Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Viral Nak Hadiah Beg LV Dato Seri Vida Jika Kongsi Status Adalah Palsu



Penjelasan dari Dato Seri Vida : Viral Nak Hadiah Beg LV Jika Kongsi Status


Kuala Lumpur: Datuk Seri Dr. Hasmiza atau Dato Seri Vida (DSV) menafikan pihaknya tidak pernah membuat sebarang tawaran untuk memberi beg tangan Louis Vuitton milikknya seperti mana yang menjadi viral sebelum ini.

Bagaimanapun, ahli perniagaan itu mempunyai berita gembira kerana dia memang berhajat untuk menghadiahkan barangan berjenama mewah miliknya dalam masa terdekat.


"Saya memang berhajat untuk berbuat demikian tapi masih belum membuat tawaran berkenaan dan memaparkannya di mana-mana laman sosial termasuk Instagram dan FB.

“Akaun yang memaparkan tawaran berkenaan tiada kena mengena dengan saya atau syarikat saya,” kata Vida sebagaimana lapor Harian Metro.

Sebelum ini, satu status yang dipost menggunakan akaun facebook 'DSV-Dato' Seri Vida' yang berkata akan memberikan beg tersebut kepada pemenang bertuah yang berkongsi status tersebut menjadi viral sehingga dikongsi lebih dari 200,000 orang netizen.




Mengulas perkara itu, Vida berkata beliau kesal dengan tindakan pihak yang tidak bertanggungjawab membuka akaun FB yang sama sekali bukan dikendalikan olehnya atau pihaknya.

"Sebarang promosi, iklan, hadiah mahupun barangan yang berkaitan mengenai Vida Beauty atau Qu Puteh yang dipaparkan menerusi akaun FB itu adalah tidak benar dan palsu sama sekali.

"Kita tidak akan bertanggungjawab jika ada yang kerugian kerana berurusan dengan akaun FB berkenaan," katanya.

Mengulas lanjut tentang niatnya untuk memberi pelbagai barangan berjenama mewah kepada peminat, Dia berkata ianya utnuk peminat setia yang sentiasa menyokong pembabitannya dalam industri kecantikan.

"Semuanya masih lagi dalam perancangan terutama untuk membuat pemilihan bagi pemberian barangan berkenaan.

“Ia membabitkan pengedar yang baru menyertai perniagaan saya, pengedar yang sedia ada dan juga pengikut setia di laman Instagram dan FB di mana mereka yang rajin 'like' dan komen antara yang akan dipilih menerima hadiah berkenaan,” katanya

Vida juga berharap tidak ada pihak yang mengambil kesempatan terhadap dirinya untuk menipu.

"Orang ramai disarankan untuk sentiasa mengikuti perkembangan saya di Instagram dengan nama 'datoserivida' dan Facebook menggunakan nama Dato Seri Vida untuk merebut peluang terbaik ini.", kata beliau.


Sumber: http://www.kitabantai.info


0 comments:

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ