Sampai Bila Nak Bersegmen, Giveaway, Contest?
Assalamualaikum wbt...
Salam ceria buat rakan-rakan semua..
Salam ceria buat rakan-rakan semua..
Sampai bila nak bersegmen, bergiveaway, bercontest? Maaflah ya... ini cuma luahan hati ataupun sekadar pertanyaan dari blogger baru yang tak seberapanya dari Ida ini. Sana sini kita terbaca blogger ini buat segmen.. blogger itu buat giveaway, contest. Sana sini juga kita terbaca entri blogger ini join segmen...blogger itu pun join centest, macam-macam segmen, giveaway dan contest yang ada. Sebulan lepas tu kita baca blogger tu update entri menang segmen itu, menang contest dan giveaway ini. Blogger ini pun sama, hadiah-hadiah menarik terpapar dalam entri... woww menarik sangat!
Pertanyaan Ida perlukah buat segmen? Kadang-kadang Ida lihat remaja 14 tahun sudah mampu mengadakan sebuah segmen. Lepas tu cari penaja, cari sponsor. Syarat-syarat pula kena follow semua blog yang menjadi penaja/sponsor segmen tersebut. Kena like fan page facebook mereka. Pastu kena buat entri sedikit mengenai segmen atau blog mereka, semestinya mempunyai kata-kata pujian.
Pertanyaan lagi - Apakah faedah bagi blogger yang mengadakan segmen, giveaway dan contest ni?
- Trafik naik mendadak?
- Ramai follower?
- Blog anda menjadi terkenal?
- Banyak dapat kenalan?
Lagi?
Lagi?
Ermm...
Trafik naik mendadak? - Berapa lama? Apakah akan kekal sepanjang tahun atau hanya di bulan anda buat segmen tu jer. Lepas tu jadi macam biasa. Apakah anda mampu buat segmen, giveaway dan contest tersebut setiap bulan bagi mengekalkan trafik?
Ramai follower? - Bangga sangatkah ramai follower? Apakah semua follower tersebut akan datang ke blog anda setiap hari? Kalau anda tiada entri baru yang menarik jangan haraplah mereka akan singgah ke blog anda. Sebab mereka juga mempunyai follower tersendiri yang ramai, nak blogwalking kesemuanya mungkin tak mampu, so hanya singgah ke blog yang ada cerita menarik sahaja atau yang update entri baru.
Blog anda jadi terkenal? - Haha terkenal lah sangat, barangkali boleh terkenal seperti Ben Ashari? HH? Lyssa Faizureen? dan yang lain-lain. Kalau anda tiada entri yang menten bagus setiap hari jangan berangan nak jadi popular macam mereka hehe. Barangkali blog anda boleh jadi terkenal jika anda mengadakan segmen, giveaway mahupun contest setiap bulan kot.. persoalannya mampukah?
Banyak dapat kenalan? - Ini saja yang boleh diakui. Tapi perkenalan di alam maya sampai bila? Ada juga blog yang Ida blogwalking, segmen dah buat, para pemenangnya dah diumumkan, tadi terjumpalah satu entri yang memberitahu bahawa hadiah akan dipostkan lambat sedikit kerana ada masalah sedikit. Ida tengok tarikh entri di buat pada 20hb Ogos 2013, tetapi satu komen pun tiada. Apa makna semuanya tu? Orang hanya akan datang beramai-ramai ke blog anda semasa anda mengadakan segmen sahaja tetapi blog anda akan sunyi kembali selepas itu.
Satu saja faedah yang Ida nampak iaitu keuntungan hadiah yang dimenangi oleh para pemenang segmen tersebut hehehehe..
Kalau blogger popular yang mengadakan segmen ini, Ida rasa memang agak berbaloi kerena mereka sudah punya peminat dan trafik yang tersendiri. Tapi kalau blogger 'ikan bilis' macam Ida ni...ermm fikir-fikirkan lah.
Apapun ini adalah pendapat peribadi Ida sahaja. Bagi para blogger yang pernah menganjurkan segmen, giveaway ataupun contest jangan berkecil hati ya, barangkali anda boleh berkongsi pengalaman atau faedah yang manafaat sepanjang anda menganjurkan segmen. Mana tahu kalau-kalau mata hati Ida terbuka untuk menganjurkan segmen pula selepas ini hehe.
10 comments:
wah.. panas isu ni ida.. akak tak pernah menganjurkan segmen, tapi selalu join untuk support rakan-rakan blogger.. soal menang atau kalah tu akak tak kisah sangat, asalkan dapat support dia je..
tak dinafikan, sebab-sebab yang ida senaraikan tu ada kebenarannya melalui permerhatian akak iaitu trafik naik mendadak, menambah follower/kenalan dan blog akan terkenal..
apa pun alasannya, akak rasa perlu juga kita menyokong sesama rakan blogger kerana kita semua di bawah satu komuniti yang sama.. happy blogging.. :D
xde faedah nye kalo dok kemarok dengan ga and sebagai nye...
tapi sape la kite untuk menegur dorang kan...
sampai ade yang sanggup wat blog khas untuk ga...
nampak sangat blogger skrg nie dah ketandusan idea untuk berkarya..
http://abgdude.com
ada2 cakap 2 perlu pakai otak jugakkan..bagi aku tak salah seorang blogger 2 nak buat contest either blogger 'ikan bilis' macam kau cakap tu..itu hak masing2..kalau 'kita' tak sudi nak msuk xpyh masuk.blogger untuk berkongsi dan buat sesuatu perkara yg kita nak..Think before write anything,,:)
Terima kasih dengan pendapat yang cukup bernas tapi tak berani guna link sendiri kan... hehe. Dalam dunia blogger kalau nak belasah orang kena guna Anonymous kan.... panas nampaknya anda... selalu buat ga dan segmen ker? Maaflah kalau terasa...Ida bukan nak cari gaduh just beri pendapat jer... anda kata blogger ni untuk berkongsi dan Ida berkongsi pendapat Ida. Kalau anda kata ga, segmen tu penting, teruskan lah, tiada siapa melarang.
Ketandusan idea untuk berkarya...hehe
Salute dgn Kak Aiza. Memang tak rugi klu kita join, kalau menang dapat hadiah...hadiah pun menarik2 belaka. Sebagai contoh segmen Mama (Mommy As Blog) memang nampak berjaya.
Betul-betul, Kak Erin setuju.. :-)
sepanjang hidup ika, ika pernah join satu GA je, tu pun bukan sebab nak hadiah etc, tapi sebab blogger tersebut sangat peramah walaupun baru kenal dalam dunia blogging ni, bila dijemput join GA ika join sebab rasa senang untuk join her segmen, ramai juga yang jemput join GA, tag laa segala bagai tapi ika tak join pun sebab ika rasa tak perlu kut haha, susah laa nak explain.
Tapi ika lagi suka blog yang entrinya menarik, tak kisah laa dia type panjang berjela ke, ika boleh je baca rather than blog yang ramai follower tapi tak aktif dan hanya update benda merepek2..
ika ni pun blogger biasa2 je, bukan tak sokong blogger lain, tapi ika ada cara ika sendiri how to support them. :)
ga boleh jadi salah satu cara untuk sedekah, tambahan ga barang yang depa suka. bergantung kepada niat di hati yang cuma Tuhan ja yang tahu. wasalam.
Saya cuma nak berikan sedikit pendapat, pernah saya ke suatu program motivasi dan kata moderator, media sosial seperti FB dan Twitter telah membunuh keseronokan berblog. Maksudnya di sini, blog sebenarnya seperti sebuah diari, kita berkongsi suka, duka, cerita dan citra yang berlaku kepada kita. Biarlah apa pun yang mahu ditulis, asalkan orang baca. Itulah keseronokan berblog. Namun FB dan Twitter menjadi medium yang memendekkan cara penulisan kita. Fikiran kita menjadi terhad dan penyebaran cerita-cerita yang tak betul terlalu mudah menular dan dipercayai
Jadi sebenarnya, tidak perlu dicari populariti. Cukup sekadar menulis perkara yang memberi inspirasi buat pembaca. Bagus tulisan kita, saham masuk percuma. Insyaallah. Walaupun hanya seorang yang baca, kalau apa yang dia baca memberi kesan kepadanya, sudah cukup bermakna.
Kita manusia dengan tanggungjawab yang tidak pernah sudah. :)
Post a Comment