Wow! Melakukan Seks Penting Sebelum Beraksi Ke Perlawanan Bola
Gambar Hiasan |
Adakah tanggapan bahawa melakukan hubungan seks sebelum beraksi dalam perlawanan akan mengurangkan tahap prestasi para pemain hanya sekadar satu mitos?
Juan Carlos Medina, pengarah koordinasi divisi sukan di Universiti Tecnologico de Monterrey, mendedahkan bahawa hubungan seks sebenarnya membawa banyak manfaat kepada atlet-atlet.
"Ia membantu anda untuk rileks dan berpuas hati secara seksual, mental dan juga fizikal. Ini akan mengurangkan tahap keresahan para pemain menjelang satu perlawanan penting", ulas beliau.
"Pasukan kebangsaan bola sepak Belanda, semasa Piala Dunia 1978 di Argentina, merupakan satu contoh bagus," kata Medina.
"Beberapa pemain ditemani oleh isteri-isteri mereka dan Belanda berjaya meraih tempat kedua. Walaupun saya tidak berkata yang seks merupakan faktor penentu, tetapi ia pasti membawa sokongan.
"Satu lagi contoh merupakan Elias Figueroa, seorang pemain bola sepak daripada Chile, yang pernah diarahkan oleh jurulatihnya untuk mengadakan hubungan seks pada tengah hari sebelum satu perlawanan besar, dan dia melakukannya sekali lagi berikutan perlawanan tersebut kerana ia membantunya untuk kembali tenang."
Menurut Medina, seks dapat mengalih perhatian minda daripada perlawanan akan datang dan mampu mencegah kepenatan mental, yang dipercayai jauh lebih berbahaya daripada kepenatan fizikal.
6 comments:
so kena considerkan buat seks dulu lah lepas nie jika nak lawan bola nanti??? hmmmmm
jadi, apa masalahnya dgn pemain bola sepak di negara kita ye cik Ida? ehhh...? hehehe.. :p
Banyak masalahnya cik Gee hehehe...
Usaha bersungg6h dan semangat hingga last minute..
hihihiihih,, peransang semangat.. faham-faham je lah orang lelaki ni... selagi tak keluar, selagi tu lemauu je.. kahkah.. mama gurau je ida..
Hormon2 tensen hilang lepas seks.....
Post a Comment