Resepi Ayam Rendang Ladang
Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan semua...
Salam ceria buat rakan-rakan semua...
Hari ini Ida nak kongsi satu resepi turun temurun dari arwah Opah Ida iaitu Ayam rendang ladang. Kenapa dinamakan Ayam rendang ladang? Menurut kata arwah Opah, rendang ni tidak menggunakan rempah. Maklumlah orang dulu-dulu kan hidup berladang, nak pergi kedai jauh. Kadang-kadang terpaksa dua tiga hari bermalam di ladang, nak-nak kalau musim menuai susah nak tinggalkan ladang takut nanti hasil dicuri orang atau dimakan oleh binatang liar.
Ok...kita sediakan bahan-bahan A
1 ekor ayam dipotong kecil ikut suka - basuh dan toskan
1 biji kelapa, perah ambil santan dalam 2 mangkuk sedang.
2-3 biji kentang - belah 4
1 bungkus kerisik
2 sudu serbuk kunyit
Garam, gula - ikut rasa
5-6 helai daun limau purut
2-3 helai daun kunyit dihiris halus.
2 keping asam keping.
Bahan-bahan B untuk diblander bersama
2-3 batang serai
2-3 biji bawang besar
3-4 biji ulas bawang putih
20-25 biji api - ikut suka (nak pedas buat banyak, tanak pedas kurangkan)
Bahan-bahan C untuk menumis
2-3 sudu minyak masak
1 batang kulit kayu manis
2-3 kuntum bunga lawang
2-3 biji buah pelaga
Cara-cara membuatnya
1). Blander bersama kesemua bahan-bahan B hingga halus.
2). Panaskan minyak - masukkan kesemua bahan-bahan C sehingga berbau, kemudian masukkan bahan-bahan B yang telah diblander halus tadi serta serbuk kunyit. Tumislah sehingga pecah minyak dan naik bau.
3). Masukkan santan, ayam dan kentang.
4). Kacau hingga mendidih dan sedikit kering baru masukkan, kerisik, daun limau purut, hirisan daun kunyit, asam keping, garam dan gula secukup rasa.
5). Biarkan ia kering mengikut suka. Kalau Ida tak suka kering sangat sebab Ida suka berkuah. Tadaaa dah siap!!!
Nota kaki: Dalam gambar tiada hirisan daun kunyit, sebab masa tu tiada. Kalau tanak letak pun takper. Tetapi daun limau purut jika digandingkan dengan daun kunyit...perghhhh dia punya bau memang harum dan menyelerakan!
9 comments:
huhu... Nampak sungguh menyelerakan. Terasa lapar tengok resepi Ida :)
Kunjugan pertama kali ke sini....nampak sedap betul rendang tuh..ble la copy resepi..:)
Nampak sedap!
Silakan...silakan...kdg2 kita jemu juga dengan rendang berempah ni ;)
sedapnya.. rajin ida masak.. dah siap masak untuk hari raya?
boleh try utk hidangan esok ni ... thanks share ...
sedapnyaaaaa! ika tak pakar lagi buat rendang ni, still tak boleh lawan rendang mama, rendang mama is the best ahaha
sedapnyaa..pandai masak... :)
sedapnya..fevret ni :)
Post a Comment