Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Model 'Playboy' Felixia Yeap Gemar Berhijab Dan Berbaju Kurung

Felixia Yeap merupakan seorang model berbangsa Cina yang terkenal dengan imej seksi. Felixia pernah menjadi 'Playboy Bunny', untuk model Majalah FHM ban Gadis Litar. Beberapa bulan lepas, Felixia menyatakan yang beliau gemar memakai baju muslimah (Baju Kurung). Felixia juga baru-baru ini banyak bergambar dengan memakai hijab. Felixia dikatakan mencuba hijab sejak menghadiri Suatu Uji Bakat "Saya rasa selamat bila menutup aurat," kata Felixia.









Rata-rata komen dari orang ramai adalah positif Dan memberi sokongan namun ada juga yang tidak setuju atau memandang serong tindakan Felixia ini. Apa pendapat anda? Adakah ianya suatu penghijrahan atau sekadar meraih publisiti?





Felixia Yeap yang terkenal sebagai model Playboy Bunny dilihat mula mengenakan baju yang menutup aurat seperti baju kurung dan tudung. Hal ini bukan saja mengejutkan para pengguna Twitter dan Facebook, malah Felixia yang sebelum ini pernah bergambar seksi berbikini, kini dilihat jauh lebih cantik dan menawan apabila berhijab.










Menurut coretan di blognya, beliau jatuh cinta dengan baju kurung Melayu tradisional kerana ia benar-benar selesa untuk dipakai dan kali pertama beliau memakai tudung ketika beliau menghadiri sesi ujibakat iklan sebuah syarikat telekomunikasi tempatan dan beliau merasakan dirinya bebas,selamat dan dilindungi. Kisah ini sungguh menginsafkan terutamanya bagi wanita Islam diluar sana yang masih belum berhijab. Semoga dijadikan iktibar buat kita dan menjadi insan yang lebih baik. Kita doakan agar Felixia benar-benar mendapat hidayah dari Allah swt.


7 comments:

suka tgk dia berbaju kurung.. ayu sangat. semoga mndapat hidayah

15 December 2013 at 20:15 comment-delete

semoga diberikan hidayah kepadanya untuk memeluk islam.. :D

15 December 2013 at 21:22 comment-delete

Cantik dia berbaju kurung dan berhijab . Harap dia memluk Islam . InsyaAllah . Terkilan tengok non muslim pun nak pakai tudung , yang muslim , hmm .

15 December 2013 at 21:30 comment-delete

semoga lepas ini dia diberi hidayah untuk memeluk islam seterusnya mencari seorang lelaki yang betul2 berniat untuk menjadikanya isteri...

Regards,
-Strider-

15 December 2013 at 22:52 comment-delete

perubahan positive...mana tahu kalau2 berminat into islam pula kan...kita doakan yang terbaik...bila dah cuba berbaju kurung, memakai tudung maknanya dah mula ada minat dengan Islam, which is good :)

16 December 2013 at 00:07 comment-delete

Doakan yang terbaik je lah..kot2 terbukak pintu hati nak peluk islam..amiin..

16 December 2013 at 14:28 comment-delete

Jom kita doakan semoga Flexia diberikan hidayah untuk memeluk islam.

6 March 2014 at 12:19 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ