Hubungan Sulit Bersama Abang Ipar Bawa Maut
PETALING JAYA: Hubungan sulit seorang lelaki bersama adik kepada isterinya bertukar tragedi apabila mayat wanita itu ditemui dalam keadaan berbogel dengan kesan lebam di leher di sebuah bilik hotel bajet.
Sumber berkata, mayat wanita yang bekerja sebagai juruwang di sebuah spa itu ditemui oleh kakaknya dan kakitangan hotel pada kira-kira pukul 5 petang Selasa selpeas suaminya menghubunginya dan didakwa mahu membunuhnya.
Lelaki yang berusia 27 tahun itu bekerja di sebuah pub di Kuala Lumpur turut didakwa memberitahu isterinya bahawa dia mengambil keputusan untuk membunuh diri.
Polis kini sedang memburu lelaki berkenaan.
Difahamkan bahawa lelaki dan wanita itu telah mendaftar masuk ke sebuah hotel bajet di Kelana Jaya pada kira-kira pukul 4 petang Isnin dan lelaki itu keluar dari hotel itu seorang diri pada keesokan harinya sebelum menghubungi isterinya.
Timbalan Ketua Polis Polis Petaling Jaya, Supt Fadil Marsus berkata, wanita itu mengalami kesan lebam di lehernya dan punca kematian mungkin akibat dicekik.
"Tiada tanda-tanda lain dikesan pada badannya.
"Tiada penemuan kondom atau dadah di bilik hotel," katanya di tempat kejadian.
Dipercayai bahawa kematian itu mungkin disebabkan sesuatu yang berlaku ketika melakukan hubungan seks.
Fadil berkata, polis sedang menunggu laporan bedah siasat bagi mengesahkan punca kematian.
Beliau berkata, wanita itu didapati meninggal dunia pada kira-kira pukul 12.30 pagi Selasa.
Polis turut membuat pemeriksaan terhadap rakaman litar tertutup (CCTV) di hotel tersebut.
Nota: Gambar di atas hanyalah hiasan dari google
1 comments:
bahaya nya..huhu
Post a Comment