Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



ASAL USUL BAJU MELAYU




FALSAFAH BAJU MELAYU (TRADISIONAL)

Setiap sesuatu bermula dengan langkah pertama. Berbaju Melayu misalnya dimulakan sekitar 700 tahun dulu dan dipercayai diperkenalkan pada zaman empayar Melaka oleh Sultan Muhammad Syah serta kaya dengan falsafah dalam berbusana.

Sultan Muhammad Syah ketika itu mahukan orang Melayu berbaju khusus bagi menampilkan mereka sebagai bangsa yang mempunyai jati diri sekalipun alam berpakaian, bukannya berbaju 'atas angin' seperti pakaian pedagang Arab atau India zaman itu.

Timbalan Dekan Pengajian Siswazah, Fakulti Bahasa dan Komunikasi, Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI), Prof Madya Datuk Paduka Dr. Mohd Rosli Saludin ketika dihubungi menjelaskan, baju Melayu pada zaman Melaka awalnya dipakai singkat dan sendat seperti baju pesilat.

Bagaimanapun, rekaan baju Melayu ini mengalami evolusi dan diubahsuai atas persetujuan sultan. Dari berbaju sendat dan seluar singkat, bajunya menjadi sedikit longgar dan labuh. Seperti kehendak Sultan Muhammad, pemakaian baju Melayu oleh orang lelaki bukan sekadar menutup aurat, tetapi lambang identiti bangsa.

Cara penggayaan baju Melayu juga sebenarnya mengandungi falsafah tersendiri. Orang Melayu sangat berhemah apabila bertutur kata dan perlakuan mereka, malahan pemakaian membawa makna tersendiri. Secara tidak langsung orang Melayu mendidik generasi muda melalui pemakaian.

Baju Melayu ada dua rekaan iaitu cekak musang dan baju teluk belanga.

Baju Melayu cekak musang butangnya lima, teluk belanga pula butangnya satu dan membawa falsafahnya sendiri.

Berbutang lima merujuk kepada lima rukun Islam dengan dua butang diatas bermaksud, mengucap dua kalimah syahadah dan sembahyang lima waktu.

Baju Melayu Cekak Musang
Baju Melayu Cekak Musang



Selebihnya diwakili tiga butang di bawah. Jika kita buang dua butang dan hanya pakai tiga, falsafah di sebalik menegakkan rukun Islam itu tidak tercapai. Malah, ada teromba mengenai pentingnya pamakaian lima butang baju ini;

"cekak musang berbutang lima
lima rukun di dalamnya
lima petua dibawanya
lima tiang ditegakkan."

Pemakaian satu butang untuk teluk belanga bermaksud Tuhan Yang Esa seperti dinyatakan dalam teromba yang berbunyi;

"teluk belanga berbutang tunggal
tunggal satu tuhan yang disembah
tunggal tidak dapat dianjak alih
tunggal tidak dapat dibelah."

Tiga kocek pula merujuk kepada Iman, Ihsan, Islam.


Baju Melayu Teluk Belanga
Baju Melayu Teluk Belanga


Sungguh pun demikian, ada juga pandangan lain mengatakan, butang baju Melayu sebenarnya ada tujuh dan jenis ini dipakai oleh golongan aristokrat, manakala pemakaian kurang daripada tujuh hanya dikhususkan kepada orang kebanyakan.

Butang tujuh ini merujuk kepada 7 lapis langit dan bumi, dan tujuh tingkat syurga dan neraka, bertujuan mengingatkan bangsawan akan Allah Yang Maha Mulia.

Jika memakai baju Melayu ia mesti dilengkapi samping dan tanpanya pemakaian menjadi janggal kerana ia juga membawa maksud tersirat sama ada si pemakai sudah berkahwin atau sebaliknya.

Apabila mengenakan samping, lelaki yang sudah berkahwin mesti di bawah lutut, namun kalau orang yang bujang, sampingnya mesti di atas lutu. Kalau orang sudah berkahwin memakai samping singkat, itu tandanya dia hendak menambah isteri. Ada teromba klasik berhubung pemakaian samping berbunyi;

"Adat memakai samping kok sudah beranak bini atau orang yang patut-patut kain samping bawah lutut sama setentang paras betis ikat bergulung lurus lurus jika ikat atas lutut itu tandanya nak cari lagi harus tahu keadaan ini."

"Kok anak muda muda kain labuh di atas lutut bagai dubalang masuk gelanggang bagai ayam mencari lawan."

Cara pemakaian samping



Cara pakai sampin pun ada makna atau menunjukkan status masyarakat. Contohnya kerabat mengikat kepala sampin di sebelah kanan. Bangsawan di sebelah kiri. Rakyat biasa di tengah tengah.

Ilmu dan falsafah di sebalik pemakaian baju Melayu perlu dihebahkan supaya lebih ramai yang tahu dan mempraktikkan apalagi dengan kepantasan dan kecanggihan teknologi komunikasi hari ini.

Orang muda tidak buat sebab dia tidak tahu. Kalau tahu tentu dia buat. Sebab ini adalah adat kita orang Melayu. Kalau kita tidak sebarkan ilmu ini dampai bila-bila pun ia tidak dapat dikongsi dengan masyarakat.

2 comments:

Post a Comment

ASAL USUL ANGIN AHMAR ATAU PENYAKIT STROK




ASAL USUL ANGIN AHMAR
ATAU PENYAKIT STROK

Siapa yang tak kenal AHMAR ( ANGIN AHMAR )
Atau yang disebut PENYAKIT STROK
Pada bahasa modernnya

Mendengar nama ANGIN AHMAR
Atau PENYAKIT STROK
Tak kira Nabi, wali, syeh, ustad, kyai
Yang tau sejarah AHMAR
Pasti akan terkede, terdiam, gemetar
Dan pastinya akan mohan ampun

Karna begitu ditakuti
Bahkan BAGINDA NABI BESAR MOHAMAD SAW
Sampai mendapat satu doa
Agar terhidar dari penyakit ini

Tetapi hakikatnya doa apa pon
Tidak akan berkesan
Karna ANGIN AHMAR ATAU PENYAKIT STROK
Terjadi atas kelalaian manusia itu sendiri
Yang sombong, angkuh, bongkak
Ego, bangga diri , takabur
Atas pemberian nikmat dan Amanah ALLAH
Yang sedikit padanya tetapi tidak dibawa pada kebenaran

SIAPAKAH AHMAR INI
DATANG DARI MANA
DAN ATAS SEBAB APA

RIWAYAT AHMAR

Orang yang pertama kali mendapat PENYAKIT AHMAR
Adalah dari NABI SULAIMAN AS
Karna ianya sudah membuat ALLAH murka
Sampai didatangkan AHMAR
Untuk memberi PERINGATAN DAN HUKUMAN
Langsung dari ALLAH SWT tanpa ada pelantara

Siapa yang kenal NABI SULAIMAN AS
Dia raja dari segala raja saat itu
Boleh dikata tuhan no dua
Karana segala
Jin tunduk
Angin tunduk
Hewan tunduk
Manusia tunduk &
Malaikat pon tunduk
Dan dibawah kerajaan NABI SULAIMAN

Karna semuanya tunduk NABI SULAIMAN AS
Pernah berucap tanpa sadar
Yang membuat ALLAH sangat murka

Inilah ucapan NABI SULAIMAN AS
" ADAKAH MAHLUK LEBIH HEBAT
DARI PADA AKU "

Walau kata kata ini sedikit
Tetapi ianya mencabar tuhan
KEKUASAAN ALLAH YANG MAHA BESAR
Dan mengutus hambanya
Yang bernama AHMAR

Seorang hamba ALLAH
Dari golongan JIN IFRIT
Yang sangat kuat
Untuk masuk kedalam badan
NABI SULAIMAN AS ketika ianya tidur




Serta merta badan NABI SULAIMAN AS
Menjadi tidak dapat bergerak, kaku , kejang
Dan menggelur keseluruh badannya
Bahkan mulut lidahnya tidak dapat berkata
Melainkan hanya mata sahaja yang dapat
Berkedip dan melihat mcm biasa

Karna NABI SULAIMAN AS
Sebagai seorang raja sakit
Maka seluruh bawahannya
Dari bangsa jin, malekat, hewan, dan manusia
Mencari penyebap apa yang terjadi
Pada NABI SULAIMAN AS
Dan semuanya tidak dapat memberi jawapan

Karna tidak dapat jawapan
Maka NABI SULAIMAN AS
Memohon petunjuk dan memohon ampun pada ALLAH SWT
Atas segala kata katanya yang sadar atau tidak
Membuat kemurkaan ALLAH SWT
Apa sebetulnya penyakitnya saat ini

Setelah selesai memohon ampun
Maka saat itu juga keluarlah
Dari badan NABI SULAIMAN AS
Satu lembaga yang sangat besar
Sehingga NABI SUALIMAN AS sangat ketakutan
Dan setelah keluar maka badan NABI SULAIMAN AS
Pulih seperti biasa dan dapat duduk sedia kala
Dan mahluk itu berkata

Ampun ya BAGINDA SULAIMAN
Aku AHMAR dari golongan jin ifrit
Aku datang karna diutus ALLAH
Yang membuat BAGINDA SULAIMAN menjadi sakit
Karna BAGINDA SULAIMAN telah mencabar ALLAH SWT

NABI SUALIMAN terdiam dan berkata
Wahai AHMAR aku mencabar apa dengan ALLAH SWT
Maka AHMAR menjawab
"Adakah mahluk lebih hebat dari pada aku"

Serta merta NABI SULAIMAN ASmenangis
Dan memohon ampun atas segala kesalahannya
Kelalainya atas semua kata katanya
Sengaja atau tidak sengaja pada ALLAH SWT
Dan sekalian mahluk dialam ini

Karna ianya telah sombong, ego, bangga diri
Lalai, tidak ingat, takabur ria dan bongkak
Atas nikmat dan amanah kekuasaan yang sedikit
Yang telah dibagi ALLAH SWT padanya

JADI
Kenapa orang terkena
PENYAKIT STROK ATAU ANGIN AHMAR
Karna seseorang itu terlalu bangga akan
AMALANNYA , ILMUNYA , SHOLATNYA,
PUASANYA , IBADAHNYA, ZIKIRNYA,
KEKAYAANNYA , PANGKAT DAN DERAJATNYA

Dan menjadikan SOMBONG, RIA , TAKABUR
BANGGA DURI , EGO, BONGKAK
MERASA PALING BENAR
MERASA PALING HEBAT DAN KUAT
MERASA PALING BERKUASA
Dan lalai dan lupa akan nikmat ALLAH SWT

Bukan mau kata
Yang banyak terkena
PENYAKIT AHMAR ATAU STROK
Adalah :
PARA PEMBESAR YANG ZOLIM
MENTERI YANG MENGGUNAKAN KESEMPATAN
KORUPTOR ( KORUPSI )
PEGAWAI KERAJAAN
GURU GURU AGAMA
GURU GURU ILMU KANURAGAN ( PERSILATAN )
USTAD , KYAI , ULAMA , IMAM ,
ISTRI YANG DERHAKA TERHADAP SUAMI
ANAK YANG MENDERHAKAI ORANG TUANYA

Tetapi yang paling hampir terkena PENYAKIT AHMAR
Orang yang sukanya selalu MENGHUKUM orang lain
DENGAN BERKATA SESAT, SIRIK , KAFIR , KURAFAT
SESAT JALAN, SESAT ILMU

Orang yang sering menghukum ini lah
Yang akan didekati oleh AHMAR
Karana mengambil kerja ALLAH SWT
Karna menghukum itu kerja ALLAH
Bukan kerja manusia
Manusia hanya boleh ingat mengingatkan
Karna BAGINDA NABI BESAR MOHAMAD SAW
Ianya hanya mengingatkan bukan menghukum

INGAT
Disetiap ucapan dan kata katamu
Perbuatan dan tingkah lakumu
SANG UTUSAN ALLAH SI AHMAR
Sedia menanti
Sedia menunggu
Sedia untuk menghukummu
Karna siapa pon sudah lebih satu saat dari ALLAH SWT
Sudah Mengambil kerja ALLAH SWT
SANG KALIFAH AHMAR PASTI DATANG



YA ALLAH
YA RAHMAN
YA ROHIM
YA ZAL ZALALI WAL IKRAM

JAUHKANLAH HAMBAMU INI
DARI SIFAT SIFAT BURUKMU
DAN AMPUNILAH DOSA HAMBUMU INI
AMIN YA ROBAL ALAMIN

WHATAAP 0123570261

Cubit Cubit SayanG
Salam
PUSAT RAWATAN SYAHADAH

4 comments:

Post a Comment

Kopi

Kopi sebenarnya mula ditemui oleh pengembala kambing di Afrika apabila mereka melihat kambing mereka lebih energetik apabila memakan biji kopi. Kopi telah digunakan oleh kaum ini sebagai ramuan di dalam masakan.

Kopi sebagai minuman pertama kali digunakan oleh ahli-ahli sufi Yaman bagi membantu mereka qiyamullail dan kemudiannya tersebar ke serata tanah Arab. Orang Eropah mula mengenali kopi ketika pertembungan dan pertukaran tamadun di kalangan bangsa Arab dan Eropah semasa zaman gelap Eropah.

Malahan sebahagian pengkaji sejarah mengatakan kopi telah memainkan peranan yang besar dalam kebangkitan Eropah (renaissance) kerana sebelum itu orang Eropah rata2 hanya meminum minuman keras dan sentiasa dalam keadaan yang mabuk atau separa mabuk. Apabila kopi diperkenalkan mereka mula beralih kepada kopi untuk waktu siang dan arak waktu malam dan telah membolehkan mereka berfikir dengan jelas dan membangunkan tamadun.

Ramai yang mempunyai pandangan dan persepsi negatif terhadap kopi berikutan kesan-kesan yang mereka alami setelah meminum kopi. Malah, ada juga yang terus memadamkan kopi daripada senarai minuman harian mereka. Mungkin mereka tidak mengetahui akan khasiat kopi yang hakikatnya memberi banyak manfaat kepada tubuh badan manusia. Saya juga percaya bahawa ramai lagi masyarakat kita yang masih masih memiliki pandangan serta tanggapan yang negatif terhadap kopi.

Satu kenyataan di sebuah laman web kesihatan iaitu laman Coffee & Health oleh Institut for Scientific Information of Coffee (ISIC) mengenai kajian terkini yang membuktikan perkaitan antara pengambilan kopi dan gangguan neurodegeneratif seperti penurunan kognitif, penyakit Alzheimer, penyakit Parkinson dan strok. Neuodegeneratif merupakan penyakit yang tidak boleh diubati dan menyebabkan degenarasi progresif dan/atau kematian sel-sel saraf. Gangguan neurodegeneratif ini menyebabkan masalah pergerakan (ataxias) atau fungsi mental (dementias).

Ini juga telah dibuktikan melalui beberapa kajian epidemiologi. Laman rasmi World Health Organization (WHO) mendefinasikan kajian epidemiologi sebagai kajian taburan berkaitan aktiviti kesihatan dan aplikasi kajian tersebut terhadap kawalan penyakit dan masalah kesihatan yang lain. Kajian ini membuktikan bahawa pengambilan kopi dalam kuantiti yang sederhana nyata telah memberi manfaat terhadap keupayaan kognitif apabila usia semakin meningkat. Kajian ini turut membuktikan kesan pengambilan kopi mampu melambatkan penurunan fisiologi dan kognitif terutamanya dalam kalangan wanita dan mereka yang berumur lebih 80 tahun.

Kopi adalah minuman yang berasal daripada biji kopi dan mula diperkenalkan oleh orang-orang Rom dan Yunani seawal abad ke-13. Disebabkan kandungan kafeinnya, kopi mempunyai kesan rangsangan kepada mereka yang meminumnya dan hari ini kopi merupakan satu daripada minuman paling digemari di seluruh dunia serta boleh didapati dalam pelbagai perisa seperti Latte, Americano, Cappucino dan Espresso.

Kini terdapat juga pelbagai jenis minuman kesihatan berasaskan kopi yang boleh didapati di pasaran seperti Kopi Herba dan produk HPA Kopi Radix. Kopi Herba sangat berkhasiat terutamanya bagi pesakit-pesakit kencing manis, darah tinggi, batu karang, migrain, gout, gastrik, asthma dan sembelit. Malah, kopi ini juga boleh membantu mengurangkan angin dalam badan sepertimana yang dicatatkan di laman rasmi Kopi Herba.

Pengambilan kopi dalam kadar yang sedehana tidak akan memudaratkan kesihatan malahan akan memberi banyak faedah kepada tahap kesihatan manusia meski pengambilannya boleh menyebabkan ketagihan. Satu kajian saintifk berkenaan kesan pengambilan kopi menunjukkan bahawa risiko mendapat penyakit diabetes jenis dua adalah lebih rendah berbanding dengan mereka yang tidak meminum kopi.

Kajian saitifik juga membuktikan bahawa selain meningkatkan fungsi kognitif, kopi boleh mengurangkan risiko batu karang, kanser kolon dan kerosakan hati. Malah, kopi juga terbukti mampu meningkatkan prestasi dan ketahanan manusia dalam aktiviti-aktiviti fizikal. Bagi mereka yang sering berjaga sehingga lewat malam pula (stayed up), mereka akan lebih segar setelah meminum kopi.

Bagi penghidap penyakit jantung, kencing manis, dan darah tinggi, pengambilan kopi tidak akan memberi sebarang kesan negatif terhadap tahap kesihatan mereka. Namun begitu, kesan pengambilan kopi yang positif hanya berlaku jika seseorang itu meminum kopi dalam kuantiti yang sederhana dalam sehari. Kajian turut menunjukkan bahawa kopi tidak mempunyai kesan kardiovaskular seperti peningkatan kadar denyutan jantung, kadar denyutan jantung yang tidak stabil serta tekanan darah yang tinggi. Malah, risiko penyakit kardiovaskular adalah 10 peratus lebih rendah.

Seorang pesakit darah tinggi, Sarmiah Asun berkata, "Kandungan gula dalam darah saya sentiasa berada pada tahap yang stabil biarpun saya masih meminum kopi. Malah, saya turut tidak mengalami sebarang kesan-kesan negatif pengambilan kopi seperti pening dan letih sepanjang masa. Namun begitu, saya hanya meminum kopi tanpa gula untuk satu hingga dua cawan dalam sehari."
(SAADIAH ALI, Fakulti Pengajian Bahasa Utama di Universiti Sains Islam Malaysia.)

0 comments:

Post a Comment

EARTH 2.0 - PENEMUAN PLANET BARU HAMPIR SAMA DENGAN BUMI

Earth 2.0 - Penemuan eksoplanet Kepler-452b yang hampir sama dengan Bumi



 Lakaran artis menggambarkan saiz eksoplanet Kepler-452b, yang mana mempunyai saiz 60% lebih besar daripada Bumi. Credits: NASA/JPL-Caltech/T. Pyle


Ok, ok tajuk ini mungkin ‘menggemparkan’ ramai orang. Sebelum keluar sebarang spekulasi (orang kita ni suka baca tajuk je, isi tak baca!), jom kita hadam dahulu apakah yang telah diumumkan oleh ahli astronomi semalam.

NASA’s Kepler Mission Discovers Bigger, Older Cousin to Earth

Itulah tajuk yang terpampang di laman web NASA, selepas sidang media yang dilakukan lewat pagi tadi , 24 Julai 2015 (waktu Malaysia).

Menurut laporan tersebut, sebuah eksoplanet “bersaiz Bumi” telah ditemui oleh teropong angkasa Kepler. Menarik kali ini ialah,eksoplanet tersebut, yang dikenali dengan nama Kepler-452b, berada di dalam kawasan habitable zone di sekeliling sebuah bintang yang ‘hampir sama macam matahari”.

Habitable zone bermaksud kawasan orbit di kawasan bintang-bintang (termasuk matahari), yang mana suhunya sesuai sehinggalah membolehkan air wujud dalam bentuk cecair di permukaan sesebuah planet/eksoplanet.

Ok stop!!

Apo ko bondo eksoplanet? kan senang sebut planet je?

Eksoplanet (atau exoplanet) ialah istilah yang digunakan untuk membezakan planet yang mengelilingi bintang selain daripada matahari kita. Kalau kita sebut planet, maknanya ia berada di dalam sistem suria kita. Eksoplanet ialah planet di bintang lain di luar sistem suria kita.

Kepler-452b – apa cerita planetnya



Perbandingan saiz Kepler-452b dan Bumi. Sumber asal.


Baiklah, kita tengok dulu ciri-ciri planet Kepler-452b ini dahulu.

Saiz = Ia mempunyai saiz 60% LEBIH BESAR daripada Bumi. Kiranya macam body dia tu gempal sikit la. Selalunya planet sebegini digelar super-earth.

Orbit = Ia mengelilingi bintangnya dalam jangkawaktu 385 hari. Kiranya dah nak dekat macam Bumi kita ni (365 hari).

Jarak dari bintangnya = Hanya 5% lebih jauh berbanding jarak Bumi ke Matahari.

Jisim dan Komposisi = Belum dapat dipastikan. Ia mungkin jenis berbatu, mungkin ada air, mungkin bergas. Teknologi kini masih belum mampu nak kenalpasti komponen ini.

Nampak gayanya, kalau tengok faktor saiz dan orbitnya pun, dah boleh dikira ‘kembar bumi’ dah!


Kepler-452 – apa cerita bintangnya


Perbandingan saiz bintang Kepler-452 dan Matahari. Sumber asal.


Baiklah, sekarang kita lihat bintangnya pula.

Bintang yang dikelilingi oleh planet tersebut, dinamakan Kepler-452 merupakan sebuah bintang yang ‘hampir sama’ macam matahari kita.

Umur = Bintang Kepler-452 ialah 6 bilion tahun (berbanding matahari 4.5 bilion tahun)

Suhu = Suhunya lebih kurang sama seperti matahari

Kecerahan = Bintang ini menyinar 20% lebih terang daripada matahari.

Saiz = Bintang ini 10% LEBIH BESAR daripada matahari.

Nampak gayanya, untuk bintang Kepler-452 ini pun lebih kurang sama seperti matahari.

Menarik ni!

Kemudian, sambil menguyah roti canai teh tarik pagi tadi, saya melungsuri timeline twitter ahli-ahli astronomi dan saintis dan mendapat beberapa respon yang agak menarik seperti di bawah:





Ternyata di sini, walaupun penemuan Kepler-452b dianggap sungguh menarik di atas faktor-faktor yang saya nyatakan sebelum ini, masih banyak lagi persoalan yang belum dapat dijawab.

Berdasarkan tulisan Matthey R. Francis, pada tahun lepas, sebuah lagi eksoplanet, Kepler-186f, mempunyai saiz 11% sahaja lebih besar daripada Bumi, dan dia ni pun mengorbit dalam kawasan Habitable Zone . Maknanya, Kepler-186f ni sebenarnya LEBIH SERUPA dengan Bumi berbanding Kepler-452b.

Cuma masalahnya ialah, Kepler-186f ini mengorbit sebuah bintang kerdil merah (bintang tua nak mati dah), dan pada jarak yang sama (malah lebih dekat ) berbanding Utarid dengan matahari!

Maknanya, WALAUPUN Kepler-186f ini serupa macam bumi dari sudut saiz, namun faktor-faktor lain jauh berbeza dan sungguh asing. Ia mungkin tidak mempunyai atmosfera, ia juga mungkin mempunyai pusingan paksi yang sama masanya dengan pusingan orbit mengelilingi bintangnya, lalu meyebabkan separuh permukaannya selama-lamanya mengadap ke arah bintangnya, sementara separuh lagi selama-lama mengalami malam.

Begitu jugalah kes dengan eksoplanet Kepler-452b ni.

Walaupun saiz, jangka waktu orbit sama seperti bumi, dan berada dalam kawasan Habitable Zone, kita masih tidak tahu apakah yang sebenarnya berada di permukaannya.


Grafik menunjukkan eksoplanet-eksoplanet yang telah ditemui sebelum ini, dibandingkan dengan saiz Bumi.



Menurut Francis lagi, disebabkan eksoplanet ini 1.62 kali LEBIH BESAR daripada Bumi, maka ia mungkin jenis berbatu, dan memiliki tarikan graviti lebih kuat. Ini akan memberi kesan terhadap berapa TEBALNYA atmosferanya, serta jenis LAUTAN (jika ada la) yang ada di permukaannya.

Selain itu, Kepler-452b ini juga mungkin jenis planet bergas. Macam adik-beradik Neptune lah, tapi kecik sikit.. adik bongsu. Kalau bergas, maknanya tiada permukaan keras.

Hakikatnya, kita masih belum tahu kesemuanya!


Habitable Zone


Faktor Habitable Zone juga tidak menjamin sesebuah planet atau eksoplanet itu sama seperti Bumi.

Contoh paling jelas ialah planet Zuhrah kita ini. Ia sebenarnya berada dalam kawasan Habitable Zone di sekeliling matahari dan mempunyai sama saiz dan jisim seperti Bumi.

Namun, kalau kita tengok permukaannya pun langsung tak sama seperti Bumi. Ia planet paling panas, suhunya boleh mencairkan plumbum! Gas di udaranya ialah Karbon Dioksida. 100% dilitupi awan dan di sana hujan asid sulfurik!

Nampakkan? Zuhrah dan Bumi SAMA TAPI TAK SERUPA!

Poning den!

Namun, antara banyak-banyak calon, Kepler-452b inilah antara yang paling sesuai untuk dijadikan menantu atas pelbagai faktor yang dah dibincang tadi.

Perbandingan saiz dan skala sistem bintang Kepler-452, dibandingkan dengan sistem Kepler-186 dan sistem Matahari kita. Credits: NASA/JPL-CalTech/R. Hurt


Fakta Menarik


Data


Walau apa pun, penemuan Kepler-452b ini merupakan langkah penting dalam misi teropong angkasa Kepler. Saya melihat statistik penemuan Kepler hingga ke hari ini (artikel ini ditulis) dan mendapati banyak faktor menarik.

4696 = Jumlah calon objek yang berpotensi ialah sebuah eksoplanet (belum confirm)

1033 = Bilangan eksoplanet yang dah disahkan wujud

300 = Bilangan eksoplanet yang berada dalam kawasan Habitable Zone


Taburan data calon-calon eksoplanet sebanyak 4696 buah kesemua, pertambahnan sebanyak 521 sejak pengumuman penemuan terakhir bulan Jan 2015 lepas Credits: NASA/W. Stenzel


Jarak ke Kepler-452b


Jarak eksoplanet Kepler-452b ialah 1400 Tahun Cahaya daripada Bumi.

Jika terbang pada kelajuan kapal angkasa New Horizons (58,536 km sejam), kita akan sampai ke sana dalam masa 32 juta tahun sahaja.


Kesimpulan.


Misi Kepler merupakan antara kajian terulung di dalam pencarian planet-planet atau eksoplanet di luar sistem suria kita. Walaupun dengan kemamuan teknologi yang terhad, kita masih mampu menemui begitu banyak eksoplanet menggunakan pelbagai kaedah yang kreatif.

Kepler-452b ialah salah satu daripadanya. Ia mungkin tidaklah sekecil seperti Kepler-186f, tetapi disebabkan faktor-faktor lain seperti jarak, saiz dan bintang yang di-orbit-nya, menyebabkan penemuan ini ‘agak menarik’.

Apa yang pasti, kita jangan terus buat andaian bahawa ‘bumi ke-2′ sudah ditemui. Saya khuatir ramai di antara kita ini cepat buat rumusan berdasarkan tajuk-tajuk berita tanpa memahami berita sebenarnya! Masih banyak lagi perkara yang belum pasti mengenai Kepler-452b ini sebelum ia layak digelar demikian.

Jom belajar lagi! Learning is fun!

Hendaklah kamu semua mengusahakan ilmu pengetahuan itu sebelum dilenyapkan. Lenyapnya ilmu pengetahuan ialah dengan matinya orang-orang yang memberikan atau mengajarkannya. Seorang itu tidaklah dilahirkan langsung pandai, jadi ilmu pengetahuan itu pastilah harus dengan belajar. ( Ibnu Mas’ud r.a )

Wallahua’lam

Rujukan:

  • Exoplanets Searching for Earth 2.0
  • A New Planet That’s Almost — But Not Quite — Like Earth
  • NASA’s Kepler Mission Discovers Bigger, Older Cousin to Earth
  • A possible ‘super-earth’ located in the Habitable Zone
  • NASA finds closest Earth Twin Yet in haul of 500 alien planets
  • NASA Unveiling New Exoplanet Discovery from Kepler Telescope Today
  • How Kepler Finds Planets




Sumber: falakonline.net

0 comments:

Post a Comment

Cara Menghalau Tikus Di Rumah!!!





Berikut beberapa cara yang boleh anda cuba:

1. Daun Pandan

Daun pandan memiliki aroma wangi bukan sahaja boleh menyedapkan bau ruang kediamanan. Keharumannya itu tidak disukai oleh tikus.

2. Kucing

Peliharalah kucing di rumah, terutama kucing jenis tertentu yang dapat membunuh tikus.Kucing merupakan musuh utama bagi tikus!

3. Buah Mengkudu

Ambil dua atau tiga biji buah mengkudu. Potonglah mengkudu tersebut menjadi beberapa bahagian. Letakkan ia dalam sebuah mangkuk di kawasan yang sering dilalui tikus. Bau buah mengkudu yang menyengat membuatkan tikus pergi dari rumah.

4. Minyak Mint

Sapukan minyak yang diperbuat daripada daun mint (MenthaCodifolia) pada sehelai kain dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan tikus. Sudah pasti tikus tidak akan datang lagi kerana tikus tidak menggemari bau mint.

5. Kapur Barus (DryobalanopsAromatica)

Hancurkan beberapa kapur barus (kasar-kasar), kemudian taburkan di kawasan-kawasan yang menjadi ‘lubuk’ tikus itu. Cara ini cukup efektif kerana tikus sememangnya tidak suka dengan bau kapur barus yang cukup menyengat!

6. Cat BadanTikus

Tangkap seekor tikus, kemudian lumurkan badannya dengan cat berwarna terang seperti warna merah, kemudian lepaskan. Tikus tersebut tidak akan datang lagi, malahan turut membuat kawan-kawan tikusnya yang lain berasa takut untuk mengganggu kediaman anda.

7. Buah Durian

Sediakan dua atau tiga biji buah durian. Mana-mana bahagian isinya yang sedap itu, anda makanlah. Kemudian, letakkan potongan kulit durian tersebut di tempat-tempat yang selalu dilalui oleh tikus. Tentunya bau durian yang menusuk hidung dan kulitnya yang berduri membuatkan tikus berasa gerun untuk singgah di kediamanan anda.

Keberkesanan cara-cara membasmi dan mengusir tikus-tikus tersebut bergantung pada banyak faktor, contohnya keadaan ruang dan kawasan persekitran kediaman anda itu sendiri.

Jadi, anda harus sentiasa peka dengan keadaan sekeliling anda. Elakkan daripada melakukan perkara yang boleh mengundang penyakit yang disebabkan oleh tikus, seperti penyakit kencing tikus!

Penyakit kencing tikus ini adalah antara penyakit berbahaya kerana kebanyakan yang menghidapinya berisiko untuk maut. Jagalah setiap pemakanan, persekitaran dan akitiviti anda dan keluarga setiap hari.Pastikan juga kediaman ada terjamin bersih dan bebas dari pada binatang bernama ‘tikus’ ini!

0 comments:

Post a Comment

PAHANG MEMPUNYAI SEBANYAK 49 DIALEK!!!




TAU DOK AOK ME?

1. Sebenarnya tidak ramai orang dari pantai barat yang tahu bagaimanakah bunyinya dialek atau loghat Pahang. Ini dibuktikan dengan pengalaman saya sendiri menanya rakan-rakan se universiti yang bukan dari pantai timur.

Hampir 70% daripada mereka tidak tahu bagaimana bunyinya longhat Pahang malah ada yang menganggap yang orang Pahang tiada dialek atau hanya bercakap seperti orang Johor, Terengganu atau Kelantan.

2. Dialek pahang berbeza-beza dan diklasifikasikan kepada tiga bahagian, iaitu bahagian Pahang Hilir yang meliputi kawasan Pekan dan Rompin. Pahang Tengah meliputi kawasan Maran, Bera, Temerloh dan Chenor. Serta Pahang Hulu iaitu Kuala Lipis, Raub, Jerantut dan Cameron Highland.

3. Berbanding dengan orang Terengganu dan Kelantan, orang Pahang yang berada di luar Pahang samada menetap, bekerja atau belajar sangat jarang menggunakan dialek mereka kerana khuatir tidak difahami oleh orang luar atau disebabkan inferiority complex.

Malah ada di antara mereka seboleh-bolehnya mahu menyembunyikan dialek tersebut dan matlamat mereka selalunya berjaya kerana tiada siapa yang tahu dialek sebenar mereka. Namun mereka akan terkantoi jika ada diantara orang luar tersebut adalah juga orang Pahang!

Pendek kata biasanya hanya orang Pahang yang dapat kesan bahawa seseorang itu orang Pahang atau tidak melalui cara percakapan mereka.

Selain itu, jika anda orang Kelantan dan Terengganu, dan anda ingin menyembunyikan dialek anda, anda biasanya kurang berjaya sebab bunyi dan lenggoknya tetap tertonjol. Hal ini berbeza dgn orang Pahang yang lebih mudah menyembunyikan dialek mereka.

4. Dialek Pahang juga sering disalah ertikan sama dengan dialek perak! Walaupun ada diantara intonasinya yang seakan-akan sama namun ia tidak serupa. Sebab itu banyak para pelakon yang berasal dari Pahang kadang-kadang diambil berlakon watak sebagai orang Perak.

Tidak seperti dialek-dialek lain contohnya Kedah, Perak, dan sekarang Terengganu dan Kelantan, dialek Pahang amat jarang digunakan dalam filem-filem mahupun drama. Kalau adapun biasanya tidak tepat dan menyerupai dialek Perak.

5. Dialek Pahang juga mengikut pergerakan arus sungai Pahang. Hulu sungai biasanya air deras atau laju maka penduduk hulu Pahang banyak bercakap dalam dialek yang agak laju dan deras.
Manakala di Pahang tengah aliran sungainya semakin sederhana jadi begitulah juga dialek yang dituturkan.

Di hilir pula dialeknya menjadi lebih perlahan atau dalam bahasa Pahang dipanggil leweh maka begitulah juga dialek mereka.( mengikut kajian seseorang).

6. Dibawah saya lampirkan sebahagian daripada loghat atau dialek Pahang secara umum untuk pengetahuan kawan-kawan yang tidak tahu atau bukan orang Pahang.

Ada diantara perkataan di bawah sama penggunaannya di negeri pantai timur lain seperti di Kelantan dan Terengganu namun cara sebutannya adalah berbeza:


Bahasa Melayu Piawai / Bahasa Melayu Pahang

saya- kawan (kawan), koi, kas, keh, kaweh, kome
awak- awok (awak), aok, ork, ka
mereka- demeh
yang itu- hok tu
yang ini -hok ni
beritahu -royek, kabo (khabar)
rambutan -muktan
keluar -keluor (keluar)
orang -ora (orang)
tidur- reloh
buang air besar- ronoh, perot (perut)
kenapa ngaper -(mengapa), matnyer
plastik- jabir
bekas plastik -molor
selimut -gebor
selalu -senalo, sokmo
jenis- jenih (jenis)
malas -maleh (malas)
letih- kehut, kohot, tok rot
gelojoh- polok
baiki- bele
tilam -lece
penuh- mombong
di sana -setoho
suruh- nyeraya
kebas kaki- sesemut, senyor
budu- pede
tercekik -mengkelan
selirat- sengkelik
leka -ralik
tangis -rahang, lalok
pening- oteng
bengkak- merenin
telekung- mahane
Kata Penguat Maksud
manis meletiang- sangat manis
pahit lepang- sangat pahit
tawor heber -sangat tawar
itang legang -sangat hitam
lawo mat -sangat cantik
busuk melantong- sangat busuk
ngerlang- sangat cerah
wangi merohong- sangat wangi
tebal bakut -sangat tebal
masang menaung -sangat masam


-Al Semantani-


0 comments:

Post a Comment

Teknik "Rahsia" Gadis Bertudung Menggoda Lelaki!!!




Betul kita dah sempurnakan penutupan aurat kita. Pakaian longgar,labuh, tak tipis, pakai stokin, tudung menutup dada. Tapi di luar sedar, mungkin kita telah melakukan benda -benda ini :

1. Tunduk

Tunduk pun salah?

Tak, tunduk ini cuma jadi salah bila kita berdiri kemudian nak mencapai benda di lantai. Kita pun tak melutut atas lantai, terus capai benda tu. Nah, tak disedari kita dah membiarkan bahagian punggung terdedah untuk dilihat oleh lelaki.

Mencabar nafsu tak?

Ya, tiap inci tubuh wanita terlalu indah di mata lelaki.

2. Lirikan mata

Juga mencetuskan nafsu lelaki. Lebih senang lagi, menjeling. Lagi-lagi yang saja buat lirikan mata manja, menggoda dan minta perhatian.

Percayalah, lelaki boleh tercabar dengan hanya lirikan dan jelingan wanita. Bagi kita mungkin biasa, bagi mereka ini sangat seksi dan menggoda.


3. Lenggok Badan

Tahukah kita, cara kita berjalan pun boleh membuat nafsu lelaki tercabar?

Ini pengalaman kawan saya bila seorang lelaki yang duduk berhampiran melihat seorang gadis berjalan ala catwalk (bagi saya itu cara dia berjalan semula jadi), mengatakan caranya berjalan sangat menarik perhatian.

See?

4. Mencabar nafsu lelaki dengan senyuman.

Alamak, senyum pun salah juga?

Pernah dengar kata-kata ‘dari mata turun ke hati’ ? Ini bukan sekadar kata-kata biasa tapi betul-betul terjadi.

Seperti yang saya katakan tadi, tak ada bahagian tubuh wanita yang tak indah di mata lelaki. Apalagi bila bercakap soal bibir.

Habis tu, kena tunjuk muka teganglah supaya lelaki tak tergoda?

Mestilah tak. Senyum kan sedekah tapi senyumlah dengan cara yang betul. Depan lelaki ajnabi, senyum nipis cukuplah. Kita boleh bezakan senyum mesra, manis, tawar dan nipis kan?

Senyum mesra dan manis tu, sila simpan dan tayangkan pada suami dan anak saja.

Mungkin kita mengeluh. Lelaki ni tak habis-habis dengan nafsu. Betullah. Tapi takkan kita mahu biarkan ia terus berleluasa?

Ayuh, jadi sebahagian cara mengurangkan nafsu lelaki dengan cara berhenti mencabarnya. Insyaallah, mudah-mudahan kita termasuk dalam golongan yang dilindungi Allah swt.


Gambar di atas hanya hiasan


0 comments:

Post a Comment

ASAL USUL KANSER DI RAHIM






FAKTOR-FAKTOR RISIKO MENGHIDAP KANSER PANGKAL RAHIM


Punca terjadinya kanser pangkal rahim adalah jangkitan virus HPV dan jangkitan virus ini diperolehi melalui hubungan kelamin.


Di samping jangkitan virus HPV, faktor-faktor lain turut mempengaruhi terjadinya kanser pangkal
rahim yakni sistem imunisasi (pertahanan badan) yang rendah dan juga faktor genetik.


Apakah faktor-faktor risiko terjadinya kanser pangkal rahim?


Di antara faktor-faktor yang menjadikan seseorang wanita itu boleh menghidap kanser pangkal rahim
adalah:


1. Hubungan seks pada usia muda

2. Jangkitan virus HPV berisiko tinggi

3. Merokok

4. Keadaan yang menyebabkan sistem pertahanan badan menjadi rendah seperti penyakit AIDS, pesakit yang menjalani pemindahan buah pinggang dan lain-lain.

5. Wanita yang mempunyai pasangan seks yang ramai.

6. Wanita-wanita yang tidak menjalani ujian pap smear boleh dikategorikan sebagai golongan yang berisiko mengidap kanser pangkal rahim sebab kajian telah menunjukkan bahawa ujian pap smear boleh mencegah kanser pangkal rahim.


Sharing untuk para wanita (Jika lelaki yang membaca tolong di foward kepada kenalan wanita di sekitar anda)

1. Jangan Minum air ais, air bergas dan air kelapa ketika Haid.


2. Jangan mencuci rambut kerana liang kepala sedang terbuka pada saat haid kerana boleh menyebabkan sakit kepala ( kena angin kepala ), ini sangat berbahaya dan kesan ini boleh di rasakan saat muda dan masa tua.


3. Jangan makan mentimun semasa sedang haid kerana getah yang ada pada mentimun boleh menyebabkan haid tersisa di dinding rahim.


4. Selain itu semasa sedang haid, Tubuh tidak boleh terhantuk , terjatuh dan terpukul oleh benda keras terutama bahagian perut kerana boleh menyebabkan muntah darah , rahim boleh terluka ”

Penyelidikan membuktikan , minum ais semasa haid bolehmenyebabkan darah haid tersisa / terlekat di dinding rahim , selepas 5-10 thn boleh menyebabkan “kanser rahim.


“KETUMBUHAN DAN KANSER RAHIM”.


Tolong sebarkan info ini kepada semua wanita baik ibu, isteri, anak-anak kita, mahupun teman  wanita, sebagai keperihatinan kita terhadap semua yang bergelar wanita.

0 comments:

Post a Comment

KHASIAT TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SUAMI

TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SUAMI




TIDUR BERBANTALKAN LENGAN SUAMI (CELAH KETIAK)

Dari bancian ke atas 10 ribu pasangan yang berkahwin (sumber kajian MOHEMA) hanya kira-kira 45% sahaja isteri yang tidur berbantalkan lengan suami selepas 3 tahun berkahwin.

Dan hanya tinggal 21.7% sahaja isteri yang masih tidur berbantalkan lengan suami selepas 10 tahun usia perkahwinan.

Tahukah kaum isteri, bahawa hormon bau phero yang di rembes dari ketiak lelaki/suami boleh mengaktifkan hormon wanita/isteri hingga mereka merasa damai dan tenang?

Sebenarnya hampir 65% bau badan lelaki/suami datang dari celahan ketiak dimana kelenjar phero paling aktif.

Jadi para isteri semua, ketepikanlah bantal-bantal anda, tidurlah di atas lengan suami hingga ke pagi, hampirkan hidung di celahan ketiaknya.

Tidak di nafikan anda akan peroleh pengalaman yang cukup rilex dan tenang.

Ianya tanda bahawa bau phero suami anda sedang bertindak balas dengan kelenjar hormon anda (pengalaman ini hanya perempuan sahaja yang tahu bertapa asyik dan rilexnya)…

FAKTA….serius….

Dan dari kajian itu juga menyatakan isteri yang tidur di atas lengan suami akan tidur lebih lena dan mencapai tahap 7 hingga 8 dalam tahap lena tidur.

Dan peringatan untuk lelaki/suami, janganlah cukur ketiak anda togel, biarkan sedikit atau trim sikit saja bulu-bulu itu yang merupakan ejen penyebar bau phero yang di senangi wanita.

Jadi...pada isteri-isteri semua, anda semua praktikan ke tidur atas lengan suami?

Suami-suami semua, adakah anda cukur licin ketiak atau biarkan berbulu?

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ