Lelaki Maut Akibat Terkena Mercun Di Johor
Rasanya baru pertama kali mendapat berita bangsa cina maut terkena mercun di musim perayaan mereka
JOHOR BAHRU – Seorang pekerja am sebuah kilang maut akibat bermain mercun untuk meraikan Tahun Baharu Cina di rumahnya di Permas Jaya di sini.
Mercun yang dibakar Sze Joon Choon, 36, ketika tengah malam tadi dilaporkan terkena mukanya sehingga cedera teruk.
Dia dikejarkan anggota keluarganya ke Hospital Sultanah Aminah dan meninggal dunia kira-kira 7.30 pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan kejadian itu. – BERNAMA
2 comments:
Bahana bermain mercun.
musibat tak kenal bangsa dan kaum .... mungkin si mangsa bermain mercun lain dari yang biasa
Post a Comment