Post Mortem Insiden Lowyat... Dituduh Mencuri VS Kena Tipu
Anwar yang meliwat... Azilah dan Sirul yang membunuh pun tidak mengaku bersalah di mahkamah... so apa nak hairan jika si Shahrul yg dituduh mencuri di lowyat tu tidak mengaku bersalah sama... nampak tak atau pura2 tak nampak? Pokoknya sape nak mengaku berak di tengah jalan?
Sesiapa pun boleh mengaku tidak bersalah di mahkamah... itu hak dia untuk membolehkannya melantik peguam. Semasa di mahkamah dia boleh saja mengaku di hadapan hakim jika terdapat apa2 paksaan dari pihak polis jika didapati polis memaksa dia supaya mengaku bersalah semasa siasatan.
Pertama: Azilah dan Sirul pada asalnya mengaku membunuh semasa dalam siasatan polis sebab tu kita tahu cerita pembunuhan tu dari A to Z. Kemudian ketika dihadapkan ke mahkamah mereka menukar pengakuan bersalah kepada tidak bersalah.
Keadaannya sama juga dengan mamat bernama Shahrul yang dituduh mencuri di Lowyat. Di dalam siasatan polis dia mengaku bersalah kerana mencuri. Isu kena tipu adalah isu kedua yang dibawa oleh mamat yang bernama Khairul yang telah dibebaskan oleh polis. Shahrul didakwa kerana mencuri dan bukannya kena tipu dan dalam siasatan polis dia mengaku bersalah . Kemudian bila dihadapkan ke mahkamah Shahrul menukar pengakuan bersalah kepada tidak bersalah. Nampak kan… isunya sama macam kes Azilah dan Sirul.
Kedua: Shahrul dituduh mencuri, disokong oleh orang2 cina yang berada di sekitar kejadian dengan membuat laporan polis. Dan orang2 cina ini boleh dijadikan sebagai saksi dan bukti yang kukuh. Nampak tak? Tapi malang bagi Shahrul kerana pembela dia hanya ramai di media social serta di viralkan sahaja serata Malaysia tetapi adakah sesiapa di antara mereka yang benar2 nampak kejadian tersebut berani tampil ke balai polis untuk membuat laporan polis dan menjadi saksi penting bagi pihak Shahrul?
Ada seorang mamat yang bernama Zam Nasti yang tulisan beliau telah diviralkan… Beliau mendakwa berada di kedai sebelah semasa kejadian. Beliau juga mendakwa tahu segala2nya bahawa Shahrul telah ditipu tetapi adakah beliau berani tampil membuat laporan polis dan menjadi saksi buat Shahrul? Polis hanya akan jalankan siasatan jika ada laporan polis dibuat.
Begitu juga dengan mamat yang bernama Khairul yang telah dibebaskan oleh pihak polis dan kemudian datang semula beramai2 ke Lowyat untuk menyerang peniaga cina yang kononnya telah menipu mereka. Sila tampil semula dan menyerahkan diri ke polis sebagai saksi Shahrul.
Bila pihak polis menyiasat berpandukan laporan polis yang dibuat oleh orang cina, ramai yang sentap mentap bila IGP membuat kenyataan yang kononnya hanya berpihak kepada peniaga cina yang menipu tu. Tapi laporan orang melayunya mana? Melayu pergi serang peniaga cina dan Lowyat tu tidak membawa erti apa2 pun sebaliknya mereka pula dituduh sebagai perusuh dan ganaz.
0 comments:
Post a Comment