ISU POLIS TAMPAR WARGA BANGLA
Sebelum itu jom saksikan videonya di bawah
KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS P.PINANG
Anggota polis yang dipercayai terbabit dalam kejadian menampar orang awam di Bayan Baru kini ditukarkan ke Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya, Balik Pulau.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, langkah itu diambil sementara menunggu siasatan yang dijalankan oleh Bahagian Tatatertib Polis Diraja Malaysia (PDRM).
"Anggota polis berkenaan sudah ditukarkan serta-merta," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Abdul Rahim turut menegaskan PDRM tidak berkompromi dengan pegawai dan anggotanya yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama dan imej PDRM.
"Arahan telah dikeluarkan kepada semua ketua jabatan, ketua polis daerah dan ketua formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota di bawah seliaan mereka melaksanakan tugas mengikut undang-undang."Jangan sesekali bertindak di luar batasan serta melakukan perkara yang mencemarkan imej pasukan," tegasnya.
Kenyataan Abdul Rahim itu adalah susulan penyebaran rakaman video menerusi laman sosial sejak Jumaat lepas yang memaparkan perbuatan seorang anggota polis menampar seorang individu dipercayai warga asing, kerana gagal menunjukkan dokumen pengenalan diri.
Kejadian dipercayai berlaku di hadapan sebuah klinik swasta di Bayan Baru.
Bahagian Tatatertib PDRM Kontinjen Pulau Pinang sedang menjalankan siasatan terhadap paparan video yang telah dimuat turun dalam laman sosial Youtube bersabit "Polis Tampar Orang Awam" pada 13/12/2013 di satu tempat awam di Kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang. Anggota Polis berkenaan telah ditukarkan serta merta ke Bilik Gerakan IPD Barat Daya.
Dalam kejadian itu, pihak PDRM Kontinjen Pulau Pinang tidak akan berkompromi dengan mana-mana pegawai dan anggota polis yang melakukan kesalahan sehingga mencemarkan nama serta menjatuhkan imej PDRM.
Ketua Polis Pulau Pinang telah mengeluarkan arahan kepada semua Ketua Jabatan,Ketua Polis Daerah dan Ketua Formasi untuk memastikan semua pegawai dan anggota dibawah seliaan masing-masing mereka sentiasa melaksanakan dan menjalankan tugas mengikut lunas undang-undang yang sedia ada. Jangan sekali-kali bertindak diluar batasan undang-undang serta melakukan perkara yang boleh mencemarkan imej pasukan.
Ketua Polis Pulau Pinang
Senior DCP Datuk Abd.Rahim bin Hj Hanafi
5 comments:
marah betul polis tu yang lelaki tu..ntah apa laa yang dia buat sehingga menaikkan kemarahan polis tu...
Regards,
-Strider-
Ntah la... tak tahu apa nak kata... sebab kita tak tahu apa situasi yang sebenar...walau apa pun tindakan polis tu memang tak patut
bekerja dengan orang awam perlukan kesabaran..
kejadian berlaku kat area yg tak jauh dari tempat pha is duduk.. tapi pha is tak tahu apa2 pun pasal ni.. nmpak sangat tak ambil tahu isu semasa.. hehehe
Kalu nak tahu, Datuk Rahim Hanafi ni rumah ayahnya jiran saya.
Post a Comment