Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Ilmu Lelaki Perlu Ambil Tahu : Menanam Uri Anak

Ilmu Lelaki Perlu Ambil Tahu : Menanam Uri Anak



SEMUA LELAKI MESTI TAHU ILMU INI!

Antara tanggungjawab penting suami perlu tahu dan pelajari ialah menanam uri.

MENANAM URI ANAK

Uri atau dikenali sebagai placenta, dan juga disebut tembuni.
Uri jangan dibuang atau ditinggalkan di hospital. Uri adalah teman rapat/kembar bayi semasa didalam kandungan dan uri amat penting kepada bayi.

Uri perlu ditanam dengan segera bagi mengelakkan uri busuk. Jangan disimpan uri hingga dua tiga hari baru dibasuh. Orang tua kata tidak elok. Kalau boleh, cepat-cepat basuh. Contohnya, kalau dapat uri pagi, petang dah tanam. Simpan di peti ais beku jika tak sempat basuh uri tersebut pada hari yang sama/segera. Uri perlu diuruskan dengan baik.

Jangan mengikut kepercayaan karut-marut masyarakat Melayu yang diwarisi turun-temurun. Semoga, kita dapat menghindarkan diri daripada amalan khurafat ini, yang dibimbangi boleh menjejaskan akidah kita tanpa sedar.

Cara menguruskan uri

1) Mulakan dengan baca Bismillahirahmannirrahim.

2) Cuci bersih-bersih hilangkan darah-darah. Jangan guna sabun/shampoo.

3) Bilas dengan air bersih sambil berselawat dan doa yang baik-baik (Untuk pastikan uri tersebut bersih dan suci)

4) Cuci uri dengan garam. Lumurkan garam dan cuci bersih-bersih.

5) Cuci uri dengan asam jawa. Lumurkan asam jawa dan cuci bersih-bersih. (Untuk hilangkan bau hanyir darah)

6) Perahkan 4 biji limau ke atas uri hingga naik bau limau dan untuk harumkan uri.

7) Letakkan dalam plastik/bekas mudah reput seperti plastic tesco/kotak mudah reput, letak garam kasar dan asam keping. Ikat seperti sup bunjut.

***Mengurangkan bau hanyir yang menaruk perhatian binatang, yang mungkin akan menggali uri ini nanti

8) Letak dalam kain putih dan ikat kemas-kemas seperti sup bunjut.

9) Gali tanah sedalam mungkin, agak-agak tidak dibau/dikesan dan dikorek anjing nanti atau binatang –binatang lain nanti

10) Baca Bismillahirahmannirrahim dan selawat semasa letakkan uri dalam dalam dan timbus.

11) Tanam ditempat yang bersih dan selamat. Contohnya perkarangan surau/masjid.

12) Letak batu sebagai tanda bagi memastikan tidak digali oleh anjing dan binatang2 lain.

13) Jangan di letak lilin dan barangan sebagainya yang boleh mendatangkan syirik dan khurafat.

Hukum menanam uri adalah HARUS. (JAKIM). Uri tersebut perlu dibasuh dan ditanam di dalam tanah supaya ia tidak dimakan oleh haiwan. Uri orang-orang Islam adalah suci dan dengan itu tidak boleh di bakar atau dijual. Mana-mana orang Islam yang melahirkan anak di hospital dikehendaki membawa balik uri-uri itu untuk di tanam di tempat masing-masing. Amalan menanam uri bayi dengan lada hitam, paku, pensil dan sebagainya adalah amalan khurafat. - Sumber - pakarcinta.com


4 comments:

nice share... nnti dah ada anak senang, x kalut nk cari dah..

18 December 2013 at 09:49 comment-delete

Nice sharing... x pernah tgk uri anak sendiri, walau dah 4 kali beranak... sbb suami & ayah dah settlekan pasal ni sejurus lepas bersalin...

18 December 2013 at 10:35 comment-delete

bagus ni untuk lelaki tahu,
ika pernah tengok abah tanam uri adik :)

18 December 2013 at 11:01 comment-delete

yes..akak setuju bab ni..perkongsian yang baik kerana kadangkala urusan membersihkan uri dan tanam dengan sempurna tidak dipandang penting..

18 December 2013 at 14:47 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ