Misteri Foto "Tok Temong"
Pada 9 haribulan Julai 2015,seorang pembaca saya menanyakan satu foto yang popular dikaitkan dengan Tok Temong.Foto ini tersebar di INTERNET khususnya di bahagian sejarah negeri Perak.Saya menjawab persoalan ini dengan kajian empirikal,dengan anggapan bahawa individu di dalam foto tersebut tidak dikenali.
-Srikandi
Jabatan Sejarah
The Historian Secret Society
Area 33
======================================================
Tok Temong adalah penguasa di utara Perak atau Hulu Perak meliputi Kuala Kangsar dan Lenggong.Tok Temong diiktiraf sultan-sultan Perak dari jurai kerabat Kesultanan Melaka sebagai pemerintah Hulu Perak,selepas Tun Saban yang tewas di tangan Megat Terawis atas sebab pertikaian peribadi dengan sultan.Tun Saban adalah anak Tun Perak,di mana Tun Perak adalah anak jati negeri Perak yang berkhidmat sebagai bendahara di dalam kerajaan semasa Kesultanan Melaka.Sebab itu namanya bergelar "Tun Perak".
Saya telah pun mengupas tentang misteri susuk Tok Temong ini.Banyak sumber yang mengaitkan Tok Temong dengan puteri Acheh,pedagang wanita dari Bugis dan sebagainya.Sumber ini tidak tepat.Tok Temong adalah asli penduduk negeri Perak.
Premis Tok Temong sebagai anak jati negeri Perak juga bercabang kepada teori-teori lain pula.Ada sumber yang mengatakan beliau kakak Tun Saban.Ada yang mengatakan adik Tun Saban.Ada yang mengatakan beliau adalah anak Tun Saban.Ada yang mengatakan beliau adalah anak angkat sultan.Apa pun,saya telah menjelaskan siapa Tok Temong berdasarkan pemerhatian saya.
Apa yang saya nak perjelas kali ini adalah misteri di sebalik foto Tok Temong yang berlegar-legar di INTERNETdan mungkin di dalam buku-buku berkaitan sejarah negeri Perak.Jika anda peminat sejarah negeri Perak khususnya di sebelah Hulu Perak,pasti anda pernah melihat foto ini:
Seorang pembaca saya telah menanyakan adakah benar individu di dalam gambar ini adalah Tok Temong?Sebenarnya memang ramai yang ingin tahu adakah benar individu di atas adakah Tok Temong yang sebenar.
Saya hanya tersenyum.Mengapa?
Saya menjawab dengan mudah,bahawa pertama sekali ialah teknologi kamera.Tok Temong hidup sekitar abad ke-16 sedangkan teknologi kamera pertama kali dicatatkan pada tahun 1826 oleh percubaan Joseph Nicéphore Niépce.
Sebab itu kita dapat menatap foto Sultan Abdullah yang memerintah dari tahun 1874 sehingga tahun 1877 (ketika KES JWW Birch) pada hari ini.
Raja Abdullah |
Daripada isu teknologi kamera,kita tahu wanita di dalam foto itu BUKANLAH Tok Temong.Kecuali Tok Temong memiliki umur yang panjang sehingga mampu hidup sampai abad ke-19.
Untuk mengesahkan siapa atau dengan apakah wanita tersebut berkait,kita mesti melihat apa-apa petunjuk dalam foto itu.Malangnya,tiada apa-apa tulisan yang boleh dibaca di atasnya.Wanita itu pula berpakaian wanita Melayu biasa seperti di kampung-kampung.
NAMUN BERTUAHNYA, FOTO INI TELAH DICOP MOHOR!
Di bahagian bawah foto kelihatan satu COP mohor dan inilah yang disangka 'benda di perut' oleh pembaca tersebut.Ia sebenarnya sebuah COP mohor.
Sebagai seorang pengkaji sejarah Melayu,saya memang familiar dengan bentuk-bentuk mohor dan lambang-lambang dalam sejarah kesultanan Melayu serta kerajaan-kerajaan di Nusantara.
Saya mengenal bentuk atau layout mohor ini menyerupai mohor yang dipakai oleh entiti-entiti pemerintah dari Pagar Ruyung terutama oleh Sultan Alam Bagagarsyah,Daulat Yang Dipertuan Pagaruyung (1789-1849) iaitu pemerintah terakhir Kerajaan Pagaruyung.
Apa kaitan wanita di dalam gambar yang dikaitkan dengan Tok Temong,dan COP mohor yang memakai rekabentuk cop mohor Pagaruyung?
Dalam sumber-sumber asal-usul Tok Temong yang bercanggah antara satu sama lain TIADA sumber yang mengatakan Tok Temong adalah dari Pagaruyung.Tetapi kita boleh kaitkan apa-apa yang berkaitan dengan "Pagaruyung" dengan individu bernama MEGAT TERAWIS.
Megat Terawis adalah putera Yang Dipertuan Pagaruyung yang mana saya mendapati ada sumber yang mengatakan beliau (ayahanda Megat Terawis) bernama Megat Terawan.Saya jadi pelik,sejak bila keturunan Megat ini menjadi penguasa Kerajaan Pagaruyung?
Kerajaan Pagaruyung berasal dari kerajaan purba Malayapura atau "Kota Malayu" yang wujud sejak zaman pra-Srivijaya dan terkenal sebagai pengeksport emas antarabangsa sehingga Sumatera digelar sebagai 'Suvarnadvipa' di dalam kitab-kitab Hindu seperti Purana.
Kemudian Malayapura menjadi ibukota Srivijaya-Dharmasraya ketika era dinasti Mauli.Lihat di sini.Ada beberapa poin saya nak perjelaskan.Malayapura adalah nama tempat.Dharmasraya adalah nama kerajaan yang mengambilalih dominasi politik empayar Srivijaya selepas dinasti Kedah Tua yang berpusat di Kedah.Dinasinya ialah dinasti Mauli.
Kemudian Adityawarman,iaitu anak kepada Dara Jingga (puteri raja Dharmasraya) dan Raden Wijaya (raja pertama Majapahit) telah memindahkan kekuasaan ke pedalaman Minangkabau dan memulakan Kerajaan Pagaruyung.Bukti Adityawarman meneruskan warisan dinasti Mauli ialah penggunaan gelaran "Maulimāli Warmadewa" di akhir gelarannya.Selepas Adityawarman,kerajaan Pagaruyung diteruskan oleh anaknya Ananggawarman.Selepas pemerintahan Ananggawarman huru-hara terjadi kerana raja tersebut tiada meninggalkan waris.
Keadaan vakum dan tidak STABIL ini berlangsung selama lebih kurang satu abad!
Kemudian baru muncul gelaran Yang DiPertuan Pagaruyung.Secara rasmi dikesan dari surat yang bertarikh 9 Oktober 1668 dari Syarikat Hindia Timur Belanda (VOC) yang ditujukan kepada seorang raja yang bergelar "Sultan Ahmadsyah, Iskandar ZulKarnain, Penguasa Minangkabau yang kaya akan emas".
Sumber dari Minangkabau sendiri mengatakan bahawa selepas zaman Kerajaan Pagaruyung,kekuasaan terbahagi sesama pembesar adat (pemuka adat) di kalangan mereka.Saya percaya ketika ini ada satu puak atau golongan pembesar yang bernama Megat telah menguasai atau memiliki pengaruh tertentu ketika akhir era perpecahan itu.
Apabila saya meneliti cop mohor terbaru dari Yang DiPertuan Pagaruyung (kini kesultanan atau pemerintah tempatan dipulihara kembali;istilah Indonesia,melestari,sebagai simbol budaya) saya yakin bahawa wanita di dalam foto tersebut memiliki kaitan dengan kaum kerabat Megat Terawis atau salasilah Pagaruyung.
Di sini kita dapat simpulkan bahawa wanita dalam foto itu:
1) Bukan Tok Temong
2) Waris Megat Terawis
3) Berkait kerabat Pagaruyung
4) Hidup sekitar abad ke-19
5) Ada berkait dengan kesultanan dan pembesar Negeri Perak (sehingga fotonya diambil,di mana pada zaman itu,hanya sultan-sultan atau kerabat atau pembesar yang biasa ditangkap gambar).
Apa yang ingin saya nyatakan di sini,bagaimana saya menggunakan dua kemahiran penyiasatan sejarah dalam kes ini iaitu "read betweeen the lines" dan "cross-reference".
Dua kemahiran ada saya terangkan dalam "Wizard of History" di dalam MistisFiles dua tahun lepas.
Saya akan mengupas lebih lanjut sejarah misteri dalam Negeri Perak juga berkaitan dengan sejarah Nusantara seperti Sumadera-Pasai,Acheh dan Beruas serta Kedah Tua dan kerajaan Angkor dalam siri mukaddimah "The Possessor of Black Mengkong" dalam kempen antara terbesar tahun ini, siri Alter Terahsia Bangsa Melayu versi ke-5 yang insya Allah akan menemui pembaca selepas Raya tahun ini.
~Srikandi
The Possessor in Royal Secret of Beruas Kings & Royal Family of Samudera-Pasai
0 comments:
Post a Comment