Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

Pernah sampai Brunei? Brunei Darussalam merupakan negara kecil yang terletak di bahagian utara Kalimantan. Secara astronomi terletak di antara garis lintang 4°02’LU – 5°03’LU dan garis bujur 114°05’BT – 115°22’BT. Luas wilayah negara Brunei Darussalam hanyalah kira-kira 5.765 km²

Penduduk Brunei Darussalam sebahagian besarnya berpusat di kota-kota besar sepanjang Laut Cina Selatan dan majoritinya adalah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Jumlah penduduk terbesar kedua adalah berbangsa Cina, sedangkan penduduk asli Brunei tinggal di pedalaman, iaitu suku Dayak Barat, Iban, Murut, Kelabit, dan Dusun.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.
Sultan Brunei : Sultan Hassanal Bolkiah Mu'izzadin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Omar 'Ali Saifuddien




Negara ini beribukotakan Bandar Seri Begawan. Sistem pemerintahannya ialah Kesultanan Islam. Lagu kebagsaannya ialah Allah Peliharalah Sultan. Negara ini dipimpin oleh seorang sultan yang diwaris secara turun temurun. Selain sebagai ketua negara, Sultan Brunei juga merangkap sebagai perdana menteri dan menteri pertahanan.

Banyak tempat-tempat menarik yang boleh kita lawat semasa berkunjung ke sini. Jom layan gambar-gambar dibawah -

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.


Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien merupakan salah satu masjid yang paling hebat di Asia Pasifik dan mempunyai pemandangan yang menakjubkan. Dinamakan bersempena dengan nama Sultan yang ke-28, masjid, yang dipandang sebagai simbol agama Islam di Brunei, mendominasi pemandangan di ibu kota, Bandar Seri Begawan. Kubah emas masjid berdiri di 52m (171ft) tinggi dan dapat dilihat dari hampir mana-mana di bandar itu. Bangunan ini siap dibina pada tahun 1958 dan merupakan salah satu contoh yang sangat menarik dalam senibina Islam, dengan mosaik kaca patri megah, serta banyak lengkungan, kubah dan tiang-tiang. Batu Marmar dari Itali, granit dari Shanghai dan chandelier dari Inggeris seluruhnya digunakan dalam pembinaan bangunan Brunei yang cantik berhias.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

Masjid Jame’ Asri Hassanal Bolkiah telah di bina bersempena dengan ulangtahun pemerintahan Sultan Brunei yang ke-25. Masjid ini terletak berhampiran ibu negara Brunei, Bandar Seri Begawan. Ia satu tempat ibadat dan menunjukkan karya agung seni bina Islam. Kubahnya di perbuat daripada emas dan lanskapnya dihiasi dengan taman dan pancuran. Menara terhias juga boleh dilihat dari jalan-jalan raya utama. Interiornya yang menggabungkan kedalaman seni dan pentingnya agama Islam.​

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

Istana Nurul Iman merupakan istana Kebawah Duli bersama kerabat diraja bersemayam yang terbesar di dunia. Terletak di atas bukit yang memperlihatkan permandangan ibu kota, istana ini juga menunjukkan pemerintahan beraja kerajaan Brunei.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

Muzium Brunei yang terletak di Kota Batu iaitu empat kilometer dari Bandar Seri Begawan adalah satu tapak arkeologi yang amat penting. Muzium Brunei ialah satu contoh seni bina Islam dengan ukiran dan rekabentuk yang diambil dari corak Melayu Brunei yang mana sebahagiannya terdapat di makam Sultan Bolkiah. Ia juga mempamerkan meriam-meriam antik dan pisau belati, koleksi peribadi Al-Quran besar, pameran etnografis Borneo dan khazanah kapal dari pantai-pantai Brunei.​

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.
Muzium Taknologi Melayu yang terletak cuma setengah kilometer sahaja dari makam Sultan Bolkiah jika berjalan kaki. Jika menaiki kereta pula anda harus mengambil jalan sejauh 2 km. Di dalam muzium ini terdapat paparan mengenai kehidupan orang Melayu di kampung.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.
Teksi Air

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.


Pemandangan antara dua darjat


Kampong Ayer terletak di ibu kota Bandar Seri Begawan di atas kawasan perairan Brunei. Kampung Ayer ini terdiri daripada perkampungan kecil yang di hubungkan bersama oleh 29,140 meter kaki jambatan, termasuk lebih dari 4200 struktur rumah, masjid, restoran, kedai, sekolah dan klinik.​ Siapa kata rakyat Brunei tiada yang miskin?

Di bawah ini pula adalah gambar-gambar sekitar Ibu Negara Bandar Seri Begawan.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.



JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.


JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.


JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.


JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.



Pasar Seria Bandar Seri Begawan. Jom kita terjah apa ada di dalamnya. Macam Pasar Besar Kota Bahru, Kelantan lebih kurang kerana peniaganya ramai terdiri dari kaum wanita.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

Minyak & Pusat Penemuan Gas. OGDC memperkenalkan kepada pengunjung tentang dunia sains dan kejuruteraan. OGDC adalah suatu tempat yang menarik untuk di kunjungi dimana pengunjung dari semua peringkat umur dapat memperluaskan pengetahuan mereka sambil melayari tujuh galeri yang memaparkan lebih dari 100 pameran interaktif meliputi pelbagai aspek tentang industri minyak dan gas di Brunei.​

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

Taman National Ulu Temburong di daerah Temburong adalah kaya dengan warisan semulajadi. Taman National Ulu Temburong ini kaya dengan flora dan fauna dan dapat diterokai sepanjang laluan pejalan kaki. Laluan pelawat utama di hutan ini membawa ke laluan kanopi tinggi. ​

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.
Taman Rekreasi Tasek Lama dikenali juga sebagai Taman Peranginan Tasek Lama. Ia terletak di Bandar Seri Begawan. Taman ini menyediakan kelengkapan moden yang disediakan oleh kerajaan yang boleh digunakan oleh pengunjung. Antaranya ialah tapak refleksologi,yang diperbuat daripada batu-batu khas dimana pengunjung boleh mempunyai urutan kaki selepas bersiar-siar menggunakan kaedah sumber asli.Pelawat-pelawat juga boleh beristirahat menikmati keindahan air terjun semula jadi dan kecantikan flora dan fauna.​

Dan akhirnya Ida berjumpa juga dengan suasana ini di Kampung Ayer yang mencacatkan pandangan di Negara Brunei Darul Salam sebagai negara maju.

JOM MELAWAT BRUNEI DARUL SALAM.







6 comments:

wahhh...best jugak kan brunei ni...harap2 rezeki dayat dimurahkan agar dapat sampai di bumi brunei darul salam :)

4 November 2013 at 13:24 comment-delete

Teringinnya nak pergi Brunei. Mesti syok.

4 November 2013 at 13:44 comment-delete

salam ida..
wah seronoknya dpt p travel sampai brunei..
saya memng suka baca enry mengenai trave..banyak benda baru yang boleh dipelajari, gambar pun cantik....teruskan entry mcm ni.. simple and intresting..

4 November 2013 at 13:56 comment-delete

nice sharing ida..sekurang-kurangnya tak dapat pergi Brunei..tengok gambar pun alhamdulillah..tapi pic yang last tu terkilan sikit..

4 November 2013 at 14:56 comment-delete

alamak , gambar last sekali tu buat spoiled jer... tapi negara tak boleh lari dari fenomena sampah jika rakyatnya sendiri kurang kesederan tetang bagaimana hendak menganai masalahnya.

PCL
4 November 2013 at 16:29 comment-delete

kat mana-mana negara pun ada je sebenarnya sampah tu, kadang2 dah elok dah jaga kebersihan tapi ada sesetengah pihak yang tak bekerjasama untuk jaga kebersihan tempat mereka sendiri, orang2 camni yang biasanya memburukkan nama negara hewhew

7 November 2013 at 19:38 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ