Maybank Nafi Mesin ATMnya Tidak Berfungsi Hingga Isnin ini
KUALA LUMPUR 31 Jan. – Maybank hari ini menjelaskan bahawa semua mesin juruwang automatik (ATM) miliknya beroperasi sepenuhnya sepanjang tempoh cuti ini.
Jurucakap Maybank berkata demikian sebagai membetulkan kesilapan laporan Berita Harian hari ini dan menegaskan bahawa tiada gangguan dengan perkhidmatan ATM Maybank.
“ATM kami dan semua sistem perbankan lain beroperasi sepenuhnya dan adalah tidak benar (dalam laporan itu) bahawa akan berlaku gangguan pada sistem perbankan kami sehingga tempoh berkenaan,” katanya dalam kenyataan tiga para di sini hari ini. – BERNAMA
1 comments:
yg saya tahu, dia punya ATM kat tempat saya ni memang giler. sebab touch screen. lain ditekan lain keluar. kadang2 tekan, tak keluar-keluar. hilang sabar dibuatnya!
Post a Comment