Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kapal Peronda China Kesan Satu Isyarat Di Lautan Hindi, Mungkinkah MH370?




KUALA LUMPUR - 5/4/2014: Sebuah kapal peronda China, Haixun mengesan isyarat getaran dengan frekuensi 37.5 kHz di kawasan carian pesawat penerbangan MH370 di selatan Lautan Hindi, lapor agensi berita Xinhua.

Sebuah syarikat pengeluar 'pinger' memberitahu CNN, frekuensi itu adalah isyarat yang standard daripada kotak hitam atau secara khusus perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan.

"Frekuensi itu sama," kata Anish Patel, presiden syarikat Dukane Seacom kepada CNN.

Penemuan terbaru ini bagaimanapun belum disahkan oleh Pusat Penyelarasan Agensi Bersama di Perth yang menyelaraskan gerakan mencari pesawat Malaysia Airlines itu di selatan Lautan Hindi.

Pakar bagaimanapun mengingatkan isyarat itu mungkin boleh jadi datang daripada benda lain selain daripada pesawat.

Menurut laporan AFP, carian kapal Cina Haixun 01 mengesan denyutan berkenaan kira-kira 25 darjah latitud selatan dan 101 darjah longitud timur.


"Denyutan yang dikesan oleh Haixun 01 masih belum dikenal pasti lagi," kata Pusat Maritim Mencari dan Menyelamat China dalam akaun microblog mereka.

Menteri Pertahanan Australia David Johnston berkata beliau tidak menerima laporan mengenai isyarat berkenaan dan memberi amaran ia mungkin bukan dari pesawat MH370.

"Ini bukan kali pertama kita mempunyai sesuatu yang kemudian menjadi sesuatu yang mengecewakan," katanya kepada televisyen ABC.

"Saya hanya akan menunggu (Ketua Pusat Penyelarasan Agensi Bersama) Angus (Houston) dan pasukan beliau dan pasukan saya untuk tampil ke hadapan dengan sesuatu yang positif kerana ini adalah tugas yang sangat sukar."

Perkembangan ini menyusul selepas 29 hari pesawat Boeing 777-200 itu hilang semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada 8 Mac lepas.

Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein beberapa jam sebelum laporan Xinhua itu terbit mengumumkan pembentukan tiga jawatankuasa kabinet untuk menangani isu kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia itu.


1 comments:

Post a Comment

MH370: Ahli Keluarga Dapat Hubungi Penumpang, Syarikat Telco Enggan Komen


Baguslah enggan jawab...kalau jawab bermacam-macam lagi spekulasi yang akan timbul...



SHAH ALAM – Penyedia perkhidmatan dan syarikat telekomunikasi di Malaysia, tidak dapat memberikan sebarang maklum balas berkaitan dakwaan ahli keluarga dapat menghubungi penumpang pesawat MH370, yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Ketika dihubungi Sinar Harian, pihak terbabit menyatakan, sebarang kenyataan berkaitan sewajarnya diajukan kepada pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Jelas pihak tersebut lagi, pelbagai agensi media lain juga turut mendapat maklum balas sama berkaitan dakwaan itu.

Sebelum ini timbul beberapa spekulasi apabila penumpang pesawat MH370 berjaya dihubungi oleh ahli keluarga mereka.

Bagaimanapun, panggilan telefon berkenaan tidak berjawab, meskipun kedengaran nada dering.

Selain itu, terdapat juga spekulasi, salah seorang penumpang MH370, Philip Wood meminta pertolongan melalui laman forum 4plebs.org yang memberitahu pesawat MH370 berada pangkalan rahsia Amerika Syarikat di Lautan Hindi iaitu Diego Garcia.

Menerusi forum tersebut, Philip Wood telah sempat memuat naik sekeping gambar hitam sebagai gambar profil.- Sinar


Baca juga di sini


1 comments:

Post a Comment

MH370: Bagaimana Jika Tidak Terhempas? Maldives Atau Diego Garcia Lokasi Paling Mungkin


SPEKULASI berhubung MH370 sentiasa wujud sejak hari pertama pesawat MAS itu hilang 8 Mac lalu dan spekulasi atau teori ini akan tetap dibangkitkan di internet selagi pesawat ini tidak berjaya ditemui.

Sehingga kini, pasukan mencari dan menyelamat (SAR) masih gagal menemui sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Walaupun sebelum ini satelit telah berjaya mencerap beberapa objek di selatan Lautan Hindi dan pesawat menjumpai serpihan di lokasi SAR namun ia disahkan bukan milik MH370.

Terdapat pelbagai spekulasi yang dibangkitkan termasuk yang mengatakan pesawat itu sudah mendarat secara rahsia di China dan ada juga yang mendakwa pesawat mendarat di Pakistan ataupun Hong Kong.

Namun, terdapat satu teori yang dilihat mendapat respons yang tinggi dari masyarakat dunia iaitu teori pesawat mendarat di Diego Garcia, sebuah pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Lautan Hindi.

Diego Garcia terletak di selatan Kepulauan Maldives dan merupakan pangkalan tentera AS yang penting dalam kempen serangan AS terutama terhadap Iraq dan Afghanistan.

Dakwaan penduduk Maldives kukuh

Spekulasi yang mengaitkan Diego Garcia ini mula dibangkitkan secara serius apabila apabila penduduk di Maldives mendakwa melihat pesawat terbang rendah di selatan kepulauan tersebut.

Ada pihak mendakwa pesawat tersebut merupakan MH370 dan telah mendarat di Diego Garcia kerana kedudukan kedua-dua pulau yang berdekatan.

Jarak antara Diego Garcia dengan Addu City, yang terletak di selatan Kepulauan Maldives (Pulau Addu) adalah 740km.

Difahamkan, teori ini timbul berdasarkan kiraan secara kasar waktu MH370 membuat pusingan balik di sempadan Malaysia – Vietnam dan waktu ketika penduduk Maldives melihat pesawat tersebut.

MH370 berlepas dari KLIA pada 12.41 pagi dan pesawat ini terputus hubungan pada 1.21 pagi.

Jika diambil kira penerbangan dari KLIA ke Maldives iaitu sekitar 4 jam, 24 minit dan waktu penduduk Maldives melihat pesawat iaitu 6.15 pagi, jumlah waktu penebangan ini adalah relevan.

Ini kerana, waktu penerbangan ini perlu ditambah 40 minit iaitu tempoh MH370 berpatah balik hingga kedudukan pesawat hilang dari radar.

Teori penduduk Maldives ini tidak boleh ditolak begitu sahaja kerana penduduk di Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan, Perak dan Terengganu juga mendakwa mereka melihat pesawat terbang rendah pada hari malang buat MH370 itu.

Difahamkan, pesawat tersebut adalah MH370 berdasarkan radar tentera yang berjaya mengesan pesawat tersebut membuat pusingan balik menghala ke Selat Melaka.

Spekulasi Diego Garcia terus berada di tempat pertama

Selain itu, teori Diego Garcia ini juga dikaitkan menerusi mimpi seorang ustaz yang mendakwa MH370 mendarat di sebuah pangkalan tentera dan penumpang serta kru masih selamat.

Antara teori yang menarik berhubung Diego Garcia adalah spekulasi bahawa tentera AS telah mengawal MH370 sebaik sahaja pesawat itu hilang dari radar.

Spekulasi tersebut mengaitkan dakwaan tentang wujud peralatan ketenteraan yang menjadi rebutan kuasa besar dunia dalam pesawat tersebut.

Alat tersebut dikatakan berkemampuan untuk mengmengawal Drone tanpa pemandu yang pernah digunakan ketika AS berperang di Afghanistan.

Difahamkan, China berusaha untuk membawa pulang sistem ketenteraan ini menerusi laluan pesawat komersil yang dianggap lebih selamat.

Namun, AS berjaya memintas pesawat ini dan membawa MH370 keluar dari radar Malaysia menuju ke Lautan Hindi bagi mengelak di kesan radar mana-mana negara dan kemudiannya dibawa ke Diego Garcia untuk disimpan di sana.

Nasib penumpang tidak diketahui tetapi pesawat MH370 itu dikatakan diterbangkan semula untuk terhempas Lautan Hindi menggunakan sistem kawalan jarak jauh.

Apa yang paling menarik dalam spekulasi ini adalah landasan lapangan terbang Diego Garcia adalh antara lima penemuan pasukan penyiasat dalam program simulator milik Kapten Zaharie Ahmad Shah yang diambil dari rumahnya di Shah Alam.

Selain Diego Garcia, antara perisian landasan yang diperiksa setakat ini ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Male di Maldives serta tiga lagi landasan di India dan Sri Lanka, yang semuanya mempunyai jarak landasan lebih 1,500 meter.

Namun, pihak penyiasat sehingga kini masih menafikan dakwaan MH370 mendarat di Diego Garcia dan pasukan penyiasat berpegang kepada maklumat bahawa MH370 berakhir di Selatan Lautan Hindi.

Berakhir, bukannya terhempas di Lautan Hindi

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan bahawa pesawat MH370 berakhir di Lautan Hindi berdasarkan kepada siasatan syarikat satelit Inmarsat dan Air Accident Investigation Branch (AAIB) di Britain.

Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dalam temubual bersama media tempatan memberitahu berhubung persoalan mengenai Diego Garcia, beliau sendiri akan bertanya kepada AS dalam Forum Pertahanan Amerika Syarikat-Asean yang bermula kelmarin.

Spekulasi sentiasa wujud, selagi operasi SAR di selatan Laut Hindi tidak berjaya menjumpai sebarang objek yang boleh dikaitkan dengan MH370.

Sehingga kini operasi SAR yang diketuai Australia masih gagal menemui petunjuk yang jelas di mana pesawat ini berada dan mereka kini sedang berusaha untuk mengesan perakam kotak hitam milik MH370 sebelum kuasa baterinya habis.

Menteri Pertahanan Australia, David Johnston mengakui, usaha mencari kotak hitam itu hanya mempunyai peluang tipis berikutan serpihan pesawat perlu dikenal pasti terlebih dahulu bagi mengesan lokasi kemalangan pesawat tersebut.

“Kami mempunyai kira-kira seminggu sahaja untuk mengesan kotak hitam pesawat MH370. Malah, ia juga bergantung kepada suhu, kedalaman dan tekanan laut, berapa lama kuasa baterinya boleh bertahan,” katanya.

Tumpuan siasatan kini masih tertumpu kepada empat elemen iaitu melibatkan rampasan, sabotaj, masalah peribadi kru dan penumpang.

Sehingga kini siasatan polis telah selesai dan polis mendapati semua penumpang pesawat MAS yang hilang “bersih” daripada elemen rampas, sabotaj dan masalah psikologi dan peribadi.

Namun, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, siasatan terhadap anak kapal termasuk juruterbang dan pembantu juruterbang masih dijalankan.

Menurut sumber yang enggan dikenali, arah tuju pesawat yang menghala ke Lautan Hindi itu sendiri telah jelas menunjukkan pesawat itu dirampas dan bukan akibat masalah pada pesawat ataupun dikawal dari jarak jauh.

“Pesawat itu menuju ke Lautan Hindi iaitu lautan yang amat sunyi dan sudah tentu ia menuju ke suatu tempat yang tidak diketahui.

“Saya percaya ia melibatkan rampasan tetapi yang menjadi persoalan ialah siapa dan mengapa pesawat itu dirampas,” katanya kepada Sinar Harian.

Spekulasi-spekulasi yang timbul tidak wajar ditolak mentah-mentah kerana sehingga kini bukti atau petunjuk yang boleh dikaitkan dengan MH370 masih belum ada.

Apa sahaja yang dibangkitkan di internet masih boleh diterima, sekiranya teori tersebut mempunyai fakta atau hujah sokongan yang relevan.

Kini, kesemua persoalan berhubung ‘di mana MH370′ tertumpu kepada operasi SAR yang diketuai oleh Australia, sama ada jawapan ini terjawab dalam masa terdekat ataupun tidak, ia bergantung kepada ketentuan Tuhan, kita manusia hanya mampu merancang sahaja.- sinar

0 comments:

Post a Comment

MH370: Kos Carian Termahal Dalam Sejarah Cecah RM160.8 Juta!

Kos Carian Termahal Dalam Sejarah

MH370: Kos mencari cecah RM160.8 juta, termahal dalam sejarah?

5/4/2014 - Kos misi mencari dan siasatan ke atas pesawat Penerbangan Malaysia MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu bakal menjadi misi paling mahal dalam sejarah penerbangan, menurut angka yang dianggarkan oleh Fairfax Media.

Selepas empat minggu, ia sudahpun melepasi kos misi mencari pesawat Air France AF447 yang sebelum ini memegang rekod paling mahal dengan nilai perbelanjaan mencecah $50 juta (RM163.98).

Kos perbelanjaan tinggi ini melibatkan kapal laut, satelit, kapal terbang dan kapal selam yang dihantar ke Laut China Selatan dan Selat Melaka dan selepas itu ke Lautan Hindi pula.

Kos Carian Termahal Dalam Sejarah



Memetik laporan The Sydney Morning Herald, kos kegunaan kapal HMAS Success milik Australia yang digunakan dua minggu lepas berjumlah $510,400 (RM1.67 juta) sehari. Kos HMAS Toowoomba pula berjumlah $352,640 (RM1.16 juta) termasuk kos minyak dan kru untuk satu hari. Bila kos kedua-dua kapal ditambah, ia mencecah $9.28 juta (RM30.43 juta) untuk berada di Lautan Hindi.

Laporan yang sama turut berkata bahawa pihak Amerika Syarikat telah berbelanja sebanyak $3.06 juta (RM10.04 juta) untuk kegunaan pesawat dan kapal mereka. Tentera Amerika Syarikat turut berbelanja sebanyak $3.62 juta (RM11.87 juta) bagi kegunaan 'Towed Pinger Locator' (TPL)' untuk mencari kotak hitam pesawat MH370.

Vietnam pula telah berbelanja $8.07 juta (RM26.47 juta) bagi penggunaan lapan pesawat mereka.

Akhbar berkenaan melaporkan bahawa kos lain pula termasuk wang yang diberi oleh kerajaan Malaysia sebanyak $5000 (RM16397.50) kepada ahli keluarga penumpang (bukan kru) dan jumlah keseluruhan menjadi $1.16 juta (RM3.8 juta). Jumlah boleh mencecah $49.18 juta (RM161.29 juta) namun ia bukan angka keseluruhan kerana ia melibatkan 26 negara.

Ketua Penyelaras Pusat Penyelarasan Agensi Bersama, Angus Houston berkata beliau akan memberikan angka sebenar dalam masa terdekat. “Ia memerlukan wang yang banyak,” jelas beliau. - Awani


1 comments:

Post a Comment

Radar AS Di Diego Garcia Mampu Kesan MH370



SHAH ALAM – Radar ketenteraan milik Amerika Syarikat di Diego Garcia mampu menjejaki pesawat MH370 sekiranya lokasi penerbangan terakhir adalah di Lautan Hindi.

Pakar Kejuruteraan Penerbangan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Dr Rizal Effendy Mohd Nasir berkata, radar jenis Active Electronically Scanned Array (AESA) yang digunakan di pangkalan ketenteraan itu dipercayai boleh mengesan sebarang isyarat atau objek walaupun ianya bersaiz kecil.

“Radar itu boleh mengesan sesuatu pesawat atau kapal yang berada ribuan meter diatas udara mahupun laut beserta dengan jenisnya, kelajuan dan sebagainya,” katanya.

Menurutnya, setiap kapal dan pesawat yang terdapat dipengkalan ketenteraan terbabit juga dilengkapi dengan radar pertahanan udara.


Jenis – jenis AESA

“Bukan sekadar pesawat atau kapal perang, kapal minyak mereka di Diego Garcia juga dilengkapi dengan kecanggihan radar yang mampu mengesan objek beribu-ribu kilometer jauhnya termasuk apa yang terkandung didasar lautan Hindi,” katanya.

Dalam perkembangan sama, Dr Rizal berkata, dirinya berkeyakinan penuh setiap kemudahan dan peralatan ketenteraan yang terdapat di Diego Garcia berfungsi untuk menangani sebarang pencerobohan daripada anasir luar.

“Perkara itu sememangnya menimbulkan persoalan besar. Mustahil MH370 tidak dikesan oleh tentera Amerika Syarikat sekiranya lokasi terakhir yang dikesan adalah lautan Hindi,” katanya.

Sementara itu, Pakar Penerbangan, Leftenan Kolonel (B) Mohamed Tarmizi Ahmad berkata, sebilangan besar aset yang berada dipangkalan tentera Amerika Syarikat itu dilihat dapat membantu sekaligus menjayakan misi pencarian pesawat MH370 di selatan Lautan Hindi.

“Secara dasarnya mereka mampu. Mereka mempunyai kapal terbang dan kapal laut yang boleh bergerak dengan pantas. Ia juga menggunakan teknologi terkini dan canggih.

“Harus diingat bahawa peralatan ini digunakan bagi mencari logam yang besar di bawah laut. Ia juga boleh membantu mengesan logam pesawat,” katanya.

Selain itu, katanya, radar jenis Over The Horizon (OTH) merupakan antara radar yang dimiliki Amerika Syarikat selain disifatkan boleh membantu mengesan MH370.

“Saya tak melihat ianya radar yang paling canggih namun radar jenis ini banyak dipakai oleh tentera Amerika Syarikat dan Britain. Isyarat daripada radar ini dikatakan mampu mengesan objek sejauh 200 batu nautika,” katanya.-SH.

2 comments:

Post a Comment

Wow!! KLIA Dipilih Lapangan Terbang Kedua Terbaik Dunia

KLIA Dipilih Lapangan Terbang Kedua Terbaik Dunia


4/4/2014 - LAPANGAN Terbang Antarabangsa KL (KLIA) dipilih sebagai lapangan terbang kedua terbaik pada Anugerah Lapangan Terbang Dunia Skytrax 2014, kata Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).

Pengarah Urusannya Tan Sri Bashir Ahmad berkata anugerah itu yang diumumkan pada 26 Mac lepas di Ekspo Terminal Penumpang di Barcelona, Sepanyol, bukanlah yang pertama diterima oleh lapangan terbang tersebut.

"KLIA sentiasa menerima sanjungan daripada Skytrax sejak 2010, yang merupakan perakuan ke atas usaha berterusan kami untuk meningkatkan pengalaman dan kepuasan pelanggan semasa menggunakan KLIA," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata dengan KLIA2 menggantikan terminal syarikat penerbangan tambang rendah tidak lama lagi, MAHB akan mempunyai kemudahan lebih besar dan lebih baik, dan terminal baharu itu berada pada kedudukan paling sesuai untuk menyokong pertumbuhan rancak trafik ke Malaysia.

"Kami juga optimistik bahawa kita akan terus melakukan yang terbaik memandangkan KLIA2 akan menawarkan perkhidmatan, tahap keselesaan dan pengalaman yang lebih baik, yang merupakan nilai tambah untuk pelanggan kami," katanya.

Anugerah Lapangan Terbang itu adalah berdasarkan pencalonan 12.85 juta penumpang udara membabitkan 110 kewarganegaraan yang meliputi 410 lapangan terbang di seluruh dunia.

Tinjauan yang dijalankan menilai tahap kepuasan pelanggan merentas 39 petunjuk prestasi utama dalam perkhidmatan lapangan terbang dan produk, daripada daftar masuk, ketibaan, pertukaran, membeli-belah, keselamatan dan imigresen sehinggalah pelepasan. - Bernama

2 comments:

Post a Comment

MH370: Luahan Ibu Penumpang yang Guna Pasport Palsu




Ibu kepada penumpang penerbangan MH370 yang menggunakan pasport palsu tidak dimaklumkan mengenai kehilangan pesawat misteri tersebut dan disisihkan, lapor media antarabangsa CNN.

Ibu kepada Pouria Nourmohammadi, 18, salah seorang penumpang yang menggunakan pasport palsu menaiki ketika mendaftar masuk menaiki MH370 kini ketinggalan dan tidak menerima sebarang maklumat atau diberikan kaunseling seperti ahli keluarga penumpang lain.

“Sebagai seorang manusia, sebagai ibu, tiada sesiapa memikirkan tentang saya. Saya keseorangan tanpa sokongan kecuali Tuhan,” katanya dipetik dalam laporan CNN.

Nourmohammadi bersama rakannya Delavar Seyed Mohammad Reza, 29, menaiki penerbangan Malaysia Airlines (MAS) dalam perjalanan menuju ke Beijing yang tiba-tiba hilang secara misteri pada awal pagi 8 Mac.

Ibu Nourmohammadi mengakui anaknya melanggar undang-undang, bagaimanapun menyifatkan anaknya hanya cuba menjelajahi “mimpi indah”.

“Saya dedikasikan hidup untuk anak saya, apa yang saya mahukan ialah dia hidup gembira. Saya mahu mereka hidup bebas. Saya berdoa dapat jumpa dia lagi, tetapi itu tidak berlaku. Kami akan jumpa di dunia lain sekarang,” katanya.

CNN melaporkan, MAS tidak menghubungi kedua-dua ahli keluarga penumpang berkenaan dan kes mereka masih dikendalikan oleh pegawai penyiasat.

Nourmohammadi dan rakannya menimbulkan kekeliruan semasa siasatan awal kehilangan MH370 apabila mereka menggunakan pasport yang dicuri untuk menaiki pesawat MH370.

Pasport berkenaan dimiliki oleh rakyat Austria, Christian Kozel, 30, dan Itali, Luigi Maraldi, 37, yang melaporkan pasport mereka dicuri ketika berada di Thailand.

Berita berkenaan pasport curi digunakan dua penumpang membawa spekulasi pengganas dan sabotaj namun pihak berkuasa menolak kemungkinan kedua-dua mereka mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas.

Setiausaha Agung Interpol dilaporkan berkata, kedua-duanya berkemungkinan bukan pengganas manakala Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata penumpang berkenaan mencari suaka perlindungan apabila polis menghubungi ibunya di Frankfurt.

Turut dilaporkan, pemuda Iran itu mula meninggalkan negara mereka bagi mencari kedudukan ekonomi dan kebebasan yang lebih baik.

Nasib Nourmohammadi dan Seyed Hamid, sama seperti 237 penumpang MH370, masih lagi menjadi misteri apabila pesawat itu masih hilang ketika operasi mencari yang kini dijalankan di Lautan Hindi sudah masuk minggu keempat.

Pasukan mencari dan menyelamat diteruskan di selatan Lautan Hindi tidak jauh dari Perth, Australia.

Pesawat Boeing 700-200ER itu hilang daripada imbasan radar awam tanpa menghantar sebarang mesej kecemasan.

0 comments:

Post a Comment

MENARA Condong Pisa Sebenarnya Tidak Pernah Tegak

MENARA Condong Pisa Sebenarnya Tidak Pernah Tegak



MENARA Condong Pisa sebenarnya tidak pernah terbina tegak. Sebaik sahaja pembinaan bangunan itu bermula pada 1173, tapaknya tidak rata. Pembinaan dihentikan tetapi disambung semula 100 tahun kemudian. Setelah siap, bangunan itu jelas kelihatan condong ke arah selatan. Puncak bangunan itu telah bergerak 1.2 milimeter setiap tahun. Hari ini, puncak Menara Condong itu bergerak sejauh 5.3 meter dari pusat tapaknya. Menara itu sedikit melentik seperti sebiji pisang. Jurutera yang terlibat kini sedang berusaha untuk mengurangkan kecondongan bangunan itu sekurang-kurangnya sebanyak 20 sentimeter.

Jom baca sejarah lengkapnya di bawah


Menara condong Pisa (dalam Bahasa Itali: Torre pendente di Pisa) atau biasa disebut The Tower of Pisa (La Torre di Pisa) adalah sebuah menara loceng dari sebuah gereja di bandar Pisa, Itali. Menara ini terletak di belakang gereja dan merupakan struktur ketiga di Campo dei Miracoli (keajaiban dunia) Pisa.

Walaupun permulaannya dibina secara menegak, menara itu mulai condong ke arah tenggara setelah pembinaan dilakukan pada tahun 1173 yang tak sempurna.

MENARA Condong Pisa Sebenarnya Tidak Pernah Tegak

MENARA Condong Pisa Sebenarnya Tidak Pernah Tegak


Tinggi menara tersebut adalah 55,86m dari permukaan tanah di sisi terendah, dan 56,70 m di sisi yang tertinggi. Lebar tapak bangunan itu adalah 4,09 m dan lebar puncaknya adalah 2,48 m. Berat menara ini dianggarkan 14,500 tan dan mempunyai 294 anak tangga.

Pembinaan Menara Pisa dibina dalam tiga tahap, yang memakan masa kira-kira 200 tahun. Pembinaan marmar putih di lantai pertama bermula pada tarikh 9 Ogos 1173, pada masa kejayaan ketenteraan dan kemakmuran Itali. Tingkat pertama ini dikelilingi oleh beberapa tiang dan walaupun kedudukannya condong, namun tetap tahan selama berabad-abad.

Ada kontroversi mengenai identiti arkitek yang membina Menara Condong Pisa. Selama bertahun-tahun, reka bentuk tersebut diyakini dibuat oleh Guglielmo dan Bonanno Pisano, artis tempatan kenamaan di abad ke-12, yang terkenal dengan karya gangsanya, khususnya pada karyanya Pisa Duomo.

Bonanno Pisano meninggalkan Pisa di tahun 1185 dan berpindah ke Monreale, Sicilia, namun kemudian kembali lagi dan meninggal di tanah kelahirannya itu. Makamnya ditemui di bawah pada tahun 1820.

Menara itu pertama kali condong setelah siap tingkat ketiga dibina pada tahun 1178, kerana amblasnya asas sedalam tiga meter, akibat pergerakan tanah. Ini bermakna bahawa reka bentuk dari menara tersebut telah cacat sejak awal awalnya.

Pembinaan dihentikan sementara selama hampir seabad lamanya, kerana penduduk Pisa hampir terlibat peperangan dengan Genoa, Lucca dan Florence. Selama masa di hentikan, struktur tanah di bawahnya telah kembali stabil. Dan di tahun 1198, dipasang jam untuk sementara pada bangunan yang masih belum siap itu.

Pada tahun 1272, bangunan itu disambungkan kembali oleh Giovanni di Simone, arkitek dari Camposanto. tingkat keempat dibina untuk mengimbangi cerun menara ini. Pembangunan semula dihentikan pada tahun 1284, ketika Pisa ditakluk oleh Genoa dalam Pertempuran Meloria.

Pembinaan menara loceng ini tidak terhenti hingga tahun 1372. Selepas itu, Tommaso di Andrea Pisano berjaya menyelesaikan elemen-elemen Gothic dari menara tersebut, dengan memberikan sentuhan gaya Rom. Terdapat tujuh loceng pada menara tersebut, yang masing-masing mewakili not pada nada. Loceng yang terbesar dipasang pada tahun 1655.

MENARA Condong Pisa Sebenarnya Tidak Pernah Tegak


MENARA Condong Pisa Sebenarnya Tidak Pernah Tegak

MENARA Condong Pisa Sebenarnya Tidak Pernah Tegak



MENARA Condong Pisa Sebenarnya Tidak Pernah Tegak

MENARA Condong Pisa Sebenarnya Tidak Pernah Tegak

MENARA Condong Pisa Sebenarnya Tidak Pernah Tegak

0 comments:

Post a Comment

VIDEO: Dr. Haron Din Berkongsi Saat Melihat Wajah Rasulullah Dalam Mimpinya

Dr. Haron Din Berkongsi Saat Melihat Wajah Rasulullah Dalam Mimpinya



DATUK Dr. Haron Din sering diceritakan pernah bermimpi menemui Rasulullah namun jarang sekali beliau berkongsi pengalamannya itu dengan orang ramai.

Bagaimanapun dalam satu ceramahnya tahun lalu, Haron menceritakan mimpinya itu dalam satu ceramah agama.

"Tidak terperi betapa indahnya pengalaman melihat insan sesempurna manusia…pakaian tidak cantik tidak lawa tetapi amat menarik.

"Mukanya amat-amat menarik…wanginya sampai lepas bangun tidur pun saya masih terasa wangi itu.

"Kenangan itulah yang saya simpan, yang saya tak banyak cerita pada orang,” katanya sambil menitiskan airmata.

Jom saksikan dan dengar video di bawah, pada minit ( 1:02:22 ) …Wallahualam…



0 comments:

Post a Comment

Hukum Aqiqah Anak Luar Nikah




Aqiqah hukumnya adalah sunnah yang mendekati wajib (sunnah muakad) dan Rasulullah S.W.T sangat menyukai untuk dilaksanakan walaupun untuk melaksanakannya dengan berhutang atas alasan tidak mampu (demikianlah sabda Rasul dalam sahih Al-bukhari).

‘Aqiqah anak pada hukum asalnya dituntut dari orang yang menanggung nafkah si anak iaitu bapa atau datuknya.’ Satu lagi kekeliruan umat Islam kita sekarang ialah mengaqiqahkan anak setelah besar melebihi umur satu tahun ke atas, padahal aqiqah hanya pada saat umur tujuh hari, dan selain daripada itu bukanlah aqiqah tetapi sedekah.

Terdapat juga ulama yang berpendapat, asalkan berlaku sembelihan untuk si anak dengan niat aqiqah sudah dikira aqiqah untuknya tanpa diambil kira siapa melakukannya. Ini berdalilkan sabda Nabi S.A.W ; “Anak kecil dipertaruhkan dengan aqiqahnya, iaitu disembelih (ternakan) untuknya pada hari ketujuh, diberi nama dan dicukur kepalanya” (Jami’ at-Tirmizi; 1522, Hasan Soheh).

Dalam hadis ini Nabi S.A.W hanya menyebutkan ‘disembelih (ternakan) untuknya’ tanpa Nabi menentukan siapa sepatutnya melakukannya, dengan berlakunya sembelihan dengan niat aqiqah maka terhasil aqiqah untuk si anak sekalipun dilakukan oleh orang asing (Fathul-Bari; 9/595. Subulussalam; 2/542).

Anak yang lahir di luar nikah dianjurkan untuk diaqiqahkan pula sebagaimana anak lainnya. Ibunyalah yang menanggung biaya aqiqah dan nafkahnya sesuai kemampuan sama ada daripada hasil usahanya sendiri atau bantuan pihak lain. Nasab anak yang lahir di luar nikah adalah kepada sang ibu, bukan kepada orang yang ‘bersama’ ibunya juga bukan kepada abang ibunya.

Dalam Fatwa al-Lajnah ad-Da’imah disebutkan: ‘Anak zina nasabnya adalah kepada ibunya. Situasinya sama seperti kaum Muslim yang lain selama ibunya juga Muslimah. Si anak tidak dihukum dan dicela kerana perbuatan yang dilakukan oleh ibunya atau kerana perbuatan pihak yang ‘bersama’ ibunya. Sesungguhnya Allah S.W.T berfirman, ‘Tidaklah seseorang menanggung dosa yang dilakukan oleh orang lain.’ (QS Fathir: 18). - Sumber

0 comments:

Post a Comment

Kontroversi Gambar Separuh Bogel, Adi Putra Pilih Untuk Bersabar



KUALA LUMPUR - 4/4/2014: Pelakon Adi Putra memilih untuk berdiam diri dan bersabar setelah sekeping foto yang menunjukkan beliau memakai sehelai tuala tanpa baju dimuat naik di Instagram.

Ia dikatakan dimuat naik oleh bekas suami kepada wanita yang didakwa mempunyai skandal dengan Adi Putra sebelum ini.

"Saya tak tahu dan tak ambil tahu apa yang berlaku. Malah saya tidak akan mengambil tindakan apa-apa selagi ianya tidak melampaui batas.

"Saya sekarang belajar untuk bersabar sahaja dan tidak mampu untuk memarahi mereka. Sedangkan Rasul pun pernah diduga dengan pelbagai musibah sehingga dibaling tahi ke mukanya tapi dia masih bersabar.

"Biarlah orang nak kata cara saya membiarkan pihak sana membuat suka hati ni nampak seperti saya yang bersalah kerana ianya tidak memberi apa-apa kesan kepada saya selain Allah sendiri meletakkan salah itu kepada saya," jelasnya kepada portal Astro Gempak.


Beliau berkata demikian semasa ditemui di sidang media Teater Di Bawah Lindungan Kaabah yang bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 9-18 Mei depan.

Teater ini juga menampilkan Nasha Aziz, Elfira Loy, Fizo Omar, Dafi Ismail, Liza Abdullah, Zahid AF, Yasmin Hani dan diarahkan oleh Rosminah Mohd Tahir.


0 comments:

Post a Comment

PANASSSS…Bekas KM Sabah Tawar RM500 Siapa Boleh TAMPAR Zahid Hamidi!

Bekas KM Sabah Tawar RM500 Siapa Boleh TAMPAR Zahid Hamidi



Insiden penculikan terkini melibatkan warga asing di Sabah mendorong bekas ketua menteri negeri itu menawarkan ganjaran wang untuk sesiapa yang dapat menampar Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi.

Ini ekoran kenyataan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar supaya pusat peranginan di pulau terpencil ditutup ekoran faktor keselamatan.

Datuk Yong Teck Lee menjanjikan RM500 kepada sesiapa yang dapat menampar menteri itu ekoran kegagalan keselamatan, yang menyebabkan warganegara China dan Filipina dijadikan tebusan lelaki bersenjata dalam insiden terbaru.

Bekas KM Sabah Tawar RM500 Siapa Boleh TAMPAR Zahid Hamidi


Selain itu, presiden Parti Maju Sabah (SAPP) juga menawarkan ganjaran RM1,000 kepada mana-mana anggota Parlimen untuk mengusulkan pemotongan gaji menteri dalam negeri, menteri pertahanan dan menteri pembangunan luar bandar.

“Ini untuk tunjukkan kemarahan rakyat Sabah berhubung kegagalan berterusan kerajaan persekutuan menunaikan tanggungjawab perlembagaan untuk melindungi Sabah dan rakyatnya,” katanya. – Malaysiakini.com

0 comments:

Post a Comment

Rozita Che Wan Kerugian Hampir Setengah Juta

Rozita Che Wan Kerugian Hampir Setengah Juta
Rozita (kanan) bersama peguamnya Ahmad Fuad Hasim menunjukkan notis amaran yang akan diberikan kepada individu yang mempromosikan produk menggunakan namanya tanpa kebenaran. Foto: LOW LAY PHON


KUALA LUMPUR - 4/4/2014: Pelakon Rozita Che Wan (Cik Ta) terpaksa menanggung kerugian hampir setengah juta ringgit gara-gara dua pihak telah menggunakan nama dan gambarnya bagi mempromosikan produk kecantikan dan kesuburan tanpa kebenaran.

Rozita atau nama sebenarnya Rozita Abu Bakar@Che Wan, 40, berkata, akibat kejadian itu, dia mengalami kerugian kerana kehilangan kontrak bagi tawaran untuk menjadi duta beberapa produk gara-gara namanya dikaitkan dengan produk berkenaan di laman sosial Instagram dan Facebook.

"Saya mendapat tahu ada pihak menggunakan nama dan gambar saya yang disampaikan oleh wakil sebuah syarikat yang ingin mengambil saya menjadi duta produk mereka.

"Bagaimanapun syarikat tersebut enggan menjalinkan kerjasama dengan saya jika saya dikaitkan dengan produk berkenaan," katanya kepada mStar Online.

Rozita ditemui pada sidang media tergempar berhubung perkara itu yang diadakan di Amp Walk di sini, Jumaat.

Dalam pada itu, Rozita berkata peguamnya, Ahmad Fuad Hasim akan menghantar notis tuntutan kepada syarikat berkenaan agar tidak menggunakan namanya termasuklah menurunkan iklan mereka dalam masa terdekat.

Jelas Rozita, pihaknya akan memberi tempoh selama 14 hari untuk pihak berkenaan berbuat demikian sebelum mengambil tindakan saman di mahkamah.

”Kalau boleh saya tidak mahu membawa kes ini ke mahkamah dan sebab itu saya memberikan mereka notis untuk memadam semua iklan yang dimuat naik di laman sosial mereka.

"Sekiranya mereka tetap berdegil baharulah tindakan susulan akan diambil," katanya.

Sementara itu, Rozita memberitahu, dia mengetahui ada pihak menggunakan gambarnya sebagai promosi produk tersebut sejak beberapa bulan lalu.

Rozita turut menegaskan dia tidak pernah terlibat atau mewakili mana-mana produk kecantikan kecuali Safi Rania Gold dan Longevite.

"Penjelasan ini diharap dapat memberi peringatan kepada pengusaha produk-produk yang lain supaya kes seumpama ini tidak di pandang ringan," ujarnya. - mstar

1 comments:

Post a Comment

Pengambilan Terbuka Jawatan PDRM Yang Diedarkan Dalam Whatsapp & Media Sosial Tidak Benar

Pengambilan hanya dibuka untuk lelaki dan wanita kaum Cina sahaja



KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini menafikan laporan kononnya terdapat pengambilan terbuka bagi jawatan badan beruniform itu seperti yang diuar-uarkan melalui media sosial dan Whatapps.

PDRM dalam laman Facebooknya berkata buat masa ini hanya terdapat satu pengambilan khas dibuat iaitu bagi jawatan konstabel lelaki dan wanita untuk kaum Cina yang bertujuan menggalakkan penyertaan kaum itu dalam pasukan polis.

"Warganegara yang berminat untuk memohon jawatan PDRM boleh mendaftar secara atas talian (Borang SPA8) melalui Portal Rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di www.spa.gov.my," menurut PDRM. - Bernama


2 comments:

Post a Comment

Balu Pegawai Kastam Yang Mati Terjatuh Bangunan Saman SPRM, Kerajaan RM8 Juta



KUALA LUMPUR -  Balu Penolong Pengarah Kastam Selangor, Masiah@Maziah Manap, 53 dan anaknya, Shahril Ahmad Sarbaini, 30, memfailkan saman sebanyak RM8 juta terhadap Kerajaan Malaysia, SPRM dan tujuh yang lain.

Allahyarham Ahmad Sarbaini Mohamed sebelum ini ditemui mati di bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Jalan Cochrane pada 6 April 2011.

Masiah memfailkan saman menerusi peguam mereka, N Surendran di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Menurut Surendran, writ saman tersebut dikemukakan bagi menuntut keadilan ke atas Allahyarham kerana sehingga kini SPRM dan kerajaan Malaysia masih berdiam diri mengenai punca kematiannya.

"Sudah tiga tahun kes itu telah berlalu, tetapi sehingga ke hari ini, tiada jawapan munasabah dari SPRM dan kerajaan Malaysia kenapa Allahyarham meninggal dunia," katanya ketika ditemui di sini, hari ini. - sinar

0 comments:

Post a Comment

Atlet Didakwa Manipulasi Gambar 'Selfie' Obama


David Ortiz mengambil gambar ‘selfie’ bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) dan memuat naik ke laman mikro Twitternya. - Foto BBC


NEW YORK 4/4/2014 – AMERIKA SYARIKAT. Rumah Putih membantah tindakan seorang atlet besbol, David Ortiz yang mengambil gambar ‘selfie’ bersama Presiden Amerika Syarikat (AS) dan memuat naik ke laman mikro Twitternya.

Memetik laporan BBC, Rumah Putih berkata, imej Presiden tidak boleh digunakan untuk keuntungan komersil.

Bagaimanapun, Ortiz menafikan dakwaan bahawa beliau telah dibayar oleh Samsung untuk mengambil gambar tersebut seperti dilapor Alpa Patel.

0 comments:

Post a Comment

Isu Memali: Musa Hitam Perjelas Kekeliruan





4/4/2014 - PADA jam 9.00 malam 27 Mac 2014, saya bersama YB Husam Musa adalah dua ahli panel dalam Majlis Diskusi anjuran Kerajaan Negeri Kelantan bertemakan “Politik Malaysia: Dahulu dan Sekarang”.

Profesor Agoes dari Universiti Kebangsaan Malaysia berperanan sebagai Moderator. Format diskusi menyamai program “HARD TALK” BBC London yang meletakkan syarat bahawa ahli panel tidak dibenar menggunakan skrip atau nota lebih awal tetapi bersedia menghadapi apa juga soalan yang diajukan oleh Moderator.

Sepanjang dua jam, Moderator diskusi bersikap combative, aggresive serta provocative. Dalam pada itu saya akui bahawa Moderator memperlihatkan sifat saksama, berkecuali dan tidak partisan.

Di penghujung diskusi, saya telah diajukan soalan berkaitan peristiwa Memali yang dapat saya rumuskan berpusat kepada tiga perkara berikut:

1. Pengesahan saya bahawa pada hari peristiwa Memali berlaku, Tun Dr. Mahathir berada di negara China dan saya adalah Pemangku Perdana Menteri.

2. Saya bertanggung jawab sepenuhnya kepada peristiwa tersebut.

3. Bagaimanakah perasaan saya dengan peristiwa Memali.

Saya telah memberi respons kepada soalan yang diajukan berteraskan empat aspek berikut:

1. Saya menegur Moderator dengan mengatakan sebagai seorang Profesor, sesuatu perkara yang disuarakan hendaklah berasaskan penyelidikan mendalam dan fakta yang tepat.

2. Pada hari peristiwa Memali (ia itu 19 November 1985) Dr. Mahathir berada di Kuala Lumpur dan saya bukannya Pemangku Perdana Menteri. Moderator menunjukkan reaksi terkejut dan dengan suara yang jelas melafazkan perkataan “My God” yang mengejutkan hadirin.

3. Sebagai Menteri Dalam Negeri saya telah menggariskan panduan umum, memberi ingatan dan mengarahkan pihak polis tentang dua perkara:

(i) Proses undang-undang hendaklah dipatuhi;

(ii) Elakkan kekerasan (violence) dan pertumpahan darah

Namun saya mengambil tanggungjawab dan akauntabiliti terhadap kejadian yang berlaku walaupun saya tidak terlibat secara langsung tetapi menyerahkan kepada budi bicara pihak polis untuk melaksanakan operasi dari segi menentukan waktu terbaik ianya dilakukan serta kaedah dan pendekatan untuk melaksanakan operasi.

4. Saya berterus terang dan dengan ikhlas serta penuh insaf mengaku bahawa titik hitam dalam sejarah karier politik saya ialah peristiwa Memali.

Dalam ruang masa yang diberikan oleh moderator, saya telah menghuraikan urutan peristiwa yang berlaku.

Pada hari kejadian, saya bersama Pemangku Ketua Polis Negara (KPN) telah menemui Perdana Menteri di pejabat beliau dan Pemangku KPN telah memberikan taklimat tentang perkara yang berlaku berikutan operasi Polis di Memali yang melibatkan kematian 4 anggota polis dan 14 orang awam.

Dalam pertemuan tersebut saya memohon agar Dr. Mahathir menangguhkan program lawatan ke Negara China atas tiga sebab:

1. Peristiwa ini berlaku di negeri Kedah; negeri Perdana Menteri sendiri.

2. Peristiwa ini melibatkan orang Melayu beragama Islam.

3. Dengan menangguhkan lawatan ke Negara China, Dr. Mahathir memperlihatkan sifat ia mengutamakan dan mengambil berat terhadap peristiwa yang telah berlaku di dalam negeri.

Dr. Mahathir membuat keputusan untuk tetap berlepas ke Negara China. Saya telah memaklumkan kepadanya cadangan saya untuk membentangkan peristiwa Memali di Parlimen. Di samping itu, saya turut meminta agar semua media, termasuk media luar negara memberi saya ruang 24 jam untuk membolehkan saya mendapat gambaran lebih tepat lagi lengkap. Saya telah membentangkan peristiwa Memali di Dewan Rakyat pada keesokan harinya (20 November 1985) dan selanjutnya mengadakan perjumpaan media.

Kesimpulannya ialah:

1. Bukan niat saya mahu mencetuskan polemik baru berkaitan Memali. Ia dihidupkan semula berikutan respons saya kepada soalan yang diajukan oleh moderator dalam program diskusi yang diadakan.

2. ISU UTAMA dalam perkara ini adalah fakta, sama ada pada hari peristiwa tersebut berlaku, saya menjawat jawatan Pemangku Perdana Menteri kerana Tun Dr. Mahathir berada di luar negara. Berdasarkan penyelidikan daripada bahan-bahan rujukan yang masih dapat saya temui, nyatalah Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari tercetusnya peristiwa Memali dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri pada hari tersebut.

3. Sewaktu berlangsung prosiding kes dakwaan saya terhadap seorang penulis di mahkamah beberapa tahun lalu di mana dalam kes ini saya berjaya, (ketika itu Dr. Mahathir masih Perdana Menteri), peguam bela bertanya dua soalan yang serupa, sama ada Dr. Mahathir berada di dalam negara pada hari peristiwa Memali berlaku dan adakah saya memangku jawatan Perdana Menteri. Jawapan konsisten saya berikan bahawa beliau berada di dalam negara dan saya tidak memangku jawatan Perdana Menteri. TETAPI TIDAK ADA MEDIA YANG SEDIA MELAPORKAN FAKTA INI.

Sekian lama saya dicerca, dicela dan dinista mengenai peristiwa Memali oleh pelbagai pihak terutama oleh parti Pas. Seingat saya, apatah lagi selepas saya berundur daripada jawatan menteri; tidak ada pihak baik daripada kerajaan, begitu juga Umno yang saya anggotai bersedia menyuarakan fakta yang benar.

Saya pernah menawarkan diri untuk mengadakan wawancara eksklusif dengan media khusus atas subjek peristiwa Memali, tetapi tidak ada pihak media yang bersedia berwawancara dengan saya. Saya sedar dan memahami ketika itu tidak ada pihak yang bersedia berhadapan risiko untuk bercakap perkara yang boleh dianggap menyentuh kedudukan dan batang tubuh seorang Perdana Menteri yang sedang berkuasa.

Sekian lama saya berseorangan untuk mendapatkan keadilan namun saya terus berdoa dan akhirnya program diskusi di Kelantan saya sifatkan sebagai anugerah ILAHI memakbulkan doa saya. Ruang tersebut memberikan saya peluang untuk memperbetulkan fakta sejarah akan peristiwa penting yang melibatkan diri saya. Saya bersyukur ke hadrat ILAHI yang telah memberikan peluang tersebut kepada saya.

Saya sedar perkembangan terbaru ini telah menjemput pelbagai ulasan dan pandangan secara positif dan secara negatif, tidak terkecuali yang berbentuk tohmahan, tuduhan dan fitnah baru ke atas diri saya. Saya serahkan segala-galanya kepada ALLAH yang Maha Mengetahui akan kebenaran dan kepada Nya saya memohon petunjuk dan keadilan.


TUN MUSA HITAM
4 April 2014


Baca juga di sini


0 comments:

Post a Comment

Awi Rafael nafi lagu "Kalau Aku Kaya" sindir Hanez Suraya




Penyanyi popular dari negara seberang, Awi Rafael menyangkal dakwaan kononnya lagu hits-nya bersama Atimet "Kalau Aku Kaya" ditujukan khas buat bekas kekasihnya Hanez Suraya sebagai satu sindiran.

"Itu kelakar (ketawa). Saya seorang penulis dan mungkin itu yang membuatkan orang selalu salah anggap. Lagu itu sebenarnya ditulis oleh Altimet dan lagunya oleh Omar K dan Audi Mok. Saya hanya menyanyikan saja bersama Altimet.

"Jadi jawapan saya lagu tersebut sebenarnya tidak menyindir sesiapa termasuklah Hanez," katanya kepada sebuah portal hiburan tempatan.

Jelas Awi lagi, lagu tersebut sebenarnya mengisahkan tentang ragam masyarakat dan bukannya merujuk pada diri Hanez.

Dalam pada itu, Awi turut mengakui bahawa keputusan untuk berpisah dengan aktres jelita itu adalah satu keputusan yang tepat.

"Saya banyak belajar dari pengalaman lalu. Saya tidak tidak menyesal mengikut kata hati saya. Bila saya rasa tak boleh teruskan hubungan itu, saya beritahu dia dan ikut kata hati saya. Alhamdulillah."

Dalam perkembangan lain, Awi memberitahu dia kini dalam proses menghasilkan lagu untuk artis-artis lain seperti untuk Dato' Siti Nurhaliza, Alif Aziz dan adiknya Aisyah Aziz dan Syura selain turut sibuk menerbitkan lagu tema untuk beberapa buah drama.

0 comments:

Post a Comment

Semporna Memang Terkenal Dengan 'Kawasan Penculikan' Di Malaysia?

Semporna Memang Terkenal Dengan 'Kawasan Penculikan' Di Malaysia



Kawasan Kes Culik Di Resort Semporna Ada Banyak Sejarah Penculikan Lain


PETALING JAYA- 4/4/2014: Kes penculikan dua wanita di Singamata Reef Resort, Semporna merupakan salah satu insiden penculikan yang banyak berlaku di pantai Sabah selama ini.

Pada Oktober 1979, kumpulan lelaki bersenjata merampas feri, Saleha Baru, dengan 44 orang di dalamnya, di Semporna.

Mereka membebaskan 27 tebusan dalam masa dua hari, tetapi 17 ditahan selama berbulan-bulan sebelum mereka akhirnya dibebaskan.

Dua penumpang terbunuh dalam kejadian itu, seorang gadis berusia 11 tahun lemas dan seorang lelaki ditembak oleh perampas.

Pada 23 April 2000, sebuah kumpulan yang diterajui Abu Sayyaf menculik diculik 21 orang di Pulau Sipadan.

Mereka yang diculik dibawa ke kem kumpulan itu di Pulau Jolo di mana kesemua mereka ditahan selama enam bulan.

Mereka kemudiannya dibebaskan secara berperingkat-peringkat dengan yang terakhir dikeluarkan pada 11 September tahun yang sama.

Pada 12 September 2000, 14 lelaki menaiki dua bot laju dengan bersenjatakan senapang M-16 menculik tiga rakyat Malaysia di Pulau Padanan, 38 kilometer (km) timur laut Semporna.

Tebusan diselamatkan apabila angkatan tentera Filipina melancarkan serangan terhadap pemberontak tersebut beberapa hari kemudian.

Pada 8 Februari 2010, dua rakyat Malaysia yang bekerja di ladang ternakan rumpai laut di Pulau Sebangkat ditangkap oleh lelaki bersenjata yang tidak dikenali.

Kedua-dua mereka yang diculik, Lai Wing Chau, 35, dan Tsen Vui Chung, 43, dijadikan tawanan selama lebih 10 bulan sebelum dibebaskan di Pulau Tawi-Tawi di selatan Filipina.

Dua tahun kemudian pada 14 November 2012, Tung Wee Jie dan Wee Wei kedua-duanya adalah sepupu diculik di ladang sarang burung mereka yang dikendalikan keluarga di Lahad Datu.

Wee Jie, 26, berjaya melarikan diri dari penculik itu dengan melepaskan dirinya menggunakan garpu selepas ditawan selama hampir sembilan bulan di Pulau Jolo.

Sepupunya, Wee Wei, malangnya tidak dapat diselamatkan kerana meninggal dunia ketika berada dalam kurungan.

Dua insiden berlaku pada 2013, yang pertama pada 27 Ogos, apabila kira-kira 20 lelaki bersenjata menculik sembilan nelayan Malaysia dari dua bot berhampiran Pulau Mabul.

Bagaimanapun, kumpulan lelaki bersenjata segera membebaskan mangsa dan melarikan diri selepas mereka ditipu oleh tawanan mereka belayar ke pangkalan Pasukan Gerakan Am berhampiran Pulau Mabul.

Pada 15 November, kumpulan lelaki bersenjata menyerbu tiga daripada lima vila terapung di Pulau Pom Pom.

Ketika pencerobohan itu, pelancong Taiwan, Hsu Lin Min, 57, terbunuh, dan isterinya Chang An Wei, 58, diculik.

Selepas 36 hari, beliau dibebaskan oleh penculik dan kembali dari pulau Jolo di selatan Filipina.

0 comments:

Post a Comment

Video Ketinggian Ombak Laut Hindi Yang Menakutkan!!

Ketinggian Ombak Laut Hindi Yang Menakutkan




Ketinggian Ombak Laut Hindi yang menakutkan!
Siapa yang nak tau keadaan Laut Hindi tu macam mana.. cuba tegok berapa tinggi ombak dia?? Korang berani ke nak redah kalau macamni..


Jom layan videonya di bawah
(tunggu seketika untuk loading)


0 comments:

Post a Comment

Orang Ramai Diminta Beri Maklum Balas Tentang Gaji Minimum




KUALA LUMPUR - 4/4/2014: Majikan, pekerja dan orang ramai diminta memberi maklum balas tentang pelaksanaan dasar gaji minimum sebelum Julai ini.

Menteri Sumber Manusia Datuk Richard Riot Jaem berkata perkara itu penting untuk membolehkan beliau mengemukakan cadangan mengenainya di mesyuarat Majlis Gaji Kebangsaan yang akan diadakan pada bulan itu.

"Saya minta orang ramai, termasuk majikan dan pekerja memberi cadangan kepada kami tentang bagaimana kami boleh menambah baik gaji minimum," katanya selepas melancarkan 'HR Risk Management Solution' di sini hari ini.

"Semoga, dengan ini, kami boleh pastikan gaji minimum dapat dilaksanakan sepenuhnya dan ia mestilah dalam keadaan menang-menang," katanya.

Memandangkan ketika ini terdapat 645,136 syarikat kecil dan sederhana di Malaysia, maka pelaksanaan sepenuhnya gaji minimum adalah sesuatu yang agak menyulitkan.

Terdahulu, dalam ucapannya, Riot berkata perusahaaan kecil dan sederhana (SME) patut mengguna pakai amalan sumber manusia yang baik bagi mengurangkan jumlah kes perhubungan perusahaan.

"Antara 2005-2012, 94,879 kes perhubungan perusahaan dirujuk kepada Mahkamah Perhubungan Perusahaan dan 10,500 kes lagi dirujuk pada 2013," katanya.

HR Risk Management Solution adalah kerjasama antara i-HR Consultant Sdn Bhd dan Tune Ins Holdings Bhd.

Ia mengandungi penyediaan pengetahuan dan kandungan tentang sumber manusia melalui portal sumber manusia; penyediaan sokongan nasihat mengenai sumber manusia oleh pengamal pengurusan dan undang-undang mengenai sumber manusia yang berpengalaman dan penyediaan Insurans Liabiliti Pengambilan Pekerja.


0 comments:

Post a Comment

MH370: Palsu! Ramai Yang Terpedaya Dengan Gambar Ini!




4/4/2014 - Sejak kehilangan MH370, banyak benar berita palsu yang disertakan gambar tersebar di media sosial terutama Facebook dan Twitter.

Bukan sedikit yang percaya hingga berkongsi berita palsu tersebut dengan orang lain dengan harapan mereka menjadi ‘orang pertama’ yang mendapat tahu berita sensasi sebelum menyedari ia adalah palsu.

Kebanyakan orang yang melakukan perkara ini mahu mendapatkan ‘like’ lebih banyak pada page mereka dan dikhuatiri, sesetengahnya mungkin menjadi medium penyebaran virus.

Salah satu gambar tipu yang disebarkan di Twitter dan Facebook kononnya ia adalah gambar pesawat MH370 yang telah ditemui adalah gambar di atas.

Gambar tersebut sebenarnya bukanlah MH370 tetapi sebuah pesawat kecil yang terhempas ke dalam lagun berhampiran perairan San Francisco.

Tiga penumpang maut dalam kejadian yang berlaku pada September 2010 itu.

0 comments:

Post a Comment

Gambar Menarik Sambutan Earth Hour 2014

Gambar Menarik Sambutan Earth Hour 2014
Gelap dan cerah
Bangunan Perdana Putra gelap setelah lampu dipadamkan sempena menyahut kempen Earth Hour 2014 berbanding sebelumnya Bangunan Perdana Putra kelihatan cerah (gambar kecil). fotoBERNAMA




Gambar Menarik Sambutan Earth Hour 2014
Bergelap seketika
Jambatan ikon Sydney Harbour Bridge hampir bergelap sepenuhnya buat seketika, memancarkan cahaya hanya dari bangunan Sydney Opera House sempena sambutan Earth Hour 2014. AFP PHOTO/William WEST



Gambar Menarik Sambutan Earth Hour 2014
Lenyap seketika
Beberapa foto yang diambil di bandar Yokohama, Jepun memaparkan suasana ketika sambutan Earth Hour 2014 pada Sabtu. Lenyap seketika, menara dan permainan berpusing. AFP PHOTO / Yoshikazu TSUNO



Gambar Menarik Sambutan Earth Hour 2014
Satu suara
Para sukarelawan dari Singapura mengibarkan bendera pelbagai negara, melambangkan rasa satu hati menyambut Earth Hour pada Sabtu malam. AFP PHOTO / MOHD FYROL



Gambar Menarik Sambutan Earth Hour 2014
Spider-man selamatkan dunia
Sekumpulan kanak-kanak di pinggir Tokyo memakai pakaian seragam watak adiwira Spider-man sejurus kiraan ke detik sambutan Earth Hour 2014 pada Sabtu. AFP PHOTO / Yoshikazu TSUNO



Gambar Menarik Sambutan Earth Hour 2014

Jana kuasa sendiri
Orang ramai yang memakai pakaian Spider-Man mengayuh peralatan untuk menjana tenaga elektrik pada lampu bebola LED di Tokyo pada Earth Hour pada hari Sabtu. AFP PHOTO / Yoshikazu TSUNO



Gambar Menarik Sambutan Earth Hour 2014
Bandar Singapura digelapkan
Lampu-lampu di Marina Bay Sands dimatikan semasa Earth Hour di Singapura pada 29 Mac 2014. Lampu dimatikan di kira-kira 7,000 bandar untuk Earth Hour 2014. AFP PHOTO / MOHD FYROL



Gambar Menarik Sambutan Earth Hour 2014
60 minit dan si labah-labah
Bandar Manila, Filipina turut serta dalam sambutan Earth Hour 2014 pada Sabtu, dapat dilihat nyalaan lilin tertulis 60 minit dan lambang labah-labah. AFP PHOTO/NOEL CELIS



Gambar Menarik Sambutan Earth Hour 2014
Cuba mengerti
Dua kanak-kanak di Malang, Jawa Timur duduk berhampiran dua lingkaran nyalaan lilin yang dibuat sempena sambutan Earth Day 2014 pada Sabtu. AFP PHOTO / Aman ROCHMAN



Gambar Menarik Sambutan Earth Hour 2014
Cahaya bumi ke langit
Warga Indonesia di Malang, Jawa Timur melepaskan tanglung bercahaya bagi turut menyertai sambutan Earth Hour 2014 di seluruh dunia. AFP PHOTO / Aman ROCHMAN



Gambar Menarik Sambutan Earth Hour 2014
Bangunan indah
Bangunan Burj Khalifa di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu antara bandar yang menyertai sambutan Earth Hour 2014. Instagram @nabokov97



Gambar Menarik Sambutan Earth Hour 2014
Kembar masih gah
Menara berkembar Petronas KLCC masih nampak cantik dari jauh, meskipun sebahagian lampunya dimatikan sempena sambutan Earth Hour. Instagram @tzufeng88



Gambar Menarik Sambutan Earth Hour 2014
Indah dari jauh
Menara Tokyo bersiap sedia untuk meraikan Earth Hour 2014,sebelum bergelap seketika. instagram @badzbunny


2 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ