SEGENTING KRA BAKAL MENUTUP PINTU EKONOMI MALAYSIA DAN SINGAPURA?
ADAKAH SEGENTING KRA BAKAL MENUTUP PINTU EKONOMI MALAYSIA DAN SINGAPURA?
kecoh beberapa minggu lepas apabila berita mengenai persetujuan China dan Thailand utk kembali merujuk projek mega membuka Terusan Kra tersebar dilaman sosial.
Ramai yang dengan yakin mengatakan ia akan menutup penguasaan ekonomi perkapalan Singapura dan pada masa sama akan menyebabkan tempias kepada pelabuhan-pelabuhan Malaysia.
Perkara ini perlu dilihat secara objektif dan bukan emosional.
Tanjung Pelepas sahaja dibina utk handle post panamax dan new panamax container ships seperti Triple E class, yang meningkatkan jumlah TEU`s mereka.....
saiz memainkan peranan penting....the larger your port could accomodate ever larger ULCV the higher number of TEU that particular ports handle...
average utk PTP sahaja mencecah 10 juta TEU`s setahun....bermaksud kita berjaya divert 10 million TEU`s dari memasuki Singapura utk edaran domestik dalam negara...and that is not bad when comparing older ports with similar handling capacity such as Rotterdam dan Kaohsiung.....
Terusan kra bukan bertujuan menutup periuk nasi kita...ia hanya alternatif China jika sekinranya negara-negara selat jatuh ketangan kuasa eropah sekali lagi...ini sedang terjadi dimana Amerika bersungguh-sungguh dengan polisi pivot to asia mereka...mereka mahu asia tenggara berada didalam sphere of influence mereka sama seperti bagaimana western europe berada dibawah NATO ketika era perang dingin...
Kra adalah satu dari beberapa mitigation China dalam memastikan sea lanes of communication dan jaringan logistik perdangangan mereka sentiasa terbuka walau ada sekatan atau naval blockade..
kita dapat lihat sendiri...import petroleum dan gas China tidak semata mata datang dari laluan laut..malah turut merentasi laluan sutera era maharaja China....melalui negara-negara asia tengah yg bersahabat baik dengan China sekarang ini
mendepani BRICS dan Eurasia adalah langkah yg paling terbaik untuk memacu dan utk secure negara kita dari segi ekonomi dan juga geopolitik
mpak keatas singapura,pelabuhan klang,pasir gudang dan tanjung pelepas tidaklah seteruk disangka...tak ada lah sampai tutup atau bungkus...jika dilihat secara komprehensif...singapura bakal melihat penurunan dari segi sektor shipchandling dan bunkering..tetapi tidaklah mendadak...dan kadar turnover container masih sama memandangkan singapura masih lagi pelabuhan bagi tujuan transhipment yang sangat efisien...jika ada penurunan jumlah kapal kargo sekalipun...ia tidak akan memberikan impak ketara...itu pun jika sekiranya pelabuhan di selatan thai dapat memberikan perkhidmatan sokongan perkapalan yang sama efektif dan trampil dengan singapura dengan harga yang lebih kompetatif....
kita lihat sahaja suez...ia adalah terusan yg memendekkan voyage dimana perkapalan tidak perlu lagi melalui tanjung pengharapan (perlu diketahui terdapat saiz tertentu sahaja kapal kargo yg boleh melalui terusan suez) namun perkhidmatan sokongan perkapalannya tidaklah se efektif singapura mahupun panama...dimana masih terdapat unsur sogokan yang menyusahkan agensi perkapalan dalam perkara crew repatriation dan pendaftaran keluar masuk kapal selain imigrasi yang korup, kualiti pembekalan yang sederhana baik, serta perkhidmatan kecemasan seperti baikpulih yang minima dan tidak merangkumi tahap kekompleksan teknologi...selain kesukaran mendapatkan dan membawa masuk alat ganti kritikal...
walaupun terusan suez mempunyai fasilitas pelabuhannya yang tersendiri seperti Port Said yang mengendalikan pelbagai komoditi, dan Port Fouad yang mengendalikan komoditi dalam bentuk kontena...ia masih pada tahap sederhana dan hanya tertumpu kepada kemasukan dan keluaran komoditi import dan eksport ke Mesir sahaja....dan ini amat berbeza dengan Singapura yang menjadi tempat pengumpulan dan penghantaran semula komoditi import eksport dari/ke pelbagai destinasi...
perlu diketahui yang laluan merentasi terusan kra ini adlah lebih keapda memudahkan dan memendekkan masa perkapalan direct dari barat ke China serta timur jauh dan vice versa...komoditi direct ke china seperti kargo pukal (arang batu,bijih,bijirin,petroleum dan gas) pasti akan melalui terusan ini kerana masa yang diambil untuk melalui selat melaka telah dipendekkan oleh terusan tersebut....secara tidak langsung kos bahan api dapat dikurangkan (penjimatan kos bahan api sehari adalah sangat signifikan bagi syarikat perkapalan...apa lagi 2 3 4 hari...lebih signifikan dan lebih menguntungkan)....ini juga terpakai kepada komoditi yang dihantar terus ke negara asia timur lain seperti Korea Selatan, Taiwan, Jepun dan Hong Kong..(termasuk juga Vietnam dan Filipina)....namun tidak akan melibatkan komoditi yang perlu dihantar ke pelabuhan-pelabuhan pesisir selat Melaka seperti Pelabuhan Klang, Singapura, PTP dan Pasir Gudang...malah ia juga tidak akan membejatkan perjalanan logistik komoditi ke Indonesia serta Australia...
ia sebenarnya bergantung kepada kemana destinasi akhir komoditi yg dibawa....dalam industri perkapalan kini..amat jarang satu-satu komoditi dihantar ke satu negara sahaja (ini terpakai untuk komoditi dalam bentuk kontena) melainkan komoditi pukal seperti minyak mentah dan bijih serta bijirin....
itu sahaja....
singapura tetap akan jadi entreport dan transhipment hub pelbagai komoditi di asia tenggara serta pusat baikpulih dan perkhidmatan perkapalan yang utama...tanjung pelepas dan pelabuhan klang tetap akan jadi pintu masuk komoditi import export utk Malaysia...manakala pengerang tetap akan menjadi pusat simpanan minyak mentah,gas dan bahan kimia utama seperti jurong dan sebarok disingapura...
apapun ia bergantung....jika pelan cegah rintang ekonomi Singapura dan Malaysia bagus...terusan kra boleh dianggap sebagai satu peluang untuk menambahkan lebih banyak penjanaan keuntungan kepada konglomerat2 kedua-dua negara....
komoditi ke indonesia tetap akan dihantar ke indonesia...komoditi ke singapura tetap akan dihantar ke singapura...komoditi ke malaysia tetap akan dihantar ke malaysia...
takde isu pelabuhan tutup....selagi ada supply dan demand bagi satu2 komoditi pada satu2 negara...trade akan berterusan...
komoditi yg perlu didaratkan di jakarta masih perlu melalui selat melaka..selat singapura dan selat karimata utk sampai ke jakarta....
komoditi yg perlu dihantar ke pelabuhan klang tetap perlu melalui selat melaka...begitu juga komoditi yg perlu dihantar ke pengerang atau jurong atau pasir panjang wharves....tetap perlu melalui selat melaka dan selat singapura....
efek yg jelas adalah jumlah trafik dari barat ke asia timur melalui selat melaka akan menurun kerana sudah ada short cut..tetapi ia tidak mematikan trade dengan malaysia,singapura dan indonesia.....
dan perlu tahu...bukan semua jenis kapal boleh melalui terusan tersebut...pastinya ada restrictions...dan kena ambil kira juga kos merentasi laluan terusan tersebut....
akan ada surcaj dari segi pilotage, tonnage, towage yg mana kos ini tidak wujud bagi kapal yg melalui selat melaka....
jelas sekali...terusan ini menguntungkan China kerana ia adalah laluan alternatif kepada sea lanes of communications mrk jika sekiranya berlaku naval blockade di selat melaka....
senang cakap...kra canal adalah insurans maritime trade China.....
kapal akan tetap melalui selat melaka...
utk kekalkan jumlah trafik melalui selat ini...perlu ada peningkatan jumlah dagangan...meningkatkan jumlah export dan import dagangan negara dapat mengekalkan jumlah trafik di selat melaka...
dan bukan senang untuk menutup satu satu pelabuhan jika sekiranya terdapat supply dan demand utk satu2 komoditi...
Tanjung Pelepas sahaja dibina utk handle post panamax dan new panamax container ships seperti Triple E class, yang meningkatkan jumlah TEU`s mereka.....
saiz memainkan peranan penting....
pelabuhan yang lebih besar dapat mengendalikan kapal-kapal ULCV dengan kapasiti TEU yang lebih banyak
purata pengendalian kontena utk PTP sahaja mencecah 10 juta TEU`s setahun....bermaksud kita berjaya mengalihkan 10 juta TEU`s dari memasuki Singapura utk edaran domestik dalam negara...dan ianya tidaklah teruk kerana kita setaraf dengan pelabuhan utama dunia seperti Rotterdan dan Kaohsiung umpamanya.
paling utama adalah fokus bisnes pelabuhan kita....Singapura fokusnya adalah transhipment..jadi tak pelik jika mereka handle sehingga 30 juta TEU`s...walhal Pelabuhan Klang dan PTP adalah gateway import eksport komoditi utk edaran dalam negara dan bukan transhipment atau stopover ports....fokus kedua2nya berbeza....
PTP sendiri bertujuan utk mengurangkan pergantungan kepada singapura bagi komoditi yg memasuki malaysia...in terms of containerized cargo....the same goes to Pengerang yg juga bertindak sebagai alternatif negara kita utk mengurangkan pergantungan kepada fasilitas simpanan bulk fuel installations, gas asli, petroleum and kimia di Bukom, Sebarok dan Jurong..
Apapun samada projek multi billion berskala mega ini diteruskan atau tidak, ia tetap akan memberikan limpahan ekonomik yang mapan jika sekiranya kita pandai menggunakan peluang dan meneroka kebarangkalian baharu dalam sektor perkapalan, industri berkaitan perkapalan dan kejuruteraan berat, perkhidmatan pelabuhan dan perkapalan serta membuka ratusan ribu peluang pekerjaan kepada penduduk setempat wilayah tersebut.
0 comments:
Post a Comment