Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Luahan Anak Abby Abadi - Apa Salah Mama Minta Abi Tidak Melepak, Karaoke




Beberapa minggu lalu selepas kes penceraian melibatkan personaliti Abby Abadi dan suami Muhammad Noor Farhan Che Bakar, anak lelaki sulung Abby, Mohamad Danish Hakim merayu bapa tirinya, Farhan yang dipanggil ‘Abi’ agar kembali bersama ibunya semula.

Kata-kata Danish itu dipetik menerusi rakaman video yang telah dikongsikan Abby Abadi dalam laman instagram peribadi miliknya.

Bagaimanapun video yang menyatakan kerinduan Farhan terhadap bapa tirinya itu telah dipadam tidak berapa lama selepas ia dimuatnaik.

Antara permintaan Danish di dalam video tersebut ialah meminta bapa tirinya supaya tidak mengikut rakan-rakannya berpeleseran dengan melakukan aktiviti karaoke dan mengunjungi cyber cafe setiap malam.

“Abang rindu Abi, Abi jangan ikut geng-geng Abi yang pergi karaoke, cyber cafe malam-malam tu. Itu semua duniawi. Ala, Abi kahwinlah dengan Mama balik. Apalah dosa Mama tu Abi?”, antara ungkapan yang diucap oleh Danish menerusi video tersebut.

Walaupun video tersebut dipercayai telah dipadam, tetapi pihak kami akan cuba mendapatkan sedutan video bagi memberikan gambaran kepada anda apa yang cuba dilakukan oleh Abby melalui tindakannya memuatnaik video tersebut.

Ini kerana ada yang mempersoalkan tindakannya itu kerana ada yang merasakan dia mahu memujuk Farhan untuk kembali kepangkuannya manakala tidak kurang yang berkata bahawa Abby cuba untuk membuka aib suaminya yang dinikahi tidak sampai setahun itu. 

Sumber


1 comments:

muda sgt lakinye, lom puas enjoy....dpt bini yg blh sara diri, tu yg sdp dia melepak je kejenya huhu

9 June 2014 at 10:41 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ