Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Bagaimana Jika Ada Tawaran Botakkan Rosmah



Bagaimana Jika Ada Tawaran Botakkan Rosmah



PETALING JAYA: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) hari ini mengecam keras kenyataan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dalam isu tawaran tampar ke atas Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok.

Dalam satu kenyataan media, Pengarah Propaganda SAMM, Edy Noor Reduan berkata pandangan Zahid Hamidi dalam isu ini adalah agak sempit dan ‘kurang masak’.

Pada 6 Februari yang lalu, Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia membuat tawaran bagi menampar Teresa Kok yang juga naib presiden DAP, kerana dikatakan kurang ajar dan mencabar kedudukan orang Melayu.
Namun, punca sebenar tawaran tersebut dikatakan adalah kerana suatu video bertajuk ‘Onderful Malaysia’ sempena Tahun Baru Cina, dimuat naik ke Youtube yang menunjukkan Kok menemu ramah tiga tetamu yang menyindir pelbagai perkara, termasuk isu keselamatan di Sabah dan Kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 di negeri itu.

Menurut seketariat Majlis Permuafakatan Ummah Malaysia Zulkifli Sharif, tawaran dibuat itu itu dibuka kepada semua warganegara Malaysia agar penghinaan yang seringkali dibuat oleh Teresa Kok menerima pembalasan kerana menghasilkan video tersebut.

Pada keesokkan harinya tawaran tersebut dinaikkan kepada RM1200.

“Ketika banyak pihak menggesa tindakan sewajarnya terhadap kumpulan yang membuat tawaran melampau berbentuk ugutan itu, Zahid tanpa rasa bersalah mempertahankan kumpulan tersebut dan menganggap tawaran tampar itu bukan suatu ancaman keselamatan,” katanya.

“Apakah Zahid Hamidi buta undang-undang? Atau sebenarnya ada dua set undang-undang maka itulah jawapan terbaik seorang menteri?” tanya beliau.

Edy juga berkata jika benar tawaran menampar itu bukan satu ancaman keselamatan, maka oleh kerana sikapnya yang sering membazir wang rakyat, bagaimana jika ada pihak yang menawarkan RM1200 kepada sesiapa yang berjaya membotakkan kepala Datin Seri Rosmah Manshor, isteri Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kami SAMM percaya ini juga bukan satu ancaman keselamatan jika hukum mantik yang sama terpakai,” katanya.

“SAMM juga ingin memberi nasihat percuma kepada para menteri, jangalah perbodohkan rakyat kelak rakyat pula akan memperbodohkan kamu dengan pelbagai gelagat termasuklah flashmob dan klip video lucu,” tambah beliau.

Terdahulu NGO tersebut juga bertindak menyembelih dua ekor ayam dan melumur darahnya pada kain rentang yang tertera gambar pemimpin Cina DAP dan PKR sebagai bantahan terhadap penghinaan kepada masyarakat Melayu.


1 comments:

politik oh politik..huhu

11 February 2014 at 13:23 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ