Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual
Apa itu Jenayah Seksual?
Penderaan seksual adalah perbuatan memaksa melakukan atau melihat sesuatu berbentuk seksual tanpa kemahuan wanita tersebut atau menyakiti wanita ketika melakukan persetubuhan boleh dikategorikan sebagai penderaan seksual.
Gangguan seksual adalah sebarang ungkapan yang sengaja, gerak tubuh atau perlakuan yang berunsur seksual, yang tidak dikehendaki, diundang, atau diminta. Ia boleh mengganggu emosi, fizikal, dan maruah seseorang wanita. Gangguan seksual boleh berlaku dimana-mana sebagai contoh di jalanraya, dalam pengangkutan awam, di panggung wayang mahupun di tempat kerja. Ganguan seksual adalah terdiri dari kombinasi fizikal, percakapan, pandangan atau gangguan psikologi.
Antara jenis Jenayah seksual serta hukuman adalah seperti berikut:-
1). ROGOL
- Sek. 376(1) Kanun Kesiksaan
Penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat. Hubungan seks dengan gadis di bawah 16 tahun sama ada kerelaannya atau tidak, adalah rogol.
- Sek.376(2) Kanun Kesiksaan
Penjara selama tempoh tidak kurang 5 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun penjara dan bolehlah dikenakan sebat.
- Sek.376(4) Kanun Kesiksaan
Dihukum mati atau penjara selama tempoh tidak kurang dari 15 tahun dan tidak lebih daripada 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan.
- Sek.375A Kanun Kesiksaan
Mana-mana lelaki dalam suatu perkahwinan yang sah menyebabkan kecerderaan atau ketakutan kematian atau kecerderaan kepada isterinya atau mana-mana orang lain untuk mengadakan persetubuhan dengan isterinya hendaklah diseksa dengan penjara selama tempoh yang boleh sampai 5 tahun.
2). SUMBANG MAHRAM
- Sek. 376B Kanun Kesiksaan
Penjara selama tempoh tidak kurang dari 6 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan hendaklah juga dikenakan sebatan
- Sek. 376(3) Kanun Kesiksaan
Penjara selama tempoh tidak kurang dari 8 tahun dan tidak lebih dari 30 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan.
3). HUKUMAN BAGI KESALAHAN MENYERANG ATAU MENGGUNAKAN KEKERASAN JENAYAH KEPADA SEORANG DENGAN NIAT HENDAK MENCABUL
- Sek. 354 Kanun Kesiksaan
Penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun.
Atau denda atau dengan sebat atau mana-mana dua daripada seksaan itu.
4). MELAKUKAN PERSETUBUHAN YANG BERTENTANGAN DENGAN ATURAN TABII (LUAR TABII)
- Sek. 377 Kanun Kesiksaan
Penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan denda atau sebat.
- Sek. 377B Kanun Kesiksaan
Penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat
Sek.
- Sek. 377C Kanun Kesiksaan
Penjara selama tempoh tidak kurang dari 5 tahun dan tidak lebih dari 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.
- Sek. 377CA Kanun Kesiksaan
Penjara selama tempoh yang boleh sampai 20 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat
- Sek. 377D Kanun Kesiksaan
Penjara selama tempoh yang boleh sampai 2 tahun
- Sek. 377E Kanun Kesiksaan
Penjara selama tempoh yang boleh sampai 5 tahun dan bolehlah juga dikenakan sebat.
5). PERKATAAN ATAU ISYARAT YANG DIMAKSUD MENGAIBKAN KEHORMATAN SESEORANG
- Sek. 509 Kanun Kesiksaan
Penjara selama tempoh yang boleh sampai 5 tahun atau denda atau kedua-duanya.
APAKAH TINDAKAN YANG PATUT DIAMBIL JIKA BERLAKU?
1). Undang-undang membenarkan hak mempertahankan diri daripada jenayah rogol dengan menggunakan kekerasan ke atas penyerang sehingga boleh menyebabkan luka parah atau kematian ke atasnya.
2). Bertenang dan jangan kelam kabut jika diugut atau diserang.
3). Sekiranya anda membuat keputusan untuk melawan, pastikan anda benar-benar mengusai keadaan. Anda boleh gunakan tangan dan kaki atau pun sebarang benda yang ada pada anda seperti beg tangan, payung, kunci, dan sebagainya untuk melawan.
4). Camkan muka dan tanda-tanda yang ada penjenayah itu serta pakaiannya dan juga nombor kenderaan yang digunakan.
5). Untuk membantu siasatan polis, anda dinasihatkan supaya tidak membasuh badan dan pakaian yang dipakai sewaktu kejadian sebelum membuat laporan polis.
6). Buat laporan polis dengan segera.
CARE, SERVE & PROTECT
(AMBIL TAHU, BERKHIDMAT & MELINDUNGI)
Sumber PDRM
13 comments:
perkongsian yg berguna... agak2 berkelakuan seksual secara tak senonoh di khalayak ramai kena apa2 tak..? hehe
perkongsian yang sangat bermanfaat..
Nice Sharing Ida.. Risau betul jenayah ini tak pernah suruh dari terpapar di dada akhbar..dari dulu hingga sekarang ni.. :-(
perkongsian yang baik ida.. jenayah ada di mana saja.. dalam berhati-hati pun ada juga yang mengambil kesempatan..
Kalau tak salah ida ada contoh penari tiang di khalayak ramai yang gempaq suatu ketika dulu tetapi hukumannya hanyalah di bawah undang2 kesalahan kecil sahaja.
Betul tu Kak Erin... bertambah bimbang kita dibuatnya nak2 yang melibatkan remaja bawah umur
Terima kasih Kak Aiza... betul tu. Ida pernah terbaca maybe bulan lepas, penjenayah ni lebih suka kepada gadis2 yang berbaju kurung. Kita sangka kita sudah sopan serta menutup aurat dgn berbaju kurung tp rupanya menghairahkan mereka, nak2 skrg fesyen baju kurung yang jarang serta ketat mengikut body memanglah sering menjadi mangsa...so sama2 lah kita beringat.
Terima kasih bonda...sama2lah kita saling ingat mengingatkan ;)
takutnya ida.... berhati-hatilah terutamanya kita, kaum hawa yang lemah ini
perkongsian bagus ni ...saling memperigatkan. kaum wanita harus ada/belajar ilmu pertahankan diri. baru ada keyakinan dan ak mudah menyerah.
Hu3..pasti ada sebat..ngeri btol kalau ada sebat ni..tgok videonya pn dah seram..hm diorang ni xtkot agaknya ye..2 bru hukuman dunia..nice sharing..
nice sharing ida :D
ika pernah dalam situasi macam ni tapi bukan kes rogol, seksual etc, tapi case lelaki yang sukakan ika tapi ika tak boleh terima dia, pastu sebab dia tak terima keputusan ika tu dia ugut laa, kalau tak dapat cara baik, dia buat cara jahat,
dia buat facebook fake yang cuba mengaibkan nama ika,
bila terserempak dekat sekitar college dia macam try to attack me, selamat ada kawan-kawan masa tu,
then beritahu kat family, kat parents, ramai yang nasihatkan suruh buat laporan polis,
ika buat laa, then pihak polis datang college, after that ika tak tahu apa cerita, dengarnya dia kena buang college.
Dah almost 2years++ dah hal ni, tapi still tak leh lupa sebab trauma and takut hukhuk
Post a Comment