Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Antara Kebiasaan Ketika Demam Piala Dunia Melanda Lagi


demam piala dunia


Melepak di kedai mamak

Pasti ramai yang bersetuju jika dikatakan kedai atau gerai mamak adalah tempat paling sesuai untuk menyaksikan perlawanan bola sepak. Di gerai mamak, sekuat mana pun sorakan anda khalayak tidak rasa terganggu bahkan akan bersama-sama membingitkan suasana.

Tidak kira sama ada lelaki atau perempuan, berstatus bujang atau berumahtangga. Sebenarnya, tidak jadi masalah hendak menonton perlawanan bola sepak di kedai mamak tetapi perasankah anda ketika menonton pada waktu begitu, perut anda pasti berasa lapar disebabkan cuaca pagi yang sejuk. Yang kaya pastinya tuan kedai dan yang buruknya ialah anda sendiri kerana ia akan memberi kesan kepada berat badan. Selain itu, anda akan mudah terdedah dengan asap rokok kerana majoriti pelanggan di kedai mamak adalah lelaki yang merokok bagi ‘menahan’ stress perlawanan.

Lewat masuk kerja

Kebanyakan pekerja akan menggunakan alasan yang sama iaitu “Maaf bos, tengok bola malam tadi” atau boleh jadi bos kita sendiri terlewat untuk masuk ke pejabat. Sebenarnya perkara ini boleh dielakkan dengan mengatur masa dan membuat persediaan sebelum perlawanan berlangsung. Tidurlah dahulu sepuas-puasnya dan kuncilah jam penggera bagi memudahkan anda bangun. Berjaga sepanjang malam akan menjejaskan kesihatan lebih-lebih lagi membuatkan kerja pada keesokan harinya sangat tidak produktif.

Mengumpul barangan negara pilihan atau pemain kesukaan



Pasaraya biasanya ada menjual barang-barang melibatkan Piala Dunia FIFA. Bagi peminat tegar mereka pasti akan membeli barangan pasukan pilihan masing-masing untuk koleksi seperti jersi, replika Piala FIFA , poster pemain dan sebagainya. Perlu diingat anda harus berbelanja dengan cermat dan tidaklah sampai membazir.

Pertaruhan kumpulan

Sesetengah daripada anda akan membuat pertaruhan pasukan kegemaran bersama rakan-rakan. Kebiasaannya mereka akan mengagak berdasarkan teknik permainan, cara pemain tersebut beraksi dan sebagainya. Jangan pula bertaruh dengan wang kerana hukumnya haram sama sekali.

Negara kita bila pula akan masuk ke peringkat antarabangsa ya? Apa kurangnya kita berbanding negara-negara lain? Jika mereka boleh, pasti Malaysia juga boleh!

Oleh: hzqahmd


Sumber: mynewshub.my


Baca juga di sini:

Disebalik Logo World Cup 2014 Yang Perlu Anda Tahu



0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ