CERITA PELAJAR POLITEKNIK IBRAHIM SULTAN DI CULIK ADALAH REKAAN SEMATA-MATA
Heboh di dalam whatsapp dan juga di laman sosial mengisahkan konon seorang pelajar perempuan Politeknik Ibrahim Sultan (PIS) Pasir Gudang telah diculik beberapa individu yang tidak dikenali di hadapan kediamannya di Taman Scientex di sini malam semalam tetapi penuntut perempuan itu berjaya melarikan diri ketika kenderaan penculik itu sedang mengisi minyak di sebuah stesen minyak di Dungun, Terengganu pagi tadi.
Malam ini, Ida menerima satu laporan yang dipanjangkan di dalam whatsapp berkenaan Update kes tersebut. Setelah soalsiasat yang baru selesai dijalankan sebentar tadi mendapati mangsa mempunyai masalah dengan pihak Politeknik kerana gagal menyiapkan beberapa assignment kemudian beliau merangka cerita rekaan yang kononnya telah diculik.
Aduh... macam-macam... bikin satu Malaysia merasa kecoh cemas!!
Aduh... macam-macam... bikin satu Malaysia merasa kecoh cemas!!
0 comments:
Post a Comment