SAYA BUKAN ZAHRA
Siapa Zahra? Zahra sebenarnya adalah lambang sikap majoriti graduan melayu generasi Y hari ini. Generasi yang ingin selalu disuap Kerajaan, ingin jalan ekspress menjadi kaya, ingin berhutang tapi tak nak membayar, yang merasakan bersesak menaiki bas atau lrt satu penyeksaan teramat, yang rasa rendah diri bila tak dapat lepak di kafe hipster sekali-sekala atau tak memiliki gajet terkini, yang ingin kurang usaha tetapi lebih gajinya, yang lebih suka merungut daripada belajar dari kepayahan, yang melihat mengahwini lelaki kaya (meskipun suami orang) sebagai satu pilihan mengecapi kesenangan.
Aduuuuh nak, mokcik kesian pun ada bimbang gila pun ada menonton video anak siap dengan muzik latar yang sangat menyayat hati. Tapi sayangnya nak sedikit pun tidak berjaya menerbitkan rasa simpati, walaupun mokcik cuba sedaya upaya untuk mengeluarkan airmata paksa.
Waktu mokcik mula-mula kerja dulu, gaji mokcik cuma rm700 jer nak ooi, itupun dapat kerja lepas naik kering air liur menjilat setem untuk mengirim resume (masa tu belum wujud jobstreet tau), dah tu entah berapa puluh bangunan dari KL sampai ke Petaling Jaya yang mokcik panjat untuk temuduga tanpa menggunakan Waze mahupun google maps. Pergi temuduga pun mokcik usaha sendiri naik bas, jangan haraplah mak ayah nak hantar dengan kereta. Pernah makcik lambat 10 minit pergi temuduga sebab sangkut jam terus dia orang tak nak layan dan suruh balik.
Terbalik pulak dengan generasi macam Zahra yang datang untuk temuduga dengan mokcik, boleh telefon mokcik bagi tau hari ini tak dapat datang, boleh "arrange" hari lain tak. Itupun mokcik dah syukur sangat kerana sudi telefon tanya, ada yang langsung tak muncul, telefon pun tak nak jawab.
Bila dah dapat kerja pulak mokcik keluar lepas solat subuh menapak dari rumah ke luar simpang dekat setengah kilometer semata-mata untuk menaiki bas mini paling awal sebab perjalanan dari rumah di Gombak sampai opis di Cheras akan mengambil masa satu setengah jam dan dua kali tukar bas. Kalau keluar lambat sikit jer, alamatnya merah ler punch card. Laaa ni punch card pun dah hampir pupus di kebanyakan pejabat swasta.
Sekarang ni Kalau lambat pun staff mokcik yang satu generasi dengan nak Zahra selamber jer text mokcik dengan pesanan bukan permintaan; "I will be a bit late today, I am going to the bank first." Utk pengetahuan nak Zahra yg mokcik rasa nak Zahra pun tahu, a bit late tu lebih kurang pukul 12 tengahari. Sampai kadang-kadang mokcik terpikir gak agaknya budak ni buat part time kerja kat bank maklumlah bak kata nak Zahra gaji graduan tak cukup hidup ibarat mengemis. Mokcik malas nak tegur, sebab kalau tegur macam nak Zahra dia orang memang bijak beralasan dari mengakui kelemahan, silap-silap dia boleh angkat kaki macam tuuuu jer. Senang benau dapat kerja sekarang ni gamaknya.
Waktu balik kerja pulak makcik tumpang berhimpit ataupun bergayut di tangga bas mini dan bas Len Seng dan akan sampai di rumah lebih kurang pukul 8malam meskipun keluar opis tepat 5.30pm. Sebab masa tu belum wujud MRR2 ataupun AKLEH.
Enam bulan pertama mokcik alas perut dengan bun untuk makan tengahari. Nak bagi sedap mokcik "rotate" ler hari ni bun kelapa, esok kentang, lusa bilis dan seterusnya. Ayah mokcik dah tak ada semenjak mokcik belajar di ITM. Sebab tu mokcik tak dapat meneruskan pelajaran di peringkat ijazah sebab kena kerja tanggung keluarga mokcik. 5 tahun mokcik kerja kumpul duit untuk tambah satu diploma dengan mengikuti kelas malam. Itu belum lagi mokcik cerita macam mana mokcik kerja pagi petang siang malam tak kenal rumahtangga untuk berada di mana mokcik berada hari ini. Belum kira kena maki hamun, kena baling dengan fail oleh Boss, kena jerkah dengan Client, kena menghadap politik pejabat lagi. 20 tahun mokcik kerja baru merasa gaji 5 angka.
Lepas 20 tahun mencurahkan hampir seluruh masa dan hidup kepada karier barulah mokcik berhubung semula dengan kawan-kawan dan ada masa untuk bercuti setahun sekali dengan mereka.
Cerita pasal sewa rumah pulak. Kira beruntung gila nak Zahra dapat duduk rumah sewa harga RM4,000 tu. (iyalah Zahra gak yang kata bayar RM500 x 8 orang). Mokcik dulu pernah sewa satu rumah kedai buruk di Pelabuhan Klang dengan kengkawan seramai 16 orang satu rumah. Tak percaya tanyalah kawan mokcik @Salmee Ahmad.
Mokcik sangat bimbang menonton rintihan hati nak Zahra, bimbang menyerahkan negara yang kita sama-sama sayang ini untuk dipimpan oleh generasi seperti nak Zahra. Maaf kata makin lama makin teruk mokcik tengok perangai bangsa Melayu. Ingatkan makin tinggi belajar makin bijak, makin teruk ada lah. Mokcik bimbang kerana mokcik dapat merasakan orang Melayu tak ke mana lepas ni. Sekarang ini pun ekonomi kita diterajui oleh bangsa lain. Perlahan-lahan mereka sedang menguasi kekuatan politik pula. Mokcik sedikit pun tidak salahka mereka. Kerana ketika kita sedang sibuk merungut, mereka sedang sibuk membina karier, harta dan kekuatan ekonomi. Ketika kita sedang sibuk bergaduh sesama sendiri dan mencari silap pemimpin melayu kita, mereka sedang sibuk mengatur strategi untuk menguasai negara ini. Pepatah inggeris ada mengatakan "Work hard and become a leader, be lazy and become a slave".
Didalam berurusan dengan pelanggan2 Mokcik di kalangan syarikat korporat milik global, dari peringkat pengurusan pertengahan hingga atasan boleh dikatakan tidak ada seorang pun bangsa Melayu. Kalau tidak ada GLC dan agensi-agensi Kerajaan, orang Melayu memang tak kemana.
Benarlah kata nak Zahra, Melayu bakal menjadi pengemis di negara sendiri, nak Zahra telahpun membuktikannya dengan sikap dan pengakuan yang sangat jujur! Syabas nak Zahra kerana tidak malu untuk merungut di depan TPM pulak tu.
#SAYABUKANZAHRA
Copy & paste dari fb Era Ramly
0 comments:
Post a Comment