Klik Sini Untuk Besarkan Ruangan Chat



Pelajar 15 tahun lakukan seks atas meja dalam kelas

Gambar Hiasan

SUNGAI BESAR 17 Nov. - Seorang pelajar perempuan sebuah sekolah agama di sini berusia 15 tahun mendakwa dirogol oleh teman lelakinya di sebuah bilik darjah di sekolah tersebut pada 24 Oktober lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, suspek dikatakan menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengajak mangsa untuk berjumpa di sebuah bilik darjah yang tidak digunakan.

Dalam pertemuan tersebut, teman lelakinya yang juga pelajar sekolah sama dan sebaya kemudian mengajak melakukan hubungan seks di atas meja.

Kejadian itu kemudian terbongkar dan diketahui keluarga mangsa lalu ibunya yang merupakan suri rumah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Sabak Bernam (IPD) pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Muhammad berkata, kejadian itu terbongkar selepas mangsa menghantar SMS kepada teman lelakinya menyatakan kebimbangan mungkin dia mengandung kerana tidak didatangi haid sejak Hari Kejadian..

"Teman lelaki mangsa yang panik dengan SMS itu kemudian telah menghantar SMS kepada tunang bapa saudara mangsa bagi meminta pandangan serta bantuan.

"Menyedari perbuatan itu serius dan tidak bermoral, wanita tersebut memberikan SMS kepada bapa saudara mangsa yang kemudian memaklumkan kepada ibu pelajar terbabit," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Noor Mushar berkata, mangsa dikatakan mengenali suspek sejak tiga tahun lalu dan mengakui telah lima kali melakukan hubungan seks bersama suspek yang kesemuanya dilakukan di tempat sama.

"Kejadian masih disiasat dan tangkapan terhadap suspek masih belum dilakukan dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.


5 comments:

apa nak jadi budak2 la ni nooo sakan depaaa

18 November 2013 at 20:56 comment-delete

subhanallah, minta dielakkan laa berlaku dalam kalangan keluarga atau orang2 yang ika kenal. Harap tak berlaku langsung bagi remaja yang beragama Islam pun bagus juga, dunia akhir zaman :/

19 November 2013 at 02:03 comment-delete

Sampai macamtu sekali...

15 February 2014 at 11:47 comment-delete

eh ehe eh expert giler bebudak sekarang nie naahh? alhamdulillah seb baik masa is sekolah dulu is ada penyakit paranoid, maybe itu cara perlindungan yang Allah Ta'ala perlihara diri daripada maksiat kowt.

15 February 2014 at 20:58 comment-delete

makin lame makin power budak skag dgn isu MAIN nie.... makin teruk dahhhhh

Letak Link anda disini : Exchange Link.

20 February 2014 at 03:13 comment-delete

Post a Comment


Blog Archive

google-site-verification=UIIQk8hKReg9aDe9WrgxXxVavyJYB0E6JwZuqmRWhYQ