Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PIL GUGUR KANDUNGAN DIJUAL BERLELUASA DI FACEBOOK


 Tak sangka ada pihak yang tidak bertanggungjawab berani menjual ubat-ubatan untuk menggugurkan kandungan secara terbuka menerusi akaun facebook. 

Hasil carian kami menemukan beberapa akaun yang aktif dalam mempromosikan pil tersebut iaitu: 



Di facebook Pil Gugur Kandungan biodata adminnya dikenali sebagai Doktor Zul dan Syed juga turut disertakan.



Apa yang membimbang, status yang dimuatnaik di akaun-akaun ini dilihat seakan-akan memujuk orang ramai untuk tidak merasa bersalah apabila menggugurkan kandungan mereka.







Beberapa komen turut menunjukan ada pihak berminat untuk mendapatkan pil tersebut termasuklah mereka yang masih bersekolah. 



Bagaimanapun ia turut mendapat kritikan daripada orang ramai yang tidak bersetuju dengan penjualan pil gugur kandungan tersebut kerana dianggap satu jenayah. 





Dari sudut perundangan Malaysia menggugurkan bayi adalah satu kesalahan jenayah kecuali jika doktor mengesahkan ia perlu dilakukan jika mengundang risiko kepada si ibu.

Mengikut Seksyen 312 Kanun Keseksaan, individu yang melakukan pengguguran boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. Manakala jika janin yang digugurkan sudah bersifat maka pelakunya boleh dikenakan penjara sehingga tujuh tahun dan denda.

Apapun, diharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan segera terhadap individu yang melakukan menjualan pin gugur ini secara terbuka bagi membendung kegiatan tidak bermoral yang semakin berleluasa kini. - mynewshub.cc


Nota: Namun pada hari ini apabila di semak semula akaun Pil Gugur Kandungan yang dikendalikan oleh admin bernama Doktor Zul di atas sudahpun di tutup.


3 comments:

http://farmasidankesihatan.blogspot.com/

Anonymous
2 November 2014 at 05:33 comment-delete

Pil gugur kandungan,berkesan 4 bulan kebawah,nk cod byhand pn blh,klu takut ditipu,x nk pos,blh byhand blh tgk depan2,ubat original,bg dalam aluminium seal,x buka,mcm dlm gambar,hubungi
0143230603

15 September 2016 at 01:27 comment-delete

Pil gugur kandungan,berkesan 4 bulan kebawah,nk cod byhand pn blh,klu takut ditipu,x nk pos,blh byhand blh tgk depan2,ubat original,bg dalam aluminium seal,x buka,mcm dlm gambar,hubungi
0143230603

15 September 2016 at 01:27 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ