Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



LELAKI CINA GELAR POLIS 'MONYET' AKHIRNYA DITANGKAP



Dah kena tangkap pun


Melaka - 26/9/2014: Seorang lelaki berusia 32 tahun ditahan Polis di Taman Cheng Utama, Cheng, di sini, tengah malam tadi, bagi membantu siasatan mengenai status yang dimuat naik ke sebuah akaun Facebook (FB) yang didakwa menghina Polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Raja Shahrom Raja Abdullah berkata, lelaki terbabit adalah seorang jurujual kereta, ditahan ketika berada di rumahnya di Cheng.
Turut dirampas telefon bimbit milik suspek.

"Suspek ditahan anggota Jabatan Siasatan Jenayah Melaka Tengah ketika berada di rumahnya di Taman Cheng Utama, Cheng, di sini kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi," kata Raja Shahrom ketika dihubungi.

POLIS menerima beberapa laporan daripada orang awam mengenai akaun FB yang memuat naik status didakwa menjatuhkan maruah polis.

Difahamkan, polis menerima beberapa laporan daripada orang awam mengenai sebuah akaun FB milik 'Kent Tan' yang memuat naik status 'Those "Monkey" is looking for extra income...pls beware at Melaka raya near to Standard Charted bank..' bersama gambar yang tertera dua anggota Polis Trafik sedang bertugas.

Laporan yang dibuat orang awam itu meminta tindakan segera ke atas suspek diambil kerana perbuatan lelaki itu didakwa menjatuhkan maruah polis.

Siasatan mendapati, status yang dimuat naik suspek dipercayai berpunca daripada dua anggota polis trafik yang menahan kereta jenis Forte bernombor JMU 1688  dipandunya ketika melalui Taman Melaka Raya, tengah hari semalam telah menggunakan cermin gelap. Anggota trafik tersebut hanya memberikan amaran kepada  suspek dan tiada saman dikeluarkan.

"Suspek kemudian telah merakam gambar anggota polis berkenaan dari jauh dan memuat naik gambar bersama status 'Those 'Monkey' is looking for extra income...pls beware at Melaka raya near to Standard Charted bank..' kira-kira jam 11.30 tengah hari, pada hari yang sama," kata Raja Shahrom.

Bagi membantu siasatan, polis berjaya mendapatkan perintah reman ke atas suspek selama tiga hari bermula hari ini, dari Mahkamah Ayer Keroh, di sini.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Waheeda Ibrahim.

Jom kita tayang gambar dia besar-besar sikit...

1 comments:

Post a Comment

Kehidupan Orang Asli Di Pedalaman Russia



Di sebuah pedalaman Russia terdapat sekumpulan orang asli yang jarang sekali dapat dilihat.


Mereka digelar sebagai suku kaum ‘Nenets’ (Nenets people) yang tinggal di kawasan pergunungan salji Tundra. Dengan iklim yang terlalu sejuk suku kaum ini menjalankan aktiviti utama dengan menternak rusa.

Di kawasan Tundra, rusa dan ikan adalah makanan utama mereka, termasuklah kulit rasa dijadikan sebagai pakaian.

Kaum ini percaya dengan memakan daging mentah ia dapat mengekalkan suhu badan disamping memberi tenaga untuk mengekalkan mereka berada di tempat yang beriklim sejuk ekstrim itu.













Sumber

3 comments:

Post a Comment

Kisah Kejam Aisyah Dirogol Di Kilang Gula




Kisah ini diceritakan dari seorang gadis Sunni (Ahli Sunnah wal Jama’ah) bernama Aisyah di sebuah Hospital di Istanbul Turki. Maklumat lengkap dari salah seorang saksi hidup yang selamat.

Tarikh: 15 – 28 Jun 2011
Lokasi: Kilang Gula Jisr Al-Shughour, Syria Utara, bandar Sunni, 20km dari Turki, sempadan Syria.

Pada tarikh 14 Jun, pasukan Basyar mengelilingi Jisr Al-Shughour dengan formasi 3000 tentera dan 300 kereta kebal, untuk menyerbu bandar pada keesokan harinya, iaitu tarikh 15 Jun.

Berita terkini dari bandar tersebut adalah, hampir 30 orang dibunuh dan dikuburkan di Kilang Gula kemudian di atasnya dilapisi simen. Hari berikutnya sehingga 28 Jun, berita mengenai peristiwa di Jisr Al-Shughour disembunyikan dari dunia.

Berita tersebut mula bocor selepas 13 hari kemudian iaitu pada 28 Jun, ketika tentera Assad meninggalkan kota itu untuk menyerbu bandar lain.

Pada hari Jumaat tarikh 17 Jun 2011, para jeneral Assad membunuh lebih kurang 30 pemuda dan menguburkannya di Kilang Gula, lalu melapisinya dengan simen. Tapi ketika malam tiba, para jeneral itu tiada tempat yang lebih baik untuk tidur kecuali Kilang Gula ini, sehingga mereka memutuskan untuk menggunakannya sebagai markas semasa operasi serangan ke atas bandar.

Untuk menghidupkan suasana, sebuah idea sadis melintas di benak para jeneral itu. Mereka ingin beberapa budak Sunni telanjang untuk hiburan! Mereka memerintahkan menangkap gadis-gadis tercantik di bandar termasuk Aisyah dan seramai lebih kurang 20 orang gadis.

“Pertama kali kami memasuki kilang, kami ditelanjangi dan menjadi sasaran gangguan dan pemukulan, kemudian para jeneral itu memerintahkan tenteranya untuk berhenti memukul kerana mereka ingin menikmati daging putih bersih kami,” kata Aisyah.

“Selepas beberapa hari, saya pasrah tentang perkosaan tersebut. Sudah menjadi sebahagian daripada hidup saya. Tapi jika menggunakan tubuh saya pun untuk menyiapkan sarapan, makan tengah hari dan makan malam serta menghidangkan teh dan kopi, sekurang-kurangnya mereka memakaikan sehelai baju di tubuh saya. Saya benci menjadi budak telanjang. Saya hanya berharap mereka menutupi tubuh saya, “kata Aisyah.

“Gangguan ditujukan pada Aisyah. Maka ketika para jeneral itu kembali dari peperangan, mereka memerintahkan kami berbaris dan menjilat kasut booth mereka sampai bersih sebagai rasa terima kasih kepada mereka. Mereka bilang, mereka akan membunuh pemberontak dan melindungi kami dari pemerkosaan. Mereka biasa mengatakan, “Aisyah ….... Kemari. Jilati booth ku “,” Aisyah …...Bawa kopiku “,” Aisyah …... Siapa Allah-mu sekarang? “Dan hal-hal sangat buruk yang lain,” kata Aisyah.

“Saya sudah tahu apa yang akan berlaku sejak diberitahu bahawa yang ditangkap adalah gadis-gadis cantik yang muda. Tapi saya tidak pernah tahu mereka memilih kami kerana nama kami sehingga keesokan harinya apabila mereka mula memanggil kami semua sebagai Aisyah dan mengganggu kami dengan pelbagai cara. Barulah kami faham apa yang mereka inginkan “kata Aisyah.

“Hari pertama dia menyuntik sesuatu ke kaki saya sehingga kami tidak mampu berdiri. Saya berharap dia membunuh saya saja malam itu, namun mereka tidak pernah menyuntik kami lagi.”

“Pada hari ke-3 mereka membunuh salah seorang gadis yang melawan salah seorang tentera itu. Mereka memotong putingnya kerana dia menentangnya. Lalu kami tahu dari perbincangan para tentera itu bahawa mereka memperkosanya kemudian membunuhnya dan menguburnya bersama ‘yang lain’ di bawah kilang! supaya dapat menakutkan para gadis agar tidak ada lagi yang berfikir untuk menentangnya, “kata saksi mata yang selamat.

“Kami takut, kami membahagiakan mereka, dan kami memuaskan seksual mereka walaupun di depan orang ramai. Mereka ‘main’ dengan kami bahkan di atas meja apabila mereka sedang merancang bagaimana memindahkan tank-tank mereka untuk menghancurkan bandar kami. Satu-satunya yang biasa membuat kami selesa adalah apabila kami memasak untuk mereka. Tentu saja kami dilarang saling berbicara ataupun saling berjumpa. Tapi kami menikmati makanan enak sejak kami memasaknya, “kata Aisyah.

“Selepas hari ke-10 mereka bangun dan hilang begitu saja. Kami telanjang. Kami sendirian di kilang. Kami tidak berani melarikan diri. Kami tidak berani bertanya apakah kami sudah boleh berbual atau tidak. Kami benar-benar takut. Lalu beberapa lelaki dari kampung kami datang dan menyelamatkan kami “kata Aisyah.

“Alhamdulillah, saya telah keguguran dan dapat berjalan lebih baik sekarang.< Saya masih ingat wajah-wajah mereka, nama-nama mereka dan bandar-bandar asal mereka. Saya bersumpah akan membalas dendam. Hanya abang saya yang tahu cerita keseluruhannya yang tidak mungkin saya paparkan kepada keluarga saya kerana mereka tidak akan lagi mengiktiraf saya sebagai anak mereka setelah orang Syiah memperkosa saya. Tidak ada lelaki akan berkahwin dengan saya kerana saya seorang budak.

Saya akan cuba menukar nama saya dan tidak akan ada seorang pun mengenali saya, “kata Aisyah Diterjemahkan dari sumber arrahmah

0 comments:

Post a Comment

Astro Jawab Kenapa Siaran Kerap Kali Diulang




Jika dilihat pada laman Facebook Astro, banyak soalan yang diajukan oleh pengguna kepada admin laman berkenaan. Yang bagusnya, boleh dikatakan setiap post di balas oleh admin page berkenaan.


Salah satu pelanggan telah merungut secara terbuka di page berkenaan mengenai kekerapan Astro mengulangi program televisyennya. Pelanggan tersebut, Mohd Ashaari menulis seperti berikut:

“Astro setiap tahun ulang-ulang saja ceritanya. Astro.. Astro..”.

Rungutan ini telah dibalas dengan panjang lebar oleh admin page berkenaan.

Menurut perkongsian dari sebuah blog, admin page berkenaan menjelaskan Astro sebenarnya mengulangi program TV mereka supaya mereka yang terlepas siaran boleh menontonnya semula siaran tersebut di lain waktu kerana kelainan jadual peribada. Menurutnya juga, syarikat tersebut sememangnya beroperasi berdasarkan prinsip ulangan siaran.


0 comments:

Post a Comment

Biadap!!! Gadis Cina Menghina Lagu NegaraKu

Status FB yang dimuat naik Tenashar.



Kuala Lumpur: Tindakan seorang pengguna laman sosial Facebook (FB), Tenashar Low yang memuat naik status biadap dan keterlaluan apabila secara terbuka menghina lagu Negaraku mengundang kemarahan orang ramai dan kini menjadi viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.


Gadis terbabit yang dipercayai penuntut sebuah kolej di Subang Jaya itu memuat naik status berkenaan selepas berang dengan berita dilaporkan The Rakyat Post mengenai segelintir penonton tidak menghormati lagu Negaraku yang dimainkan sebelum tayangan filem bermula di pawagam, lapor portal berita myMetro hari ini.

Antara kandungan statusnya itu adalah: “Kerajaan menganiaya saya setiap hari, adakah sekarang mereka minta saya menghormati mereka dengan berdiri semasa lagu (Negaraku) yang penuh penipuan dimainkan? Sudahlah saya membayar harga tiket (wayang) yang termasuk cukai A, cukai B dan cukai C? Saya cuma ingin menikmati filem yang ditonton, kepada mereka yang menyalahkan orang lain yang tidak berdiri, adakah anda fikir negara melayan kit dengan baik? Bodoh.”

Untuk rekod, gadis itu menggunakan perkataan ‘threaten’ yang bermaksud mengancam tetapi dalam konteks itu, dia mungkin bermaksud ‘treat’ iaitu layan.


Dia juga memuat naik statusnya itu dengan merujuk artikel salah sebuah portal berita baru-baru ini sebagai kapsyen statusnya.

0 comments:

Post a Comment

Gambar Mr. Bean Bersama Anak Perempuannya Yang Hot


Buat pengetahuan anda, Mr. Bean atau Rowan Atkinson mempunyai seorang anak perempuan bernama Lily Atkinson dari hasil perkahwinannya dengan Sunetra Sastary.

Lily Atkinson pernah muncul dalam filem lakonan Mr Bean iaitu Jonny English Reborn yang ditayangkan pada tahun 2011. Lily juga pernah membintangi beberapa filem lain pada tahun 2004 dan membuktinya bahawa ia juga berbakat seperti ayahnya.


Lily Atkinson



Selain Lily, Mr. Bean juga mempunyai seorang anak lelaki bernama Benjamin.

Benjamin Atkinson

1 comments:

Post a Comment

VIDEO : Pak Herman Tino Cipta Lagu PESONA PALSU Buat Anwar Ibrahim!!!




Nama Herman Tino pastinya cukup popular di negara kita. Seorang penyanyi dangdut yang telah menceburkan diri dalam arena politik tanah air khususnya semasa PRU13 yang lalu.

Namun, bintangnya yang bersinar suatu masa dahulu dalam industri hiburan tanah air tidak mampu mengangkat beliau dalam arena politik apabila tewas dalam persaingan 3 penjuru.

Mungkin sedar bakatnya lebih diiktiraf dalam seni suara, justeru Herman Tino telah menghasilkan sebuah lagu yang khusus untuk Anwar Ibrahim. Hmm..... boleh tahan juga liriknya.

Kepada Bang Non, jangan lepaskan peluang untuk mendengar video ini ye.....









0 comments:

Post a Comment

HANGAT!!! Video Nabila Huda Tidur Seksi Viral Di Keek!!!




Video keek Nabila Huda ini pastinya mengundang kontroversi apabila memaparkan Nabila hanya beralaskan selimut.

Keek merupakan sebuah laman sosial dimana pengguna terutamanya artis berkongsi cerita dan kehidupan harian dengan peminat.

Namun, lain pula jadinya dengan selebriti Malaysia apabila laman Keek selalu disalah gunakan untuk mencari publisiti.



0 comments:

Post a Comment

Perang Akhir Zaman Bakal Menggunakan Senjata Tradisional?





Hancurnya bangsa Yahudi merupakan salah satu dari tanda-tanda datangnya hari kiamat. Hal ini bermula dengan sebuah peperangan besar yang melibatkan banyak bangsa di dunia termasuk bangsa Israel. Sebelum terjadi peperangan ini, terdapat beberapa peristiwa lain yang membawa kepada terjadinya peperangan ini menurut kronologi hadis akhir zaman hasil kajian ilmuan Islam. Antaranya, Pencerobohan ke Atas Iraq dan Serangan Israel ke atas Gaza. Rancangan Israel sudah lama untuk mewujudkan perang yang dipanjangkan kepada Perang Dunia Ketiga dan dijangka bakal berlaku tidak lama lagi.

Pertempuran dahsyat ini dikenali sebagai Armageddon, di mana lokasi utama perang ini adalah di lembah Megiddo/Mageddon, Palestin. Mungkin ada yang menganggap Perang Armageddon hanyalah sebuah filem rekaan hollywood. Realitinya hollywood yang didokong oleh yahudi sememangnya ingin memesongkan fakta tentang Armageddon ini melalui propaganda filem. Padahal di kalangan para ahli kitab mereka telah mengkaji tentang peperangan ini dan senantiasa bersiap sedia untuk menghadapinya.

Disebutkan dalam Kitab Zakharia (89/13), bahawa sebahagian besar bangsa Yahudi akan mati dalam perang Armageddon dan dua pertiga dari mereka akan musnah. Sedangkan dalam kitab Zagiyal (12/39) disebutkan :”Akan berlangsung tujuh bulan sehingga rumah Israel berhasil mengubur mereka (orang-orang mereka yang terbunuh) sebelum membersihkan bumi”.

Sebutan Armageddon sebenarnya tidak terdapat dalam mana-mana Hadis. Hanya disebut dalam kajian-kajian sarjana Kristen dan Ahli Kitab. Menurut bahasa Ibrani, Ar bermaksud gunung atau bukit. Mageddo pula adalah nama sebuah lembah di Palestin. Sebuah tempat yang cukup strategik dari segi peperangan. Perang ini juga dikatakan sebagai perang habis-habisan dengan menggunakan seluruh kekuatan pelbagai peralatan senjata moden yang canggih. Mungkin perang itu adalah Perang Dunia ketiga yang disebut-sebut sebagai Perang Nuklear.

Ramai yang mengatakan Perang Dunia Ketiga, bom nuklear akan digunakan. Ada diceritakan juga dalam kitab Bahrul Mazi. Perang Dunia Ketiga yang diramal akan berlaku dalam tempoh yang singkat. Tetapi, kemusnahannya amat dahsyat. Sehingga dikatakan dunia selepas itu akan kembali menjadi seperti Zaman Pertengahan di mana siri peperangan seterusnya, bala tentera akan hanya menunggang kuda serta bersenjatakan pedang seperti perang zaman dahulu.




"Jika Perang Dunia Ketiga adalah berjuang dengan senjata nuklear, yang ke empat akan diperjuangkan dengan busur dan anak panah." - Louis Lord Mountbatten

"Saya tidak tahu dengan apa senjata Perang Dunia Ketiga akan diperjuangkan, tetapi Perang Dunia Keempat akan diperjuangkan dengan kayu dan batu." - Albert Einstein


Adakah Albert Einstein tidak mahu mengakui Perang Dunia Ke-3 ini bakal menggunakan teknologi bom nuklear yang merupakan hasil ciptaannya? Dan selepas itu, Perang Dunia Ke-4 dikatakan akan meletus yang mana senjata yang digunakan adalah pedang. Ini disebabkan teknologi semua tidak boleh digunakan lagi pada masa itu dek kerana kesan EMP (electromagnetic pulse) daripada senjata nuklear itu sendiri semasa tercetusnya Perang Dunia Ketiga. Jadi, kekuatan bala tentera ketika Perang Dunia Keempat nanti adalah seimbang dan tidak berat sebelah kerana semuanya menggunakan peralatan perang yang sama.

Malah, ada sebahagian hadis yang menekankan akhir zaman nanti akan berlakunya perang menggunakan pedang dan Dajjal akan disembelih dengan pedang. Hadis Nabi juga ada menyebut, Yahudi Zionis pengecut akan bersembunyi di balik-balik batu dan kayu dan hanya selamat di belakang pokok Yahudi iaitu pokok Gharqad, yang banyak di tanam sekarang di Israel.



"Tidak akan berlaku kiamat sehinggalah seluruh umat Islam berperang dengan seluruh Yahudi. Umat Islam akan membunuh mereka sehinggakan apabila mereka bersembunyi di sebalik batu dan pokok, tiba-tiba pokok-pokok dan batu-batu itu bersuara menjerit memanggil umat Islam agar datanglah kamu ke sini dan bunuhlah orang-orang Yahudi itu, kecuali pokok 'Gharqad', kerana ia adalah pokok Yahudi". (Hadith Sahih riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

Jadi, adakah disebabkan itu Rasulullah menggalakkan kita belajar Berkuda, Berenang dan Memanah?



0 comments:

Post a Comment

Foto Bogel Kim Kardashian Tersebar




KIM Kardashian, menjadi mangsa dunia siber apabila beberapa foto bogelnya tersebar di Internet.

Menurut laporan TMZ, foto-foto isteri Kanye West itu disebarkan di dua laman web iaitu Reddit dan 4chan, namun sempat ditutup sebelum ia tersebar secara meluas.

"Mujurlah ia tidak tersebar secara meluas di internet. Difahamkan ia disebarkan oleh individu sama yang menyebarkan foto bogel Vanessa Hudgens, Lake Bell, Avril Lavigne dan Leelee Sobieski sebelum ini," kata sumber.

Selain itu, selebriti seperti Jennifer Lawrence, Kate Upton dan Kirsten Dunst turut menjadi mangsa penyebaran foto bogel di Internet baru-baru ini. Kes itu kini dalam siasatan pihak polis.

Terdahulu, Kim mula dikenali umum selepas video seksnya bersama Ray J pada tahun 2003 tersebar sekitar tahun 2007. Penyebaran video itu membuatkan Kim benar-benar malu dan enggan mengulangi kesalahan yang sama.

0 comments:

Post a Comment

ALAHAI!! REMAJA 12 TAHUN BERANI TAWARKAN TERUNANYA DI FACEBOOK





Lambakan bahan lucah yang mudah diperolehi termasuk di laman siber antara penyebab kenapa anak-anak remaja sekarang lebih advance sangat berkaitan tentang seks.

Bagi yang masih belum terjebak melakukan perkara yang tidak bermoral pada usia muda ini, sesetengah mereka cuba mengintai-ngintai peluang untuk melakukannya.

Sebagai contoh petikan status facebook remaja ini:



Katanya dia terkilan sebab ada remaja seusia 12 tahun sepertinya sudah pernah melakukan seks, jadi tanpa segan silu dia menawarkan 'terunanya' kepada sesiapa sahaja yang sudi.

Memang parah kalau pada usia semuda ini sudah sangap sangat berani tawarkan badan di laman sosial kepada orang ramai. 

Kami berharap sangat kepada ibu bapa di luar sana awasilah anak-anak anda agar mereka tidak terpengaruh dengan bahan lucah dan terlibat dengan masalah tidak bermoral di zaman serba mencabar ini. - mynewshub.cc

0 comments:

Post a Comment

GILA!!! MAKAN URI BAYI UNTUK KEKAL CANTIK!!






JOHOR BAHRU: Untuk memastikan diri kekal cantik dan awet muda seperti anak dara, ada ibu yang baru melahirkan anak sanggup memakan uri bayi sendiri kerana percaya cara itu paling berkesan untuk memenuhi matlamat mereka.


Wanita lain yang berkongsi kepercayaan sama pula dikatakan sanggup berusaha mendapatkan uri daripada pembekal tertentu bagi membolehkan mereka menjadikan ‘tembuni’ bayi itu sebagai ‘hidangan kesihatan’.

Amalan menjijikkan itu didedahkan seorang tabib Cina di bandar raya ini dan lebih mengejutkan, dia mendakwa sebahagian penggemar uri untuk awet muda terdiri daripada wanita Melayu beragama Islam.

Lelaki berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Sam berkata, uri atau dikenali sebagai plasenta sebelum ini dijadikan sebahagian bahan utama dalam pembuatan kosmetik.




“Tapi kini, mungkin disebabkan ingin mendapatkan kesan lebih hebat dan segera, ada wanita sanggup melakukan perbuatan tidak masuk akal ini. Malah, mereka juga percaya makan uri mampu membekalkan khasiat dan sumber tenaga kepada wanita yang baru bersalin terutama yang melahirkan anak secara pembedahan,” katanya.

Sam berkata, uri adalah ‘sarung’ yang terbentuk dalam rahim ketika kehamilan dengan salur darah dan bersambung dengan bayi menerusi tali pusat itu kebiasaannya ditanam dan diuruskan dengan cara baik.

“Uri bayi suci dan sepatutnya diuruskan dengan baik. Semua agama berkongsi kepercayaan ini,” katanya.

Dia berkata, kebiasaannya uri untuk awet muda itu dijadikan hidangan dalam bentuk sup.

“Selain makan uri ‘segar’ ada segelintir wanita mengeringkan uri berkenaan yang kemudian dijadikan bahan ramuan masakan. Mereka lakukan begitu dengan kepercayaan ia mampu menyeimbangkan hormon dalaman dan merapatkan hubungan ibu dan anak,” katanya.


Uri Salai




Menurut Sam, perbuatan itu berlaku mungkin akibat wanita terbabit terlalu terpengaruh teori songsang yang menganggap amalan makan uri baik untuk kecantikan dan kesihatan terutama ibu baru bersalin.

“Mereka juga terpengaruh teori yang menyatakan keberkesanan uri dalam mencantikkan dan menghilangkan kedut di wajah. Bagaimanapun, mereka perlu memikirkan risiko memakannya yang boleh mengakibatkan jangkitan kuman,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Masyarakat dan Kesihatan negeri, Dr Robia Kosai, berkata amalan memakan uri sesuatu yang luar biasa.

Beliau berkata, ini berikutan setiap uri dari ibu bersalin hanya diselaputi darah dengan kebiasaannya uri berkenaan diserahkan pada pasangan selepas kelahiran zuriat untuk ditanam.

“Kebiasaannya orang Islam akan menguruskannya dan bagi pasangan yang tidak membawanya pulang, pihak hospital akan melupuskannya.

“Ia boleh didermakan jika terdapat keperluan perubatan untuk rawatan, tapi amalan memakan uri adalah pelik,” katanya yang menambah pihaknya belum menerima sebarang aduan mengenai perbuatan segelintir wanita memakan uri.

0 comments:

Post a Comment

PIL GUGUR KANDUNGAN DIJUAL BERLELUASA DI FACEBOOK


 Tak sangka ada pihak yang tidak bertanggungjawab berani menjual ubat-ubatan untuk menggugurkan kandungan secara terbuka menerusi akaun facebook. 

Hasil carian kami menemukan beberapa akaun yang aktif dalam mempromosikan pil tersebut iaitu: 



Di facebook Pil Gugur Kandungan biodata adminnya dikenali sebagai Doktor Zul dan Syed juga turut disertakan.



Apa yang membimbang, status yang dimuatnaik di akaun-akaun ini dilihat seakan-akan memujuk orang ramai untuk tidak merasa bersalah apabila menggugurkan kandungan mereka.







Beberapa komen turut menunjukan ada pihak berminat untuk mendapatkan pil tersebut termasuklah mereka yang masih bersekolah. 



Bagaimanapun ia turut mendapat kritikan daripada orang ramai yang tidak bersetuju dengan penjualan pil gugur kandungan tersebut kerana dianggap satu jenayah. 





Dari sudut perundangan Malaysia menggugurkan bayi adalah satu kesalahan jenayah kecuali jika doktor mengesahkan ia perlu dilakukan jika mengundang risiko kepada si ibu.

Mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan, individu yang melakukan pengguguran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Manakala jika janin yang digugurkan sudah bersifat maka pelakunya boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Apapun, diharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera terhadap individu yang melakukan menjualan pin gugur ini secara terbuka bagi membendung kegiatan tidak bermoral yang semakin berleluasa kini. - mynewshub.cc


Nota: Namun pada hari ini apabila di semak semula akaun Pil Gugur Kandungan yang dikendalikan oleh admin bernama Doktor Zul di atas sudahpun di tutup.

3 comments:

Post a Comment

SEPASANG KEKASIH MELAKUKAN AKSI MENGHISAP KEMALUAN DALAM BAS TERKANTOI





Kuantan 20/9/2014 - Polis menahan sepasang kekasih yang berkelakuan tidak senonoh di dalam sebuah bas ekspress yang dalam perjalanan dari Kuala Terengganu menuju Kuala Lumpur pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Abdul Aziz Sallah berkata, pihaknya menerima aduan berhubung kejadian itu daripada pemandu bas berkenaan kira-kira jam 2.01 pagi.

Pemandu tersebut mendapati pasangan yang berumur 20 tahun itu melakukan perkara tidak senonoh ditempat duduk penumpang ketika di Chendor melalui CCTV yang dipasangkan di dalam bas tersebut. Di dalam kejadian, pemandu tersebut  menyaksikan seorang perempuan melayu sedang menghisap kemaluan seorang lelaki melayu yang berada disebelahnya. Hasil pemeriksaan CCTV mendapati kejadian jelas dilakukan oleh pasangan tersebut selama 7 minit.   

Berikutan itu, pasangan yang merupakan pelajar Jurusan Diploma Perakaunan sebuah institusi pengajian tinggi awam Terengganu ditahan untuk di ambil keterangan.

Pasangan berkenaan yang sedang bercuti untuk mengulang kaji pelajaran, mengaku melakukan perbuatan itu. Jika sabit kesalahan boleh di dakwa di bawah Seksyen 294(a) Kanun Keseksaan. 


Nota: Gambar di atas hanya hiasan dari google.

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ