Subhanallah!! Sebenarnya Kaabah Telah Wujud Sejak Diciptakan Bumi
Gambar dari google: irfanisyad.wordpress.com |
Nabi Ibrahim hanya membina bangunan di atas tapak yang telah disediakan. Sewaktu Nabi Adam A.S diturunkan ke bumi dari syurga, Baginda telah menuju ke Makkah. Setibanya disana, beliau telah terlihat para malaikat sedang bertawaf mengelilingi Kaabah.
Lalu, Allah S.W.T telah turunkan perintah supaya Nabi Adam bertawaf mengelilingi Kaabah. Allah juga telah mengangkat para malaikat supaya bertawaf di satu tempat dinamakan Bait al-Makmur (berada betul-betul di atas bumbung Kaabah). Malaikat telah bertawaf di Bait al-Makmur sepanjang masa. Setiap 1 masa, sebanyak 70 000 malaikat akan masuk untuk bertawaf dan tidak akan keluar sehingga hari kiamat.
Tidak tercapai akal bagaimana besarnya tempat yang dinamakan Bait al-Makmur. Sayap malaikat yang dikisahkan, adalah sebesar timur dan barat. Inikan pula 70 000 malaikat, yang masuk dan tidak pernah keluar. Bagaimana besarnya tempat itu??
Sumber: Ustaz Halim Nasir
1). Pembangunan Ibrahim 'alaihissalam bersama anaknya Ismail,
2). Pembangunan Quraisy
3). Pembangunan Abdullah bin Zubir,
4). Pembangunan Hajjaj bin Yusuf dan
5). Pembangunan Sulthan Murad Khan Al Utsmani.
7 comments:
Allahuakbar....
Subhanallah <3
kuasa Allah..
beruntunglah bg mereka yg mnjadi sebahagian dari mereka yang menemui hasil kajian sebegini..subhanallah!
Betapa besarnya kuasa Allah s.w.t
Kalau nak dibaca tentang sejarah kaabah, banyak bukunya. Dan menarik sangat. Banyak perkara yang kita tak tahu, tapi diceritakan. :)
Tu dia.. sejarahnya !!
Kami menjemput semua blogger Ping di PingBlog.Net,Skrip agregator terkini dengan ping sangat mudah kerana auto description dan juga auto image.Artikel anda akan dipost pada twitter dan 294 fanpage serta group facebook.Kualiti Backlink,dan highkan rank blog anda !! Kami juga akan memberi nasihat secara percuma sekiranya ada kesilapan SEO pada blog anda
Post a Comment