Banjir Kilat Disekitar Kuala Lumpur Petang Tadi
KUALA LUMPUR 10 Okt. - Ribuan pengguna jalan raya yang dalam perjalanan pulang ke rumah terperangkap dalam kesesakan lalu lintas apabila beberapa kawasan di sekitar ibu negara dan Selangor ditenggelami air akibat banjir kilat petang ini.
Kejadian banjir kilat itu berpunca daripada hujan lebat selama dua jam bermula pukul 4 petang.
Antara kawasan yang mengalami banjir adalah di Bangi, Selangor, Jalan Bangsar, Lebuh Raya Besraya, Sungai Besi dan Jalan Rahmat berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).
Kawasan lain adalah bulatan Sungai Besi menghala ke Lapangan Terbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Universiti Malaya, Taman Wahyu serta Jalan Cheras berhampiran pusat beli-belah Leisure Mall, Jalan Pantai Baru, Bangsar, Kampung Malaysia Raya, Sungai Besi dan Bandar Tasik Permaisuri. - UTUSAN ONLINE
12 comments:
selagi mrt tak siap, macam ni la keadaannya..
sekejap je hujan dah banjir kilat
Bahaya juga kan.
Sekejap, tapi memang lebat juga kawasan Pudu dibadai hujan tadi.
Musim tengkujuh tiba. Katakl bergembira. :)
ptt la tgok ada orang bgthu lbat hujan..last2 bnjir trus..
kuasa Allah S.W.T...
Mana-mana pun kena banjir kilat sekarang ni
bandaraya boleh banjir... ermmm...
Hujan lebat tu 2 jam jer/ tapi kesannya jem berjam2
Betul tu... asal hujan lebat jer terus banjir
this is KL, normal hukhuk dulu masa duk KL selalu laa rasa jammed ni semua, tapi sekarang dah pindah melaka, tenang je takde jammed, rumah pun atas bukit
Post a Comment