Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



PENJELASAN TENTANG UEC (Unified Examination Certificate)

UEC (Unified Examination Certificate)
Gambar hiasan dari google


UEC (Unified Examination Certificate) vs SPM/STPM

Bagi rakyat Malaysia yang tidak tahu, UEC adalah satu sijil pelajaran yang digunakan oleh sekolah persendirian Cina di Malaysia. Mereka ada sistem pendidikan sendiri di bawah seliaan Dong Zong (badan pendidikan Cina), sebab mereka tak mahu ikut sistem pendidikan kebangsaan. Tapi kebanyakan masih menjalankan subjek2 SPM kerana tak mahu ambil risiko pelajar tiada sijil SPM untuk bekerja kelak.

UEC tidak diiktiraf oleh kerajaan Malaysia sejak zaman Tunku Abdul Rahman dan disokong oleh tokoh2 sezaman seperti Tun Tan Cheng Lock, Tun Tan Siew Sin dari MCA. Zaman itu tokoh2 terawal semuanya bersemangat nasional yang tinggi. Tun Tan Siew Sin sendiri menolak idea penggunaan bahasa Cina sebagai medium di sekolah Malaysia. Tun Tan Siew Sin tidak disukai oleh aktivis pendidikan Cina. Zaman sekarang MCA pun sudah beralih kepimpinan dan pendirian.

Ada, seorang lelaki kelahiran China yang berpindah ke Malaysia atas desakan ekonomi dan menjadi guru di sekolah Cina Malaysia, bernama Lim Lian Geok, menjadi antara aktivis terkuat menuntut pendidikan Cina dan meminta bahasa Cina diiktiraf sebagai salah satu bahasa rasmi di Malaysia. Dengan bantuan institusi Dong Zong yang kuat, sehingga ke hari ini mereka masih menuntut agar pendidikan Cina diterima di Malaysia. Beliau dibuang kerakyatan kerana dianggap mencetuskan ketidakharmonian perpaduan kaum.

Beliau meninggal dunia dan tugu peringatannya dibina di jalan Maharajalela, dan menjadi tempat wajib ziarah tahunan oleh pelajar2 sekolah persendirian Cina. Beliau merupakan hero kepada pejuang pendidikan Cina.

Walaupun sekolah persendirian Cina tidak menerima bantuan dana dari kerajaan, tetapi sekolah mereka jauh lebih mewah dari segi infrastruktur dan kemudahan. Sumbangan kewangan banyak diberikan sendiri oleh masyarakat Cina setempat agar sekolah ini terus kekal.

Medium pengajaran utama subjek untuk UEC adalah dalam bahasa Cina dan hanya ada satu subjek BM disertakan (untuk cukup syarat dan lebih mudah dari BM SPM).

Oleh kerana sijil UEC tidak diiktiraf Malaysia, pelajar sekolah persendirian Cina yang mengambil UEC perlu pergi ke negara yang menerima UEC seperti China dan Taiwan untuk menyambung pengajian. Hujahnya, kerana sijil tersebut tidak begitu selaras dengan dasar pendidikan dan wawasan negara, dan juga untuk melindungi keistimewaan sijil STPM untuk masuk ke pengajian tinggi awam Malaysia.

Tetapi tidak jadi masalah, kerana kebanyakan pelajar yang masuk ke sekolah persendirian Cina adalah dari golongan berada dan berkemampuan. Mereka mampu membelanjakan duit untuk pergi ke universiti di China dan Taiwan. Tetapi mereka harus melupakan hasrat untuk bekerja dengan kerajaan atau badan2 syarikat yang tidak menerima sijil yang tidak sah.

Kini, MCA dan DAP kedua2nya memperjuangkan untuk mendesak kerajaan mengiktiraf UEC supaya boleh digunakan di Malaysia. Ini juga demi kepentingan orang Cina yang berpendidikan Cina. (Dalam konteks kaum, MCA dan DAP boleh bersatu)

Jika UEC diiktiraf, apa kesannya?

Kita akan jadi ada dua sijil yang langsung tidak selaras. Pelajar yang ambil UEC tidak perlu lagi ambil SPM dan mengikuti silabus yang sama dengan pelajar Malaysia yang lain. UEC dilaksanakan di sekolah2 persendirian Cina yang berpopulasi majoriti besar 99% pelajar kaum Cina yang AMAT kurang pendedahan komunikasi dengan pelajar dari kaum lain.

Mengiktiraf UEC bermakna kita akan melahirkan generasi kaum Cina yang semakin terpisah daripada idea asimilasi dan pergaulan antara kaum dan kita akan menambahkan jarak hubungan antara kaum, sekaligus meletakkan angan2 Bangsa Malaysia itu jauh sekali di langit yang ketujuh.

Selain itu ialah kesan Domino, iaitu selepas pengiktirafan UEC, sekolah2 SJKC yang semakin bertambah ini (yang menggunakan medium bahasa Cina) tidak mustahil untuk menukarkan silabus mereka daripada silabus kebangsaan kepada silabus UEC.

Selepas UEC diiktiraf dan bahasa mandarin digunakan meluas, apakah lagi alasan supaya bahasa Cina tidak diiktiraf sebagai bahasa rasmi negara Malaysia? Inilah yang diperjuangkan oleh Dong Zong sejak pra kemerdekaan lagi. Begitulah kesan Domino yang saya maksudkan.

Timbalan Menteri Pendidikan terkini adalah dari DAP dan dia sudahpun didesak oleh MCA hari ini untuk melaksanakan janjinya (dalam manifesto) untuk minta Malaysia iktiraf UEC dalam masa 30 hari. Dengan pendirian Perdana Menteri yang endah tak endah, saya rasa inilah peluang terbaik mereka untuk menjayakan idea ini.

Disebabkan majoriti besar rakyat Malaysia tidak tahu menahu apa itu UEC, jadi saya menjalankan tanggungjawab saya untuk menambahkan ilmu anda. Akhirnya anda akan tahu yang perkara ini bukan perkara kecil. Ini demi masa depan, seluruh rakyat Malaysia. Saya meletakkan kapasiti saya sebagai seorang pengkaji, ahli akademik. Bukan sebagai orang Melayu/Korea yang bakal dituduh rasis. Jika anda rasa saya tidak cukup kredibiliti, sila rujuk Prof Dato Teo Kok Seong, seorang Profesor dan seorang Cina.



Sila tekan butang share 😤. Ramai yang like, tapi taknak orang lain baca bersama. Sharelah, dapat pahala kongsi ilmu. Bai.


Sumber perkongsian dari group wasap... kredit pada penulis asal


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ