Misteri MH370 : Hamba Abdi Baru! (Episod ke-12)
Dari episod 11
Misteri MH370 : Bunga-Bunga Larangan (Episod ke-11)
"Drone" bukanlah projek rahsia yang sukar ditemui puncanya. Ia merupakan perkembangan inovasi untuk kesejahteraan manusia - jika itu kejujuran kita. Namun demikian, manusia suka kepada kejahatan - mereka lebih gemar melihat manusia saling bermusuh-musuhan dihasut oleh syaitan, akhirnya sains menjadi musuh kepada manusia. Drone - pesawat tanpa pemandu, jika digunakan untuk maslahah umat manusia, ia sangat berfaedah - baik dalam bidang pertanian, alam sekitar, perubatan, pengawasan produk komersial, penghataran bantuan, pemantauan kawasan ladang, eksplorasi kawasan minyak serta mineral dan pemantauan cuaca. Sehingga kini, sebanyak 87 buah negara telah menggunakan teknologi drone bagi tujuan perniagaan dan pemantauan, manakala 26 buah negara lagi terlibat secara langsung sama ada membeli atau membangunkan drone yang sama saiznya dengan MQ-1 Predator -model buatan General Atomics di San Diego.
Dalam bidang ketenteraan, drone dikenali sebagai Unmanned Aerial Vehicle (UAV) ia lebih kerap digunakan bagi tujuan perisikan dan pemantauan kawasan musuh - Israel merupakan satu-satunya negara yang paling maju dalam segmen ini, mereka mempunyai teknologi drone darat dan drone laut. Stockholm International Peace Research Institute (SIPRI) melaporkan bahawa Israel menguasai 41% penguasaan eksport UAV ke serata dunia, sejak tahun 2001 hingga 2011, Israel telah mengeksport UAV ke 24 buah negara, termasuk AS. Israel mempercayai bahawa perang masa hadapan akan berubah secara besar-besaran, apabila teknologi ini semakin menghampiri kematangannya. Setakat ini hanya ada tiga buah negara sahaja yang benar-benar menguasai teknologi drone bagi semua tujuan industri termasuk ketenteraan - iaitu Israel, AS dan Jepun.
Tiga tahun yang lalu, Israel telah memperkenalkan pesawat tanpa pemandu tercanggih yang mereka miliki, dikenali sebagai Heron TP atau IAI Eitan dalam bahasa Hebrew. Pesawat senyap Heron TP itu mempunyai sayap berukuran 26 meter yang menyamai saiz pesawat penumpang Boeing 737 dan merupakan pesawat tanpa juruterbang terbesar dalam angkatan tentera Israel. Pesawat berkenaan boleh terbang berterusan untuk sekurang-kurangnya selama 20 jam dan tujuan utamanya ialah untuk melakukan kerja pengawasan. Pesawat berkenaan lebih besar daripada pesawat pejuang F-15. Heron TP boleh menjadi alat yang amat berguna untuk pengawasan, merosakkan sistem komunikasi musuh, menghubungkan pusat kawalan darat dan membantu pesawat udara lain.
Teknologi drone/UAV bukanlah wujud secara tiba-tiba, Israel - sejak tahun 1970 lagi telah menerokai teknologi ini secara serius, hasilnya buat pertama kali, Isreal telah menggunakannya pada tahun 1982 dalam peperangan dengan Lebanon. Jika teknologi drone ini sudah digunakan oleh Israel 32 tahun yang lalu, maka bolehkan kita membayangkan kemajuan yang telah dicapai oleh teknologi ini pada masa sekarang? Tidak ada sesiapa pun yang meragui bahawa teknologi drone telah mencapai tahap kematangannya yang sempurna. Dan adalah tidak munasabah, rempuhan pesawat Boeing 767 American Airlines Flight 11 di Menara Utara WTC pada pukul 8.46 pagi waktu tempatan dan pesawat United Airlines Flight 175 di Menara Selatan WTC pada pukul 9.03 pagi yang terjadi pada 11 September 2001 dikatakan didalangi oleh pengganas al-Qaeda. Al-Qaeda tidak mempunyai kemampuan dan kepakaran individu yang tinggi bagi merampas 4 pesawat Boeing untuk "dilarikan" ke dua kawasan yang telah digazetkan sebagai kawasan larangan penerbangan.
Tidak masuk akal pengganas dikatakan telah berjaya merampas pesawat ini dan melakukan keganasan terhadap AS dalam keadaan sistem pengawasan di negara tersebut begitu ketat, malah, sekiranya pesawat pertama berjaya membedil bangunan WTC, sudah pasti agensi keselamatan AS melalui tentera udaranya sudah mampu memintas pesawat yang kedua. Tetapi itu tidak berlaku. AS mempunyai sistem ketenteraan yang begitu canggih. Jika pesawat telah dirampas oleh pengganas, sudah tentu tindakan serta-merta akan dilakukan sejak awal rampasan itu dilakukan. Mustahil pengganas mampu merampas 4 pesawat secara serentak seperti mana yang dilaporkan dalam Washington Post salah sebuah media AS sendiri. Bukan sahaja itu, bahkan Pentagon juga dijadikan sasaran sedangkan Pentagon adalah kubu kuat pertahanan AS. Maka benarlah kesangsian orang ramai bahawal tidak logik serangan 11 September ini dengan dikaitan pengganas yang didalangi Al-Qaeda-berpandukan kepada bertapa strategi dan terperincinya cara mereka merampas pesawat-pesawat tersebut dan sangat profesional pula mereka memandunya sehingga ia melanggar dengan tepat sasaran yang ditetapkan. Al-Qaeda tidak mempunyai kepakaran tinggi untuk semua itu.
Soalnya, apakah itu yang sebenarnya berlaku? Atau terdapat "satu pihak" yang dengan sengaja telah mengaktifkan teknologi drone yang telah dipasang pada pesawat-pesawat Boieng tersebut dan mengawalnya melalui kawalan jauh secara automatik seperti sebuah kawalan "remote control" kereta lumba kanak-kanak?. Perlu juga dikhabarkan bahawa, Mantan Setiausaha Tentera Udara AS, Michael Donley dalam ucapannya di Washington pernah menzahirkan bahawa perkataan "Drone" atau "UAV" tidak lagi relevan digunakan pada masa ini. Beliau mencadangkan agar perkataan "Remotely Piloted Aircraft (RPA)" digunakan. Menurut beliau, RPA lebih tepat dari segi istilah bagi mencerminkan kehadiran pengendali manusia, yang duduk di sebuah komputer kawalan panel yang jauhnya beribu-ribu batu daripada pesawat tersebut. Berdasarkan kenyataan Donley tersebut, maka tidak menghairankan bahawa AS telah lama membangunkan teknologi "kawalan pesawat tempur dari jarak jauh" - bagi mengurangkan kematian dalam kalangan tentera-tenteranya di medan perang.
Dalam satu kenyataan, Boeing pernah menerima dana sebanyak USD$69.7 juta dari Tentera Udara AS untuk fasa pertama program QF-16. Jet tanpa pemandu yang pertama. Tentera Udara AS dan Boeing mendakwa bahawa mereka telah berjaya melengkap pesawat F-16 dengan teknologi drone. Malah, Boeing turut mengumumkan bahawa versi diubah suai daripada F-16 Fighting Falcon akan beroperasi sebagai Skala Sasaran Udara QF-16 penuh, untuk digunakan dalam amalan latihan tentera udara. Dalam pada masa yang sama, syarikat kejuruteraan dan teknologi maklumat terkenal milik AS - Science Applications International Corporation (SAIC) pada Ogos 2012 mengumumkan perolehan kontrak bernilai USD$35 juta daripada United States Air Force Special Operations Command (AFSOC) bagi menyediakan Remotely Piloted Aircraft (RPA), Ground Control Station (GCS) and Combined Operations Center (Combined Ops Ctr). Dan menurut, Naib Presiden SAIC, John Fratamico, "Kami berharap agar terus dapat bekerjasama dengan Tentera Udara AS dalam menyediakan Stesyen Pesawat Kawalan Jauh dan Pusat Operasi Gabungan untuk mengekalkan misi penting pada perang menentang keganasan ,"
Sekiranya pesawat tempur milik tentera udara AS sudah berjaya diterbangkan tanpa pemandu dengan menggunakan alat kawalan jauh, inikan pula pesawat komersial seperti MH370, apakah ia sesuatu yang mustahil? Jawapannya - Tidak. Kita juga jangan terkejut jika semua kapal terbang komersial hasil keluaran Boeing sebenarnya telah dilengkapi dengan teknologi drone tanpa disedari oleh mana-mana negara yang membelinya. Ia juga merupakan langkah keselamatan bagi AS dan cara terbaik mengawal "niat jahat" pengganas yang mungkin mahu menggunakan pesawat komersial sebagai "bom" bagi menghancurkan kepentinga-kepentingan strategik AS di serata dunia. Idea ini bukanlah sesuatu yang bodoh dan boleh dibuang begitu sahaja. Sebelum ini pun, AS sudah memperbodohkan masyarakat dunia dengan hujah kononnya Iraq menyimpan senjata pemusnah dengan jumlah yang banyak dan membahayakan negara di sekitarnya. Idea bodoh ini ditelan bulat-bulat oleh dunia bagi menghalalkan serangan AS ke atas Iraq, walaupun semua pihak mengetahui bahawa Iraq tidak mempunyai kepakaran dan kemampuan kewangan bagi membangunkan senjata pemusnah yang mereka dakwakan itu. Tetapi, dengan idea bodoh itulah akhirnya Iraq diserang dan minyaknya dirampas oleh negara-negara Barat.
Oleh kerana Boeing terlibat secara langsung dalam pembangunan teknologi pesawat tanpa pemandu dan pesawat kawalan jauh sejak bertahun-tahun lamanya dengan tentera udara AS, maka teknologi yang sama juga boleh diaplikasikan ke atas semua jenis pesawat komersial yang dikeluarkan oleh Boeing. Sistem canggih ini tidak dapat "dikesan" oleh jurutera-jurutera biasa. Sistem ini juga mampu menyalurkan isyarat lengkap kepada Boeing jika terdapat unsur-unsur ancaman pengganas di dalam mana-mana pesawat komersial buatannya - agar satu tindakaan drastik dapat dilakukan dengan cara mengawal dan memutuskan seluruh rangkaian hubungan antara pesawat dengan mana-mana sistem komunikasi, sekali gus pesawat tersebut secara automatik dapat dikawal sepenuhnya oleh Boeing dari jarak jauh. Sesebuah pesawat yang disyaki telah dirampas atau cuba dijadikan sebagai "bom" oleh pengganas, akan segera "dilarikan" dan "dihilangkan" jauh daripada merealisasikan tujuan dan agenda mereka tersebut. Dan tidak mustahil bahawa sewaktu MH370 berada diudara, unsur-unsur sabotaj atau pengkhianatan telah dikesan berlaku di dalam pesawat MH370 sama ada melalui tekanan udara, penutupan suis rada, atau mematikan sistem komunikasi pesawat. Unsur-unsur ganjil yang berlaku di dalam MH370 sebenarnya sudah dapat dihidu awal oleh sistem keselamatan Boeing yang dipasang bersama teknologi drone, sekali gus menyebabkan sistem pesawat kawalan jauh (RPA) diaktifkan oleh Boeing secara automatik. Perlu juga diingat, pesawat yang merempuh WTC New York adalah pesawat bersaiz sama seperti Boeing 777 dimana boleh dipandu dan dikawal dari sistem kawalan jauh tanpa memerlukan juruterbang.
Teori ini mungkin kelihatan sebuah "drama lawak", namun demikian, pada 13 Mac 2014, ABC News melaporkan bahawa Pentagon percaya penutupan dua sistem komunikasi dalam pesawat Malaysia Airlines MH370 yang berlaku secara berasingan, memberi petunjuk ia adalah tindakan yang disengajakan. Menurut laporan itu juga, dua pegawai AS berkata, mereka percaya sistem laporan data ditutup pada 1.07 pagi sementara transponder dipadamkan pada 1.21 pagi pada Sabtu, ketika pesawat yang membawa 239 penumpang itu hilang daripada skrin radar. “Ini menunjukkan ia mungkin tindakan yang disengajakan,” kata konsultan penerbangan, John Nance seperti dilaporkan oleh ABC. Laporan itu juga menyebut bahawa, pasukan AS yakin wujudnya campur tangan secara manual, dan ia nampaknya bukan kemalangan atau kerosakan, yang menyebabkan pesawat itu hilang dari langit.
Laporan ini seolah-olah membuktikan bahawa Pentagon mengetahui lebih awal apakah yang sebenarnya berlaku di dalam MH370, sehingga mereka menyakini bahawa "dua sistem komunikasi" di dalam pesawat tersebut ditutup secara sengaja dengan tujuan yang tertentu. Oleh kerana Pentagon mengesyaki unsur-unsur rampasan atau sabotaj telah dapat dikesan berlaku di dalam pesawat berdasarkan "signal" yang diperoleh daripada Boeing, maka arahan untuk mengaktifkan RPA telah diberi. Lantas, MH370 dikawal sepenuhnya daripada jauh dan diterbangkan ketengah-tengah Lautan Hindi untuk disemadi. Mungkin juga unsur "sabotaj atau rampasan" sengaja diwujudkan bagi menghalalkan satu "eksperimen" terhadap teknologi masa hadapan yang baru mencapai kematangannya. Para pelabur kebiasaannya mahu melihat bukti sebelum membeli! Dan mungkin "mereka" sudah pun membuat keputusannya pada saat ini.
Ada kebarangkalian MH370 telah dirampas ketika berada diudara - perampas telah mengarahkan juruterbang agar mematikan transponder dalam dua masa yang berbeza. Pada saat ini, Boeing dan Pentagon mungkin bekerjasama mengaktifkan teknologi drone, lantas mengalih pemanduan MH370 ke Lautan Hindi dan di sana, MH370 mungkin telah dihancurkan oleh peluru berpandu.
Ikuti sambungannya dalam judul : Misteri MH370 : Kospirasi Beghol (Episod ke-13)
Sumber: azlishukri.blogspot.com
Baca juga di sini:
0 comments:
Post a Comment