Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Kalau HP Hilang Apa Nak Buat?

Kalau HP Hilang Apa Nak Buat?



Assalamualaikum wbt... 

Tadi Ida terbaca di blog Bro Kerol (klik sini) hp kawan dia dicuri depan mata, kesian kan... So Ida teringat satu tips kalau hp kita hilang, apa nak buat? Kesian kan, beli hp mahal2 tapi kena curi lak, tetambah hp baru Samsung Glaxy Note 3 yang berharga melebihi RM2,200 ++  Aduh pening kepala bertingkat2 nampaknya.

Sebenarnya kita masih ada peluang  nak "balas balik" kat pencuri  tu walaupun pencuri tu berada di jarak jauh. Kira macam nak balas dendam la. Siapa tak sayang hp mahal2 kan. Kalau kita buat report polis pun tak guna sebab bukan polis tu dapat cari pun. Kalau ada yang terjumpa dan tertangkap pun cuma dalam kes2 terpencil jer. Polis maybe akan menjalankan rondaan di kawasan tersebut tetapi kebarangkalian untuk kita terjumpa balik hp kita tu tersangatlah tipis.

Oleh yang demikian ikut langkah2 dibawah ni sebagai persediaan: 

Sebelum hp kita kena curi atau hilang, atau mula dari sekarang kita simpan no siri hp ni. No siri hp ni tidak terdapat di kotak atau dimana2 bahagian hp. Kita hanya perlu  mendail *#06# dan 15 digit nombor siri hp kita akan tertera di skrin. Caj adalah percuma. Selepas terima 15 digit nombor siri, catatkan nombor siri ni dan simpan di tempat yang selamat atau tempat yang senang kita ingat. Jangan simpan dalam hp sebab kalau hp hilang dan no siri tu pun ikut hilang kan? hehe. Pastu bila hp kita kena curi atau hilang, kita boleh hubungi pusat servis telefon bimbit macam maxis atau celcom (mengikut talian yang kita guna) dan berikannya kod nombor siri tadi. Kemudian, mereka akan "mengunci" sistem dalam hp tersebut dan sesiapa sahaja yang mencurinya pasti menyesal! Walaupun kad sim dah ditukar baru kerana pencuri tersebut tidak berupaya mengaktifkan kembali hp tu. Alang2 menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan. Alang2 rugi biar semuanya rugi... baru puas hehehe (gelak dalam mood jahat)

ps/ Did you know function nombor siri tu datang dari hp kita bukan dari kad sim. Sebab itulah caj dia percuma. Tetapi menurut kata ayah Ida sebenarnya kedai telefon tempat kita beli hp tu ada simpan sesalinan no siri tu. Ini pengalaman ayah yang pernah menyiasat satu kes besar yang melibatkan kematian. Berpeluh2 tokeh kedai tu menyelak balik resit2 pembelian dua tahun lepas bagi membantu siasatan pihak polis. 

Artikel ini di copy paste dari sini kemudian di edit mengikut kesesuaian Ida




15 comments:

Wah. Bagusnya Ida. Nak trylaa.. hehe

22 September 2013 at 18:24 comment-delete

wah.. biar betull.... harus try..

22 September 2013 at 18:50 comment-delete

Oh, satu info yang sangat bergina. Terima kasih berkongsi ya Ida.

22 September 2013 at 18:53 comment-delete

bagus jugak tuh..even hp hilang..maklumat dalam tuh selamat.

22 September 2013 at 19:00 comment-delete

Waaaa... king buat sekarang jugak!!!!!

23 September 2013 at 02:33 comment-delete

wau bgus ni :)

23 September 2013 at 10:40 comment-delete

biar padan muka pencuri tu ida.. win win situation.. hehe..

23 September 2013 at 11:57 comment-delete

Betul tu, sebab skrg no macam2 akaun bank + no pin kad ATM/credit semua simpan dalam hp, malah password emel, pesbuk, blog pun simpan dalam tu gak hehehe

23 September 2013 at 13:28 comment-delete

idea bernas ni..alang2 dah rugi..biar sama2 rugi :P

23 September 2013 at 21:33 comment-delete

betol 2..bnda ni dh lama..cuma sstgah orang je yg xalert..1lg hp mhal ni dia ada system yg kita boleh detect hp kita kt mana..ada je dlm market android 2..nk seribu daya =)

24 September 2013 at 09:47 comment-delete

bagus tips ni..bolehlah saya cuba...thanks for sharing sis :)

24 September 2013 at 18:03 comment-delete

memang betul..selalu nak masuk airport..nak isi borang declare...nak tahu no siri hp kita memang kena tekan butang *#06#

25 September 2013 at 21:42 comment-delete

sekarang pun dah ada cip dalam smartphone yang boleh detect phone kita kat mana, insyaAllah, sebagai salah satu langkah bila berlaku kecurian atau kehilangan kan.

Boleh try nanti ni buat kat phone ika dial number2 tu :) thanks ida~~

13 October 2013 at 16:49 comment-delete

awak tau x mcm mna nak detect fon tu ada kat mna??

7 July 2014 at 12:00 comment-delete

Even pencuri tu format fon slps kita kunci dgn kod fon tu pun dia takleh guna la eh?

12 October 2014 at 11:46 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ