Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Seorang Maut Dan Seorang Lagi Hilang Ketika Mandi Di Pantai Tg Balau




KOTA TINGGI - 10 Oktober  lebih kurang jam 4.30 petang mangsa bersama keluarganya sampai d Pantai Tg Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.  Rombongan mereka seramai 7 orang iaitu 3 lelaki  4 perempuan. Ketika mandi  tiba-tiba datang ombak besar menarik dua orang mangsa dan yang lain-lain ketengah laut. Mereka cuba di selamatkan oleh ibu bapanya tetapi terlepas dari pegangan. Selepas  usaha mencari di lakukan  telah berjumpa  seorang mangsa kanak-kanak perempuan berusia 2 tahun tetapi  telah meninggal dunia dipercayai lemas. Manakala seorang lagi mangsa lelaki berusia 15 tahun masih hilang.

Keadaan laut semasa kejadian dikatakan bergelora serta angin bertiup kuat dan ombak setinggi lebih kurang 1.5 meter. Lokasi kejadian kira-kira 20 meter dari pantai ketika air mulai pasang.

Usaha-usaha mencari masih diteruskan di pesisir pantai oleh Jabatan Bomba  dan Pasukan Polis Merin dan akan disambung esok. 





2 comments:

Allahuakbar..sedihnye tgk bb tu terkulai :(.

12 October 2014 at 02:50 comment-delete

:( Kesiannya, bawakan bersabar keluarga mangsa. Innalillah.. al-fatihah

14 October 2014 at 00:56 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ