit syaraf yang menyebabkan orang takut pada tanaman dengan bau keras ini. Menurut legenda, vampire dapat diusir menggunakan bawang putih.

2. Rabies


Rabies atau hydrophobia merupakan penyakit yang menyebabkan orang menunjukkan beberapa gejala seperti vampire. Termasuk diantaranya keinginan untuk menggigit. Sering digambarkan penyebab terjadinya vampire adalah gigitan kelelawar. Dalam kehidupan nyata, kelelawar merupakan sumber paling umum infeksi rabies.

3. Benci cermin



Eisoptrophobia merupakan penyakit yang membuat orang membenci cermin. Beberapa penderitanya yakin, melihat cermin akan memanggil hal-hal yang supranatural. Menurut legenda, vampire tak bisa terlihat pantulannya di cermin karena tak memiliki jiwa.

4. Haus darah


Pada 1985, ilmuwan menemukan kelainan genetik darah yang disebut porphyria. Penderita kelainan ini memiliki hasrat meminum darah manusia. Namun, teori gejala kelainan ini dibantah oleh ahli biokimia David Dolphin. Gejala sebenarnya adalah takut sinar matahari. Seperti diketahui pada legenda-legenda, vampire hanya mengkonsumsi darah.

5. Count Drakula


Arithmomania sangat terobsesi menghitung (count) benda. Selama berabad-abad diketahui salah satu cara berlindung dari vampire adalah matematika. Yakni melempar beras atau benih sehingga vampire akan menghitungnya dan berhenti mengejar. Dalam legenda, seorang vampire bernama Drakula memiliki gelar kehormatan Count. Sebab itulah nama Count Drakula dikenal meluas.


6. Taring


Hypohidrotic ectodermal dysplasia merupakan kelainan genetik langka yang mempengaruhi perkembangan gigi. Kelainan ini membuat gigi seseorang tumbuh secara abnormal. Selain itu, gigi yang tumbuh biasanya meruncing seperti gigi vampire. Pada vampire, taring memanjang untuk mempermudah melubangi kulit dan mengisap darah korban.

7. Terbakar sinar matahari



Xeroderma pigmentosum, kelainan yang benar-benar langka. Kelainan ini menyebabkan DNA seseorang tak bisa memperbaiki kerosakan yang timbul akibat cahaya ultraviolet. Penderitanya harus mengurangi kontak langsung dengan sinar matahari.



Nota: Ada dua ciri-ciri vimpire pada Ida iaitu Rabies (menggigit) dan Taring... hahahaha

1 comments:

Post a Comment

Gadis Jelita Dipaksa Jadi Pelacur Serta Melayan Hampir 800 Lelaki Sejak 8 Tahun




Kajang - 12/6/2014: Tidak tahan dipaksa menjadi pelacur kelas atasan oleh bapa tirinya sejak lapan tahun lalu menyebabkan seorang wanita jelita bertindak nekad membuat laporan polis minggu lalu. Wanita terbabit yang kini berusia 25 tahun mendakwa mula dipaksa menjual tubuhnya kepada pelanggan lelaki kaya ketika dia baru menamatkan persekolahan pada usia 18 tahun.

Sumber polis berkata, mangsa mendakwa dipaksa melayan nafsu kira-kira 800 lelaki sejak bergelar pelacur berdasar rekod disimpannya secara sulit. Berdasarkan maklumat, bapa tiri mangsa yang berusia 40-an memaksa wanita terbabit menjadi pelacur dengan kadar bayaran minimum RM300 hingga RM500 bagi sekali perkhidmatan.

Bagaimanapun duit hasil kegiatan pelacuran itu mencecah puluhan ribu sebulan diambil sepenuhnya oleh bapa tiri mangsa. Mangsa hanya diberikan sedikit wang bagi membeli keperluan diri sahaja,” katanya.

Menurutnya, mangsa bagaimanapun memberitahu menyimpan rekod identiti membabitkan nama pelanggan, nombor telefon, harga perkhidmatan dan lokasi pertemuan diadakan.

Dia (mangsa) menyimpan semua maklumat itu di dalam diari khas termasuk jumlah wang dibayar oleh pelanggannya sebelum ini.

Berdasar rekod dikumpul, mangsa mendakwa sudah dilanggani kira-kira 800 lelaki sepanjang menjadi pelacur sejak tahun 2006,” katanya.

Malah agak mengejutkan apabila pelanggan yang pernah mendapatkan khidmat mangsa adalah dikalangan kenamaan, ahli politik, peguam dan ahli perniagaan tempatan.

Mangsa yang tidak tahan dipergunakan oleh bapa tirinya untuk mendapatkan wang mudah kemudian tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini, untuk membuat laporan polis minggu lalu.

Polis sudah mengambil keterangan daripada mangsa sebelum memulakan siasatan terhadap kes itu. Susulan itu polis memberkas bapa tiri mangsa sebelum ditahan reman awal minggu ini,” katanya.

Menurutnya, kertas siasatan kes itu sudah diserahkan kepada pihak Timbalan Pendakwa raya untuk tindakan lanjut. - mymetro


Nota: Gambar di atas adalah hiasan dari google

1 comments:

Post a Comment

BUDAYA BERSANDING BUKAN AJARAN HINDU!!!













BUDAYA BERSANDING BUKAN AJARAN HINDU!!!

Antara faktor-faktor yang menyebabkan seseorang itu mengharamkan BUDAYA PERSANDINGAN adalah menurut mereka budaya PERSANDINGAN itu adalah BUDAYA HINDU. Mereka juga turut mengharamkan MALAM BERINAI apabila MALAM BERINAI itu menurut mereka adalah budaya Hindu. Benarkah sedemikian?

Mengenai malam berinai, ianya seusngguhnya adalah budaya yang bukan sahaja dimiliki oleh pengganut Hindu, tetapi ARAB, TURKI, PAKISTAN, PARSI dan juga MELAYU. Jadi adalah tidak adil menghukum sedemikian rupa.

Penulis sebenarnya kurang menggemari bila segelintir golongan agama cuba bercakap mengenai sejarah dan antropologi, dan terus menjatuhkan hukum tanpa sedikitpun membuat kajian demi kajian dalam lipatan sejarah dan juga bidang antropologi itu sendiri.

Kita semua sedia maklum bahawa perkara-perkara adat asal hukumnya adalah harus selagi tidak disertai dengan perkara-perkara yang haram seperti pendedahan aurat, ditayangkan kepada lelaki dan perempuan yang anjabi sehingga menimbulkan fitnah.

Dan datangnya ISLAM bukan untuk membunuh SEBUAH BUDAYA BANGSA!

1. Adat bersanding di atas pelamin termasuk di dalam adat yang berkongsi antara berbagai kaum. Di kalangan masyarakat Arab lama, adat pelamin ini dikenali sebagai al-Minassah المِنَصَّة iaitulah kursi atau katil yang ditinggikan dihias antaranya untuk pengantin untuk diperlihatkan kepada orang ramai. (Rujuk al-Misbah al-Munir, al-Mu’jam al-Wasit demikian juga al-Ghaniy)

2. Masyarakat Parsi juga mempunyai budaya persandingan mereka, dan ini dicatat seawal pada zaman kerajaan purba Parsi lagi dan diwarisi sehingga ke hari ini.



3. Masyarakat Cina Ughyur juga mempunyai budaya perkahwinan mereka tersendiri iaitu apabila mereka berkahwin, pasangan suami isteri akan didudukkan di atas sebuah kereta kuda yang ditarik, sambil diperhatikan oleh orang ramai.



4. Masyarakat Mongol juga tidak ketinggalan mempunyai budaya persandingan mereka apabila mereka akan disandingkan di dalam sebuah khemah yang membentuk rumah tradisional mongol yang lama. Gambar yang saya paparkan kepada anda adalah gambar orang tertinggi di dunia yang berasal daripada Monggolia sedang bersanding dengan isterinya.



5. Masyarakat Mesir Pubra adalah yang terawal mempunyai budaya persandingan dalam perkahwinan. Rekod-rekod arkeologi memperlihatkan bagaimana ukiran pengantin sednag berkahwin di pirmaid mereka serta tinggalan patung pengantin.




6. Masyarakat Pakistan juga mempunyai budaya persandingan mereka. Walaupun beragama Islam, budaya persandingan kekal sampai ke hari ini seperti mana dalam gambar di bawah.



7. Masyarakat Korea juga mempunyai budaya persandingan mereka terutama yang berdarah keturunan bangsawan. Gambar di bawah memperlihatkan di mana masyrakat Korea bersanding di atas dua buah kerusi sambil diapit oleh ibu bapa mereka. Tak ada pula rekod dalam sejarah memperlihatkan di mana bangsa Korea mengganut agama Hindu.



8. Budaya masyrakat di Asia Tenggar aseperti Khmer, Thai dan Burma juga mengamalkan budaya persandingan, bukan termasuk Melayu sahaja. Anda boleh lihat gambar di bawah, meski sedikit berbeza namun mereka lagi bersanding.





Saya jadi hairan dengan manusia-manusia ini, yang sesenang hati menjatuhkan hukum ke atas sesuatu yang bergelar budaya bangsa hanya kerana tidka menyerupai budaya ARAB, lantas mereka cuba mencipta sebuah kisah palsu untuk memastikan bahawa budaya it uterus mati.

Maka kalau nak haramkan persandingan itu secara total sebab menyerupai budaya Hindu, ianya sudah menjadi sesuatu fitnah kerana terbukti bahawa ianya bukan agama Hindu. Kalau atas sebab aurat, mendatangkan fitnah dan sebagainya, ianya bukan haram total kalau benda ini dijaga. Terima kasih.

Fahaman mereka mengenai ISLAM sangat menjijikkan. Apalah bezanya mereka dengan golongan yang salah menafsirkan Islam itu sendiri. Ingat, ISLAM bukan sebuah agama yang menghalalkan cara. Melalui hujah diatas terbukti bahawa sesungguhnya BUDAYA BERSANDING dan MALAM BERINAI adalah budaya UNIVERSAL, ianya dikongsi oleh banyak bangsa di dunia, bukan sahaja ORANG HINDU.


0 comments:

Post a Comment

6 Pulau Yang Dilarang Untuk Dikunjungi




6 Pulau Yang Dilarang Untuk Dikunjungi




Traveling tidak hanya datang ke tempat yang indah saja, sebagian traveler juga sering memilih tempat-tempat berbahaya. Namun, di dunia ini ada 8 pulau yang benar-benar dilarang untuk dikunjungi.

Bukan tanpa alasan, pulau-pulau ini dilarang untuk dikunjungi. Ada banyak hal yang mungkin boleh menjadi penyebab pulau-pulau berikut dinilai berbahaya, seperti kerana ada predator, mengandung zat beracun, atau memiliki kisah horor yang mengerikan. Ini dia 6 pulau yang dilarang untuk dikunjungi di dunia.

1. Poveglia, Italia

6 Pulau Yang Dilarang Untuk Dikunjungi


Selain kebudayaannya, ternyata Italia juga memiliki destinasi yang penuh dengan aura mistis. Adalah Poveglia, sebuah pulau yang berada di utara Italia. Awalnya, pulau ini difungsikan sebagai tempat untuk mengkarantina penderita penyakit lepra. Kemudian, pada tahun 1922 dibangun sebuah rumah sakit jiwa di pulau ini.

Entah terlalu depresi, banyak penderita penyakit jiwa terjun dari menara gedung yang cukup tinggi. Mereka kemudian tewas satu per satu. Mayat mereka kemudian dibiarkan begitu saja hingga membusuk dan menyisakan tulang belulang. Hingga saat ini, jumlahnya mencapai 160.000 jenazah yang ada di pulau kecil tersebut. 


2. Pulau Miyakejima, Jepun

6 Pulau Yang Dilarang Untuk Dikunjungi


Pulau yang berada di Kepulauan Izu, Jepun ini kerap dilanda gempa setiap beberapa tahun. Tapi, masalah utama bukan terletak di goncangan gempa.

Selain sering menimbulkan gempa, gunung vulkanik aktif ini juga mengeluarkan gas sulfur yang mematikan. Gas ini tidak hanya keluar dari gunung namun juga dari tanahnya. Pada tahun 2000, gunung tersebut kembali meletus dan semua penduduk langsung dievakuasi seluruhnya.

Kini Pulau Miyakejima menjadi destinasi wisata kerana banyak pelancong yang penasaran. Pelancong akan dibekali topeng jika ingin memasuki pulau tersebut. Meski tingkat sulfur belerang di perairan sana cukup tinggi, tetap ada saja pelancong yang nekat berkunjung dan berenang.


3. Pulau Ramree, Myanmar

6 Pulau Yang Dilarang Untuk Dikunjungi


Pada masa Perang Dunia II, Pulau Ramree adalah lokasi perang yang sangat mencekam. Pulau ini berada di sebelah barat Myanmar. Dulu, ada 400 tentara Jepun bersembunyi di semak belukar yang ada di dalam pulau dari kejaran tentara Inggris.

Tidak disangka, pulau ini ternyata dihuni oleh banyak sekali predator paling menakutkan di dunia, yaitu buaya air masin. Para tentara kemudian gugur satu persatu kerana dicabik-cabik oleh buaya yang sangat ganas ini. Hingga sekarang, ratusan buaya mendiami pulau ini.


4. Ilha de Queimada Grande, Brazil

6 Pulau Yang Dilarang Untuk Dikunjungi


Di lepas Pantai Sao Paulo, Brasil, terdapat sebuah pulau dengan luas 430.000 meter persegi yang dikenal dengan nama Ilha de Queimada Grande. Sekilas, kawasan ini hanyalah pulau dengan hutan tropis yang dihuni oleh beberapa binatang saja.

Akan tetapi, ternyata pulau ini didiami oleh spesies ular golden lancehead viper, salah satu ular dengan bisa paling mematikan di dunia. Setiap berjalan satu meter, Anda pasti akan menemukan minimal satu ular di sini. Hal tersebut membuat pulau ini sangat tidak aman untuk dikunjungi.

Hal tersebut juga yang membuat Ilha de Queimada Grande juga dijuluki sebagai Pulau Ular. Di pulau ini terdapat sebuah mercusuar yang dahulu dijaga oleh salah satu orang petugas. Namun belakangan terdengar kabar bahawa petugas tersebut tewas kerana gigitan ular sesaat setelah mengambil pasokan makanan yang dikirim dari pantai. Saat itulah pulau ini tidak pernah dikunjungi oleh siapapun.


5. Pulau Bikini, Republik Kepulauan Marshal

6 Pulau Yang Dilarang Untuk Dikunjungi


Walau namanya Pulau Bikini, bukan artinya pulau ini aman dikunjungi. Sebuah pulau karang di kawasan kepulauan Mikronesia, Republik Kepulauan Marshal ini pernah menjadi tempat untuk percobaan nuklir. Tahun 1946, berlangsunglah sebuah operasi yang bernama Operasi Crossroad di pulau ini. Operasi ini menghasilkan beberapa ledakan nuklir yang tentu memiliki radiasi tinggi.

Operasi selanjutnya yaitu Castle Bravo pernah membuat ledakan nuklir paling besar yang pernah dilakukan AS. Akibatnya, radiasi menyebar ke luar lingkar aman pulau ini. Celakanya, ada 23 pelaut yang terkena radiasi.

Pemerintah setempat mengeluarkan pernyataan bahwa pulau ini sudah bisa kembali dihuni pada tahun 1986. Namun ilmuwan asal Perancis ternyata menemukan radiasi hampir 90 persen di tubuh seorang penduduk lokal. Alhasil, banyak penyakit yang diderita para penduduk diduga kerana efek radiasi tersebut.


6. Pulau Vozrozhdeniya, Uzbekistan

6 Pulau Yang Dilarang Untuk Dikunjungi


Pulau bernama rumit ini memiliki nama lain yaitu Pulau Rebirth atau Lahir Kembali. Pulau ini kini berada di bawah kekuasaan negara Uzbekistan dan Kazakhtan. Pulau ini sungguh berbahaya, kerana pernah menjadi pusat pembuatan senjata biologi oleh Uni Soviet pada tahun 1948.

Virus seperti anthrax, tularemia dan smallpox pernah dibuat di sini. Menurut dokumen yang ditemukan, virus-virus tersebut dimasukkan ke dalam senjata dan disimpan di pulau tersebut. Pulau ini terbiar selama beberapa waktu. Hingga tahun 2000, pemerintah AS membantu untuk membersihkan kawasan tersebut dari virus namun tetap tak ada yang berani masuk ke pulau tersebut.

Sumber: detik travel

1 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ