Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Teman Lelaki Untuk Di Sewa!



Wanita solo di China kini boleh mengatasi tekanan perasaan menjawab pelbagai pertanyaan mengenai jodoh daripada orang tua masing-masing melalui perkhidmatan “teman lelaki sewaan” mengikut tempoh yang diperlukan.


Laman sesawang Taobao baru-baru ini melancarkan perkhidmatan itu yang membolehkan seseorang wanita menyewa lelaki untuk berlakon sebagai kekasih mereka.

Media melaporkan seseorang pelanggan diwajibkan menyewa ‘teman lelaki’ masing-masing untuk tempoh minimum tiga hari.

Berdasarkan keterangan pada laman sesawang berkenaan, wanita boleh memilih perkhidmatan yang bersesuaian dengan keperluan mereka.

Misalnya, untuk sewaan termasuk menjadi peneman ketika makan malam, caj yang dikenakan ialah 50 yuan (RM25) atau membeli-belah 30 yuan (RM15) sejam.



Caj itu tidak termasuk bayaran tetap 30 yuan sejam sepanjang tempoh sewaan.

Perkhidmatan lain yang boleh diuruskan firma itu ialah menemani wanita menonton wayang, tetapi jika filem yang ditonton itu berbentuk seram, bayaran dua kali ganda dikenakan.

Walaupun perbuatan memegang tangan dan kucupan selamat tinggal tidak dikenakan bayaran, wanita masih perlu membayar 50 yuan bagi setiap ciuman yang diberikan.

Seorang daripada lelaki yang menawarkan diri menjadi ‘kekasih sewaan’ itu ialah Matthew Fang, 27, dari Chongqing.

Kata Fang dia mahu mencari pendapatan sampingan kerana baru saja menamatkan pengajian di universiti dan memulakan kerja.



“Perkhidmatan ini tidak mengecewakan, terutama ketika sambutan Tahun Baru Cina apabila semua orang berkumpul bersama keluarga masing-masing,” katanya.

Pada masa sama keadaan semasa membolehkan bisnes itu berkembang maju.

Wanita China berdepan tekanan semakin hebat daripada orang tua masing-masing yang mendesak mereka berkahwin.




8 comments:

dasyat betul di china.. boleh buat duit macam tu..

19 December 2013 at 23:53 comment-delete

baru nak taip dahsyat tadi, hihi.. kak aiza dah cakap dulu...

19 December 2013 at 23:59 comment-delete

best boleh sewa2 ye..

20 December 2013 at 01:09 comment-delete

lai lai lai.. nk sewa saya pun boleh.. murah je.. takat ambik upah teman makan tengok wayang boleh ler.. hehehe

20 December 2013 at 02:30 comment-delete

kat cina ni semuanya pelik2..aduyai

20 December 2013 at 10:50 comment-delete

Macam ni pun boleh juga ye...

20 December 2013 at 15:21 comment-delete

wah...kelakar orang kat china nie..kat malaysia takde ke???sape nak sewa teman anda boleh sewa saya....hahahaha

Regards,
-Strider-

20 December 2013 at 16:04 comment-delete

Jangan orang di Malaysia tiru sudah lah. Heheh.

24 December 2013 at 03:37 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ