Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PENJELASAN TENTANG UEC (Unified Examination Certificate)

UEC (Unified Examination Certificate)
Gambar hiasan dari google


UEC (Unified Examination Certificate) vs SPM/STPM

Bagi rakyat Malaysia yang tidak tahu, UEC adalah satu sijil pelajaran yang digunakan oleh sekolah persendirian Cina di Malaysia. Mereka ada sistem pendidikan sendiri di bawah seliaan Dong Zong (badan pendidikan Cina), sebab mereka tak mahu ikut sistem pendidikan kebangsaan. Tapi kebanyakan masih menjalankan subjek2 SPM kerana tak mahu ambil risiko pelajar tiada sijil SPM untuk bekerja kelak.

UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan disokong oleh tokoh2 sezaman seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin dari MCA. Zaman itu tokoh2 terawal semuanya bersemangat nasional yang tinggi. Tun Tan Siew Sin sendiri menolak idea penggunaan bahasa Cina sebagai medium di sekolah Malaysia. Tun Tan Siew Sin tidak disukai oleh aktivis pendidikan Cina. Zaman sekarang MCA pun sudah beralih kepimpinan dan pendirian.

Ada, seorang lelaki kelahiran China yang berpindah ke Malaysia atas desakan ekonomi dan menjadi guru di sekolah Cina Malaysia, bernama Lim Lian Geok, menjadi antara aktivis terkuat menuntut pendidikan Cina dan meminta bahasa Cina diiktiraf sebagai salah satu bahasa rasmi di Malaysia. Dengan bantuan institusi Dong Zong yang kuat, sehingga ke hari ini mereka masih menuntut agar pendidikan Cina diterima di Malaysia. Beliau dibuang kerakyatan kerana dianggap mencetuskan ketidakharmonian perpaduan kaum.

Beliau meninggal dunia dan tugu peringatannya dibina di jalan Maharajalela, dan menjadi tempat wajib ziarah tahunan oleh pelajar2 sekolah persendirian Cina. Beliau merupakan hero kepada pejuang pendidikan Cina.

Walaupun sekolah persendirian Cina tidak menerima bantuan dana dari kerajaan, tetapi sekolah mereka jauh lebih mewah dari segi infrastruktur dan kemudahan. Sumbangan kewangan banyak diberikan sendiri oleh masyarakat Cina setempat agar sekolah ini terus kekal.

Medium pengajaran utama subjek untuk UEC adalah dalam bahasa Cina dan hanya ada satu subjek BM disertakan (untuk cukup syarat dan lebih mudah dari BM SPM).

Oleh kerana sijil UEC tidak diiktiraf Malaysia, pelajar sekolah persendirian Cina yang mengambil UEC perlu pergi ke negara yang menerima UEC seperti China dan Taiwan untuk menyambung pengajian. Hujahnya, kerana sijil tersebut tidak begitu selaras dengan dasar pendidikan dan wawasan negara, dan juga untuk melindungi keistimewaan sijil STPM untuk masuk ke pengajian tinggi awam Malaysia.

Tetapi tidak jadi masalah, kerana kebanyakan pelajar yang masuk ke sekolah persendirian Cina adalah dari golongan berada dan berkemampuan. Mereka mampu membelanjakan duit untuk pergi ke universiti di China dan Taiwan. Tetapi mereka harus melupakan hasrat untuk bekerja dengan kerajaan atau badan2 syarikat yang tidak menerima sijil yang tidak sah.

Kini, MCA dan DAP kedua2nya memperjuangkan untuk mendesak kerajaan mengiktiraf UEC supaya boleh digunakan di Malaysia. Ini juga demi kepentingan orang Cina yang berpendidikan Cina. (Dalam konteks kaum, MCA dan DAP boleh bersatu)

Jika UEC diiktiraf, apa kesannya?

Kita akan jadi ada dua sijil yang langsung tidak selaras. Pelajar yang ambil UEC tidak perlu lagi ambil SPM dan mengikuti silabus yang sama dengan pelajar Malaysia yang lain. UEC dilaksanakan di sekolah2 persendirian Cina yang berpopulasi majoriti besar 99% pelajar kaum Cina yang AMAT kurang pendedahan komunikasi dengan pelajar dari kaum lain.

Mengiktiraf UEC bermakna kita akan melahirkan generasi kaum Cina yang semakin terpisah daripada idea asimilasi dan pergaulan antara kaum dan kita akan menambahkan jarak hubungan antara kaum, sekaligus meletakkan angan2 Bangsa Malaysia itu jauh sekali di langit yang ketujuh.

Selain itu ialah kesan Domino, iaitu selepas pengiktirafan UEC, sekolah2 SJKC yang semakin bertambah ini (yang menggunakan medium bahasa Cina) tidak mustahil untuk menukarkan silabus mereka daripada silabus kebangsaan kepada silabus UEC.

Selepas UEC diiktiraf dan bahasa mandarin digunakan meluas, apakah lagi alasan supaya bahasa Cina tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara Malaysia? Inilah yang diperjuangkan oleh Dong Zong sejak pra kemerdekaan lagi. Begitulah kesan Domino yang saya maksudkan.

Timbalan Menteri Pendidikan terkini adalah dari DAP dan dia sudahpun didesak oleh MCA hari ini untuk melaksanakan janjinya (dalam manifesto) untuk minta Malaysia iktiraf UEC dalam masa 30 hari. Dengan pendirian Perdana Menteri yang endah tak endah, saya rasa inilah peluang terbaik mereka untuk menjayakan idea ini.

Disebabkan majoriti besar rakyat Malaysia tidak tahu menahu apa itu UEC, jadi saya menjalankan tanggungjawab saya untuk menambahkan ilmu anda. Akhirnya anda akan tahu yang perkara ini bukan perkara kecil. Ini demi masa depan, seluruh rakyat Malaysia. Saya meletakkan kapasiti saya sebagai seorang pengkaji, ahli akademik. Bukan sebagai orang Melayu/Korea yang bakal dituduh rasis. Jika anda rasa saya tidak cukup kredibiliti, sila rujuk Prof Dato Teo Kok Seong, seorang Profesor dan seorang Cina.



Sila tekan butang share 😤. Ramai yang like, tapi taknak orang lain baca bersama. Sharelah, dapat pahala kongsi ilmu. Bai.


Sumber perkongsian dari group wasap... kredit pada penulis asal

0 comments:

Post a Comment

KESESATAN AKIDAH AJARAN AHMADIYAH

KESESATAN AJARAN AHMADIYAH




Semalam netizen heboh satu Malaysia apabila hakim Mahkamah Tinggi Shah Alam, Datuk Vazeer Alam Mydin Meera, membuat keputusan menyebelahi permohonan semakan oleh 39 pengikut fahaman itu atas dasar pihak berkuasa agama Islam di Selangor tidak mengiktiraf Ahmadiah sebagai orang Islam.

Mahkamah merujuk kepada fatwa yang diwartakan di Selangor pada 2001 yang mengisytiharkan pengikut ajaran itu sebagai sesat.

Disebabkan fatwa itu, maka Jais tidak memiliki bidang kuasa untuk menyiasat dan mendakwa mereka atas kesalahan di bawah Enakmen Jenayah Islam Negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Mujahid Yusuf berkata, keputusan mahkamah itu tidak bermakna beliau memihak kepada pengikut ajaran Ahmadiah dan membenarkan fahaman itu disebarluaskan di seluruh negara.




KESESATAN AKIDAH QADIANI / AHMADIAH
Ajaran ini diasaskan oleh Mirza Ghulam di India pada 1889.



Mirza Ghulam ini sangat terpengaruh untuk menjadi org yg mencetuskan reformasi.

Pada 1891, Nuruddin Bhairawi telah mencadangkan Mirza Ghulam untuk mengakui dan mengangkat dirinya sendiri sebagai Imam Mahdi. Mirza Ghulam menerima candangan itu pd tahun yg sama.

Mirza Ghulam juga kemudiannya mendakwa bahawa Al Masih Al Isa tidak akan turun kerana kononnya dia telah menjadi pengganti Al Masih Isa. Kemudian, Mirza Ghulam juga mendakwa bahawa Nabi Isa A.S tidak diangkat ke langit tetapi dibunuh dan mati.

Kemudian di salam khutbahnya juga mendakwa bahawa dia menerima wahyu. Kononnya wahyu itu bukan dengan perantaraan Jibril tetapi terus dari tuhan. Pada 1901,dia mengakui dirinya sebagai seorang nabi.

Mirza Ghulam juga menafikan kewajiban jihad dan mewajibkan taat pada Inggeris.

Dia juga menyelewengkan ayat2 Al-Quran. Pandangan lebih seleweng apabila mereka beriman bahawa Malaikat ialah pancaindera tuhan. Mereka juga boleh mengerjakan haji di Qadian.

Maka jelaslah pandangan Qadiani ini telah jauh menyimpang dari Islam.

Wallahualam
___________________________
~ Ibnu Tuzah ~



Sumber: http://revolusimelayubaru.blogspot.com

KESESATAN AJARAN AHMADIYAH





KESESATAN AJARAN AHMADIYYAH

Salah sangka kalau menyatakan Ahmadiyah sebagai bahagian dari kaum Muslimin. Menganggap Ahmadiyah sama dengan Muhammadiyah, Nahdatul Ulama, Hizbut Tahrir dan ormas Islam lainnya tentulah sangat keliru.

Memang banyak kaum Muslimin yang tidak mengerti dan menganggap Ahmadiyah sama dengan kaum Muslimin lainnya lantaran jemaat Ahmadiyah juga melaksanakan shalat, tempat ibadahnya juga masjid, mengenakan kopiah.

Padahal ada perbedaan mendasar antara keduanya. Jadi bukan sekadar perbedaan furu’iyah (masalah cabang) tapi sudah berbeda secara akidah.

Kitab mereka, Tazkirah -kitab yang dianggap memuat wahyu-wahyu suci, yang diturunkan oleh ALlah kepada si nabi palsu Mirza Ghulam Ahmad- menjelaskan kesesatan nyata dari Ahmadiyah.

Kitab itu menyebut Mirza Ghulam Ahmad sebagai Rasul setelah Rasulullah Muhammad SAW. Ini suatu yang sangat menyesatkan. Sebagaimana Tazkirah hal: 496 disebutkan: “Wahai Ahmad (Mirza Ghulam Ahmad), kamu telah dijadikan sebagai seorang Rasul.”

Dan hal ini sangat bertentangan dengan Al-Quran Surat al-Ahzab: 40. Begitu pula bertentangan dengan banyak hadits yang menerangkan tidak adanya kenabian setelah wafatnya Rasulullah saw, bahkan beliau menjuluki mereka yang mengaku nabi atau rasul sepeninggal beliau dengan julukan Dajjal. (lihat HR. Bukhari, no: 3609, dan HR. Muslim, no: 157)

Ahmadiyah mengklaim, bahawa kaum Muslimin yang tidak mengikuti ajaran sesat mereka adalah musuh. Ahmadiyah meyakini bahawa seorang Muslim yang tidak percaya kepada klaim Ghulam Ahmad sebagai nabi dan rasul, maka ia itu adalah kafir kerana dalam “wahyu setan” Tazkirah hal. 402 tertulis “Musuh akan berkata, kamu bukanlah orang yang diutus (oleh ALlah)” (saya-quulu al-‘aduwwu lasta mursalan).

Vonis pengafiran terhadap kaum Muslimin lainnya menyatakan, “Barangsiapa mengingkari Ghulam Ahmad sebagai nabi dan rasul ALlah, maka ia telah kafir kepada nash Al-Quran. Kami mengafirkan kaum Muslimin kerana mereka membeda-bedakan para rasul, mempercayai sebahagian dan mengingkari sebahagian lainnya. Jadi, mereka itu kaum kafir!” (al-Fazal hal. 5, Juni 1922).

Selain kesesatannya, Ahmadiyah juga merupakan antek penjajah Inggeris. Mirza Ghulam Ahmad al-Qadiyani dengan bangga memberikan testimoni, “Mayoritas orang yang menjadi pengikutku adalah para pegawai sipil pemerintah Inggeris golongan eselon tinggi, pejabat teras dan para pengusaha milyarder, termasuk advokat (pengacara), pelajar yang silau dengan kemajuan Inggeris dan para ulama yang menjadi antek pemerintah di masa lalu atau yang masih aktif menjadi “kacung” yang melayani mereka, sehingga memperoleh keridhoannya…

Saya dan para ulama yang menjadi pengikutku bertugas mempropagandakan kebaikan-kebaikan pemerintah kolonial Inggeris agar diterima di hati banyak orang.” (‘Ariidhah Ghu-laam al-Qaadiyanii 7/18)

Beragam kesesatan Ahmadiyah telah banyak diungkap. Salah satunya oleh Komite Fiqih Islam Internasional (Majma’ al-Fiqh al-Islami), yakni:

• Meyakini bahawa ALlah seperti manusia, melakukan puasa, shalat, tidur, bangun, menulis dan bersalah, bahkan melakukan hubungan seksual.

• Meyakini bahawa tuhan mereka berkebangsaan Inggeris, yang berbicara kepada Mirza Ghulam Ahmad dengan bahasa Inggeris.

• Meyakini bahawa kenabian belum selesai dan masih akan terus ada, meyakini bahawa malaikat Jibril turun kepada Mirza Ghulam Ahmad dan memberinya wahyu, meyakini bahawa tidak ada Al-Quran kecuali yang dibawa oleh Mirza Ghulam Ahmad.

• Meyakini bahawa kitab suci mereka diturunkan dengan nama “al-Kitab al-Mubiin”, dan itu bukan Al-Quran.

• Meyakini bahawa perintah jihad tidak pernah ada dan mereka fanatik buta dengan keinginan penjajah Inggeris, meyakini bahawa hukum khamar (arak), opium, narkotika dan zat adiktif lainnya tidak haram. Dan sangat sesatnya Ahmadiyah meyakini bahwa Mirza Ghulam Ahmad adalah ANAK TUHAN.

Kesesatan-kesesatan Ahmadiyah tertuang dalam buku-buku, jurnal dan publikasi mereka sendiri, walaupun sekarang pengikut Jemaah Ahmadiyah Indonesia (JAI) selalu “berbohong” mengelaknya. Jadi masihkah Anda menganggap Ahmadiyah bagian dari kaum Muslimin?

Jemaat Ahmadiyah Bertaubat

Sebanyak 16 orang warga Jemaat Ahmadiyah Indonesia (JAI), Selasa (27/3/2012) asal Kampung, Ciparay, Desa Cibeber, Kecamatan Campaka, Kabupaten Cianjur, Jawa Barat bertaubat dan menyatakan keluar dari Jemaat Ahmadiyah Indonesia (JAI).

Ikrar pertaubatan yang dibarengi pengucapan kembali dua kalimat syahadat disaksikan pengurus Majelis Ulama Indonesia (MUI) Cianjur di Aula Gedung Badan amil Zakat (BAZ), Cianjur. “Kami baru menyadari ternyata ajaran Ahmadiyah yang kami anut selama ini tidak benar," ucap Komar, anggota Ahmadiyah yang bertaubat.

Seperti halnya di Cianjur, di kampung Tolenjeng Sukagalih, Tasik Malaya, sudah banyak juga Jemaat Ahmadiyah yang kembali mengucapkan dua kalimat syahadat. Di desa yang termaksud basis terbesar Ahmadiyah di Tasik Malaya ini sudah 72 orang yang kembali bersyahadat.

Salah satunya Kang Maman, saat berbincang dengan Media Umat, ia mengungkapkan kalau masuknya dia ke jemaat Ahmadiyah lantaran ketidaktahuannya terhadap ajaran-ajaran Ahmadiyah.

“Waktu itu saya lihat tidak ada perbedaan Ahmadiyah dengan umat Islam lainnya, kami waktu itu tetap menjalankan shalat seperti biasanya di masjid. Jadi kelihatannya tidak ada yang aneh, biasa aja,” ujarnya.

Setelah banyak peristiwa yang terjadi di tempat tinggalnya dan mengetahui sedikit demi sedikit kesesatan Ahmadiyah, ia dan istrinya kembali bersyahadat dan memeluk Islam.

Fatih Mujahid
Publis; Tabloit Media Umat Edisi 81 (4-17 Mei 2012)

Malaysiakini melaporkan pengikut ajaran sesat Ahmadiah bebas mengamalkan ajaran mereka secara terbuka, rujuk di sini: https://m.malaysiakini.com/news/433041

0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ