Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Tips Kekalkan Stamina Semasa Berbasikal




7 Tips Berguna Untuk Kekalkan Stamina Semasa Berbasikal

Berikut adalah beberapa tips yang berguna untuk anda amalkan:

1) Minum lebih banyak daripada apa yang kita fikir sudah mencukupi. Disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 2 botol sejam semasa mengayuh.

2) Bekukan minuman anda jika menunggang basikal dalam cuaca panas. Biar air anda itu nyah sejuk secara semulajadi supaya anda sentiasa mempunyai bekalan minuman sejuk secara berterusan.

3) Sebaliknya, untuk cuaca sejuk pula, disarankan untuk mengisi botol dengan air panas supaya menghindarkan air menjadi terlalu sejuk hingga ke tahap membeku. Biasa berlaku di luar negara.

4) Setkan masa di jam tangan anda setiap 10 minit sekali penggera akan berbunyi mengingatkan anda untuk membasahkan tekak anda.

5) Makan makanan bertenaga dengan kadar rendah gula seperti bar snek ‘less sugar’ untuk menjana tenaga segera. Makanan dalam kadar gigitan sedikit demi sedikit atau ‘nibbling’ untuk mengelakkan tersedak atau tercekik.

6) Untuk mengelakkan rasa pening atau pitam, pastikan paras glukosa dalam darah adalah stabil. Glukosa dalam darah adalah penting untuk memastikan otak dan sistem saraf pusat berfungsi dengan sempurna.Sentiasa mengambil dalam kadar sedikit demi sedikit minuman isotonik atau bar snek.

7) Kafein membantu memanfaatkan tenaga yang terkandung di dalam lemak iaitu glikogen (bahan api utama otot). Walaupun begitu, kafein boleh mengakibatkan rasa gementar, sakit perut dan kerap kencing. Seterusnya menjadi punca utama dehidrasi. Justeru, anda perlu hadkan pengambilan kafein sekadar yang cukup untuk tubuh anda.

#info #bicyclemerchandise


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ