Isu Cermin Gelap - Penguatkuasaan Pilih Kasih??
Agak-agak anda semua la kan.. bila kita tinted cermin kereta gelap ianya jadi kesalahan... kalau kereta-kerata di bawah ni macam mana? Menjadi kesalahan atau tidak? Pernahkah tindakan undang-undang di ambil pada kereta-kereta ini?
Senarai di bawah, adalah individu yang berhak menggunakan cermin gelap yang terdapat di dalam buku Akta Pengangkutan Jalan iaitu di bawah kaedah 11(a) dan 11(b), Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Larangan Mengenai Jenis-Jenis Kaca Tertentu) 1991. Mana-mana orang yang tidak termasuk dalam kaedah 11(a) dan 11(b) yang menghadapi masalah kesihatan kulit terdedah atau dengan ancaman keselamatan boleh memohon pengecualian khas untuk pemasangan khas untuk pemasangan cermin gelap.
1. DYMM Baginda Yang Dipertuan Agong
2. Sultan
3. Tengku Mahkota
4. Raja Muda
5. Hakim Mahkamah Tinggi
6. Panglima Tentera Darat
7. Ketua Polis Negara
8. Perdana Menteri
9. Pesakit kulit disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan
10. Individu keselamatan terancam dan permohonan menggunakan cermin gelap disokong oleh Ketua Polis Negeri
Apakah kereta-kereta ini telah mendapat pengecualian khas?
1. DYMM Baginda Yang Dipertuan Agong
2. Sultan
3. Tengku Mahkota
4. Raja Muda
5. Hakim Mahkamah Tinggi
6. Panglima Tentera Darat
7. Ketua Polis Negara
8. Perdana Menteri
9. Pesakit kulit disahkan oleh doktor pakar hospital kerajaan
10. Individu keselamatan terancam dan permohonan menggunakan cermin gelap disokong oleh Ketua Polis Negeri
Apakah kereta-kereta ini telah mendapat pengecualian khas?
Apa perlu JKR pasang cermin gelap sampai macam tu?
Kenderaan bertinted gelap ini, dari Jabatan Penerangan Malaysia di negeri Sabah. Kepada Abang hensem Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia, apa relevannya Jabatan Penerangan dibenarkan bercermin gelap?
Atas alasan apa pulak, jeep agensi yang jaga orang asli ni, bercermin gelap hampir 100%??
Staff Car abg polis ni pun dikatakan bercermin gelap. Mengikut kaedah 11(a) hanya Ketua Polis Negara sahaja yang dibenarkan tidak termasuk Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah atau lain-lain kenderaan pasukan polis.
Kenderaan yang dikatakan milik Jabatan Agama Islam. Tinted 100% gelap terus. Untuk apa digelapkan sampai macam tu sekali? Tapi sayang no pletnya sudah di tutup.
Ini juga 100% gelap terus, tak tahu milik siapa... tengok no plet PLB 25 macam VIP kot.
Staff Car abg polis ni pun dikatakan bercermin gelap. Mengikut kaedah 11(a) hanya Ketua Polis Negara sahaja yang dibenarkan tidak termasuk Ketua Polis Negeri, Ketua Polis Daerah atau lain-lain kenderaan pasukan polis.
Kenderaan yang dikatakan milik Jabatan Agama Islam. Tinted 100% gelap terus. Untuk apa digelapkan sampai macam tu sekali? Tapi sayang no pletnya sudah di tutup.
Ini juga 100% gelap terus, tak tahu milik siapa... tengok no plet PLB 25 macam VIP kot.
Takkanlah kereta kaunter bayar saman pun nak bubuh cermin gelap? Tak salah ke? Opss lupa.. undang-undangkan dorang punya.. soo apa nak kisah kannn? Betul tak Abang Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia yang hensem2 tu.. takut duit kena rompak... duit kami orang awam ni tak kena rompak kot... sebab tu tak boleh guna cermin gelap...kan...kan...
Ini kereta majlis pembandaran Sg. Petani dan ianya bercermin gelap. Untuk apa kereta pegawai majlis pun bercermin gelap? Bahaya apa sangat jadi penguatkuasa ni?
Ini adalah kereta milik Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam sektor perikanan negara di bawah Kementerian Pertanian. Kita nak tanya Abang Jabatan Pengangkutan Jalan yang hensem tu adakah agensi ini diberi pelepasan, jika ada atas alasan apa, demi keselamatan ikan ker?
Kenderaan milik Pejabat Penguatkuasa Daerah Tanah Gombak dibenarkan bercermin gelap? Jika atas alasan keselamatan penguatkuasa pejabat tanah dibenarkan bercermin gelap, kenapa kereta peronda PDRM tidak bercermin gelap sedangkan tugas PDRM lebih berisiko?
Menurut sumber, kereta ini milik Ketua Pengarah JPJ... perghhh 100% gelap tu. Mengikut kaedah 11(a) tiada pula senarai Ketua Pengarah JPJ dibenarkan bercermin gelap... ermmm agaknya Ketua Pengarah ini mempunyai penyakit kulit kot yang termaktub di bawah kaedah 11(b)..
Mungkin ada orang tersalah anggap, dan menuduh Ida kutuk kerajaan. Tak betul tu.. artikel ini untuk menyuarakan hasrat rakyat Malaysia yang mahukan perubahan dalam akta cermin gelap. Bukan semua benda kerajaan buat tu betul dan bukan semua kerajaan buat tu salah.
Kita harus saling tegur menegur..barulah masing-masing bina diri dan menjadi insan yang sempurna. Betul tak? Lagi ramai orang share lagi kuat suara kita untuk membantah akta cermin gelap atau memperbaharuinya mengikut kesesuaian zaman!
Bantah dan kritik untuk kebaikan itu tak salah. Bukannya membantah secara meng'cadbury' buta.. he he..
0 comments:
Post a Comment